Aku ada kawan. Lelaki. Dia nak kawen end of this december ni. Aku kan gatal nak kawen, so sibuk la tanya mas kawen berapa, hantaran berapa. Bak kata orang, nak tengok la budget orang macam mana. Dia cakap takde hantaran. ok sebab kelantan kan. tanya mas kahwin, dia cakap ayat al-quran. yelah sebelum ni tak pernah la dengar macam tu. Selalu senaskah alquran. ini tak. ini dia baca surah untuk bakal isteri dia.
aku terus google.
memang ada orang buat macam ni.
bagi aku kalau lelaki tu al-hafiz (bukan husband nadia ye) sedap lah jugak. kalau orang datang pinang aku macam ini pun aku on je. ini tak. tanya surah apa dah hafal, cakap tak hafal pun. siap kata nak bukak al-quran time nak nikah tu.
Please lah. macam mana orang susah payah nak kumpul duit nak kawen, kau kena susah payah gak berusaha perbaiki bacaan ke, hafal ke. baru lah mencabar berusaha susah payah nak kawen. ini tak. memang lah pihak perempuan tak mintak pun hantaran ke apa. tapi sekurang-kurangnya kau bagi as gift. memang la kalau boleh taknak mintak itu ini. kau pun kena sedar juga, kan memberi itu lebih baik dari menerima. so apa salahnya kau bagi. memang lah nak buat kenduri kesyukuran, tetapi hulurkan lah apa patut. entahlah. susah nak faham. lain orang lain dia punya cara.
masa batalkan air sembahyang bagi apa? bagi cincin. pada aku kira ok lah tu, memandangkan kau tak bagi hantaran, apa kata hadiahkan gelang tangan ke rantai. tak salah pun. lepas kawen, memang takkkkkkkkk lah kan lelaki nak bagi lagi. kalau yang dapat tu, Alhamdulillah.
Dalam satu pertemuan sebelum bernikah, saya yang bersama -sama calon pengantin lelaki membincangkan hal mahar ini, dan diminta oleh seorang calon pengantin perempuan, berupa sepotong hadith yang dihafalnya sebagai mahar.
Pihak kami tidak ada halangan apa-apa dan bersetuju dengan mahar itu, tetapi seminggu sebelum bernikah, pengantin perempuan memaklumkan hasil perbincangannya dengan jurunikah, jurunikah menasihati adalah lebih mudah menggunakan material (tak kiralah duit atau benda) untuk dijadikan mahar dari membaca sepotong hadith atau ayat-ayat al-quran.
Ini memudahkan lafaz ketika akad nikah untuk ijab dan kabul supaya selesai satu nafas.
Yang kedua, mengikut sunnah Rasullulah sendiri, mahar baginda kepada Syaidina Khadijah juga berbentuk material. Begitu juga mahar anak-anak baginda.
Memang ada hadith Rasullulah berkaitan mahar surah-surah dalam al-quran, teapi bacalah kisah ini dengan teliti. Sebelum Rasullulah menyatakan ayat-ayat al-quran sebagai mahar, baginda meminta orang itu mencari material. Oleh kerana terlalu miskin, walaupun cincin besi tidak dapat diadakan.
Di akhir sabda Rasullulah, barulah menyarankan ayat-ayat dalam ql-quran kerana tidak ada apa materila yang mampu diadakan oleh sahabat itu.
Dan baca juga, di akhir hadith itu ialah, "Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Pergilah, wanita itu telah menjadi istrimu dengan mahar mengajarkan surat Alquran yang kamu hafal."
Hadits riwayat Sahal bin Sa`ad Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Seorang wanita datang kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan berkata: Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam memandang perempuan itu dan menaikkan pandangan serta menurunkannya kemudian beliau mengangguk-anggukkan kepala. Melihat Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam tidak memutuskan apa-apa terhadapnya, perempuan itu lalu duduk.
Sesaat kemudian seorang sahabat beliau berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, jika engkau tidak berkenan padanya, maka kawinkanlah aku dengannya. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bertanya: Apakah kamu memiliki sesuatu? Sahabat itu menjawab: Demi Allah, tidak wahai Rasulullah! Beliau berkata: Pulanglah ke keluargamu dan lihatlah apakah kamu mendapatkan sesuatu? Maka pulanglah sahabat itu, lalu kembali lagi dan berkata: Demi Allah aku tidak mendapatkan sesuatu! Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Cari lagi walaupun hanya sebuah cincin besi! Lalu sahabat itu pulang dan kembali lagi seraya berkata: Demi Allah tidak ada wahai Rasulullah, walaupun sebuah cincin dari besi kecuali kain sarung milikku ini! Sahal berkata: Dia tidak mempunyai rida` (kain yang menutupi badan bagian atas). Berarti wanita tadi hanya akan mendapatkan setengah dari kain sarungnya. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bertanya: Apa yang dapat kamu perbuat dengan kain sarung milikmu ini? Jika kamu memakainya, maka wanita itu tidak memakai apa-apa. Demikian pula jika wanita itu memakainya, maka kamu tidak akan memakai apa-apa. Lelaki itu lalu duduk agak lama dan berdiri lagi sehingga terlihatlah oleh Rasulullah ia akan berpaling pergi. Rasulullah memerintahkan untuk dipanggil, lalu ketika ia datang beliau bertanya: Apakah kamu bisa membaca Alquran? Sahabat itu menjawab: Saya bisa membacasuratini dansuratini sambil menyebutkannya satu-persatu. Rasulullah bertanya lagi: Apakah kamu menghafalnya? Sahabat itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Pergilah, wanita itu telah menjadi istrimu dengan mahar mengajarkan surat Alquran yang kamu hafal
(Shahih Muslim no:1425)
Apakah lelaki yang anda mahu kahwini seperti lelaki di atas hanya mampu mahar hanya ayat-ayat al-quran. Jika mahar ayat-ayat al-quran itu akan mendatangkan barakah dan besar fadilatnya kepada sebuah pernikahan pasti Rasullulah menyarankan umatnya dari dahulu berbuat demikian kerana ketika itu ramai di antara sahabat memang miskin-miskin belaka kerana mereka rela menyerahkan harta yang dimiliki untuk dibelanjakan dijalan Allah.
Namun tetap Rasullulah mendahulukan material sebagai mahar sebelum menyarankan sahabat itu menjadikan surah atau ayat al-quran sebagai mahar.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:“Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
_________________________________________
Asalnya Rasullulah hanya mahu menikahkan Syaidina Fatimah dengan Syaidina Ali dengan mahar sebuah baju besi, tetapi Wahyu dari Allah memerintahkan mahar Syaidina Fatimah ialah sebanyak 400 dirham.
Jadi kenapa kita tidak ikut sunnah Rasullulah kerana kita memang mampu mengadakan material itu. Yang utama biarlah material itu sesuatu yang mampu diadakan dan jangan berlebihan atau pembaziran.
Jadinya sunnah tetap mengutamakan material sebagai mahar.
Syaidina Khadijah merupakan perempuan bangsawan dan hartawan. Kenapa Rasullulah memberikan mahar begitu tinggi nilainya kepada Syaidina Khadijah? Rasullulah berbuat demikian kerana Nabi Muhammad sangat menghormati wanita, apalagi perempuan bangsawan yang bernama Siti Khadijah, sehingga harta bukanlah hal yang berharga, apabila di banding dari nilai cinta seorang perempuan. Nah! dari situlah kita diajak mengambil pelajaran dan hikmah dari kisah agung Nabi Muhammad pada saat menikahi perempuan yang di cintai.
Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut.
Berbeza dengan mas kahwin (mahar) yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada 'malam pertama' sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.Syarat-Syarat MAHAR Hendaklah MAHAR yang diberikan kepada pihak isteri itu merupakan sesuatu benda yang boleh dijual beli atau sesuatu yang ada harga atau boleh sewa sama ada yang nampak (ada di tangan seseorang) atau hutang yang dalam tanggungan. MAHAR itu juga boleh diberi secara tunai, bertangguh atau dibayar secara beransur-ansur.
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel