Laksa Johor
Bahan bahan:
spaghetti
ikan tenggiri
rempah kari ikan Babas
jantan manis + biji ketumbar
cili kering yg dikisar
udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
santan pekat
air
kerisik
Garam
Gula
Bahan kisar:
bawang besar
bawang putih
serai
halia
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum & bunga kantan
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin
Memula rebus ikan tu dengan asam keping. Eh jangan lupa cuci dulu ikan tu. Agak-agak ikan da masak, angkat letak tepi. Air dia jangan buang pulak. Sebab ikan tenggiri ni tak banyak tulang, so senang dan cepat je asingkan tulang.
Blend bahan kisar, tumis masuk dalam periuk. Blend kering jintan manis dengan ketumbar. campak dalam periuk. Sis tak pakai minyak pun. Blend isi ikan sikit campur air sikit. Takpayah nak basuh blender banyak kali. Da naik bau, masukkan rempah kari ikan dengan cili kisar. buh air sikit takut hangit plak nanti.
Buh ikan yang da blend sikit dalam periuk, blend plak tulang tu. Alah nak bagi kuah. Yang air rebusan tu, masukkan je. Agak-agak la nak pekat ke cair. Masukkan santan. Bila dah mendidih tu masuk kerisik. Gula garam sikit untuk perasa. Agak-agak je bila sedap, tutup api.
Oh bunga kantan punya bahagian keras tu, campak je masuk dalam kuah. bagi wangi. haha.
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel