29 December 2010

Gambar pasport

di taip oleh Myee at Wednesday, December 29, 2010 3 pujaan hati
Benci la pulak tengok gambar pasport aku. muka pelik semacam je. dah tu, besar pulak. dengan sekarang pakai tudung lagi la. memang tak sama muka aku tu.

masa nak balik kena tahan dengan imigresen sebab muka tak sama. dia tanya "your name is mysmaisarah?" nope."maisarah!". pastu dia tengok muka aku, tengok gambar tu. penat la aku senyum nak bagi sama senyum tu. boleh pulak dia tunjuk gambar tu kat aku cakap "it's this you?" bengong apa. mesti lah aku.

dia cop terus aku blah. apa lah tau la sekarang aku makin meletop plus berhijab pulak. comfirm tak sama.

25 December 2010

Bila Rindu Berkumandang

di taip oleh Myee at Saturday, December 25, 2010 0 pujaan hati


24 December 2010

Hama beads

di taip oleh Myee at Friday, December 24, 2010 0 pujaan hati

duduk dekat rumah memang bosan kalau tak buat apa-apa. so aku dok buang masa susun mende alah ini. penat gak lah nak memilih warna dia since dalam bekas tu de campur semua.

tak susah pun buat. cari idea nak design, susun beads, lapik kertas then last sekali gosok.
maka ini lah hasilnya

tapi aku gosok memang beria sebab ada yang patah. sampai nak cair aku buat tau.




cuppies bookmark


getah rambut piano
 (tak ingat pulak omputih panggil apa getah rambut. headband ke pe tah.) 

first interview selepas tamat belajar

di taip oleh Myee at Friday, December 24, 2010 0 pujaan hati
hari ini pergi interview kt company ni. sekarang mana-mana kerja mesti nak kena training dulu. training untuk web design. dulu masa belajar buat la courseware yang huduh tu. tah la sebab aku fikir, buat mende tu, celik je mata ini sampai subuh buat design. tapi pasal fyp tu tak payah cerita la. last minit adjust balik semua. last-last kosong je aku punya tu. member dok tanya pasal pe tukar la pe la. aritu punya da cantik la pe la. dah tu.. korang suka. supervisor kurang suka macam mana? dia yang bagi markah.

ingat lagi masa design untuk sukaneka bizzcom. aku bantai buat tajuk beach party.alik-alik kena tukar. cakap tajuk beach party tu macam kat miami jek. lor.. dungun kot. takde lah sampai berbikini ke thong ke. pelik la minda orang yang fikir macam tu. semua aku adjust malay. tu macam lawak girang,ketawa,riang.


ok sambung pasal interview tu, nadia mula-mula nak ikut. then dia lambat bangun. maka pergi lah sorang diri. dah la tak sure sangat tempat tu. member yang kerja situ pulak dah deactive FB. nak cari celah mana tah. sampai tak jumpa plaza tuuutt.. jumpa menara tuuut.. last-last cal member tanya. dekat 2 kali jugak la aku terlepas simpang nak masuk bangunan tu. sampai dekat 940 macam tu.

dok tengah isi borang, di suruh masuk lab. dah la tak prepare apa pun. Adobe Photoshop dah takde dalam lappy since format. memang parah gak la tiba-tiba suh design website. memang blur gila otak aku dengan sejuk, nerves lagi. design macam apa je. malas aku nak fikir. kena buat personality test lagi. nak tau korang punya personality macam mana..hmmm.. tah..aku dapat "social realist".

dah tu baru nak interview sorang-sorang. design tu dia bagi 2jam. mana sempat nak jawab personality test yang ada 41 soalan lagi. dok tunggu interview, dia cakap rehat pulak. nadia da sampai LRT. pergi lah amik. parking tu kena bayar 5hengget. adoi. memang nazak gak la sejak takde duit ni. jumpa borak-borak ada ke dia cakap budak-budak design handsome. tapi ada gak lah 2-3 orang aku nengok. leh tahan gak. (menyempat nak mengedik). nadia cakap lagi mesti budak programming nerdy. hahahaa.. lawak betul.

interviewer dia tu,tah la. speaking speakong pulak dia. suara tinggi2. period apa pompuan tu. yang laki relax je. tanya pasal fyp tu. cerita bla..bla..bla.... ada ke dia tanya perbezaan AP and AI..adoi...hentam je lah aku jawab. kawan yang kerja situ cakap, pompuan tu tak tau pape pun pasal design. hampeh betul...

takpelah janji setel. ada rezeki, ada lah. takde nak buat macam mana. cari kerja lain jawab nya..

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

di taip oleh Myee at Friday, December 24, 2010 3 pujaan hati


gadis melayu freestyle

pic ini di pertaruhkan sebab semua molek pakai baju terbang lompat tak ingat dunia. freestyle sebab macam-macam style terbang ada tu. memang dasat.

Mari sertai FEEL FREE TO FLY CONTEST dan menangi hadiah menarik lagi tertarik sebab dah abis belajar, duit tak masyuk nak wangi-wangi pun dah tak boleh. so mana tau menang pulak dapat perfume. boleh wangi balik


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

aku tag:

22 December 2010

aku tak bodoh

di taip oleh Myee at Wednesday, December 22, 2010 2 pujaan hati
sejak dah habis belajar ini, mood nak cari kerja lom sampai lagi. tapi tadi tiba-tiba, bapak aku tanya pasal result. kecut dah. tapi nak wat pe simpan lama-lama. bagitau je la the truth. so berbakul-bakul bebelan dapat. padan muka. dan mood nak cari kerja semakin membuak-buak sebab dah tak tahan kena bebel.

mak aku cakap asyik bercinta je. padahal aku dengan dia baru je sem ni and result aku naik kot. dan result sebelum tu pun naik. result aku teruk from starting lagi. takpelah..xde rezeki nak buat macam mana..



aku redha dan itu je yang aku mampu lakukan.... 

15 December 2010

kumpulan sorak

di taip oleh Myee at Wednesday, December 15, 2010 4 pujaan hati
tajuk entri tiada kena mengena pun dengan cheerleaders atau kumpulan sorak. tapi berkenaan tertubuhnya group oleh mereka yang tidak puas hati terhadap aku.

HELLO!  ada aku kisah ke kalau nak buat group boikot aku ke apa. macam budak sekolah pulak nak main rampas-rampas boyfriend. setakat gambar je. bukan berpeluk cium ke apa pun. tolong la. yang si BF ni pulak explain la betul-betul..tak faham lah orang bercinta sekarang ni..

suka hati lah nak buat apa-apa pun. Janji korang bahagia dan tak kacau aku da..

p/s: sorry la kamu.. aku just select all image tu yang terupload sekali. tiada niat pape pun..

13 December 2010

nak cari kerja..nak cari kerja

di taip oleh Myee at Monday, December 13, 2010 0 pujaan hati
since da abis belajar dan menjadi penggangur mood nak kerja belum sampai. lagi-lagi result yang sangat mengecewakan. tapi tak pe lah..rezeki bukan kita tau. lau ada, ada. kalau pandai sangat pun tak semestinya kerja bagus. cara bawak diri tu penting. matlamat nak kerja ni sebab



      1. kena sambung bayar duit kereta :(  tu yang tak nak kerja lagi
      2. braces kena bayar sendiri
      3. lappy baru
      4. nak kuar tak de duit. tak kan nak orang sponser je.


ini dapat call pergi training fikir berkali-kali nak pergi ke tak. sebab tah la. tak ready lagi kot. lagipun dah lama gila tinggal dunia kerja. pulak tu duduk kat dungun. takde jam la tol la. dok kl living cost tinggi, jammed lagi adoi. memang tu yang wat aku tak bersemangat je. tapi lau dah kata rezeki, tu terima je lah..

30 November 2010

mama and daddy nak balik haji

di taip oleh Myee at Tuesday, November 30, 2010 3 pujaan hati




pejam celik, kejap je masa berlalu.. 
rasa macam semalam je hantar mama n dadi kat tabung haji. rasa macam semalam je aku gaduh dengan adik aku, rasa macam semalam je aku mengadu kat mak aku, nangis-nangis stress.macam macam lah aku rasa..
sabtu ini dorang dah nak balik..
harap semuanya selamat..





sesi menulis nama dekat beg. 
selalu bapak aku yang tulis nama kat beg faris. beg sendiri, lupa pulak nak tulis.




sesi mengalirkan air mata.
aku menangis sebab fikir tanggungjawab. bukan sebab lain..
lagipun,mak aku start dulu, aku pun follow la..




last pic semua yang pergi menghantar

Ayat-ayat yang menyerabutkan jiwa

di taip oleh Myee at Tuesday, November 30, 2010 1 pujaan hati
aku paling tension bila soalan-soalan mencabar minda ni. macam lah aku jawab,aku dapat kerja. ini menambahkan sakit hati je ada lah. tapi aku wat tak tahu je. kang mental aku layan dorang ni.
antara soalan nya ialah..



  • aku tengok kau macam anak orang kaya je...
nampak macam mana tah. baju aku pun,bukan lah branded sangat. takde pun jeans guess, esprit, ke pe ke. alah setakat beg aku yang sale 30% je kot. ke rupa aku nampak macam orang kaya? dah nama maisarah. maksud kesenangan. tu yang nampak senang tu.haha!!
  • amik diploma ke degree??
ye aku amik degree business computing. kenapa? memang masa sekolah aku malas,kuat main snooker dalam kelas,dok depan ke belakang ke, tido je memanjang. tak percaya? semua orang ada rezeki masing-masing. memang masa sekolah aku macam har je. dok mengedik. tapi sekarang ni, dah kurang sikit la..haha.ye lah.umur dah meningkat..
  • macam mana boleh kenal??
part ini susah nak jawab. nak tergelak rasa bila Mr. A tanya kenal kat FB ke? kemain ye pakcik pandai fb-fb ye. kenal lah macam mana pun. lau telah tertulis dan tersurat, dok celah pelusuk dunia pun, leh jumpa.
  • keje askar?pangkat ape??
soalan ini masa raya baru ni. adoii..celah mana pulak datang askar ni pun aku tak tau. askar laut ke darat ke udara?? memang la aku ada saje wat main-main cakap nak kawen bawah pedang. tapi tak de la sampai cari askar kot ye pun. lagi satu part pangkat ape tu tak boleh blah. dah askar tu tak wujud nak pangkat ape pun, aku tak paham. aku bantai la, kuli je..
  • bila nak habis belajar?
okies..sekarang aku dah habis belajar. so ape ko nak tanya lagi? mesti pasal kahwin kan? soalan yang terlalu common. sangat lah bosan..next..
  • best ke kat dungun tu?
best ke? sangat.hahahhaa.ada laut yang terbentang luas..main pasir..duduk dekat benteng, nyanyi-nyanyi..ada lah mende yang takde kat kl tu.. kenal macam-macam jenis perangai..tapi, semua kehidupan di dungun sudah berakhir..

meh kita tengok best ke tak dungun tu..








 peeass: lantak lah korang nak tanya ape pun,janji aku bahagia dan semakin menambahkan berat badan.......

28 November 2010

bila raya di dungun

di taip oleh Myee at Sunday, November 28, 2010 2 pujaan hati
raya haji baru ni memang tak sempat nak balik KL..lagipun lau balik mama n dadi bukan ada pun. takde sape nak masak rendang.so aku dan budak lain decide raya je lah kat dungun tu. nak buat macam mana. dah nasib badan.
malam tu bukan main lagi nak pergi semayang raya kat masjid UITM lah, masjid biru lah.last-last tak bangun pun. sangat teruk..bukan ape, lagipun 2-3 hari sebelum tu memang tak tido lah siapkan final year project tu..

memang sangat letih. mana tak nye kena buat COURSEWARE@SYSTEM, THESIS lagi, sebelum tu QUESTIONNAIRE.. kalau budak faculty business buat thesis dan questionnaire.walhal masa praktikal. aku pulak, nak menghadap 4 paper final.memang haru la..date dia pun terbaik 3papers straight. memang masuk air lah aku.

sambung cerita raya balik

kambing masih berkeliaran di sura perdana. ke kambing ni lari takut kena sembelih?
sekawan lembu pun sama juga..mau pergi mana la...

  1. raya rumah kema..makan laksa penang. hah!orang terengganu masak laksa penang..bedal je lah.lagipun dah kebulur.
  2. raya rumah puan rozma. dulu KP kitorang. dulu mula-mula garang..sekarang ni aku dengan nadia paling kamceng. asyik lepak rumah dia je. dia masak nasi dagang kelantan dengan nasi minyak. 
  3. rumah miss dayah makan sup tulang..suka sangat.dapat makan dengan roti ko. macam kedai mamak. rindu nak makan kedai sup dekat titiwangsa tu..




gambar kenangan bersama puan.

beraya dalam bot nelayan!

ayu gila korang ni melompat dengan baju kurung! "memang ayu gila!!"


dah penat korang melompat, duduk sopan santun pulak....

last kitorang akhiri HARI RAYA QURBAN dengan menaiki
.
.
.
..
.
...
....

.......
eye on dungun!hahaha,,

sangat seram dan rasa tak selamat sebab bunyi kriuk-kriuk menda alah tu. dah la pusing berapa kali tah. nak muntah aku. sumpah tak nak naik dah!




peeass:akan ku kenang dan ingati raya qurban bersama korang semua. memang kita qurban lah raya didungun tanpa rendang ketupat..

saya sudah habis belajar

di taip oleh Myee at Sunday, November 28, 2010 0 pujaan hati
Dengan ini saya seorang penggangur..
nak kerja, malas lagi.
duduk rumah saje..
main fb je pun bosan.mana tak nye sibuk member dok tunjuk laki bini lah, tunjuk perut lah,tunjuk anak la..
BOSAN ok! meluat pun ada juga. rasa nak remove or hide je korang ni
tau lah.korang semua hidup dah lengkap.aku?
tak fikir lagi.
betul ZJ cakap, "makin banyak umur, makin banyak fikir,makin semua nak perfect"
last-last jadi macam aku ni.
nak rumah macam ni lah, kereta macam tu, nak macam ni la, sok nak kawen nak buat macam ni tak nak macam ko..tak nak susah macam kau la,aku macam ini lagi senang lah. memang banyak songeh bila umur dah bertambah. so sape2 yang masih muda tu, lau rasa nak kawen awal, cepat-cepatkan lah sebab takde fikir merepek macam aku ni..last tah umur berapa baru kawen..




peeass: kamu jom kawen!!

08 September 2010

raya macam tak raya

di taip oleh Myee at Wednesday, September 08, 2010 0 pujaan hati
sedih hati ini.. bukan apa..macam tak raya la sebab baju raya tu kain tak cukup lak.tu lah padan muka. beli kat bandung lagi.. murah punya pasal, tak amik tau bidang berapa. pastu makcik tu kot ye pun, jahit lah kebaya ai tu. baru nak jadi red kebaya di hari raya. ni macam har. tak di buatnya..memang menguji kesabaran jugak lah. balik cuti da lah awal. habuk baju raya pun takde. sibuk buat kuih la, kemas rumah la, pe la.. macam mana nak pergi rumah si dia nanti.hahahaha..perlu ke pakai baju kurung ke kamu? macam kelakar je. beli tshirt pun yang biasa-biasa je. dengan cardigan. memang tak beria pun.. kasut lagi lah, pakai yang lama je. seluar? mak aku cakap kan baru beli hari itu.. mak oh mak.. suar saya bukan lebais ke rompa ke.. hmmm..sabar..sabar.. bapak pulak sibuk kumpul duit nak pergi haji. omak eh da cukup. bapak eh ni ha. adoi..pening hidup aku lepas raya ni. dengan adik aku yang kecik ni lagi tak de orang nak tengok. yang lagi sorang kat obese tu. dengan fyp aku yang tak nampak batang idung lagi ini..memang serabut la.. dengan dia nak datang rumah.adoi..pening..


harap semua berjalan lancar.






peyass: tabahkan lah hatiku ini~~

04 September 2010

Kau Laksana Bulan

di taip oleh Myee at Saturday, September 04, 2010 1 pujaan hati
korang pernah tengok drama kau laksana bulan?alar kat tv2.dah habis pun cerita ini. cerita ini aku tak pernah tengok pun dan tak tau pun wujud. sudah episod berapa baru aku terhegeh-hegeh nak tengok. ni emieza la yang bukak tv masa lepak rumah dia. novel dia memang aku pernah baca dan ada. masa mula-mula tengok, macam tau jalan cerita tapi tak berapa ingat la kat mana aku tengok. cari-cari novel lama memang tau pun. nasib tak jual lagi novel ni. lau tak tak tahu la.


aku beria tengok sebab ada zul huzaimy. part dia mengoda tu, pandangan mata dia, cair aku.hahaha..
kamu jadi macam firas boleh tak? 




pee/ass:kawan-kawan  amik turn ye baca novel ini.. saya baca lama.nak feel dengan firas. suka sangat

16 August 2010

sudah berhabuk

di taip oleh Myee at Monday, August 16, 2010 1 pujaan hati
lama gila tak update..yelah bizi kuruskan badan. tapi memang tak sia-sia lah usaha aku.memang puas hati..tapi kena turun lagi lah. memandangkan ini sem last aku degree, banyak lah keje kena buat.tapi isnin takde kelas,aku buat ape pun aku sendiri tak tahu..hmmm.. final year project (fyp) aku sem ini buat courseware..tah lah.xde idea nak implement apa yang aku nak buat tu. tak dapat bayang-bayang lagi. lecturer pulak beria suruh masuk competition. adoi..lagi stress. mau hempok kepala ni kat dinding pikir. tapi tak de pun hari-hari aku pikir pasal tu. dok bercinta je. nak tunang lah.kawen lah. gatal betul. hari ini dah hari keenam puasa kot.huahaha.tak kira lah pulak. buka kat umah selera , tak syok sangat. feel tu tak datang. pergi bazar beli epok-epok je. haaa..epok-epok ni nama komersial dia karipap. KA lah cakap. bahasa pe tah. aku pun tak penah dengar. first day puasa buka makan epok-epok dengan murtabak. tah pape lah selera ni. orang lain kemain makan lauk tu lah lauk ini lah. aku sibuk dengan epok-epok. hahahaha.. buka semalam pun makan itu gak. banyak-banyak jenis kuih,kuih tu je beria aku suka. ok lah.dah kol 7.mengantuk. nanti nak bangun buat fyp..hmmm..sebelum itu, layan pic aku gemuk dan dah kurus ye.. tak kira..korang tengok gak tau! :p
tengok pipi dan badan itu ye kawan2..

 before 
6june 2010


after
10july2010


peeass: dengan semangat yang kuat dan keazaman, kita mampu lakukan.. MALAYSIA BOLEH! ;)

02 June 2010

Kesinambungan Saya Mahu Kurus

di taip oleh Myee at Wednesday, June 02, 2010 0 pujaan hati
Tajuk entri tak boleh blah langsung. tak de maknanya aku pergi jogging atau berenang. pagi bangun sedar-sedar kol 9. alasan panas. petang hujan lebat. alasan kolam tutup. so macam mana aku nak kurus. tapi tadi ada lah aku kayuh basikal kat dalam rumah. rupanya lebih kurang macam ini lah.
gambar google lah. mana lagi

kayuh 3minit dah lenguh. apa punya kaki lah. tapi aku kuatkan semangat lah. dapat gak kayuh 20 minit. kalau ikutkan hati dari rumah aku, tak sampai pun bandar tun razak kalau kayuh 20 minit macam itu. tapi takpe lah. permulaan yang baik. sarapan susu coklat. almaklumlah hari ini hari SUSU SEDUNIA. tengah syok kayuh Mr KA balik pula dari operasi. sekejap lah pula. tiada adegan tembak menembak di lautan. sangat beria bercerita setiap kali operasi. suka aku dengar. macam-macam ragam manusia di lautan. ingat kat darat je ada ragam. lepas itu beria cerita dia bawak bot tu pusing laut china selatan. 
petang masa hujan itu, sangat lah bosan. kau tau jelah astro masa hujan. mana ada siaran. dok kat dapur lah aku main masak-masak.memang hancur diet aku tadi makan kari ikan merah yang aku masak itu cicah roti. bapak aku kata kari aku macam mamak. apalah.sedap la tu macam mamak. 


Mr.KA sudah pandai post comment di FB

Harap Dapat Kayuh Lagi Untuk Esok. 1jam punya lah.

01 June 2010

saya mahu kurus

di taip oleh Myee at Tuesday, June 01, 2010 8 pujaan hati
hari ini sudah 1 Jun. Dari balik dungun cakap nak senamlah, nak diet la.semua haram aku buat. blogwalking dan blogjogging je. jari aku yang kurus sampai cincin mak aku belikan longgar gila. hujung bulan ini mahu jumpa sama Mr KA. macam mana kalau tak kurus lagi. Diet lagi la jangan harap. tiap-tiap minggu nasi minyak. mau melambak-lambak lemak aku. nak jogging mesti lah ada teman. lainlah cik azymemyza kita. biasa jogging sorang-sorang. kadang-kadang abang farrid dia teman. aku ni teman jauh. dah la dia asyik belayar je. baru balik belayar pergi lagi. lanun-lanun di laut, kasi can sama saya mau bercinta boleh? tak payah lah nak ceroboh tangkap ikan kat malaysia. lebih-lebih dekat area kuching. pergi lah dekat perlis ke kedah ke. sabah pun ok jugak.

saya MAISARAH berjanji akan mula berjogging esok jam 730 pagi dan petang pula pergi berenang. tak kisah lah seksi pun. janji dapat berenang. cepat sikit kurus. nafsu makan memang boleh kawal sebab bila tiada teman dirumah, saya tidak makan.

Mr KA: Sila bagi semangat tau kat saya. jangan jadi tukang gelak je

Selamat Malam Dunia.
mulakan hari anda dengan senaman (✿◠‿◠)

31 May 2010

lost my word

di taip oleh Myee at Monday, May 31, 2010 2 pujaan hati
salam
aku tak tahu kenapa dua tiga hari ini nak menulis je, tak de idea. banyak sangat aku nak cerita. tapi dua tiga baris je, terus takde idea. nak cerita pasal kawan-kawan yang dah kawen, belum kawen,  nak kawen semua ada masalah. aku akan cuba susun ayat aku nanti biar korang paham masalah-masalah yang kawan-kawan aku hadapi ni.aku pun pening gak fikir. buat masa ini, aku tak sedia lagi untuk kahwin..

sekian

29 May 2010

Hadiah Perkahwinan

di taip oleh Myee at Saturday, May 29, 2010 4 pujaan hati
ini hadiah aku untu fida dan khairil. korang tengok dulu dari pengantin sok.sila abaikan huruf F dan R yang tak cantik itu. part paling tak suka buat nama. bekas untuk huruf limited pulak. so pandai-pandai akulah adjust. ok lah tu. janji ada. huruf R tu tiba-tiba dark coklat pulak. hentam sajalah. yang love tu isi dia hazelnut. bunga walnut. crown peanut butter. alah yang jem tu. sedap juga rasa dia tu walau huduh. tunjuk kat KA dia cakap cantik. eleh saja nak amik hati aku la tu. box dia tak berapa nak cantik sebab reben guna apa yang ada. mana tak bangun pagi nak kuar pergi kedai, tengok keta takde. terus malas nak keluar. tapi yang ada ni cantik lah kot. dari tak ada. walau reben lawa, aku takde idea macam mana nak letak. nak google orang lain hias malas so ini rupa dia



siap letak wedding wishes tu. poyo. oklah dah pukul tiga pagi. sok nak gerak pagi pergi Port Dickson. lama gila tak pergi sana. boleh mandi laut. Siap bawak baju spare ko excited sangat nak pergi mandi manda. yelah kat dungun tak boleh mandi.

26 May 2010

Blog Perkahwinan khairil &fida

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 3 pujaan hati

ini kawan kolej aku nak kawen ujung minggu ni. ke Port Dickson lah aku nak pergi kenduri dia. tapi aku pergi sorang-sorang. temanku tak pulang berlayar lagi.dorang siap buat blog ko. tau la budak IT katanya. laki dia aku tak sure pulak. kawan tak lama. bulan Januari ari tu tunang. kejap je nak kawen da .hmmm lagi sorang kawan aku kawen. ini blog  dorang kawen. apapun untuk korang berdua
  selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga akhir hayat

Rindu Sama KA

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 2 pujaan hati
kamu,
cepat pulang tau
tak suka la kamu berlayar macam ni
nak mesej pun tak deliver.
saya tak kisah pun kalau kamu tak reply. ini tak deliver..
cepat-cepat lah esok.

Brownies si punggut

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 2 pujaan hati











ini bukan kisah kek brownies ye kawan-kawan. ini kisah kucing. dia warna coklat so saja gedik-gedik panggil brownies. kucing punggut je. tak mampu lak aku nak beli mahal-mahal. memang la bulu dia lain. tapi da rezeki dia kot nak duduk dengan aku. aku tak suka sangat binatang ni. geli, takut, semua macam perasaan ada. tapi kalau mak aku nak kutip gak, aku layankan aje. brownies ni mengada. dok dalam sangkar memekak je. nak dok luar. dah tu kejar-kejar kaki orang. memang kena sepak lah dengan aku. aku la layankan kucing ni pergi beli makanan la. nak makan yang basah tu. kering tak mo. mengada. dah la cuti-cuti sekolah ini duit aku tak masyuk. pastu nak bagi makan, cuci taik kencing aku gak. nasib baik lah ko pandai kan brownies. berak kat sangkar ko tu. kalau tak. memang dah kena buang la balik. bila orang bukak pintu, tak mo kuar pulak. nak main ko kat sangkar. ikut suka kau la kucing. janji ko tak gigit aku.

aku ni penat lah mengadu kat KA cakap kucing tu lah kucing ni lah. boleh lak dia cakap kat aku sapa lagi besar. aku jawab la kucing. ye lah. kucing leh main gigit kaki. aku tak gigit pun dia. KA tak leh nak kata apa lah. yelah, nanti nak pergi umah dia.dah la banyak kucing. so kena prepare mental aku pasal kucing ini. so nanti boleh cover-cover cun bila kucing lompat kat aku.
ok tengok la brownies si pungut ;)

Final Year Project

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 0 pujaan hati
semester depan aku dah last duduk kat dungun
macam sekejap je percutian aku kat sana. tapi mana pulau dekat terengganu aku tak jejak lagi. ingat jejak kaki pun jadi lah. ada mamat tu ajak pergi. tapi baru kawen. takmo lah. bukan apa. nanti jadi lain kes lak macam yang aku dengan nadia dok sekodeng tengok drama melayu depan kereta.
eh melalut pulak
sebenarnya nak cerita pasal projek yang kena buat. aku plan nak buat courseware. pakai flash la. ada cik senah ni cakap budak hotel nak buat pasal food servie.
aku punya supervisor pulak yang beria.. itu hari dekat ITEX da discuss.. risau aku expect lebih-lebih..
dia kata nak masuk IID.
tadi dok syok main game kat fb, supervisor tu tegur kat chat. ketar jari aku . tanya wat apa. apa lagi kelentong baik punya. dia cakap la dia nak apa, macam mana aku punya courseware
dah siap bagi nama projek tu TET,dia dah kena prepare dari awal sb sem depan aku ada 4final. ari-ari menangis aku buat projek. dah la berangan nak buat itu, buat ini. kita tengok dulu macam mana prestasi aku sem ini..hahhaha


25 May 2010

happy birthday gigi besi

di taip oleh Myee at Tuesday, May 25, 2010 3 pujaan hati

sudah setahun aku pakai gigi besi.
macam tak percaya je kejap masa berlalu.
takde lah sakit sangat macam sesetengah orang. 
lalu je makan. double spicy mcdeluxe tu.
tak kurus pun. tapi dua tiga hari lepas pergi dentist tu memang lah sakit
lepas tu ok je.
ok kita tengok gigi aku sebelum pakai gigi besi ok.
senget macam apa je


Cara-cara pam tayar

di taip oleh Myee at Tuesday, May 25, 2010 4 pujaan hati

korang tau macam mana nak pam tayar?
cara-caranya mestilah berbaju kurung ye bagi yang perempuan
baru ayu 

contoh;
student UITM gigih mengepam tayar dengan berbaju kurung

24 May 2010

kawan punya blogshop

di taip oleh Myee at Monday, May 24, 2010 0 pujaan hati
kawan baik saya ada blogshop
jual baju-baju gedik-gedik.
saya suka tengok saja sebab baju dia jual semua kecik
macam tak ada saiz saya saja.
so saiz korang yang kurus-kurus tu ada la kot
cuba try tengok http://thisisprojectlove.blogspot.com

Taska A

di taip oleh Myee at Monday, May 24, 2010 0 pujaan hati



dulu aku pernah kawan dengan sorang minah ini. dia extend. so banyak la masa dia. dari duduk membuta, baik cari duit. dia kerja kat sebuah taska A(bukan nama sebenar). tugas dia ajar tuisyen untuk budak darjah 1 sampai berapa tak pasti. hari- hari balik, ada je cerita dia. aku dengar jelah. 
"budak ini comel gila la"
"budak ini bapak dia hensem la "
"lar mak dia lecturer uitm "
bila tah aku pergi singgah. saja jalan-jalan nak tengok la macam mana keadaan tempat tu. 
tapi tak seperti ku bayangkan. masa sampai ada sorang 'cikgu' kat luar dok sapu-sapu. aku dengan nadia cakap la nak jumpa dia. so masa nak masuk, nampak la ada dua orang jaga baby. tempat letak baby macam tak proper. ye la. kurang-kurang ada la dua tiga baby court tu. ini tak. toto je. kau tau je lah nipis mana. 

so aku masuk la dekat bilik yang pernah menjadi kawan aku ini. dia kan mengajar tuisyen. aku ingat taska ini provide la buku latihan yang darjah 1 ke apa-apa la yang sesuai untuk belajar. ini tak. amik buku latihan kosong tulis pasal biodata. dalam tiga bahasa. bahasa melayu, english dan jawi. tah la. tak kan ari-ari kau ajar tu. kalau aku jadi budak-budak tu, memang la aku tak mahu belajar. bosan kot. tak pun kau tolong budak itu buat kerja sekolah. lagi bagus dari buang masa tulis biodata. lepas tu kau tah pape suruh aku tanya budak tu parent dia kerja apa. konon gempak sangat la. HELLO.. mak aku pun kerja petronas. tak de pun aku nak bangga sangat. bukan company mak aku pun. kuli je. sama je dengan mak bapak budak tu. aku tak la macam budak kelas ko. even degree pun macam budak sekolah bangga sangat mak bapak kerja bagus. bukan aku tak nak bangga. tapi kalau kau sendiri yang kerja ke boleh ar wa nak salute. 

pukul 4 minum petang. aku ingat ada la bagi kuih ke biskut ke. ini tak. bagi keropok keping je. tau la duduk kat terengganu. bosan kot hari-hari makan itu. mana la de budak tu tak nak makan. dia cakap "tak sedap". kalau aku pun aku tak makan. macam mana lah taska ini manage. bagi la biskut tiger ke kalau coco crunch yang bodoh-bodoh murah tu pun tak pe la. pastu bagi la air milo ke horlicks ke. yang berkhasiat sikit untuk budak-budak tu. ini bagi sirap. ingat kenduri kawen ke?
tahla. aku memang tak puas hati management taska tu. tah macam mana la parents budak-budak tu hantar anak kat situ. bagi budak sekolah tadika provide la buku mewarna ke tulis abc ke..hmmm..
dorang tak fikir ke masa tulah perkembangan minda kanak-kanak baru nak terbentuk.

  
budak ini aku tanya nak tulis tak terus dia pergi amik buku. hahahaa..nak tak nak layankan saja

yang ini pulak nak mewarna. aku pun lukis katak(hahaha..tu je yang aku pandai lukis),rama-rama dan gajah

20 May 2010

saya tak boleh kawen lagi

di taip oleh Myee at Thursday, May 20, 2010 0 pujaan hati





sebab







tak pandai masak pulut kuning.. huwaaaaaa :(

10 May 2010

Tempat Karaoke Pulak

di taip oleh Myee at Monday, May 10, 2010 0 pujaan hati



kali ini kita jalan di tempat karaoke
memandangkan dungun tu kecik je, leh la aku nak cerita tempat yang aku selalu pergi
karaoke ni ok la dari dekat poli ke atas pizza ke dekat tm..
ini aku rasa bagus kot
sebab? abang yang jaga ok
siap da kenal kitaorang..lau pergi mesti dok bilik no 1
kerana...
lau ada orang sakai tu, dorang sebelah je la.
kalau tengah-tengah, pening aku nak tengok dorang terkinja-kinja kiri kanan..
lagi satu nampak la bila kawan ko masuk tempat ini,ko sempat nyorok..hahaahhaha
walaupun karaoke jamban, dapat gak lah aku luahkan bakat kat sini.. ada bakat ker?

baru-baru ni, dorang wat bilik VIP. agak best la. tapi takde la macam redbox tu.. 
da kata dungun. terima jelah keadaan dia macam mana

itu ari dengar tempat ini kena rush..hahahahaha.. tapi esoknya pergi gak tempat ini. tapi selalu pergi petang la. paling lewat pun kol 8. bukan apa, malam-malam takut lak eh. banyak motor kat luar plus orang lepak.
masa kena rush tu dengar la budak uitm ada kt dalam tu. dorang kena sound je la..
polis tu cakap "datang dungun belajar..bukan nak menyanyi!"

ada bila tah abang karaoke tu belanja 1 lagu..hahah..ok la tu dan uncle punya tempat ini pun ada belanja kami.. tapi 2 lagu..hhahahaha. goda baik punya

09 May 2010

PSI Bookstore

di taip oleh Myee at Sunday, May 09, 2010 2 pujaan hati


di suatu kedai buku yang terkemuka di bandar Dungun,
 terdapat seorang uncle..
uncle ni selalu marah orang bila baca buku kat kedai dia,
biasa la budak-budak..
dah abis baca letak sepah-sepah..
mana la uncle ni tak sound..

ada suatu petang yang panas
ada dua orang pelajar UITM singgah di kedai buku ini
dan ternampak sesuatu..
kawannya memberitahu "uncle tido..cepatlah baca buku..kang dia bangun"
hahhhahah..sempat lagi kami amik pic uncle
even jarak jauh, nampak dia tersenguk..





07 May 2010

COMICS AND NOVELS FOR SALE

di taip oleh Myee at Friday, May 07, 2010 4 pujaan hati
Comics RM4
1. Kaouru ‘s Cake House
2. Wanna Dance with You
3. Hanya (Siri Maskeret Cinta)
4. Lawak Seleb
5. Colours
6. 143 (Siri Maskeret Cinta)
7. Loveville
8. Innoncent (1001 emotion)
9. The Fishes
10. Lawak Seleb Superstar
11. Le. Gardenie
12. Lawak Kampus
13. When fusion met pop
14. Kaoru cake House (Siri Maskeret Cinta)
15. Le.Gardenie foolish fruits
16. naive
17. Bakat Baru Komik Malaysia 2002 –RM2.00
18. Kafe Impian – RM2.00
19. KOLEKSI AKU,DIA & VOLKSWAGEN (VOL 1,2,3) –RM 3 FOR 1 SET
20. KBSM(KENANGAN BUDAK SEKOLAH ) (VOL 1) – RM1
21. STUDENT LIFE (VOL 2)- RM 1
22. KOLEKSI TOK TEH (VOL 1) – RM1
23. KOLEKSI KATOK O KATOK (VOL 1) – RM 1

NUMBER 1 TIL 17 IS FROM GEMPAK STARZ
19 TIL 23 FROM UJANG

NOVELS
1. SIRI FLYING KISS (NASS ALINA NOAH) – RM20 FOR EACH

a. FLYING KISS
b. GOODBYE DARLING
c. MY BABY GIRL
d. I MISS U
e. B’COZ OF YOU

2. SUKMA RINDU(FARIZA ZULIANA) –RM6
3. ANGKARA SAKA – RM6
4. CINTA MARISSA (KREISYA REISYA) – RM5
5. SESUCI CINTA (AINA EMIR) – RM 7
6. ADAM & HAWA (AISYA SOFEA) – RM13
7. BISIKAN RINDU( MIMIE AFINIE) – RM6
8. KASIHKU ABADI (SHANIKA LATISHA) – RM5
9. KUNTUM MEKAR SERANGKAI (AHADIAT AKASHAH) – RM5
10. KAU LAKSANA BULAN (AINA EMIR) – RM15
11. ALIYA ELYANA (NAZRI M. ANNUAR) – RM6
12. SEMBILU 2005 (SHARIFAH ABU SALEM) – RM 5


· ALL COMICS AND NOVELS IN GOOD CONDITION
· WANT TO SOLD BECAUSE OF LIMITED SPACE
· NEED MONEY FOR INTERN SINCE DID NOT RECEIVE ALLOWENCE..heeee~~
· CONTACT ME AT myxara86@yahoo.com

23 April 2010

selesai paper software engineering

di taip oleh Myee at Friday, April 23, 2010 0 pujaan hati
sudah selesai menjawab paper SE..
tak la hebat sangat. benci je tak kuar software evolution, software testing, validation and verification, user interface design..hmmm.
jawab ke langit la aku.
yelah.dok meja no 44..seat tepi tingkap dan belakang sekali.
dah tak tau nak jawab tengok la langit.. awan cumulonimbus berarak pergi tanpa meninggalkan  titis hujan di daerah dungun..
tengok proses pembinaan library yang tak siap-siap lagi..
tengok orang kuar kol 11..awal gila..aku nak kuar awal takut lak.
yelah..kot last minit ada pulak idea nya..
hmm..tapi tak puas hati la..sedih..
kecewa..
tapi ada la part yang aku tau.
xpelah..harap dapat keputusan yang ok pun dah cukup..
paper techno nak wat yang terbaik..tapi tak start pun study..paper ahad ini..
arrggghhh..
tension..sibuk dengan hal pindah randah ni..
hmmmm..
mungkin semua ada hikmahnya...

16 April 2010

final is around the corner again

di taip oleh Myee at Friday, April 16, 2010 0 pujaan hati



first paper untuk semester ini software engineering. test macam haram saje. even lulus pun, sangat tak puas hati la..dengan diagram dia melambak-lambak nak kena lukis lagi. lebih-lebih nak imagine macam mana flow system tu.. kalau machine boleh la aku tau. ini tak. dah la aku ini malas nak lukis.. so better keep practice now. da.. wish me luck  ;)

Program Usahawan

di taip oleh Myee at Friday, April 16, 2010 1 pujaan hati
program ini da lama berlangsung.. baru nak update sebab nak cerita la aku jumpa atuk kfc.. tak percaya? 
muka dia agak sama tau. talk dia pasal jihad bisnes sangat menarik.membuat kan aku rasa nak buat bisnes je masa tu.

tapi sekarang tak de pun perasaan itu sebab pening kepala nak final. studynya idok lagi..dok melepak je depan lappy men game la, pergi karoke la, bercinta la...apa aku nak jadi pun tak tau la..
aku sekarang dikelilingi oleh orang-orang bisnes. mereka banyak mempengaruhi tau.. suruh buat ROADSHOW la..
kalau ada rezeki, ada la bisnes yang aku akan buat nanti..

bukan nak mengadu tapi ingin meluahkan

di taip oleh Myee at Friday, April 16, 2010 5 pujaan hati
banyak benda yang nak diceritakan..
tapi tak mampu untuk diluahkan..
sakit yang tidak terkata.
sukar untuk dimengerti.
ye lah ibarat hidup ini cam cermin (perumpamaan S...aku pun tak paham..BM fail kot) cmne nak ibarat cermin? bukan roda ke? watever la
biar la..aku ke kau yang tak matured? memang aku suka mencarut. so? kau susah ke?
dari kau.. cakap bf bongok. tak mencarut ke?hahahaa...no wonder la kau dengan bf kau pun bongok.

opssss..tiba-tiba ada mood...
sekurang-kurangnya aku ini tak la anggap orang hina
macam kau tu.
sukati je tanya kat aku ni "kau nak jadi driver?"
ingat aku ini apa tah. pastu cam babi nak bayar 50sen..kepala hotak kau
aku bukan nak berkira dengan kau
lau kau cakap elok-elok aku leh je nak hantar.
ini tak. macam sial je.
macam lah cantik sangat baju kau tu.
pergi je lah dinner naik moto. konon jaga standard. muka makeup cun, tapi bilik bau masam. jamban kotor sampai katak kat bakul mandi kau pun kau tak sedar.
ulat sampah kau tak geli konon. padahal tu lah ulat yang paling kotor
kumbang yang terbang tak kacau kau, kau takut. bongok la kau ni
masa N takde kau semak-semak nak tido bilik aku yang sempit tu. penakut. bodoh.wat dosa tak takut
pastu aku sanggup teman kau tido dekat hall. taknak kau tak selesa sempit-sempit
aku ini dah la teman kau tido luar, pastu kau mesin kain memekak. tak hormat orang langsung. kau ini takde otak ke apa?
malam itu aku ada event, aku kesian kat kau, aku angkut kau pergi sama. then aku hantar kau kat bus stand. ada kau ingat pe aku buat baik kat kau?
bila aku masak, kau balik kelas kau selalu tengok periuk kitorang
aku tau kau lapar. aku offer kau. padahal makanan tu boleh kitorang makan untuk kali kedua.
tapi kau pelahap, kau abis kan. aku tak kisah pun..
aku ini kira boleh bersabar lagi la..takde la nak hempas-hempas pintu.
lagipun aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang tak mendorong aku wat bukan-bukan
so aku diam je la...
ini tunggu 21 april..nak kemas barang pindah.orang masa exam dok study, aku dok pindah-pindah barang lagi..
haishhhhh...

19 March 2010

Pasta Salad Myee

di taip oleh Myee at Friday, March 19, 2010 2 pujaan hati

idea buat pasta ini aku main hentam je. tengah malam kebulur pulak. yang ada pasta aku reka sendiri la pasta ini. nak resepi?
tak yah la.biasa-biasa je.
yang merah-merah tu, aku letak strawberi. shima punya.almaklumlah orang baru balik cameron. hentam jela. sedap la jugak. janji tak kebulur malam tu. tido sambil tersenyum kekenyangan

amik la resepi ini..kot-kot tengah malam malas plus kebulur, kesian pulak
  • segengam pasta
  • suku kentang
  • suku sudu mayonis
  • sebiji strawberi
  • secukup rasa
  • lada hitam
gaul-gaul semua bahan, siap!

04 March 2010

7- until 12 MARCH 2010

di taip oleh Myee at Thursday, March 04, 2010 1 pujaan hati
saya sangat busy minggu depan. takut untuk harungi minggu depan

    1. sunday
      • test software engineering
      • chapter 2 until 6 + use case diagram+ class diagram
      • baru study chapter 2
      • masih tidak faham macam mana nak buat use case+class diagram
    2. monday
      • presentation organizational behaivor
      • group no 2 kot
      • masih tiada perkembangan
      • Ecommerce Application punya dyaxara cupcakes website tak siap lagi + error banyak ketika insert data
    3. tuesday
      • test technopreneur
      • tak sentuh lagi pun
    4. wednesday
      • bizzcom punya tayangan up
      • belum jual tiket lagi
    5. thursday
      • seminar entreprenuer
      • ponteng kelas IT project + OB
    6. friday
      • test managing IT Project
      • chap 1-7 (macam banyak je)
      • tak ingat pape pun sebab itu ari quiz konon paling tinggi, tapi tiru

aku punya sukalah

di taip oleh Myee at Thursday, March 04, 2010 0 pujaan hati
hari itu hari jumaat
ada maulidur rasul dekat UITM
aku mula-mula nak pergi
tapi mereka plan untuk pakai
baju merah
tudung merah
semua merah
macam MERAHNYA MAK NGAH
then aku suggest la pakai tudung putih sebab tak semua merah sama kaler
then aku ada idea la nak pakai riben kat kepala
pastu bagitau lah dekat JUNIOR.
mereka tidak mahu pakai tudung kaler putih
dorang beli bunga kaler itam. (macam bunga orang mati je)
sebab nak match dengan tudung merah
kalau pkai tudung putih, macam-macam kaler bunga boleh je match.
budak laki pakai macam-macam kaler tak pe.. diskriminasi betul
then malam tu tido lewat
maka tak pergi la perarakan itu
pagi terkejut dalam pukul 745
sangat lah malas memandangkan kerna pakai semua kaler merah
maka aku pun meneruskan tido
lagipun penat jual tiket wayang
ye la. 6 blok kot aku panjat
tu yang letih gila.
kol 815 koordinator program call
hmmm..budak-budak ini mengadu lah tu.
takpe la.
ikut suka korang la. 
aku peduli ape
then next day ada kem it
aku dengan nadia AJK HADIAH
so tugas aku beli hadiah je la. nak suruh jadi tenaga pengajar lah apa lah.
tau je lah dungun ini. tak tahu la nak beli apa, kedai pun tak banyak
nak itu la, nak ini la. mereka main order saja
nak balut lagi, nak tempah barang lagi.
masa event aku, semua aku buat.
cari hadiah, order makanan, balut hadiah dengan budak-budak ni, jemput pergi event. macam-macam lah
paham dorang ini macam mana. dari aku saki hati, biarlah aku penat sendiri.
kem it itu pun aku tak pergi jugak.
sebab jual tiket lagi.
dorang pun tak ajak pun..
tapi petang itu aku ada singgah kejap.
tapi dorang buat bodoh je.
aku pun blah la.
peduli apa aku
ingat aku heran sangat
keesokan harinya, ada dua tiga lecturer tanya kenapa aku tak pergi ke dua-dua event tu..
hmmm.. wanted sangat lah aku ini.

bila aku ada, korang buat tak tahu je
bila tiada mencari pulak
tak paham dengan mereka semua

01 March 2010

February Baby

di taip oleh Myee at Monday, March 01, 2010 0 pujaan hati
lets start with short post because tomorrow have Organizational Behavior(OB) test and maybe Arabic Language  quiz and present draft of Ecommerce Application form..haish..still can update blog. (biasalah.masa camni la idea datang tiba-tiba nak cerita pasal baby)

jom tengok baby gurl ni (1 hour after delivery then bapak dia send pic.bagus betul.)



Nama: Nurul Adriana Musfirah
Date Of Birth : 23 February 2010
Time of Birth : 9:15am

Congratulation Rubik.dapat baby girl. suka sangat. nanti dapat la pakai baju gedik-gedik kaler PINK
nak pergi tengok memang la tak boleh sebab baru je sampai dungun dan test melambak gila
nanti bila I ada masa I pergi dengan budak-budak ini ye.
bibir dia seksi kau. macam Angelina Jolie. Muncung dia. hahaha..
rubik kau minum soya ke anak kau putih? :-p

Oh cerita pasal nama, sangat tidak puas hati.hahhaha..bukan apa la, de geng kitorang nama Musfirah tu..alar..takde nama lain ke abg mie oi..kontroversi tau nama tu. kot ye pun letak la nama lain tanpa kaitan kitorang. kami yang lain jeles. hhahahaha..takde la. gurau-gurau je. 
semoga NURUL ADRIANA MUSFIRAH jadi anak yang solehah kepada ibu bapanya tau. nanti aunty babap (aunty?geli je..hahahhaa)

25 February 2010

Nora ada kembar ke?

di taip oleh Myee at Thursday, February 25, 2010 3 pujaan hati
Nora ni budak rumah aku.
Dia ada kembar? ke perasaan aku saja?
Takpe lah. mungkin orang ingat aku ni kuat berangan ke or watsoever la. janji aku memang nampak.
bukan aku nak takutkan orang ke apa. Dah menda itu nak menjelma kot. tapi aku yakin bukan benda itu la. Aku pasti itu nora

Kisahnya bergini.
Malam Isnin or Selasa baru ini,
Selepas bergayut di telefon, aku nak tido lah. dah jam kol 3pagi.
Yelah kelas kol 10pagi kot..huhuhu
ok berbalik kepada cerita...
aku pun nak tido, mesti la tutup lampu kan..
bebudak ni ada quiz sok nya. so sebelum nak tido,aku nak tengok la budak-budak ini ada ke tak..
aku bukak pintu, nampak la nora study kat tempat dia.
so aku assume, dia tak tido lagi lah kan..
then aku pun tido.

so the next day, aku borak-borak lah dengan dia.
tanya lambat tido la pe la. then dia jawab "Bila masa pulak aku bangun?" "kol 6 baru aku bangun"
So siapakah yang aku lihat semalam?
sangat serupa dengan nora ok.
tapi aku takde lah takut sangat if bukan pun.da dia tak kacau aku pun.
ye la. maybe aku balik lambat malam tu. kot-kot ada benda ikut ke. tapi aku tak de lah singgah tempat bukan-bukan pun..
hmmm..apa-apa je lah.layankan saje.
aku pasti itu nora. sebab budak ini bukan betul pun.tah-tah dia salah tengok jam kot.pape saja lah

 
tempat kejadian. (pandangan dari bilik)
maaflah sangat tidak menarik pic ini kerana kemalasan yang melampau + rumah yang bersepah

18 February 2010

Kosong

di taip oleh Myee at Thursday, February 18, 2010 2 pujaan hati
need someone right now.


I WANT U!!

16 February 2010

Cerita Tentang Kereta

di taip oleh Myee at Tuesday, February 16, 2010 4 pujaan hati
masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan nak kereta besar la, kaler pink la, sporty la dan macam-macam lagi. sekarang ni da besar pun masih tak mampu lagi nak beli kereta. bukan apa, kan masih belajar lagi. tapi baru-baru ini, jumpa kawan-kawan lama, mereka macam sudah berjaya je. da mampu beli kereta sendiri. ini yang buat aku jeles dan tak sabar nak beli kereta. tapi kereta apa tah. kerja pun tak tahu lagi kerja apa. sangat jeles dengan mereka ini.

1. Suzuki Swift
stylo seh. macam mawi menang AF itu hari.. cepah yang pakai. kerja? stewardess. memang layak pun jadi stewardess. cun melecun. dari sekolah lagi. single but not available kot.




2. Lancer evo
cayalah beb..tuan empunya AC..ac tu nama manja dia..nama sebenar firdaus ac. kerja? Pilot MAS (dulu..sekarang HK airline kot) status: sudah berpunya. tapi sekarang tak tahu la pulak..

3.Honda City
baru amik dow..mileage pun baru 12k.dia punya kaler hitam.no plat sangat lah tidak perasan sebab teruja naik sampai lupa nak tengok no plat. Khairil punya. kerja dia cakap co-pilot airforce. status: belum berpunya. dia cakap dia bizi. takut takde masa nak dating. pastu nak buat contract dengan aku 6 tahun..hahaha..aku on je la.


4. mini cooper
tak tahu la iqbal punya ke gf dia punya. budak-budak ni cakap gf dia anak somebody la. de sri-sri.. aku bunga SERI pagi tak kecoh pun. tapi papehal memang aku suka gila kereta ini. 

5.myvi
has punya kereta.kerja MAS. status: married. tak kisah la kereta pape pun janji harta dorang kan. umur 24 mampu la nak beli even hutang pun. has punya sudah accident. so patah kaki la dia dok rumah. abang  zam saje je bagi accident kete ko.hahahha..suruh ko dok umah diam-diam...


lastly ini kete aku. viva ez. tak reti bawak manual. akibat jeles sama viva elite, bapak aku tukarkan rim sama dengan viva elite. bapak aku bagi pinjam je. nanti sudah abis belajar sambung bayar. so tak nak sambung bayar takyah la kerja. belajar lagi. aku tak perlu susah-susah cari duit untuk bayar kereta. tapi perlu bersusah untuk belajar sungguh-sungguh supaya tak kecewakan mak bapak aku..anyway terima kasih trillion sebab bagi pinjam kereta ini seumur hidupku.
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com