29 October 2013

Dah nak terberak baru nak korek lubang

di taip oleh Myee at Tuesday, October 29, 2013 0 pujaan hati
Sebenarnya yang lebih jelas, taik dah dekat hujung bontot, baru kau nak korek lubang.

Sebabnya, lusa dah nak uat, kau baru nak memekak mintak tolong. Memang taklah. Nak bagi bala kat orang lain. Mampus. Menangis-nangis buat coding. Nak faham flow dah bape hari, nak godek-godek lagi dah bape hari. Memang tak lah!

Lepastu mintak tolong tengokkan budak jantan 2 ekor ni. Eh bukan budak laki selalunya hebat ke? Ni mintak tolong pompuan. Aku ok je nak tolong mana aku tau. Lau yang susah-susah tak reti lah pulak. Yela aku sedar, dulu pun aku tak tau tanya orang gak. Pe salahnya tolong orang mana aku mampu

26 October 2013

Cerita baju kawen kawen

di taip oleh Myee at Saturday, October 26, 2013 2 pujaan hati

Dear friends,

Nanti aku kawen korang takpayah la tempah baju. Pakai la balik baju nikah korang tu. Bila lagi nak pakai. Aku tengok dah macam rainbow. 

Dapat macam ni ke. Boleh dah tu. 
Ni kalau ramai lagi lah meriah.

Tapi aku tengok macam tak boleh je nak rainbow sangat. 

Ni pun oklah kot sebab korang kaler cream, kuning, pink.

Meh tengok gambar korang aku curi dekat fb nak jadi sumber inspirasi



Nadia kaler cream eh? 

Siti sarah kuning. Cantik dah!

Emieza pink. Ok cun! Time ni kurus gilaaaa kot ko emi!

Een gambar nikah kau aku tak jumpa. Tapi aku rasa ko mesti nak pakai baju ni balik kan. Ok. Boleh la pink belacan. Baju nikah ko kaler kelabu tak silap aku.

Ok yang lain aku tak jumpa pic korang. Yang lom kawen pilih la ye nak kaler apa. Pink ke kuning or cream. Pakai masa reception lah. Kang pakai time aku nikah, kompius pulak sape yang kawen nanti. Kalau korang dah kaler macam tu aku kaler apa? 

Putih ke purple?

Yang pasti baju aku kena overlah dari korang. Fishtail + peplum. Hahahaha. Kena buat dekat dewan lah kan. Peluh pulak ketiak uolls nanti.

P/s: Oh untuk emi, nadia, yuyu, een
Kalau nak gedik-gedik kaler sama, pakai la time aku nikah. Tapi aku macam nak buat malam. Agak-agak cantik tak nak shoot gambar?!












Bersedekah mengunakan bank islam

di taip oleh Myee at Saturday, October 26, 2013 0 pujaan hati
Zaman teknologi macam-macam ada. Baru aku perasan dengan mengunakan online banking juga kita boleh bersedekah terus ke badan-badan kebajikan, masjid dan lain lagi. So tak perlu ragu-ragu dan pening kat mana nak bersedekah kat mana. Dengan menggunakan bank islam online banking kita dah boleh salurkan sumbangan.

Dekat tab payment tu ada e-sadaqah. Mula tu aku pun tak perasan apa fungi dia. Bila klik keluar dia punya maklumat.


Boleh sedekah dekat masjid, non gov dan rumah anak yatim. Boleh jugak pilih ikut negeri mana kita nak bantu. Dekat situ dah siap nombor akaun bagai. Semua maklumat tu adalah benar. Takkan la dorang nak register tipu pulakkan.
Mana tau RM10 yang kita bantu tu dorang boleh beli barang keperluan ke. Tu baru seorang. Kalau ramai dah berapa kan. 

Bila lagi kita nak bersedekah. Mula mula tu memang terpaksa. Lama-lama dah terbiasa akan menjadi ikhlas. Macam juga solat. Mula mula terpaksa nak solat. Lama-lama dah terbiasa. Bila tak buat rasa macam tak lengkap. So biasa-biasakanlah.

21 October 2013

Meet my brownies

di taip oleh Myee at Monday, October 21, 2013 0 pujaan hati


Ok dah lebih 2 bulan kot baru nak cerita.



Apa yang best tak tau la sebab tak bawak sangat. Dok peruk dalam rumah je.



Bulan-bulan menangis bayar duit kereta.

20 October 2013

Pastel kitchen

di taip oleh Myee at Sunday, October 20, 2013 0 pujaan hati
Berangan lagi nak dapur kaler pastel. Sejuk je memandang.

Peti ais retro kot tu. Kaler soft pink!


Pinggan mangkuk kaler pastel. Kot laki geli-geli nak pakai kaler pink, boleh kaler biru ke hijau ke. Tak kisahlah.. Janji cantik.

Dekat langkawi ada jual ke macam ni?









Craft room

di taip oleh Myee at Sunday, October 20, 2013 0 pujaan hati
Wishlist

Nanti ada rumah sendiri nak bilik kraf atau ruang untuk aku buat kraf. Aku kan suka nak buat benda merepek-merepek ni


Semua kaler riben ada. Warna, 



18 October 2013

Apabila melihat orang lain bahagia sedang kita berduka bacalah

di taip oleh Myee at Friday, October 18, 2013 0 pujaan hati

Resepi Kobis bunga celup tepung

di taip oleh Myee at Friday, October 18, 2013 0 pujaan hati

Hari ni ponteng keje. Sebabnya malas. Tah nape tah. Nak masak tengok sayur ada kobis bunga je. Apa lagi masak jelah.

Aku masak ikut dan aku je. Main sukat je.

Bahannya

Kobis bunga ikutla banyak mana pun nak buat.
Tepung
Rempah kari ikan/ daging ( nak bagi rasa)
Garam
Air.

Gaul je la bahan tu macam buat sotong celup tepung tu.
Pastu goreng.

Dah boleh makan

Zaman gonjeng

di taip oleh Myee at Friday, October 18, 2013 0 pujaan hati
Masa ni tingkatan 2 kot. Tower camp. Tido dekat kl tower. Rasanya event tu first and last kot.

Leceh part nak mandi. Toilet tak banyak, orang ramai, jenuh nak tunggu turn, lepas tu ada aktiviti turun dari atas ke bawah guna tangga. Umur 14 tahun aku dah cipta rekod kot. Kalau suruh sekarang, memang takkkk lah kan. Semput aku.

Zaman ni pakai rantai hitam mende tah, yang aku ingat 1 tu ada nama.
 1 lagi tak tau. Oh time ni takde boipren. Lom mengedik lagi. Time ni ada adik angkat kot. Gatai nak beradik angkat. Mana tah budak tu hilang. 

Dua orang dah kawen, 2 orang belum lagi.

14 October 2013

Casing external hard disk

di taip oleh Myee at Monday, October 14, 2013 0 pujaan hati
External hard disk ni elok lagi. Tapi cable dia problem. Kena kasi adjust baru detact dengan lappy.
Brand adata. Dia banyak design. Ni pilih pun sebab pink. Yela yang brand WD kaler biasa. Hitam, putih, dark blue, merah. Buffalo pun sama jugak. Speed dia ni sama je dengan lain. Cuma tak berapa glamer je lah. 

Pergi teman kazen beli external, cari la cable dia. Pastu takde. Sebab tak muat nak masuk dekat celah tepi tu.

Ada abang tu sibuk dok promote membership. Malas la nak layan.  Sebab guna kawan punya id dapat lah harga member. Aku bukan selalu beli pun. KA plak bukan kaki gadget or mende alah. So tak penting pun nak member bagai pastu kena renew.

Dok meluat dengan abang promote tu, kena refer dekat dia jugak pasal cover external. Dia tunjuk casing je. Member dapat la 20hengget. Pergi tengok dia bagi pink juga. Dok bebel dekat dia muat ke yang lama ni nak masuk ke baru, dia suruh pergi customer servis.

Orang tu godek casing external lama. Bukak sana sini, masuk dekat casing baru. 

Jadilah ini 

Cliptec pun cliptec lah. Tengah bulan, amik jelah. Janji sesuai dan senang detect.

Bagi sesiapa nak tukar casing external, bolehlah. Yelah dah boring tengok 2-3 tahun casing sama, pe salahnya tukarkan baru. Dia pun nak pakai baju baru gak.


Update / kemaskini asb

di taip oleh Myee at Monday, October 14, 2013 0 pujaan hati




Stress betul. Ingat cuti ni ramai dah balik kampung. Idok ler. Nak pergi update buku asb. Nak tengok la berapa dividen amanah saham 1 malaysia. Mulakan dengan yang dekat la.


Pejabat pos sg besi. 

Dekat pekan sg besi je pun. Tengok parking kete tak banyak. Ada lah ruang nak parking. Tengok moto berderet. Datang dekat tinjau dekat cermin penuh macam sardin. 

Rhb taman salak selatan kot

Masa sampai dalam 240 macam tu. Orang yang jaga kaunter asb pergi lunch. Takde orang lain. Lain cuti. Dia balik lunch 330.

Malas nak tunggu, pergi tempat lain pulak.


Maybank bandar tasik permaisuri.

OFFLINE pulak! Boleh eh macam tu? Ke malas nak layan?!

Menyampah!

Otw nak balik terfikir cimb

Cimb terdekat taman connought.

Sampai dalam pukul 315 macam tu. Orang tu tanya nak buat apa? Cakap nak update buku. Tanya banyak kali nak confirm kan! Yela dah aku transfer guna online banking. Ni nak tengok dividen je pun. Tunggu jap, dapat pun update.

Dividen tak banyak pun. Dalam 20hengget. Tak untung. Ke macam tu eh perasaan orang tak amik loan asb? Dividen ciput. Simpan duit bulan-bulan macam nak mati ikat perut. Next time nak closing account masuk ke asb lah nanti.





13 October 2013

Jom puasa esok

di taip oleh Myee at Sunday, October 13, 2013 0 pujaan hati

di taip oleh Myee at Sunday, October 13, 2013 0 pujaan hati
Dia cakap bulan 12 nak datang




Bawak mak bapak dia




Ohmyyy



Ok takboleh tido

09 October 2013

di taip oleh Myee at Wednesday, October 09, 2013 0 pujaan hati

08 October 2013

Deactive facebook

di taip oleh Myee at Tuesday, October 08, 2013 0 pujaan hati
Buat masa sekarang, aku memang deactive facebook. Sebabnya




scroll scroll 

orang bertunang or kawen..



Scroll scroll 

nampak orang baru kawen sakan update status. Geli nak muntah aku baca. Adab melayan suami, tag laki dok geli-geli. Masak untuk encik hubby, encik hubby outstation, rindunyaa pe jadah lagi lah. Tak perlu nak update bagailah. Nak geli- geli inbox. Muntah orang tengok.


Scroll scroll lagi, 

Tak larat, pening, muntah.. Tak lalu nak makan..mengidam macam-macam.. Need my hubby.. Share pasal mengandung dekat suami. Dear hubby, please read! Ehhhh tak boleh ke baca sesama dekat rumah nanti??? Untuk anak kita.. Untuk itu untuk ini.. Ehhhh rimas tau tak.


Scroll lagi,

Gaduh pulak laki bini. Semalam ko bersayang bagai, arini dah gaduh?  Kan aku dah buat spekulasi macam-macam. "Suami hendaklah mengauli isteri secara baik" plak dah. Laki ko pesal? Buat hardcore  pulak ke? Layan je lahhhh. Itu pun nak kecoh. 


Scroll lagi,

Dah bersalin...
Hubby jauh disana...anak rindu, mak lagi rindu., haishhh.. Upload pic anak, video anak.. 
Susu anak, pampers anak, baju anak.. Macam macam lagi. Kalau anak comel takpela.. Ni... Kan aku dah mengata plak. 


Scroll lagi, 

Tadi anak sorang, kalau anak ramai. Tiap masa nak update anak dia sorang-sorang. Tak ke jenuh aku tengok. Anak makan itu, makan ini, beli itu..


Scroll lagi,
Tambah anak pulakkk.. Sakit itu sakit ini..

Scroll lagi,

Wish mak bapak punya birthday. If mak bapak ada facebook takpe lah. Ini idokkkk. Pe jadah post dekat fb. Pergi amik tepon call ke mesej kan lebih afdal.

Entah..


Sampai bila nak abis tah.




Ps: kalau nak cari aku, ermmm..xyah lah cari.. Bukan penting pun. Nanti aku adalah balik nak mintak tiket candy crush!



di taip oleh Myee at Tuesday, October 08, 2013 0 pujaan hati


07 October 2013

Celebrate birthday dad

di taip oleh Myee at Monday, October 07, 2013 0 pujaan hati
Aku suka belek-belek groupon. Pastu terjumpa deal best lah jugak. Memandangkan birthday bapak aku bulan tu, so beli je lahhh.


Tempat ni dekat sime darby convention center. Susah jugak cari tempat dia. Area bukit kiara tu. Sebelum simpang golf tu, belah kiri. Dekat dengan kompleks belia bukit kiara tu.

Nasib baik Ms. Bukan Mrs. Sebab dekat buku dia tulis puan! Kuang ajo.

Masa ni serabut. Nak makan tak berapa feel. Dok fikir kerja. Yelah lepas abis makan, aku pergi office balik. Kol 10 macam tu.

Makan boleh la. Ada kambing golek, ayam, daging, udang, pasta, macam-macam lah. Kek pun banyak. Faris makan sampai pucat muka. Kenyang sangat. Bapak aku pulak sampai senak perut. 

Kitaorang tak abis makan lagi, bapak aku dah keluar. Tak tahan kenyang sangat. Kalau duduk dalam tu dia nak makan lagi. So dia duduk luar.

Balik tu, faris dah taktahan. Baju dia ketat sangat. Aku bukakkan baju dia, kasi longgar. Seluar pun bukakkan tali pinggang. Dasyat betul dia kenyang

Macam apa dah!

Sampai rumah, bapak aku muntah kekenyangan macam orang mengandung plak. Ok next belanja makan biasa-biasa. Takde buffet dah ye. Masing-masing macam apa jek!






Bila dah takde kerja

di taip oleh Myee at Monday, October 07, 2013 0 pujaan hati


Habis semua barang aku nak hias!

Kalau dah buat macam ni, takde sape boleh curi. 

Oh background merah tu cadar baru! Hahaha. Kemain lagi merah menyala.

Diy lilin ikea

di taip oleh Myee at Monday, October 07, 2013 0 pujaan hati

Dah nama tak de kerja aku pun berDIY.

Lilin beli kat ikea. Bawah dia tu tak berapa cantik pun. So aku dapat idea. 


Tadaaaa..

Dah boleh deco-deco. Tak payah beli lilin yang mahal. Yang aku punya ni dah bau vanilla. Sedap pun sedap.










05 October 2013

Ikan pekasam ecah bagi

di taip oleh Myee at Saturday, October 05, 2013 0 pujaan hati
Susah nak dapat ikan pekasam ni. Yelah kalau ada jual pun mesti pasar tani pepagi. Aku bangun pagi idok lah. Bila ecah tanya nak ke tak? Aku terus jawab nakkkkk. Setahun sekali kot aku dapat.




Maka ni hasilnya. Makan dengan nasi panas. Memang terbaik. 

Goreng ikan tu dulu, lepas tu tumis dengan bawang, cili api, dengan daun kunyit. Wangiiiii. 

Tapi haritu beli 50sen jek daun kunyit. Dapat setengah helai. Mahal nak mamp! Benci betul. So tak berapa nak feel daun kunyit sikit. Jadilah janji boleh makan!

Berangan ikat tie suami

di taip oleh Myee at Saturday, October 05, 2013 0 pujaan hati

Dulu berangan nak laki keje opis. Pakai smart, ikatkan tie..









Macam ni. Tengok cerita hindustan khabi kushi khabi gham pun ada part yang ikat tie tu.

Kuat sangat berangan..


Dapat pulak boipren keje beruniform. 

Takda maknanyaaaaaa berangan aku tu. Buat penat je berangan tak dapat pun...

Letih aku nak gosok uniform kasi tajam tepi. Seluar pun tajam. Adoiii

Resepi cheesecake biskut asal boleh

di taip oleh Myee at Saturday, October 05, 2013 0 pujaan hati
Resepi dari cik epal. Aku guna apa ada. Dia pakai biskut lain, aku pakai biskut lain.  Weetameal je yang ada. Ni pun nak abiskan stok.

Ingatkan banyak. Tak banyak pun. Dapat 3 lapis je. Macam tak tebal pulak. Takpe 1st time try.
Biskut ikut suka ko nak berapa tingkek. 

Biskut den botingkek tingkek

Susu pun ikut suka. Aku letak tak banyak pun. Letak tengok cantik je dengan cheese aku tu.

Cream cheese ni balance buat kek zaman bila tah. Tengok elok lagi. Hentam je lah. Ada setengah lagi. Aku guna suku jek.

Nestum takde. Nestum 3 in 1 pun jadi lah. Asalnya, kalau takde nestum aku nak guna milo. Sedap jugak milo. Masa nak angkat mixer, aku terjumpa. So bedal je lah.

Mixer ni guna untuk pukul cheese dengan susu. Mula-mula masuk cheese tu kasi kembang, dah tu masuk susu pulak

Susu ni guna nak main celup-celup biskut. Untuk kasi lembik biskut kot. Tahhhh. Pakai low fat milk konon padahal tu belen yang ada. Stok breakfast aku katanya.

Main celup biskut, pastu susun atas tray. 


Dah susun lapis dengan cream cheese tu, tabur dengan nestum. 
Buat botingkek tingkek. Makin tingkek, makin sedap lah kot. Aku biskut tak banyak. So cream je lebih. 

Pastu masuk peti semalaman. Hasil tunggu esok. Tak sabar nak tunggu



Oh btw, mak aku tak ada dekat rumah. So aku berpesta lah masak itu ini. Esok masak ikan pekasam pulak! 

Yummehh






04 October 2013

Bawak bekal

di taip oleh Myee at Friday, October 04, 2013 0 pujaan hati


Hari baru 4hb oktober. Duit belanja aku dah tak banyak untuk menampung perbelanjaan. Nak kata tak buat budget, dah buat. Banyak lari budget dekat kereta baru. Bulan-bulan bayar setengah dari gaji. Bayar insurance dah berapa, bayar asb lagi, bayar hutang lain lagi. Tolak tambah tinggal seratus dua ratus. Tu tak kira duit minyak lagi. Nasib baik ofis belakang rumah je. Dah takde duit, payah nak berjalan.



So aku golongan mana? Fakir miskin ke? Hmmmmmm.. 


Maka mulai semalam dan seterusnya memang kena bawak bekal. Bekal pun apa lah sangat. Nasi goreng bodo- bodo aku masak. Tengok ada belen nasi semalam dengan sardin, aku masak lah. Malam tadi ada masak nasi goreng. Aku tak makan. Amik bahagian untuk aku, simpan untuk bawak bekal esok. Tu belum bawak hotdog ke sandwich crabstick lagi. Menu simple je lah mampu. Bangun pagi pun liat, ni pulak nak masak beria. 

Berangan nak buat bekal cantik- cantik. Hias macam macam bentuk


Gigih nak buat bekal macam ni! Kalau ada anak, buat macam ni, mesti lagi seronok. Kalau buat gini untuk laki, mau kena gelak dengan member dia! 




01 October 2013

di taip oleh Myee at Tuesday, October 01, 2013 0 pujaan hati
di taip oleh Myee at Tuesday, October 01, 2013 1 pujaan hati

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com