10 November 2013

Cerita pasal kerja part berapa tah

di taip oleh Myee at Sunday, November 10, 2013
Dah seminggu lebih tido tak cukup dan tak puas. Yelah tido dekat opis beralaskan comforter nipis, selimut nipis. Masa tak bawa comforter tido atas lantai. Ada bila tido dekat sofa, tak muat sebab kaki panjang. Merengkot, dan terjulur kaki. Bangun kaki, lenguh sebab tergantung. Entah.

Hidup tak terurus. Sabtu ahad kerja. Kerja macam nak gila. Tido kol 3-4 pagi. Bangun subuh, siap-siap balik rumah jap. Kol 8 lebih pergi sambung buat kerja. 

Dok terbayang budak spm yang meninggal tu sebab saluran darah pecah.  Maybe sebab stress. yelah harapan sekolah, harapan keluarga. Aku takut pulak jadi gitu. Semalam balik dari mpm, malam. Mata dah la silau, main drive je. Dahla bawak dokumen penting. Dok terbayang, lau aku accident, jenuh dorang nak cari dokumen tu. Jenuh nak mintak sign balik. 

Ni kes laki bini developer. Kesian anak dia. Membesar dekat opis. 

Dok layan upin ipin. Nasib baik dia tak mengamuk. Elok je. Tak banyak karenah.
Tiba- tiba mak aku cakap, budak tu tak mengamuk, so takde hantu lah kat opis kau. Aku pun tak pernah terfikir plak pasal tu. Tapi memang pun, masa tido takdelah rasa takut ke apa. Maybe sebab dekat situ selalu berkumandang azan. So takdelah menda-menda tu kot.

Tak sabar nak abiskan project ni. Tak tenang hidup weh. Makan tak tentu, pe tah lagi nak berak. Sembelit dibuatnya.
Tu belum part mencarut bengang dengan orang. 

Entahlah.. Kalau cepat sangat berakhir pun takut gak. Risau masuk projek lain. Takde geng ke. Tahlahhhh.. Malas nak fikir sekarang.






2 pujaan hati:

نورازريناابوحيري on November 11, 2013 at 9:33 AM said...

mmng developer kental la...

Mat Bunga on November 28, 2013 at 2:09 PM said...

sajer cerita kut

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com