30 December 2013

berkutu kutu kepala main kutu

di taip oleh Myee at Monday, December 30, 2013 0 pujaan hati


main kutu hari tu, dah dapat set ni! best betul. tak sabar nak ada rumah. nak tupperware kaler purple. kaler lain tengok macam mana. pink pun cantik jugak. geram. puas hati kot dapat barang. 
sekarang tupperware dok semak atas almari. da penuh kotak tu, nak balut. konon hadiah perkahwinan untuk diri sendiri. nak tunggu orang bagi lambat. so kumpul la sendiri. 

dah perangai mak-mak aku ni!

09 December 2013

mm

di taip oleh Myee at Monday, December 09, 2013 0 pujaan hati

Collection cover ip5

di taip oleh Myee at Monday, December 09, 2013 0 pujaan hati

Aku suka collect cover hp. Kalau pergi pasar malam cina, mesti nak beli. Geram tengok. Range harga tak mahal pun. Dari collection aku ni rm5- rm20. Yang rm20 tu yang ada paris tu. Rm5 yang macam beg tu. Beli dekat daiso je. 

Aku dah ada 9 collection. Bapak aku baru 1. Dah la beli sama tarikh dengan aku. Adik aku pun 1 jugak. Sampai sudah tak tukar. Biasalah lelaki. Tak penting cover bagai ni. Janji leh pakai lagi, ok je. Mana la tau dah takde stok kang, jenuh nak cari. So beli la banyak-banyak. Janji under budget

07 December 2013

Book hunting

di taip oleh Myee at Saturday, December 07, 2013 0 pujaan hati

Hasil tangkapan di bigbadwolf. Ada 9 buku semuanya. Total RM87. Oh buku lagi 1 pasal baby. Sorok siap-siap. Nanti kantoi dengan mak aku pulak. Lom kawen lagi, gatal beli buku baby. Beli buku nak kurus. Tapi tak kurus pun! Tengoklah macam mana nanti.

Buku chicken soup for the soul tu macam bes. Rm10 je satu. Lama tak baca dan cakap english. So sekarang nak praktis balik lah baca satu chapter setiap malam.Kot kang tak reti pulak aku nak speaking bagai. 

Tadi ada buku travel. Rm8 macam tu. Geram je. Tapi tak tau nak travel mana. 
Yang tau thailand je yang dalam masa terdekat nak pergi. Istanbul tak jumpa pun tadi.

P/s: berangan dekat rumah sendiri ada mini library

06 December 2013

Masuk contest dekat LINE

di taip oleh Myee at Friday, December 06, 2013 0 pujaan hati
Haritu aku ada masuk peraduan dekat LINE. Main jawab jelah. Tak sangka menang lah pulak kan. 
Nama dah la bawah sekali. Jenuh dok tanya kat receptionist barang dah sampai ke belum. Excited lama tak menang. Dulu masuk peraduan kat mag Lisa, dapat hadiah seronok! 


Nasib baik KA dah beli botol air tupperware. Takdelah nak mintak aku punya. Tiket tu macam nak tengok cerita frozen je. 

05 December 2013

Masuk projek baru

di taip oleh Myee at Thursday, December 05, 2013 0 pujaan hati
Macam dah takde hati nak kerja. Duduk site memang lah best claim, tapi kau kena duduk sempit-sempit, lepastu masuk projek baru orang yang lama pandang kau macam apa. Meluat aku! Macam aku heran sangat nak masuk projek kau. Boleh pulak salam perkenalan kau dengan kami tadi "tau java ke?" Perlu ke cakap macam tu? Kalau kau teror sekalipun, tak perlu nak perlekehkan orang. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik ilmu yang kau ada! Entah. Macam takde hati dah ni. Ikutkan hati duit asb berapa yang ada sekarang ni, kawen jelah. Tak cukup pun takpe. Lepas tu ikut pergi langkawi. 

Boring aku dah duduk dekat kl. yang poyo nak mampus bukan orang kl pun. Orang dari luar yang tak reti berbudi bahasa. Awak tu pakai tudung sampai tutup dagu, jaga lah sikit ayat yang keluar dari mulut awak tu. Tak guna tutup sana sini, hubungan sesama manusia awak tak jaga. 



Malas nak kerja dah! Takde mood. Nak cuti sampai tahun depan!

02 December 2013

Malas nak buat kerja

di taip oleh Myee at Monday, December 02, 2013 0 pujaan hati

Status sekarang ni mood bercuti. Minggu  depan nak pergi kelantan. Tak sabar nak berjalan. Boring dok ofis. 

Datang kol 9 lebih, ofis lenggang je. Takde orang. Tiba-tiba rasa nak lukis. Lukis pakai excel weh.


Sebab gatal nak kawen, lukis pengantin laki dulu. Tema harus pepel. Masa bila nak pakai pepel tah! 
Jenuh gak la nak buatnya. Dah jadi laki, mesti ada perempuannya.





Pengantin pompuan macam pendek pulak. Takpe. Nanti cuba lagi.

Google lagi dapat tutorial wanita muslimah pulak. Tudung labuh menutup dada. Nak lukis badan, tak tahu dah. Nanti sambung lagi.



Macam comel pulak!



calendar december 2013

di taip oleh Myee at Monday, December 02, 2013 0 pujaan hati






Ni wallpaper fon aku. Yang love tu aku nak ponteng. Pergi kelantan. Holiday. Yang cloud tu aku cuti. Rainbow public holiday





01 December 2013

Main kutu

di taip oleh Myee at Sunday, December 01, 2013 0 pujaan hati
Aku dah gila barang tupperware. Nak beli sekaligus tak mampu. So join main kutu tupperware. Dah macam makcik-makcik. Kumpul siap-siap sebelum kawin. Tak sabar nak tunggu turn.

Nak kaler pepel kalau boleh. Takde tu amik pink. Ok la tu dapur aku kaler gitu






Nadia, tunggu aku dok langkawi eh, kita main kutu correlle



Hello

di taip oleh Myee at Sunday, December 01, 2013 0 pujaan hati



Please be nice

29 November 2013

Hadiah farewell bos lelaki

di taip oleh Myee at Friday, November 29, 2013 0 pujaan hati
Orang it memang tak suka berparti kot. Opis aku kalau ada event ke apa ke, semua macam wat taktahu. Dulu masa raya, aku yang beria tanya dekat maria tak buat apa-apa ke. Dia tengok budak lain diam je. Aku push gak. So terjadi jugalah sambutan kecik-kecik. Dari takde.

Ni boss @ project manager aku nak berhenti. Dorang macam tak buat pape. Sa aku siap create group kat skype. Konon nak discuss lah. Nasi arab taknak la tu la ni la. Wang solo la tu la. Dia merapu tah pape, last skali dia left group. Macam bangang disitu. 

Hari ini dah kamis. Aku nampak team lain celebrate farewell untuk dia. Kitorang team sama tak buat pape. Petang pukul 3, aku dah taktahan, aku mintak duit dekat budak2 ni nak buat gak. Rm25 sorang. Dah gaji kot. Nasib lah kan. Taknak join sudah. 

Kira-kira dapat gak 34 orang nak join. Petang tu jugak call al-diafah order nasi arab. Part paling benci orang nak order lain macam! Leceh. Pening otak aku sampai nak mengira pun salah.

Sudahnya kol 7 aku pergi mid valley nak beli hadiah. Singgah memory lane, ada kad bunga-bunga farewell. Cari kedai lain takde. Nasib kau lah dapat kad bunga-bunga. RM26.80




Masa tengak tengok pen, mak aku call tanya kad mana. Aku mintak la pendapat. Dia kata beli baju. Ok fine. Pergi tengok baju. Usha baju, macam geli plak terbayang style dia. Style dia ala-ala korean gitu. Ada bila tah pakai baju bunga-bunga. Asyik baju tu jek. Geli aku tengok. Jumpa baju macam punjabi tu. Dia ari jumaat macam pakai baju tu. Bila fikir-fikir, macam geli. So tak jadi.

Sudahnya beli pen parker. Siap free craving lagi. Tanya pendapat akak kat situ dia tunjuk 1 set pen. Rm120. Pen basah dengan kering. Aku main amik je lah. Beli dekat jusco midvalley



Ok la tu. Tapi aku rasa macam tak pernah nampak pun bos aku menulis. Sign pun apatah lagi. Lantaklah!




Ada balance beli brownies la dari kek. 
Brownies total RM137 macam tu. 



Makan nasi arab. Aku call lah nak order bagai. Datang sana, orang tu buat table untuk aku. Jenuh nak menunggu. Beli untuk 40pax total RM660. Okje sebab chicken mandi RM15, bbq RM20, kambing mandi RM25







Semua nama terlibat.





Bye see u soon. Jangan lupa datang kenduri kawen!




27 November 2013

Bila projek sudah berakhir

di taip oleh Myee at Wednesday, November 27, 2013 0 pujaan hati
Projek ni dah tutup akaun. So tengah repair apa yang patut. Datang opis pun ikut suka. Buat kerja pun malas. Sebabnya otak tak boleh nak fikir kalau tak pressure. Eh.. Yela.. Kalau dah last minit, semua jalan, yang tak jalan semua ok.

Sejak dah akhir macam ni, semua main tarik tali. Kena support projek sebelum atau masuk team lain. Aku taknak support sebab taknak baca coding orang. Lagi-lagi orang hebat, coding hebat gila sampai tak tahu nak godek dekat mana. Aku benci tengok, aku buat baru je. Dah confirm aku tak join support,  kompem la masuk projek baru. Tiba-tiba masa lunch, aku gatal pergi tanya team report. Yela tengok dorang balik on time, pastu macam senang. Dorang offer join team tu.

Sudah serba salah, sebab team tu ramai ibu mengandung dan dorang tak ramai. Tapi leceh gak sebab semua projek dorang handle. Semua table nak kena fikir, semua report nak kena keluarkan, semua site kena pergi kalau macam tu.

Entahlah. Macam tak pulak. Team developer masuk projek lain, framework lain. Kitaorang ramai. So boleh la nak berusaha sama-sama. Team report kena hebat sql. Database aku repeat kot. Sebab lecturer tuntak bes. Left join, la outter join la. Assignment dok copy orang punya, tak pernah buat, tetiba kerja tu aku nak buat, memang tak la. Sekarang ni pun, sql aku asal boleh. Janji kuar apa yang aku nak, dah boleh jalan. 

Entahlah. Stay je sebagai developer je la sampai kawen. Nanti dah kawen, fikir lain pulak.

Diy pensel kayu

di taip oleh Myee at Wednesday, November 27, 2013 0 pujaan hati

Haritukan ada tido dekat hotel. So dapat la collect pensel. Kalau dah banyak semua tulis quality, tak best juga. So aku dah boring tengok putih je pensel tu, sku balut dia dengan washi tape. Jadi lah pensel baru,

Esok ada anak buat macam ni. Kumpul pensel banyak-banyak, design washi tape banyak, design kan aje. Kan dapat macam corak dari orang lain.

Lama tak berchilis

di taip oleh Myee at Wednesday, November 27, 2013 0 pujaan hati


Haritu pergi citta mall. Asyik dengar je orang cerita. Kita pun pergilah kan. Nak tengoklah tempat tu macam mana. Sebab cerita friday im in love pun pernah berlakon dekat situ. Tak banyak kedai pun. Parking free dan sangat selesa sebab tak perlu berebut parking. Parking banyak! 

Tempat makan best wondermilk, bubba gump, chilis dans ewaktu dengannya.

Sebab pagi tak breakfast, orang tu jalan lajuuuuuu je ke chilis. Kalau tak, jalan macam apa slow budget cool. Aku ni jenis nak cepat je.

Seperti biasa gilpreng mabuk nak makan ayam.

 So fav dish honey chicken crispy christople ke apa tah nama belakang.




Boipren budget diet ke apa tah amik fish & chip.


Nampak macam gilpreng kuat makan pulak. Lama wehhh tak makan sedap dan ayam. Aku bantai makan macam orang tak pernah makan. Nasib kau lahhhh

Btw kalau lepak lama, amik air yang bottemless tu. Boleh refill banyak kali sampai terkencing. Boipreng tak refill pun. Membazir. Makan mamak je lah weh! Rugi!



Dating 3- 4 bulan sekali, boleh la makan harga macam ni. Dating selalu, jenuh!

Potongan Surah Sebagai Mahar Perkahwinan

di taip oleh Myee at Wednesday, November 27, 2013 0 pujaan hati
Aku ada kawan. Lelaki. Dia nak kawen end of this december ni. Aku kan gatal nak kawen, so sibuk la tanya mas kawen berapa, hantaran berapa. Bak kata orang, nak  tengok la budget orang macam mana. Dia cakap takde hantaran. ok sebab kelantan kan. tanya mas kahwin, dia cakap ayat al-quran. yelah sebelum ni tak pernah la dengar macam tu. Selalu senaskah alquran. ini tak. ini dia baca surah untuk bakal isteri dia.

aku terus google.

memang ada orang buat macam ni.



bagi aku kalau lelaki tu al-hafiz (bukan husband nadia ye) sedap lah jugak. kalau orang datang pinang aku macam ini pun aku on je. ini tak. tanya surah apa dah hafal, cakap tak hafal pun. siap kata nak bukak al-quran time nak nikah tu.

Please lah. macam mana orang susah payah nak kumpul duit nak kawen, kau kena susah payah gak berusaha perbaiki bacaan ke, hafal ke. baru lah mencabar berusaha susah payah nak kawen. ini tak. memang lah pihak perempuan tak mintak pun hantaran ke apa. tapi sekurang-kurangnya kau bagi as gift. memang la kalau boleh taknak mintak itu ini. kau pun kena sedar juga, kan memberi itu lebih baik dari menerima. so apa salahnya kau bagi. memang lah nak buat kenduri kesyukuran, tetapi hulurkan lah apa patut. entahlah. susah nak faham. lain orang lain dia punya cara.

masa batalkan air sembahyang bagi apa? bagi cincin. pada aku kira ok lah tu, memandangkan kau tak bagi hantaran, apa kata hadiahkan gelang tangan ke rantai. tak salah pun. lepas kawen, memang takkkkkkkkk lah kan lelaki nak bagi lagi. kalau yang dapat tu, Alhamdulillah.

Dalam satu pertemuan sebelum bernikah, saya yang bersama -sama calon pengantin lelaki membincangkan hal mahar ini, dan diminta oleh seorang calon pengantin perempuan, berupa sepotong hadith yang dihafalnya sebagai mahar.

Pihak kami tidak ada halangan apa-apa dan bersetuju dengan mahar itu, tetapi seminggu sebelum bernikah, pengantin perempuan memaklumkan hasil perbincangannya dengan jurunikah, jurunikah menasihati adalah lebih mudah menggunakan material (tak kiralah duit atau benda) untuk dijadikan mahar dari membaca sepotong hadith atau ayat-ayat al-quran.

Ini memudahkan lafaz ketika akad nikah untuk ijab dan kabul supaya selesai satu nafas.

Yang kedua, mengikut sunnah Rasullulah sendiri, mahar baginda kepada Syaidina Khadijah juga berbentuk material. Begitu juga mahar anak-anak baginda. 

Memang ada hadith Rasullulah berkaitan mahar surah-surah dalam al-quran, teapi bacalah kisah ini dengan teliti. Sebelum Rasullulah menyatakan ayat-ayat al-quran sebagai mahar, baginda meminta orang itu mencari material. Oleh kerana terlalu miskin, walaupun cincin besi tidak dapat diadakan. 

Di akhir sabda Rasullulah, barulah menyarankan ayat-ayat dalam ql-quran kerana tidak ada apa materila yang mampu diadakan oleh sahabat itu.

Dan baca juga, di akhir hadith itu ialah, "Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Pergilah, wanita itu telah menjadi istrimu dengan mahar mengajarkan surat Alquran yang kamu hafal."



Hadits riwayat Sahal bin Sa`ad Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Seorang wanita datang kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan berkata: Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam memandang perempuan itu dan menaikkan pandangan serta menurunkannya kemudian beliau mengangguk-anggukkan kepala. Melihat Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam tidak memutuskan apa-apa terhadapnya, perempuan itu lalu duduk. 

Sesaat kemudian seorang sahabat beliau berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, jika engkau tidak berkenan padanya, maka kawinkanlah aku dengannya. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bertanya: Apakah kamu memiliki sesuatu? Sahabat itu menjawab: Demi Allah, tidak wahai Rasulullah! Beliau berkata: Pulanglah ke keluargamu dan lihatlah apakah kamu mendapatkan sesuatu? Maka pulanglah sahabat itu, lalu kembali lagi dan berkata: Demi Allah aku tidak mendapatkan sesuatu! Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Cari lagi walaupun hanya sebuah cincin besi! Lalu sahabat itu pulang dan kembali lagi seraya berkata: Demi Allah tidak ada wahai Rasulullah, walaupun sebuah cincin dari besi kecuali kain sarung milikku ini! Sahal berkata: Dia tidak mempunyai rida` (kain yang menutupi badan bagian atas). Berarti wanita tadi hanya akan mendapatkan setengah dari kain sarungnya. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bertanya: Apa yang dapat kamu perbuat dengan kain sarung milikmu ini? Jika kamu memakainya, maka wanita itu tidak memakai apa-apa. Demikian pula jika wanita itu memakainya, maka kamu tidak akan memakai apa-apa. Lelaki itu lalu duduk agak lama dan berdiri lagi sehingga terlihatlah oleh Rasulullah ia akan berpaling pergi. Rasulullah memerintahkan untuk dipanggil, lalu ketika ia datang beliau bertanya: Apakah kamu bisa membaca Alquran? Sahabat itu menjawab: Saya bisa membacasuratini dansuratini sambil menyebutkannya satu-persatu. Rasulullah bertanya lagi: Apakah kamu menghafalnya? Sahabat itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Pergilah, wanita itu telah menjadi istrimu dengan mahar mengajarkan surat Alquran yang kamu hafal
(Shahih Muslim no:1425)


Apakah lelaki yang anda mahu kahwini seperti lelaki di atas hanya mampu mahar hanya ayat-ayat al-quran. Jika mahar ayat-ayat al-quran itu akan mendatangkan barakah dan besar fadilatnya kepada sebuah pernikahan pasti Rasullulah menyarankan umatnya dari dahulu berbuat demikian kerana ketika itu ramai di antara sahabat memang miskin-miskin belaka kerana mereka rela menyerahkan harta yang dimiliki untuk dibelanjakan dijalan Allah.

Namun tetap Rasullulah mendahulukan  material sebagai mahar sebelum menyarankan sahabat itu menjadikan surah atau ayat al-quran sebagai mahar.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:
 “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
_________________________________________
Asalnya Rasullulah hanya mahu menikahkan Syaidina Fatimah dengan Syaidina Ali dengan mahar sebuah baju besi, tetapi Wahyu dari Allah memerintahkan mahar Syaidina Fatimah ialah sebanyak 400 dirham.
Jadi kenapa kita tidak ikut sunnah Rasullulah kerana kita memang mampu mengadakan material itu. Yang utama biarlah material itu sesuatu yang mampu diadakan dan jangan berlebihan atau pembaziran.
Jadinya sunnah tetap mengutamakan material sebagai mahar. 

Syaidina Khadijah merupakan perempuan bangsawan dan hartawan. Kenapa Rasullulah memberikan mahar begitu tinggi nilainya kepada Syaidina Khadijah? Rasullulah berbuat demikian kerana Nabi Muhammad sangat menghormati wanita, apalagi perempuan bangsawan yang bernama Siti Khadijah, sehingga harta bukanlah hal yang berharga, apabila di banding dari nilai cinta seorang perempuan. Nah! dari situlah kita diajak mengambil pelajaran dan hikmah dari kisah agung Nabi Muhammad pada saat menikahi perempuan yang di cintai. 

 Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut.

Berbeza dengan mas kahwin (mahar) yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada 'malam pertama' sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.
Syarat-Syarat MAHAR Hendaklah MAHAR yang diberikan kepada pihak isteri itu merupakan sesuatu benda yang boleh dijual beli atau sesuatu yang ada harga atau boleh sewa sama ada yang nampak (ada di tangan seseorang) atau hutang yang dalam tanggungan. MAHAR itu juga boleh diberi secara tunai, bertangguh atau dibayar secara beransur-ansur.

26 November 2013

Hadiah birthday 27

di taip oleh Myee at Tuesday, November 26, 2013 0 pujaan hati


Thanks mama bagi wristlet lagi. Lepas tu jenama fav pulak tu. Eh tak delah suka sangat tapi sebab nama MK je. Tu suka jenama ni. 


Sebabnya Maisarah+Khairul


Dah berangan nak beli beg hantaran jenama ni. Ehhh

25 November 2013

Bila berwestern di fiske

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati


WW

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati

Cerita pasal software engineer

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati
Software engineer/ developer/ programmer bagi aku ialah

1) pereka fesyen, pelukis, 
Untuk projek yang aku handle, kena design interface system tu. Siapkan interface guna html lah. Buat form, susun atur textbox, button, image dan yang berkaitan dengan design sistem lah. Nak letak kat mana button, ayat-ayat lagi dan pape yang berkaitan dengan design.

2) writer
Ini kerja utama yang perlu dilakukan. Taip skrip untuk sistem. Macam jugak penulis drama ke penulis apa lah janji menulis. Aku pun tulis coding untuk buatkan jalan cerita sistem. Macam mana flow dia, lepas itu apa. Lepas ini apa.

3) investigator
Ok ini pun penting jugak! Yelah dah taip skrip semua tu, jumpa error pulak. Nak kena mencari dekat mana salah dia. Ala macam polis ke csi macam tulah. Kena kaji satu-satu punca error tu. lepas tu kena tau sebab apa berlaku error tu. macam mana nak solvekan.

4) mechanic
Yang ini pun sama. Ye la mekanik kereta repair kereta. Nak tau la kat mana rosak enjin ke apa ke. Sama jugak dengan kerja aku nak tau rosak apa. Salah letak coding ke apa ke. Kalau salah, memang tak jalan. Sama macam kereta. Rosak lain, repair lain. Tak jalan kereta tu. sama macam sistem jugak.

5)

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati

Motivational Monday

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati

Kisah adik angkat lagi

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati
Dulu masa sekolah teknik gatal nak beradik angkat, kakak angkat, abang angkat. Yelah duduk asrama kot. Orang adik angkat ramai pompuan, aku adik angkat laki. Nampak betul hot dulu. Ehh..

Budak team bola tampar gak. Kisahnya macam mana tak ingat. Sekarang still contact lagi jugak dengan dia. Dah kawen kerja tnb. 

Member lain yang ada adik angkat pompuan tu aku tengok sekarang macam best pulak. 

Ada sorang tu buat wedding planner sama-sama. Pergi kelas makeup, pergi beli barang untuk pelamin, pergi teman design baju sama-sama. Memang bestlah aku tengok.

Ada tu adik angkat kuat travel. Alahai. Napelah tak jadi adik angkat aku dulu. Mau jungkit bontot aku join pergi sana-sini backpackers. Seronok. Itu pun setelah aku google tempat nak travel, terjumpa blog budak ni. Tengok muka macam kenal, tengok nama ehhh. Sekali nampak dekat komen bawah tu, nama familiar, tengok gambar kenal. Dah dapat agak dah. Lepas tu jumpa ayat duduk asrama dekat bentong 2003-2004! Mana lagi kalau bukan teknik. Masa tu mrsm bentong belum bukak lagi. So memang tepat lah tekaan. 

Terus add fb nak kawan. Napelah aku tak jumpa kau sebelum- sebelum ni. Kenapa sekarang ketika aku sedang budget untuk kawen! Takpela, simpan untuk pergi dengan suami! Cewahhh


24 November 2013

di taip oleh Myee at Sunday, November 24, 2013 0 pujaan hati



Pening nak planning tarikh kawen. Semua dah lari target. Yelah aku cuti sabtu ahad. Family sana cuti jumaat sabtu. Macam mana ni.




Tiket honeymoon dah beli. Ehhhhhh

21 November 2013

di taip oleh Myee at Thursday, November 21, 2013 0 pujaan hati

Birthday Quote

di taip oleh Myee at Thursday, November 21, 2013 0 pujaan hati

Happy birthday to me

di taip oleh Myee at Thursday, November 21, 2013 0 pujaan hati
Syukur alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup sampai umur 27tahun. 

Masih lagi diberi kesihatan yang terbaik, 
masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah, 
masih lagi berusaha untuk menjadi yang terbaik, 
masih lagi diberi peluang untuk mencari rezeki yang halal,
masih lagi berusaha mencari imam yang terbaik untuk membimbing ke jalan yang diredhai Allah, 
masih lagi berusaha untuk membantu golongan yang susah, 
masih lagi berusaha untuk membahagiakan orang lain.
Masih lagi berusaha untuk menjadi wanita yang baik,
Masih lagi berusaha untuk lalukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya,
Masih lagi berusaha untuk mencapai impian,
Masih lagi berusaha untuk segalanya..





Harini aku cuti. Khamis jumaat. Sebabnya, entah. 
Aku ingin bersendirian. 
Aku taknak jumpa orang. 
Aku taknak buat apa-apa. 
Aku tak mengharapkan apa-apa. 
Sama je macam hari biasa. 
Jiwa aku kosong. 



Happy birthday Maisarah..

20 November 2013

Wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, November 20, 2013 0 pujaan hati

18 November 2013

Instax mini

di taip oleh Myee at Monday, November 18, 2013 2 pujaan hati


Dulu beria berinstax mini. Sekarang nak beli filem dia pun malas. Dulu berdating, mesti bawak. Ambik gambar banyak-banyak. Sekarang dating bawak beg kecik. Tak muat. Berat. Pergi kenduri pun dah tak bawak. Berhabuk kat rumah je. 

Rasa macam nak jual je.

14 November 2013

Tempah baju kawen

di taip oleh Myee at Thursday, November 14, 2013 0 pujaan hati



Dulu berangan nak tempah baju kawen or tunang dekat sini. Tengok price mahal. So macam tak jadi je nak tempah. Budget lari. Pakai sekali tu je. Memang cari lain la. Macam tak berbaloi. Makin nak jimat, makin tak leh je.


Next!!!!

Maisarah Quote

di taip oleh Myee at Thursday, November 14, 2013 0 pujaan hati

10 November 2013

Cerita pasal kerja part berapa tah

di taip oleh Myee at Sunday, November 10, 2013 2 pujaan hati
Dah seminggu lebih tido tak cukup dan tak puas. Yelah tido dekat opis beralaskan comforter nipis, selimut nipis. Masa tak bawa comforter tido atas lantai. Ada bila tido dekat sofa, tak muat sebab kaki panjang. Merengkot, dan terjulur kaki. Bangun kaki, lenguh sebab tergantung. Entah.

Hidup tak terurus. Sabtu ahad kerja. Kerja macam nak gila. Tido kol 3-4 pagi. Bangun subuh, siap-siap balik rumah jap. Kol 8 lebih pergi sambung buat kerja. 

Dok terbayang budak spm yang meninggal tu sebab saluran darah pecah.  Maybe sebab stress. yelah harapan sekolah, harapan keluarga. Aku takut pulak jadi gitu. Semalam balik dari mpm, malam. Mata dah la silau, main drive je. Dahla bawak dokumen penting. Dok terbayang, lau aku accident, jenuh dorang nak cari dokumen tu. Jenuh nak mintak sign balik. 

Ni kes laki bini developer. Kesian anak dia. Membesar dekat opis. 

Dok layan upin ipin. Nasib baik dia tak mengamuk. Elok je. Tak banyak karenah.
Tiba- tiba mak aku cakap, budak tu tak mengamuk, so takde hantu lah kat opis kau. Aku pun tak pernah terfikir plak pasal tu. Tapi memang pun, masa tido takdelah rasa takut ke apa. Maybe sebab dekat situ selalu berkumandang azan. So takdelah menda-menda tu kot.

Tak sabar nak abiskan project ni. Tak tenang hidup weh. Makan tak tentu, pe tah lagi nak berak. Sembelit dibuatnya.
Tu belum part mencarut bengang dengan orang. 

Entahlah.. Kalau cepat sangat berakhir pun takut gak. Risau masuk projek lain. Takde geng ke. Tahlahhhh.. Malas nak fikir sekarang.






02 November 2013

Cerita pasal kerja lagi

di taip oleh Myee at Saturday, November 02, 2013 0 pujaan hati
7 dan 8 nov dah PAT.
Laporan exam yan aku buat dah taknak pakai dah. Buang dari sistem. Dorang tanya nak simpan ke nak buang? Aku tak tahu nak jawab. Boss tanya confident tak nak present aku tak tahu. Lama jugak aku hadap buat dari mula lepas amik dekat orang. Aku confident dengan aku dah buat tu. Cuma data yang dia pakai tu problem. Lagi- lagi amik dari table kertas. Yela boleh pulak guna flag kertas untuk paparkan kertas bagi tiap penggal. Aku tak reti nak olah. Entahlah.

Meeting dapat modul baru. Modul lama kena repair bugs. Benda paling malas nak repair error. Cuti semua dibekukan sampai hujung november. Entah tak tahu apa akan jadi minggu depan. Kena speed up buat kerjalah nampaknya.



Nak benti. Nak kawen, duduk langkawi. Nanti kat sana aku fikir apa aku nak kerja. Boleh?

29 October 2013

Dah nak terberak baru nak korek lubang

di taip oleh Myee at Tuesday, October 29, 2013 0 pujaan hati
Sebenarnya yang lebih jelas, taik dah dekat hujung bontot, baru kau nak korek lubang.

Sebabnya, lusa dah nak uat, kau baru nak memekak mintak tolong. Memang taklah. Nak bagi bala kat orang lain. Mampus. Menangis-nangis buat coding. Nak faham flow dah bape hari, nak godek-godek lagi dah bape hari. Memang tak lah!

Lepastu mintak tolong tengokkan budak jantan 2 ekor ni. Eh bukan budak laki selalunya hebat ke? Ni mintak tolong pompuan. Aku ok je nak tolong mana aku tau. Lau yang susah-susah tak reti lah pulak. Yela aku sedar, dulu pun aku tak tau tanya orang gak. Pe salahnya tolong orang mana aku mampu

26 October 2013

Cerita baju kawen kawen

di taip oleh Myee at Saturday, October 26, 2013 2 pujaan hati

Dear friends,

Nanti aku kawen korang takpayah la tempah baju. Pakai la balik baju nikah korang tu. Bila lagi nak pakai. Aku tengok dah macam rainbow. 

Dapat macam ni ke. Boleh dah tu. 
Ni kalau ramai lagi lah meriah.

Tapi aku tengok macam tak boleh je nak rainbow sangat. 

Ni pun oklah kot sebab korang kaler cream, kuning, pink.

Meh tengok gambar korang aku curi dekat fb nak jadi sumber inspirasi



Nadia kaler cream eh? 

Siti sarah kuning. Cantik dah!

Emieza pink. Ok cun! Time ni kurus gilaaaa kot ko emi!

Een gambar nikah kau aku tak jumpa. Tapi aku rasa ko mesti nak pakai baju ni balik kan. Ok. Boleh la pink belacan. Baju nikah ko kaler kelabu tak silap aku.

Ok yang lain aku tak jumpa pic korang. Yang lom kawen pilih la ye nak kaler apa. Pink ke kuning or cream. Pakai masa reception lah. Kang pakai time aku nikah, kompius pulak sape yang kawen nanti. Kalau korang dah kaler macam tu aku kaler apa? 

Putih ke purple?

Yang pasti baju aku kena overlah dari korang. Fishtail + peplum. Hahahaha. Kena buat dekat dewan lah kan. Peluh pulak ketiak uolls nanti.

P/s: Oh untuk emi, nadia, yuyu, een
Kalau nak gedik-gedik kaler sama, pakai la time aku nikah. Tapi aku macam nak buat malam. Agak-agak cantik tak nak shoot gambar?!












 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com