31 May 2010

lost my word

di taip oleh Myee at Monday, May 31, 2010 2 pujaan hati
salam
aku tak tahu kenapa dua tiga hari ini nak menulis je, tak de idea. banyak sangat aku nak cerita. tapi dua tiga baris je, terus takde idea. nak cerita pasal kawan-kawan yang dah kawen, belum kawen,  nak kawen semua ada masalah. aku akan cuba susun ayat aku nanti biar korang paham masalah-masalah yang kawan-kawan aku hadapi ni.aku pun pening gak fikir. buat masa ini, aku tak sedia lagi untuk kahwin..

sekian

29 May 2010

Hadiah Perkahwinan

di taip oleh Myee at Saturday, May 29, 2010 4 pujaan hati
ini hadiah aku untu fida dan khairil. korang tengok dulu dari pengantin sok.sila abaikan huruf F dan R yang tak cantik itu. part paling tak suka buat nama. bekas untuk huruf limited pulak. so pandai-pandai akulah adjust. ok lah tu. janji ada. huruf R tu tiba-tiba dark coklat pulak. hentam sajalah. yang love tu isi dia hazelnut. bunga walnut. crown peanut butter. alah yang jem tu. sedap juga rasa dia tu walau huduh. tunjuk kat KA dia cakap cantik. eleh saja nak amik hati aku la tu. box dia tak berapa nak cantik sebab reben guna apa yang ada. mana tak bangun pagi nak kuar pergi kedai, tengok keta takde. terus malas nak keluar. tapi yang ada ni cantik lah kot. dari tak ada. walau reben lawa, aku takde idea macam mana nak letak. nak google orang lain hias malas so ini rupa dia



siap letak wedding wishes tu. poyo. oklah dah pukul tiga pagi. sok nak gerak pagi pergi Port Dickson. lama gila tak pergi sana. boleh mandi laut. Siap bawak baju spare ko excited sangat nak pergi mandi manda. yelah kat dungun tak boleh mandi.

26 May 2010

Blog Perkahwinan khairil &fida

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 3 pujaan hati

ini kawan kolej aku nak kawen ujung minggu ni. ke Port Dickson lah aku nak pergi kenduri dia. tapi aku pergi sorang-sorang. temanku tak pulang berlayar lagi.dorang siap buat blog ko. tau la budak IT katanya. laki dia aku tak sure pulak. kawan tak lama. bulan Januari ari tu tunang. kejap je nak kawen da .hmmm lagi sorang kawan aku kawen. ini blog  dorang kawen. apapun untuk korang berdua
  selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga akhir hayat

Rindu Sama KA

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 2 pujaan hati
kamu,
cepat pulang tau
tak suka la kamu berlayar macam ni
nak mesej pun tak deliver.
saya tak kisah pun kalau kamu tak reply. ini tak deliver..
cepat-cepat lah esok.

Brownies si punggut

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 2 pujaan hati











ini bukan kisah kek brownies ye kawan-kawan. ini kisah kucing. dia warna coklat so saja gedik-gedik panggil brownies. kucing punggut je. tak mampu lak aku nak beli mahal-mahal. memang la bulu dia lain. tapi da rezeki dia kot nak duduk dengan aku. aku tak suka sangat binatang ni. geli, takut, semua macam perasaan ada. tapi kalau mak aku nak kutip gak, aku layankan aje. brownies ni mengada. dok dalam sangkar memekak je. nak dok luar. dah tu kejar-kejar kaki orang. memang kena sepak lah dengan aku. aku la layankan kucing ni pergi beli makanan la. nak makan yang basah tu. kering tak mo. mengada. dah la cuti-cuti sekolah ini duit aku tak masyuk. pastu nak bagi makan, cuci taik kencing aku gak. nasib baik lah ko pandai kan brownies. berak kat sangkar ko tu. kalau tak. memang dah kena buang la balik. bila orang bukak pintu, tak mo kuar pulak. nak main ko kat sangkar. ikut suka kau la kucing. janji ko tak gigit aku.

aku ni penat lah mengadu kat KA cakap kucing tu lah kucing ni lah. boleh lak dia cakap kat aku sapa lagi besar. aku jawab la kucing. ye lah. kucing leh main gigit kaki. aku tak gigit pun dia. KA tak leh nak kata apa lah. yelah, nanti nak pergi umah dia.dah la banyak kucing. so kena prepare mental aku pasal kucing ini. so nanti boleh cover-cover cun bila kucing lompat kat aku.
ok tengok la brownies si pungut ;)

Final Year Project

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 0 pujaan hati
semester depan aku dah last duduk kat dungun
macam sekejap je percutian aku kat sana. tapi mana pulau dekat terengganu aku tak jejak lagi. ingat jejak kaki pun jadi lah. ada mamat tu ajak pergi. tapi baru kawen. takmo lah. bukan apa. nanti jadi lain kes lak macam yang aku dengan nadia dok sekodeng tengok drama melayu depan kereta.
eh melalut pulak
sebenarnya nak cerita pasal projek yang kena buat. aku plan nak buat courseware. pakai flash la. ada cik senah ni cakap budak hotel nak buat pasal food servie.
aku punya supervisor pulak yang beria.. itu hari dekat ITEX da discuss.. risau aku expect lebih-lebih..
dia kata nak masuk IID.
tadi dok syok main game kat fb, supervisor tu tegur kat chat. ketar jari aku . tanya wat apa. apa lagi kelentong baik punya. dia cakap la dia nak apa, macam mana aku punya courseware
dah siap bagi nama projek tu TET,dia dah kena prepare dari awal sb sem depan aku ada 4final. ari-ari menangis aku buat projek. dah la berangan nak buat itu, buat ini. kita tengok dulu macam mana prestasi aku sem ini..hahhaha


25 May 2010

happy birthday gigi besi

di taip oleh Myee at Tuesday, May 25, 2010 3 pujaan hati

sudah setahun aku pakai gigi besi.
macam tak percaya je kejap masa berlalu.
takde lah sakit sangat macam sesetengah orang. 
lalu je makan. double spicy mcdeluxe tu.
tak kurus pun. tapi dua tiga hari lepas pergi dentist tu memang lah sakit
lepas tu ok je.
ok kita tengok gigi aku sebelum pakai gigi besi ok.
senget macam apa je


Cara-cara pam tayar

di taip oleh Myee at Tuesday, May 25, 2010 4 pujaan hati

korang tau macam mana nak pam tayar?
cara-caranya mestilah berbaju kurung ye bagi yang perempuan
baru ayu 

contoh;
student UITM gigih mengepam tayar dengan berbaju kurung

24 May 2010

kawan punya blogshop

di taip oleh Myee at Monday, May 24, 2010 0 pujaan hati
kawan baik saya ada blogshop
jual baju-baju gedik-gedik.
saya suka tengok saja sebab baju dia jual semua kecik
macam tak ada saiz saya saja.
so saiz korang yang kurus-kurus tu ada la kot
cuba try tengok http://thisisprojectlove.blogspot.com

Taska A

di taip oleh Myee at Monday, May 24, 2010 0 pujaan hati



dulu aku pernah kawan dengan sorang minah ini. dia extend. so banyak la masa dia. dari duduk membuta, baik cari duit. dia kerja kat sebuah taska A(bukan nama sebenar). tugas dia ajar tuisyen untuk budak darjah 1 sampai berapa tak pasti. hari- hari balik, ada je cerita dia. aku dengar jelah. 
"budak ini comel gila la"
"budak ini bapak dia hensem la "
"lar mak dia lecturer uitm "
bila tah aku pergi singgah. saja jalan-jalan nak tengok la macam mana keadaan tempat tu. 
tapi tak seperti ku bayangkan. masa sampai ada sorang 'cikgu' kat luar dok sapu-sapu. aku dengan nadia cakap la nak jumpa dia. so masa nak masuk, nampak la ada dua orang jaga baby. tempat letak baby macam tak proper. ye la. kurang-kurang ada la dua tiga baby court tu. ini tak. toto je. kau tau je lah nipis mana. 

so aku masuk la dekat bilik yang pernah menjadi kawan aku ini. dia kan mengajar tuisyen. aku ingat taska ini provide la buku latihan yang darjah 1 ke apa-apa la yang sesuai untuk belajar. ini tak. amik buku latihan kosong tulis pasal biodata. dalam tiga bahasa. bahasa melayu, english dan jawi. tah la. tak kan ari-ari kau ajar tu. kalau aku jadi budak-budak tu, memang la aku tak mahu belajar. bosan kot. tak pun kau tolong budak itu buat kerja sekolah. lagi bagus dari buang masa tulis biodata. lepas tu kau tah pape suruh aku tanya budak tu parent dia kerja apa. konon gempak sangat la. HELLO.. mak aku pun kerja petronas. tak de pun aku nak bangga sangat. bukan company mak aku pun. kuli je. sama je dengan mak bapak budak tu. aku tak la macam budak kelas ko. even degree pun macam budak sekolah bangga sangat mak bapak kerja bagus. bukan aku tak nak bangga. tapi kalau kau sendiri yang kerja ke boleh ar wa nak salute. 

pukul 4 minum petang. aku ingat ada la bagi kuih ke biskut ke. ini tak. bagi keropok keping je. tau la duduk kat terengganu. bosan kot hari-hari makan itu. mana la de budak tu tak nak makan. dia cakap "tak sedap". kalau aku pun aku tak makan. macam mana lah taska ini manage. bagi la biskut tiger ke kalau coco crunch yang bodoh-bodoh murah tu pun tak pe la. pastu bagi la air milo ke horlicks ke. yang berkhasiat sikit untuk budak-budak tu. ini bagi sirap. ingat kenduri kawen ke?
tahla. aku memang tak puas hati management taska tu. tah macam mana la parents budak-budak tu hantar anak kat situ. bagi budak sekolah tadika provide la buku mewarna ke tulis abc ke..hmmm..
dorang tak fikir ke masa tulah perkembangan minda kanak-kanak baru nak terbentuk.

  
budak ini aku tanya nak tulis tak terus dia pergi amik buku. hahahaa..nak tak nak layankan saja

yang ini pulak nak mewarna. aku pun lukis katak(hahaha..tu je yang aku pandai lukis),rama-rama dan gajah

20 May 2010

saya tak boleh kawen lagi

di taip oleh Myee at Thursday, May 20, 2010 0 pujaan hati





sebab







tak pandai masak pulut kuning.. huwaaaaaa :(

10 May 2010

Tempat Karaoke Pulak

di taip oleh Myee at Monday, May 10, 2010 0 pujaan hati



kali ini kita jalan di tempat karaoke
memandangkan dungun tu kecik je, leh la aku nak cerita tempat yang aku selalu pergi
karaoke ni ok la dari dekat poli ke atas pizza ke dekat tm..
ini aku rasa bagus kot
sebab? abang yang jaga ok
siap da kenal kitaorang..lau pergi mesti dok bilik no 1
kerana...
lau ada orang sakai tu, dorang sebelah je la.
kalau tengah-tengah, pening aku nak tengok dorang terkinja-kinja kiri kanan..
lagi satu nampak la bila kawan ko masuk tempat ini,ko sempat nyorok..hahaahhaha
walaupun karaoke jamban, dapat gak lah aku luahkan bakat kat sini.. ada bakat ker?

baru-baru ni, dorang wat bilik VIP. agak best la. tapi takde la macam redbox tu.. 
da kata dungun. terima jelah keadaan dia macam mana

itu ari dengar tempat ini kena rush..hahahahaha.. tapi esoknya pergi gak tempat ini. tapi selalu pergi petang la. paling lewat pun kol 8. bukan apa, malam-malam takut lak eh. banyak motor kat luar plus orang lepak.
masa kena rush tu dengar la budak uitm ada kt dalam tu. dorang kena sound je la..
polis tu cakap "datang dungun belajar..bukan nak menyanyi!"

ada bila tah abang karaoke tu belanja 1 lagu..hahah..ok la tu dan uncle punya tempat ini pun ada belanja kami.. tapi 2 lagu..hhahahaha. goda baik punya

09 May 2010

PSI Bookstore

di taip oleh Myee at Sunday, May 09, 2010 2 pujaan hati


di suatu kedai buku yang terkemuka di bandar Dungun,
 terdapat seorang uncle..
uncle ni selalu marah orang bila baca buku kat kedai dia,
biasa la budak-budak..
dah abis baca letak sepah-sepah..
mana la uncle ni tak sound..

ada suatu petang yang panas
ada dua orang pelajar UITM singgah di kedai buku ini
dan ternampak sesuatu..
kawannya memberitahu "uncle tido..cepatlah baca buku..kang dia bangun"
hahhhahah..sempat lagi kami amik pic uncle
even jarak jauh, nampak dia tersenguk..





07 May 2010

COMICS AND NOVELS FOR SALE

di taip oleh Myee at Friday, May 07, 2010 4 pujaan hati
Comics RM4
1. Kaouru ‘s Cake House
2. Wanna Dance with You
3. Hanya (Siri Maskeret Cinta)
4. Lawak Seleb
5. Colours
6. 143 (Siri Maskeret Cinta)
7. Loveville
8. Innoncent (1001 emotion)
9. The Fishes
10. Lawak Seleb Superstar
11. Le. Gardenie
12. Lawak Kampus
13. When fusion met pop
14. Kaoru cake House (Siri Maskeret Cinta)
15. Le.Gardenie foolish fruits
16. naive
17. Bakat Baru Komik Malaysia 2002 –RM2.00
18. Kafe Impian – RM2.00
19. KOLEKSI AKU,DIA & VOLKSWAGEN (VOL 1,2,3) –RM 3 FOR 1 SET
20. KBSM(KENANGAN BUDAK SEKOLAH ) (VOL 1) – RM1
21. STUDENT LIFE (VOL 2)- RM 1
22. KOLEKSI TOK TEH (VOL 1) – RM1
23. KOLEKSI KATOK O KATOK (VOL 1) – RM 1

NUMBER 1 TIL 17 IS FROM GEMPAK STARZ
19 TIL 23 FROM UJANG

NOVELS
1. SIRI FLYING KISS (NASS ALINA NOAH) – RM20 FOR EACH

a. FLYING KISS
b. GOODBYE DARLING
c. MY BABY GIRL
d. I MISS U
e. B’COZ OF YOU

2. SUKMA RINDU(FARIZA ZULIANA) –RM6
3. ANGKARA SAKA – RM6
4. CINTA MARISSA (KREISYA REISYA) – RM5
5. SESUCI CINTA (AINA EMIR) – RM 7
6. ADAM & HAWA (AISYA SOFEA) – RM13
7. BISIKAN RINDU( MIMIE AFINIE) – RM6
8. KASIHKU ABADI (SHANIKA LATISHA) – RM5
9. KUNTUM MEKAR SERANGKAI (AHADIAT AKASHAH) – RM5
10. KAU LAKSANA BULAN (AINA EMIR) – RM15
11. ALIYA ELYANA (NAZRI M. ANNUAR) – RM6
12. SEMBILU 2005 (SHARIFAH ABU SALEM) – RM 5


· ALL COMICS AND NOVELS IN GOOD CONDITION
· WANT TO SOLD BECAUSE OF LIMITED SPACE
· NEED MONEY FOR INTERN SINCE DID NOT RECEIVE ALLOWENCE..heeee~~
· CONTACT ME AT myxara86@yahoo.com
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com