Showing posts with label Maisarah Resepi. Show all posts
Showing posts with label Maisarah Resepi. Show all posts

18 October 2013

Resepi Kobis bunga celup tepung

di taip oleh Myee at Friday, October 18, 2013 1 pujaan hati

Hari ni ponteng keje. Sebabnya malas. Tah nape tah. Nak masak tengok sayur ada kobis bunga je. Apa lagi masak jelah.

Aku masak ikut dan aku je. Main sukat je.

Bahannya

Kobis bunga ikutla banyak mana pun nak buat.
Tepung
Rempah kari ikan/ daging ( nak bagi rasa)
Garam
Air.

Gaul je la bahan tu macam buat sotong celup tepung tu.
Pastu goreng.

Dah boleh makan

05 October 2013

Ikan pekasam ecah bagi

di taip oleh Myee at Saturday, October 05, 2013 0 pujaan hati
Susah nak dapat ikan pekasam ni. Yelah kalau ada jual pun mesti pasar tani pepagi. Aku bangun pagi idok lah. Bila ecah tanya nak ke tak? Aku terus jawab nakkkkk. Setahun sekali kot aku dapat.




Maka ni hasilnya. Makan dengan nasi panas. Memang terbaik. 

Goreng ikan tu dulu, lepas tu tumis dengan bawang, cili api, dengan daun kunyit. Wangiiiii. 

Tapi haritu beli 50sen jek daun kunyit. Dapat setengah helai. Mahal nak mamp! Benci betul. So tak berapa nak feel daun kunyit sikit. Jadilah janji boleh makan!

Resepi cheesecake biskut asal boleh

di taip oleh Myee at Saturday, October 05, 2013 0 pujaan hati
Resepi dari cik epal. Aku guna apa ada. Dia pakai biskut lain, aku pakai biskut lain.  Weetameal je yang ada. Ni pun nak abiskan stok.

Ingatkan banyak. Tak banyak pun. Dapat 3 lapis je. Macam tak tebal pulak. Takpe 1st time try.
Biskut ikut suka ko nak berapa tingkek. 

Biskut den botingkek tingkek

Susu pun ikut suka. Aku letak tak banyak pun. Letak tengok cantik je dengan cheese aku tu.

Cream cheese ni balance buat kek zaman bila tah. Tengok elok lagi. Hentam je lah. Ada setengah lagi. Aku guna suku jek.

Nestum takde. Nestum 3 in 1 pun jadi lah. Asalnya, kalau takde nestum aku nak guna milo. Sedap jugak milo. Masa nak angkat mixer, aku terjumpa. So bedal je lah.

Mixer ni guna untuk pukul cheese dengan susu. Mula-mula masuk cheese tu kasi kembang, dah tu masuk susu pulak

Susu ni guna nak main celup-celup biskut. Untuk kasi lembik biskut kot. Tahhhh. Pakai low fat milk konon padahal tu belen yang ada. Stok breakfast aku katanya.

Main celup biskut, pastu susun atas tray. 


Dah susun lapis dengan cream cheese tu, tabur dengan nestum. 
Buat botingkek tingkek. Makin tingkek, makin sedap lah kot. Aku biskut tak banyak. So cream je lebih. 

Pastu masuk peti semalaman. Hasil tunggu esok. Tak sabar nak tunggu



Oh btw, mak aku tak ada dekat rumah. So aku berpesta lah masak itu ini. Esok masak ikan pekasam pulak! 

Yummehh






06 May 2013

Pandangan sisi lasagna

di taip oleh Myee at Monday, May 06, 2013 0 pujaan hati
Oh tak sempat amik pic atas sebab tak tahan lapar sangat.ni je yAng sempat

Bila memontengkan diri

di taip oleh Myee at Monday, May 06, 2013 0 pujaan hati
Arini rajin masak dan makan. Maka terjadilah bingka jagung dan lasagna. Oh my lambatnyaaaa nak masak. Tak sabar ni!



29 May 2010

Hadiah Perkahwinan

di taip oleh Myee at Saturday, May 29, 2010 4 pujaan hati
ini hadiah aku untu fida dan khairil. korang tengok dulu dari pengantin sok.sila abaikan huruf F dan R yang tak cantik itu. part paling tak suka buat nama. bekas untuk huruf limited pulak. so pandai-pandai akulah adjust. ok lah tu. janji ada. huruf R tu tiba-tiba dark coklat pulak. hentam sajalah. yang love tu isi dia hazelnut. bunga walnut. crown peanut butter. alah yang jem tu. sedap juga rasa dia tu walau huduh. tunjuk kat KA dia cakap cantik. eleh saja nak amik hati aku la tu. box dia tak berapa nak cantik sebab reben guna apa yang ada. mana tak bangun pagi nak kuar pergi kedai, tengok keta takde. terus malas nak keluar. tapi yang ada ni cantik lah kot. dari tak ada. walau reben lawa, aku takde idea macam mana nak letak. nak google orang lain hias malas so ini rupa dia



siap letak wedding wishes tu. poyo. oklah dah pukul tiga pagi. sok nak gerak pagi pergi Port Dickson. lama gila tak pergi sana. boleh mandi laut. Siap bawak baju spare ko excited sangat nak pergi mandi manda. yelah kat dungun tak boleh mandi.

19 March 2010

Pasta Salad Myee

di taip oleh Myee at Friday, March 19, 2010 2 pujaan hati

idea buat pasta ini aku main hentam je. tengah malam kebulur pulak. yang ada pasta aku reka sendiri la pasta ini. nak resepi?
tak yah la.biasa-biasa je.
yang merah-merah tu, aku letak strawberi. shima punya.almaklumlah orang baru balik cameron. hentam jela. sedap la jugak. janji tak kebulur malam tu. tido sambil tersenyum kekenyangan

amik la resepi ini..kot-kot tengah malam malas plus kebulur, kesian pulak
  • segengam pasta
  • suku kentang
  • suku sudu mayonis
  • sebiji strawberi
  • secukup rasa
  • lada hitam
gaul-gaul semua bahan, siap!
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com