29 December 2010

Gambar pasport

di taip oleh Myee at Wednesday, December 29, 2010 3 pujaan hati
Benci la pulak tengok gambar pasport aku. muka pelik semacam je. dah tu, besar pulak. dengan sekarang pakai tudung lagi la. memang tak sama muka aku tu.

masa nak balik kena tahan dengan imigresen sebab muka tak sama. dia tanya "your name is mysmaisarah?" nope."maisarah!". pastu dia tengok muka aku, tengok gambar tu. penat la aku senyum nak bagi sama senyum tu. boleh pulak dia tunjuk gambar tu kat aku cakap "it's this you?" bengong apa. mesti lah aku.

dia cop terus aku blah. apa lah tau la sekarang aku makin meletop plus berhijab pulak. comfirm tak sama.

25 December 2010

Bila Rindu Berkumandang

di taip oleh Myee at Saturday, December 25, 2010 0 pujaan hati


24 December 2010

Hama beads

di taip oleh Myee at Friday, December 24, 2010 0 pujaan hati

duduk dekat rumah memang bosan kalau tak buat apa-apa. so aku dok buang masa susun mende alah ini. penat gak lah nak memilih warna dia since dalam bekas tu de campur semua.

tak susah pun buat. cari idea nak design, susun beads, lapik kertas then last sekali gosok.
maka ini lah hasilnya

tapi aku gosok memang beria sebab ada yang patah. sampai nak cair aku buat tau.




cuppies bookmark


getah rambut piano
 (tak ingat pulak omputih panggil apa getah rambut. headband ke pe tah.) 

first interview selepas tamat belajar

di taip oleh Myee at Friday, December 24, 2010 0 pujaan hati
hari ini pergi interview kt company ni. sekarang mana-mana kerja mesti nak kena training dulu. training untuk web design. dulu masa belajar buat la courseware yang huduh tu. tah la sebab aku fikir, buat mende tu, celik je mata ini sampai subuh buat design. tapi pasal fyp tu tak payah cerita la. last minit adjust balik semua. last-last kosong je aku punya tu. member dok tanya pasal pe tukar la pe la. aritu punya da cantik la pe la. dah tu.. korang suka. supervisor kurang suka macam mana? dia yang bagi markah.

ingat lagi masa design untuk sukaneka bizzcom. aku bantai buat tajuk beach party.alik-alik kena tukar. cakap tajuk beach party tu macam kat miami jek. lor.. dungun kot. takde lah sampai berbikini ke thong ke. pelik la minda orang yang fikir macam tu. semua aku adjust malay. tu macam lawak girang,ketawa,riang.


ok sambung pasal interview tu, nadia mula-mula nak ikut. then dia lambat bangun. maka pergi lah sorang diri. dah la tak sure sangat tempat tu. member yang kerja situ pulak dah deactive FB. nak cari celah mana tah. sampai tak jumpa plaza tuuutt.. jumpa menara tuuut.. last-last cal member tanya. dekat 2 kali jugak la aku terlepas simpang nak masuk bangunan tu. sampai dekat 940 macam tu.

dok tengah isi borang, di suruh masuk lab. dah la tak prepare apa pun. Adobe Photoshop dah takde dalam lappy since format. memang parah gak la tiba-tiba suh design website. memang blur gila otak aku dengan sejuk, nerves lagi. design macam apa je. malas aku nak fikir. kena buat personality test lagi. nak tau korang punya personality macam mana..hmmm.. tah..aku dapat "social realist".

dah tu baru nak interview sorang-sorang. design tu dia bagi 2jam. mana sempat nak jawab personality test yang ada 41 soalan lagi. dok tunggu interview, dia cakap rehat pulak. nadia da sampai LRT. pergi lah amik. parking tu kena bayar 5hengget. adoi. memang nazak gak la sejak takde duit ni. jumpa borak-borak ada ke dia cakap budak-budak design handsome. tapi ada gak lah 2-3 orang aku nengok. leh tahan gak. (menyempat nak mengedik). nadia cakap lagi mesti budak programming nerdy. hahahaa.. lawak betul.

interviewer dia tu,tah la. speaking speakong pulak dia. suara tinggi2. period apa pompuan tu. yang laki relax je. tanya pasal fyp tu. cerita bla..bla..bla.... ada ke dia tanya perbezaan AP and AI..adoi...hentam je lah aku jawab. kawan yang kerja situ cakap, pompuan tu tak tau pape pun pasal design. hampeh betul...

takpelah janji setel. ada rezeki, ada lah. takde nak buat macam mana. cari kerja lain jawab nya..

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

di taip oleh Myee at Friday, December 24, 2010 3 pujaan hati


gadis melayu freestyle

pic ini di pertaruhkan sebab semua molek pakai baju terbang lompat tak ingat dunia. freestyle sebab macam-macam style terbang ada tu. memang dasat.

Mari sertai FEEL FREE TO FLY CONTEST dan menangi hadiah menarik lagi tertarik sebab dah abis belajar, duit tak masyuk nak wangi-wangi pun dah tak boleh. so mana tau menang pulak dapat perfume. boleh wangi balik


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

aku tag:

22 December 2010

aku tak bodoh

di taip oleh Myee at Wednesday, December 22, 2010 2 pujaan hati
sejak dah habis belajar ini, mood nak cari kerja lom sampai lagi. tapi tadi tiba-tiba, bapak aku tanya pasal result. kecut dah. tapi nak wat pe simpan lama-lama. bagitau je la the truth. so berbakul-bakul bebelan dapat. padan muka. dan mood nak cari kerja semakin membuak-buak sebab dah tak tahan kena bebel.

mak aku cakap asyik bercinta je. padahal aku dengan dia baru je sem ni and result aku naik kot. dan result sebelum tu pun naik. result aku teruk from starting lagi. takpelah..xde rezeki nak buat macam mana..



aku redha dan itu je yang aku mampu lakukan.... 

15 December 2010

kumpulan sorak

di taip oleh Myee at Wednesday, December 15, 2010 4 pujaan hati
tajuk entri tiada kena mengena pun dengan cheerleaders atau kumpulan sorak. tapi berkenaan tertubuhnya group oleh mereka yang tidak puas hati terhadap aku.

HELLO!  ada aku kisah ke kalau nak buat group boikot aku ke apa. macam budak sekolah pulak nak main rampas-rampas boyfriend. setakat gambar je. bukan berpeluk cium ke apa pun. tolong la. yang si BF ni pulak explain la betul-betul..tak faham lah orang bercinta sekarang ni..

suka hati lah nak buat apa-apa pun. Janji korang bahagia dan tak kacau aku da..

p/s: sorry la kamu.. aku just select all image tu yang terupload sekali. tiada niat pape pun..

13 December 2010

nak cari kerja..nak cari kerja

di taip oleh Myee at Monday, December 13, 2010 0 pujaan hati
since da abis belajar dan menjadi penggangur mood nak kerja belum sampai. lagi-lagi result yang sangat mengecewakan. tapi tak pe lah..rezeki bukan kita tau. lau ada, ada. kalau pandai sangat pun tak semestinya kerja bagus. cara bawak diri tu penting. matlamat nak kerja ni sebab



      1. kena sambung bayar duit kereta :(  tu yang tak nak kerja lagi
      2. braces kena bayar sendiri
      3. lappy baru
      4. nak kuar tak de duit. tak kan nak orang sponser je.


ini dapat call pergi training fikir berkali-kali nak pergi ke tak. sebab tah la. tak ready lagi kot. lagipun dah lama gila tinggal dunia kerja. pulak tu duduk kat dungun. takde jam la tol la. dok kl living cost tinggi, jammed lagi adoi. memang tu yang wat aku tak bersemangat je. tapi lau dah kata rezeki, tu terima je lah..
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com