28 December 2011

bila membaca aku yang kau tinggalkan

di taip oleh Myee at Wednesday, December 28, 2011 0 pujaan hati

Buku ni beli masa mph book fair dekat mid valley haritu. aku beli 3 buah. yang ni , M.a.i.d dengan tiada dua kot. Tak ingatlah sebab tak baca lagi yang tu. Orang yang jual tu suggest buku ni. Mula tu tak berkenan sangat lah. Orang tu beria cakap cerita ni sedih. 3 malam baca sedih gila. Tak percaya dengan orang tu,then aku pergi makan asam laksa dekat jj dan pergi balik cari novel ni. Aku memang macam tu. Kalau taknak tu memang taknak. Tapi dok teringat aje. Sebab gaji bulan tu lebih sikit,aku pun boronglah sampai tiga. Total rm59 if tak silap.ada 20% diskaun. So tak rugi lah sebab semua novel harga 25++.

Mula baca jalan cerita tu tak best sangat sebab tak berapa faham. Yelah pasal bandar turin. Aku pun tak pernah dengar nama tempat tu,macam mana nak imagine kan. Lepas masuk bab mula nia kena kahwin dengan zaril ikhwan,dah start sedih. Sedih sebab zaril ni cacat sebab accident. Otak dia problem macam tu lah. Nia kena kawenkan sebab untuk tebus tanah. Biasalah perempuan...mudah jatuh hati..kalau dah jodoh,macam mana bersatu jugak. Sedih sebab ego sangat lelaki tu...

Published with Blogger-droid v2.0.2

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, December 28, 2011 2 pujaan hati

Dinner @ delicious T_T


Published with Blogger-droid v2.0.2

22 December 2011

Bila maybak buat career day

di taip oleh Myee at Thursday, December 22, 2011 0 pujaan hati


Hari sabtu 10hb maybank buat career week. Nak ajak de kawan tu, dia di pinang pulak. De yang lain balik kampung la pe lah. De sorang tu time orang tak sibuk dia sibuk. Maka seorang diri je pergi. Lagipun nak buat macam mana,layankan ajelah.

Sampai cari parking dekat belakang maybank tu sebab penat buat delivery coklat. So tau la dekat mana parking. Rm4 parking. Padahal perginya kejap je. Sebab dekat dengan tempat masuk tu. Register, dapat goodies bag beratur untuk register lagi dekat system dia. Lama nak tunggu aku naik atas dulu. Pusing-pusing cari department it tak jumpa. Ramai jugak mamat ensem yang apply. Tanya dekat orang tu dia tunjukkan. Bagi resume, turun bawah untuk daftar dekat system tu balik. Beratur tak lama pun. Dekat system tu siap amik gambar lagi. Sebelah aku pakcik yang dah berpengalaman over 10years kot nak apply juga. Sibuk betul. Bagi la peluang orang macam aku. Ni dia pun nak bersaing jugak. Setel pergi mid valley pulak sensorang lagi sebab ada pesta buku mph.

Published with Blogger-droid v2.0.2

21 December 2011

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, December 21, 2011 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.2

19 December 2011

Bila berVCO

di taip oleh Myee at Monday, December 19, 2011 0 pujaan hati

Ni botol aku yang ke3 kot. Dah ok baru boleh nak cerita dekat sini. Kalau tak, tak la nak bercerita. Ni pun tengok ayunar makan cakap ok la pe lah. Lepas tu promote dekat ayu. Dia pn try gak. Tak tahu la kesan dia.


So far bila aku makan, pundi kencing ni nak kencing je lah. Kulit kaki pulak licin. Dulu mak ai..kasar siap pakai losyen tu la losyen ni. Tak lembut pun. Kalau dah kawen, nak main gesel kaki dengan laki, mesti laki ingat berus dawai ke ape. Nasib baik dah licin u! Kulit muka nak kata ok, tak tahu pulak sebab kadang pergi kerja makeup. Makeup pun pakai bb cream+eyeliner+lipgloss je. Tak bereyeshadow ke bermascara. Kalau kerja dekat ramai laki hensem boleh lah nak bergaya sikit. Ni sikit2 nak tido,buat bazir je makeup. Ni dandruff dengan hairfall makin menjadi. Sebab stress bercoding. Ni tunggu lah start balik makan vco tengok result dia macam mana. Dekat kertas dia bagi tu tulis keadaan dengkur akan hilang. Aku dengkur time penat gila. Tak tau lah bila tak penat kan. Nadia lah selalu mangsa. Ni dah takde sape nak dengar dan bukti keberkesanan vco ni. Bila makan vco ni rasa tak letih. Tapi aku kalau dah otak tak larat nak fikir, memang letih dan tido je lah dekat opis tu. Selamba main snooker macam dekat skolah teknik dulu. Tapi dekat skali memang paling hebat. Baring bawah meja. Best gila. Rindu kehidupan disana!


Published with Blogger-droid v2.0.2

18 December 2011

Bila kfc bagi kupon free

di taip oleh Myee at Sunday, December 18, 2011 0 pujaan hati


Aku memang lama nak makan zinger. Tapi rasa macam mahal pulak sebab lebih dari rm10. Maka pendam je lah hasrat. Tapi bila kfc bagi kupon, cepat-cepat print dan pergi. Rezeki jangan dilepaskan. Mula macam tak percaya. Dok baca komen dekat fb, ada yang dah try guna dan ada yang beli coselaw je roti je boleh dapat free zinger ni. Aku pun cepat lah pergi. Beli chezzy dua total rm8.80 lepas tu dapat 1 set double zinger. Gila lah. Memang terbaik betul. Kenyang sampai malam lah.

Tak sampai pukul 5 kfc tarik balik kupon tu. Memang bernasib baik lah aku. Yelah,rugi kot. Aku rasa strategi dia salah. Maybe nak buat macam Mcd. Buy 1 free 1 ke. Tapi salah. Lepas tu kupon tu nak buat valid sampai 15 december agaknya. Dia letak situ 15january. Memang gila. Tu boleh salahkan designer. Hahaha. Ramai gila mengamuk sebab tak dapat. Anyway thanx kfc.. Nanti buat lagi lah ye.. Cheersss!

Published with Blogger-droid v2.0.2

berombak rindu

di taip oleh Myee at Sunday, December 18, 2011 0 pujaan hati

Rabu hari yang murah nak tengok wayang..maka time lunch bergegas ke e@curve beli tiket. Ada pun 630petang..layan jelah..jalan cerita biasa je. Nak kata sedih adalah sket. Tapi tak nangis pun. Ada dialog yang lawak gak. Rating 3.5/5 je kot..


Published with Blogger-droid v2.0.2

16 December 2011

Bila orang sibuk nak kawen

di taip oleh Myee at Friday, December 16, 2011 2 pujaan hati

Bila kawan semua dok sibuk nak kawen, aku pun dok suggest page tu lah page ni lah, buat belog lah sebab senang nak tau apa yang kita nak. So dari dok melayan buat assignment, aku pun berangan lah nak kawen  macam mana lah tu lah ni lah. Bila bosan melayan buat assignment dengan sistem, aku pun rajin pulak nak buat belog aku sendiri. Tema pun tak tahu lagi nak apa sebab lambat lagi. So aku pun upload la gambar apa yang aku suka sementara nak tunggu kawen, adalah kan idea aku yang merepek ni. Semua benda aku berangan nak, aku letak. 

Belog berangan aku untuk kahwin suatu hari nanti 



12 December 2011

bila terRindu dungun

di taip oleh Myee at Monday, December 12, 2011 0 pujaan hati

Dua tiga hari ni asyik teringat dungun je. Tak tahu la. Rindu kehidupan dekat sana. Rindu sebab tak jammed. Tak sampai setahun tinggal dekat kl,aku leh rasa macam tak lama hidup sebab stress jammed. Rasa macam boleh mati je. Kesabaran aku di uji. Tah la. Rindu jalan dekat mesramall sebab dekat sana tak ramai orang. Dekat kl, walaupun melambak shopping complex, semua ramai orang. Sesak gila. Rindu nak makan burger king sebab kfc selalu makan lagipun dekat sana tu je ada dalam mesramall. Aritu zatul datang tido rumah..main masak-masak. Aku masak nasi ayam. Rindu sebab nak gado dengan nadia dengan azreena paksa dia masak. Tak lama lagi dorang nak kawen.. Bilalah boleh macam tu lagi..hmmmm

p/s: kawan,jom pergi perhentian sebelum korang kawen boleh? Dekat BK tunggu nadia abis kerja...hmmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.1

10 December 2011

Bila tiket dari kuching ke kuala lumpur mahal

di taip oleh Myee at Saturday, December 10, 2011 0 pujaan hati

Dah 3 bulan tak jumpa boipren. Tengok tiket flight mahal gila sampai rm800 gitu pergi balik. Maka pos barang je yang mampu untuk terubat rindu. Tapi rindu ke? rindulah nak dating sama2, gaduh depan2, nak pergi makan kedai best2, tengok wayang cerita gedik2, pergi lepak ikea, macam -macam lah.

Barang yang pos pun ape je. Protein, baju kemeja untuk pergi kelas, botol air, dan paling suwitt kot pos coklat. Dia memang suka kalau aku buat coklat. Pastu tamak makan sorang. Pastu berangan bila kawen nanti.. Pergi pejabat pos dah tengah hari memang panas lah. Total RM57.65 mahal gila weh. 4.5kg kot.. Berat protein tu lah tu. Barang lain biasa je. Tak paham aku beria nak menda tu.

Masa amik protein tu dekat fitness first, sepupu dia bagi macam tu jek. Lepas tu kawan-kawan dia dekat fitness first gelak dan senyum tengok aku. Mungkin ingat aku yang minum protein tu. Cakap dekat boipren malu, dia pulak boleh cari pasal cakap bukan bawak taik pun nak malu. Eleh. Meluat okeh. Sekarang ni malas aku nak layan gaduh. Buat tak tahu je. Padan muka.

p/s: takyah nak besar-besarkan sangatlah badan tu lah. Okey je tengok. Kang macam apa pulak atas besar bawah kecik!

Published with Blogger-droid v2.0.1

07 December 2011

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, December 07, 2011 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.1

05 December 2011

bila boipren kawan telefon

di taip oleh Myee at Monday, December 05, 2011 0 pujaan hati
Ada sorang kawan tu dia ada skandal. Tapi seperti biasalah skandal je kan takyah nak cari hensem ke ape ke. Sebab skandal ni sekadar macam luah perasaan bila gaduh dengan boipren, teman kuar, makan, gayut dan sewaktu dengannya. Dulu aku pun pernah ada jugak. Tapi time tu aku single. Kira skandal gak ke?lantaklah. Tapi selalunya yang sudah berpunya tu selalu macam buruk kan gelpren or boipren dorg. Konon tak memahami lah ,membebel lah, kongkong la. Macam ada je tak kena dengan pasangan tu. Tapi yang aku tak paham, nape korang still dengan pasangan tu.

Kisahnya kawan aku pompuan.. Ada skandal lah. Tak ensem pun. Boipren dia lagi ensem aku rasalah. Tapi kadang tu hidup ini tak adil. Bila pompuan tu baik, laki tu perangai cam taik. Bila laki baik, pompuan pulak perangai cam taik. Alkisahnya terkantoi dating dengan orang lain. Call aku macam mintak tengokkan si gelpren. Lau orang perasan cantik memang susah kot. Aku cakap lah dia kuar ramai. Cover baik punya member cakap gelpren dia sayang dia bagai. Boleh pulak dia cakap dekat aku,  bukan sekali dia buat macam ni. Banyak kali.. Sedih doh aku rasa. Kenapalah lelaki sebaik itu dapat perempuan macam ni. Kawan aku ni taklah teruk sangat. Cuma bosan dah hubungan tu lama sangat. Kalau kau tak pandai menghidupkan balik hubungan tu, tak tahu nak kata apa. Tahlah.. Susah aku nak jumpa laki macam tu untuk aku. Ni pula member sendiri buat macam tu. Yelah kisah aku dulu-dulu pun sebab dorang curang...sedih kot perasaan tu. Kalau hati dah tawar,buat macam mana sekalipun kau nak balik dekat aku, memang aku taknak. Takut kau kecewakan aku balik..rasa macam orang bodoh je bila macam tu. Bertimbang rasa lah sikit. Fikir hati orang. Kalau kau kena balik macam tu sanggup ke? Tapi takpelah. Kalau korang tak buat macam tu, mungkin aku takkan bersama yang sekarang.

Aku harap yang sekarang tak buat macam ni lagi. Takut hati ini dah tawar,kau pujuk macam mana sekalipun, aku tak akan maafkan. Andai kau sedang curang dengan aku tinggalkanlah sekirannya ingin bersama aku. Andai kau ingin bersama dia, tinggalkan aku sebaik kau baca ini. Pergilah bersama dia yang mungkin lebih membahagiakan. Hapuskan semua kenangan dan impian bersama dan jangan sesekali datang mencari aku kembali...

p/s:kadang kenangan lalu banyak mengajar kita erti kehidupan,erti pengorbanan,kesetiaan dan kejujuran dan semakin kuat untuk menjalani hidup tanpa dia disisi



Published with Blogger-droid v2.0.1

bila seorang lagi kawan bertunang- nurul emieza

di taip oleh Myee at Monday, December 05, 2011 0 pujaan hati


Dapat mesej dari bakal tunangan orang cakap homestay di sponser, maka gembira lah sangat hati ini dapat berjumpa kawan-kawan yang di rindui.. Rindu ke? Over je. Padahal macam baru je jumpa. Trip kali ini ke melaka. Awal tahun pergi azreena tunang dengan naik bus sahaja, kali ini naik kereta pulak sebab fikir takde sapa nak layan amik dekat station bus. So discus naik lah kereta paling best antara kawan yang ada adalah mazda. Hebat siot. Yelah takkan naik bibah mbm i tu. Semput pulak nak pergi melaka.

Mula plan tu azreena ajak dekat mesej fb. Seperti biasalah, lau tak sakat dia memang tak seronok hidup aku. Cakap emi tak ajak lah, nak merajuk lah tu la ni lah. Saje nak kacau dia.

Hari yang ditunggu nak tiba. Aku cakap dekat bapak aku yang nak pergi melaka dengan kawan. Mak aku tak caya. Aku benganglah. Kawan aku dah nak tunang ,kawen,ada anak,aku pulaka macam budak kecik kena kongkong. Stress oi. The next day antar aku rumah nadia dan makesure betul aku g dengan nadia! Oh..sangat 5tahun umur aku.

Gerak lambat jugak sebab singgah mcd,pastu yummies pastu jumpa abang botak pulak. Beli mcd untuk bekalan sebab masing kebulur tak breakfast. Yummies beli barang coklat. Yelah aku takde mood. Pagi tu buat coklat tak nak cair. Memang spoil lah kan. Pergi jumpa abang botak buat ape tah. Lupa dah.

Sampai melaka sesat lah kan. Tak tau jalan. Konon ada papago tapi macam apa je sebab masih dekat kl. Menyusahkan je. Sampai pergi rumah emieza. Tolong ape patut then siap semua gerak pergi homestay. Sebelum nak maghrib tu aku buat coklat. Sebab malam nanti balik merayau penat pulak. Siap mandi pergi jonker street. Best macam ada. Tak puas jalan. Rasa macam zaman dekat dungun je. Lapar pergi umbai. Dalam hujan lebat tu cari jugak. Sotong celup tepung punya pasal. Tapi part paling best paw azreena. Yelah dulu masa dia dapat jpa mesti dia belanja. Ni tau lah nak kawen. Kedekut pulak ye. Malam tu azreena seperti biasalah tido menyempit tengah-tengah. Aku yang beralah ke dinding. Bangun pagi tu memekak alarm dia. Aku amik tepon campak dekat dia,terus tido  bilik lain. Hahaha

p/s: tak larat nak cerita. Sambung nanti ye

Published with Blogger-droid v2.0.1

01 December 2011

bila kuseru rindu itu

di taip oleh Myee at Thursday, December 01, 2011 0 pujaan hati

Bila mood malas buat assignment, dan merajuk dengan boipren aku layan lah novel. Lagipun rasa macam lama gila tak beli novel. Maka pinjam je lah. Dalam cerita ni ada watak


»Maisarah

»Hisyam

»Idayu

»Borhan


Yang lain tak penting sangat pun. Maisarah tu penting sebab dalam cerita ini dia jadi kekasih hisyam. Aku memang alergic lau cerita laki ade pompuan lain la, cakap tak cinta bini lah. Tapi tu semua hakikat yang berlaku. Idayu dengan hisyam kawen atas pilihan mak bapak. Borhan tu ex boipren idayu sibuk nak rampas balik cinta dia. Eh masa idayu nak kawen dengan kau,kau sibuk kejar pompuan lain. Hisyam nafikan dia cinta idayu. Tapi hakikatnya dia tak sedar apa yang dia buat semua tu sebab dia cintakan idayu. Tapi biasalah lelaki.. Ada depan mata tak nampak. Sibuk cari yang lain. Bila depan mata dah hilang , baru tersedar lah nak menyesal pun tak guna. Tapi dalam cerita ini aku tak salahkan maisarah. Salahkan hisyam sebab bagi harapan dekat maisarah. Biasalah perempuan.. Bila dah sayang sanggup buat apa je. Yang aku respek dekat idayu,dia tau laki dia tak cinta dia tapi dia berusaha jadi yang terbaik, memenangi hati hisyam balik.


Tak macam sesetengah orang tu. Cakap tak de cinta lah sayang lah dekat laki kau tapi kau tidur gak dengan dia, bersama gak dengan dia. Bodoh je aku rasa perempuan tu. Konon sebab anak lah pe lah. Hati perempuan wei..lama-lama sayang jugak. Yang laki plak cuba lah sama-sama berusaha untuk kebahagiaan bersama. Ni apa tindakan yang di ambil tah. Yang aku tau si bini orang ni sibuk nak cari boipren lama luahkan masalah. Bengong je. Buat semak otak orang nak fikir pasal kau. Time kau sedap ada kau nak ingat? Pergi munasabah diri ke pergi baca novel cinta macam mana nak pikat laki kau ke pergi belajar memasak kek ke coklat ke macam lagi kasi ikat perut suami kau ke. Ni tak. Sibuk dengan jantan lain. Harap aku tak macam tu lah. Tipulah aku cakap kalau sikit pun kau tak sayang laki kau. Yang part exboipren tu, tak yah nak menyemak sangatlah. Benda dah lepas tak payah nak datang menagih kasih ke ape ke. Dah berambus tak yah nak datang balik. Buat semak je!


Nasihat aku untuk kau,

kau dengan dia adalah takdir. Jangan salahkan takdir kalau kau tak bahagia. Kau yang patut disalahkan sebab tak cipta sendiri bahagia kau. Kau yang tak baja cinta kau dekat dia. Kau tak sirami dia dengan kata-kata cinta. Kau tak belai hati dia agar terus mekar bersama cinta kau. Kau jangan sesekali biarkan ia layu kerana setiap yang layu itu tak akan berkembang lagi.


p/s : terjiwang pulak malam jumaat ni. Bila baca balik,geli rasanya. Tu yang aku rasa bila orang tu cakap tak cinta, tak sayang tapi terikat dengan ikatan perkahwinan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.berusahalah demi anak kau dan rumah tangga kau...


Published with Blogger-droid v2.0.1

30 November 2011

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, November 30, 2011 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.1

bila dapat durian runtuh

di taip oleh Myee at Wednesday, November 30, 2011 0 pujaan hati


Durian runtuh apanye. Bau durian pun tak sanggup,ni pulak nak makan durian. Tak tahulah kot nanti mengidam nak makan durian tak tahulah kan. Nasib baik boipren macam tak berapa suka sangat kot. Janji ada pisang.

Sebenarnya bukan durian runtuh sangat pun lah. Duit gaji bulan ini lebih sikit. Tak tahulah kira macam mana. Dah orang bagi lebih kita amik lah. Aku dapat lebih sebab aku tak amik cuti. Means boleh aku nak beli wallet charles&keith pulak. Gaji banyak ni pun macam tak tentu arah nak beli, tah macam mana kalau 5tahun lagi. Akak dekat opis tu dekat 6kot gaji dia setelah 7tahun berkecimpung dalam dotnet. Tah aku berapa pulak. Sebab dia pesan abis projek ni blah tempat lain leh demand. Cuma aku tak berapa nak yakin sangat. Yelah software developer kot. Poyo nama macam hebat. Tapi pergi kerja selekeh jek. Bila fikir balik tengok kawan lain, aku time belajar result tak lah gempak. Tapi rezeki kan. Mana nak tau. De kawan tu macam tak puas hatilah title aku. Dia belajar hebat. Aktif persatuan tapi tah. Risik gaji aku berapa lah tu lah ni lah. Alar nak tau aku cakap je lah. Janji cukup pakai,  makan minum yang dah makin bum bum ni. Sape suruh boipren tak balik. Memang tak jaga badan lah kan.

p/s: harap sempat kumpul duit nak kawen lagi 3-4tahun. Harap 28-29 tak tua sangat lah nak kawen. Yang penting boipren kena kasi graduate dulu baru lah syiok amik gambar konvo ada bini letak frame dekat rumah. Berangan tak abis~

Published with Blogger-droid v2.0.1

bila umur dah meningkat, tulang rapuh

di taip oleh Myee at Wednesday, November 30, 2011 0 pujaan hati

Susu sangat baik untuk tulang. Lagi untuk aku. Duduk seharian mengadap pc,kadang tu sakit tulang. Rasa lenguh lah pe lah. Time drive pun penat belakang. Susu ni beli lama dah. Nak minum je tak tau bila. Memandang budget dah habis sebab beli handbag, terpaksa lah minum susu. Konon untuk kenyang. Dekat pembalut ini tulis untuk pembentukan tulang dalam masa 4minggu. Tulang tang mana nak membentuk tah. Ni dia suggest minum empat sudu. Untuk permulaan aku nak try lah 1setengah sudu dulu. Takut tekak manja ni mengada. Tapi kalau sejuk lagi suka nak minum. Alar kotak yang kecik kecik tu. Comel je. Tak puas minum kot. Tapi mahal rasanya. Baik beli dutch lady kids. Baru rasa comels.


Konon nak ambik feel minum susu, letak dalam bekas cantik. Tapi kalau dah tekak tu kebulur nak nasi gak kadang tu, tak leh nak cakap apalah. Kita tengok dalam masa 4minggu kuat tak tulang aku.


p/s: orang cakap minum susu gemuk. Kalau nanti aku minum,aku gemuk sila salahkan susu. Bukan salah badan aku yang sedang berkembang ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

29 November 2011

bila datang nafsu shopping yang mengila

di taip oleh Myee at Tuesday, November 29, 2011 1 pujaan hati


Aku shopping beg charles&keith sampai dua dalam 1 hari dan kasut vincci dalam hari yang sama. Rasa macam puas gila. Tapi lepas tu aku yang gila sebab belum gaji. Kisahnya boipren bagi duit untuk beli hadiah besday. AKu pun apa lagi. Konon charles &keith buat sale 50%. Tapi tak sale sangat. Mula pergi dekaylt klcc. Amik yang kaler dark brown tu sebab macam simple je. Sekali bila pergi the curve pulak, terkenan pulak yang putih tu sebab macam comel je. Tapi kalau kerja dekat skali boleh lah nak bergaya. Tapi ni parking je terus sampai opis, wat bazir je. Baik aku simpan dekat rumah. Oh kasut tu pulak vincci ada sale 50%.. Memang lama nak beli kasut sebab asyik pakai crocs pink tu jek. Rasa nyampah je. Bila tengok kasut tu,kaki cantik terus lah amik. Yelah kaki besar,malu lah nak tunjuk. Gambar pulak konon susun macam hantaran je. Pelik. Aku yang tunang ke kawan yang lain nak tunang. Kompius aku

p/s: rasa macam nak beli seluar dan baju pulak..please lah.cepat sikit kurus ye..

Published with Blogger-droid v2.0.1

28 November 2011

ada juga kek

di taip oleh Myee at Monday, November 28, 2011 0 pujaan hati

Siang td mak aku pergi kenduri kawen,balik tu dia suruh amik barang dalam kereta. Tengok de kotak kek. Bukak ada dua nama. Yelah adik aku 26hb aku 21. So jimat lah kan. Tapi ujung tahun memang muak makan kek sebab lepas ni bulan 12, pastu bulan 1 mak aku pulak.. Memang berderetlah dan makin banyak lemak lah aku kan. Tapi takpelah dah orang tu taknak balik,malas nak cantik-cantik sangat.


p/s: Kek butterstoch Tak sebest macadamia. Macademia tetap dihati.


Published with Blogger-droid v2.0.1

27 November 2011

setelah 5 hari birthday

di taip oleh Myee at Sunday, November 27, 2011 0 pujaan hati
birthday aku yang ke berapa haritu disambut sangat tidak seronok sekali. dengan takde kekasih disisi, cuma harapkan wish dari kawan-kawan dekat fb je.tapi aku bersyukur hari sebelum tu aku sudah jumpa kawan baik masa emieza tunang. tido sama,makan sama,memang bersyukur sangat dapat luang bersama.mungkin aku dah terlampau seronok hari sebelum tu jadi untuk seterusnya tiada yang istimewa..

benci je bila birthday sendiri dekat dengan adik,then kena tunggu untuk celeb sama then nothing.sedih kot.tapi dah besar kan.tabah je lah.ikutkan hati nak beli hadiah untuk diri sendiri ipad sebab stress kan.tapi untuk apa aku bazir duit ke arah tu. tah la..bila de je benda tak kena dengan boipren macam untuk apa aku menyimpan untuk kawen kalau kau macam tak beria pujuk aku. macam kau dah tak sayang aku, macam kau tak pernah kisah pasal aku. macam tu ke nak kawen.hmmm.sebab tu bila kawan sibuk nak kawen,aku macam tak kisah sangat. sebab betul ke dia nak bersama aku andai sekarang dia pun macam ni dengan aku. sedih tu memang lah. tapi aku kuatkan hati, tabahkan hati, sabar..semua orang cakap aku kuat. nak jadi macam aku. tapi sebenarnya aku tak macam tu pun. sama je dengan korang. cuma aku lain sikit je..

kek ni pun boipren fza yang bagi. tapi aku tau fza yang bayar sebab 21hb pergi lunch luar.aku nak pergi wondermilk beli kek untuk diri sendiri. untuk hiburkan hati tapi tak pergi sebab ada masalah tertentu time tu. maka batalkan niat aku.jumaat aritu dorg lunch date.aku turun kacau cakap nak ikut dorang. saja kacau budak-budak bercinta. dorang makan dekat area tu.tu yang beli untuk aku. fza tu macam paham kot. tapi dia cakap aie yang belanja. terima kasih korang berdua.kaka sarah doakan korg bahagia sampai bila-bila.thanx ceriakan birthday suku abad saya :)

p/s:aku takkan mengungkit if boipren tak celeb birthday dengan aku. aku cuma berharap hubungan kami tak seperti sekarang..dingin..aku benci!!

Published with Blogger-droid v2.0.1

senja di kuala lumpur

di taip oleh Myee at Sunday, November 27, 2011 0 pujaan hati

saje je shoot time senja sambil layan jammed..biasalah kuala lumpur.masa banyak dihabiskan dekat jammed.pergi dekat 30min,balik dekat 1jam.rasa macam sia-sia hidup aku. kalau dekat dungun,tak sampai 10min dah sampai kelas. tulah perbezaan hidup. nak pergi beli barang pun susah. dekat dungun,1 bandar yang kecik tu boleh pergi macam-macam kedai.semua dekat. ni post office tempat lain,watson tempat lain,karaoke tempat lain. situ semua dekat-dekat..berharap dapat duduk sana,buka company ke. buat sistem kecik untuk sekolah ke,pekebun kecil ke,veterinar ke. janji hidup aku bahagia. sekarang ni,tak berapa sangat lah. lagi-lagi tengah krisis dengan boipren..hmmm..rindu laut.


p/s:nak bawak diri tepi laut,layan perasaan yang lara ini agar semua kesedihan terbang jauh bersama angin

kesedihan..


Published with Blogger-droid v2.0.1

26 November 2011

bila boipren merajuk

di taip oleh Myee at Saturday, November 26, 2011 0 pujaan hati

memandangkan boipren merajuk,aku takde mood lah nak buat assignment dia.aku belek katalog guardian dengan watson.sibuk bandingkan harga mana murah. yelah setiap sen tu aku leh sumbangkan duit ke arah lain. beli ipad ke sebab boipren tak layan ke, beli handbag ke sebab charles&keith murah, beli almari untuk kemas bilik aku yang serabut ni, beli kasut yang setiap kali nak keliar asyik pakai kasut sama je.


merajuk dengan aku tapi sibuk cerita pasal kawen, pasal tunang, pasal honeymoon,pasal budget nak kawen,pasal assignment. manja betul. susah gak if boipren muda. asyik nak merajuk jek. serabut otak.


Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November 2011

bulan november musim mengawan

di taip oleh Myee at Friday, November 18, 2011 0 pujaan hati
bulan ni tiap-tiap minggu ada kenduri kawen. Kawan sekolah tu lah, kawan sekolah ni lah, kawan kolej tu lah, kawan universiti lah. Aku punya tah bila. Ikut perancangan, lambat lagi. Bulan je yang nampak tahun tah bila. Kawen ni bukan senang. Yelah nak cari teman sebantal, teman sejiwa, bukan sejawa je even boipren kau orang jawa pun. teman susah senang. Yelah lau boleh nak selamanya bersama dengan orang yang tercintalah. Lau tak cinta tak guna kau habis duit ribu-ribu lepas tu ending dia nothing. macam mana nak buat  novel kalau ending dia menyedihkan. Biarlah kata orang mula-mula tu sedih, ending dia best gila. Macam kisah aku je nak sedih-sedih. Harap ending dia bahagia lah kan. 

Aku suka sangat tema dia. Macam fairy tales sebab pelamin dia macam kereta kuda cinderella tu. Memang terpegun lah. Kawan aku ni baru je grad, keje 2 bulan tak silap aku, laki dia keje apa tah. Mampu buat weds yang membuatkan aku kagum. Cerita belakang tu taknak lah aku nak amik tahu kan. Macam ada orang tu, kawen dah la tak berajak, ni pula nak pinjam duit. Memang aku angin je lah. Yang boipren pulak baik hati nak bagi pinjam. Memang lah orang tu tolong kau. Tapi fikir lah kan, aku dengan kau pun berkira duit tak makan tak shopping sangat, ni kan senang nak bagi orang. Orang tu sebelum kawen tak fikir pulak nak buat macam kau pun. Yang pompuan tu boleh je nak senang macam buat tak tahu. Alasan student. Hello, takde duit, buat macam takde duit. Takyah nak beria bagai. Nikah je lah. Ni pulak nak duduk kerusi best lagi cantik kan. Kau pun bukan cantik sangat. Tapi takpelah janji aku dah tolong kau. Bukan aku nak berkira ke apa, fikirlah aku susah payah kot simpan duit semua, kau senang je nak pinjam. Tau kau akan bayar, tapi aku tak berapa nak yakin sangat. Kot time aku terdesak kau tak hulur. Harap nanti aku kawen tak menyusahkan orang.

Pape pun tahniah lah korang dah halal. So lepas dah kawen, pandai-pandai lah survive sama-sama cari duit. Jangan harapkan seorang je..

pelamin cantik, kek cantik, makanan sedap memang awesome lah qila

doorgift dia pun best. kek swiss roll dengan apa tah dapat time sain guest book. aku kawen nanti nak photo booth. tapi kawan-kawan aku je lah kan.

tepi pelamin pun cantik. macam garden pulak. simple tapi tah..suka sangat

apam polkadot dia. teringin nak try buat tapi tak tahu. bagi idea boleh lah

gambar masa tunang aka pre wed pun cantik even muka laki dia tu takde perasaan


p/s: dear boyfriend , jangan sia-siakan harapan, kepercayaan dan impian kita. kalau hati ini terluka, aku akan bawa hati ni pergi jauh-jauh agar hati ini terubat dan menemui cinta yang lebih baik....

12 November 2011

Double degree

di taip oleh Myee at Saturday, November 12, 2011 0 pujaan hati
Sekarang ini aku sedang menyibukkan diri dengan buat Double Degree. Aku belajar "Bachelor Public Management" dari UUM. Maksudnya sekarang aku sedang sambung belajar lagi. Tapi secara haram. Yelah si boipren tu sekarang amik degree. Lepas tu, aku pun kena belajar sama lah dengan dia buat asignment lagi. Konon dia malu lah segan lah nak suruh aku buatkan. Last minit, hilang malu dia. Cehhhh!! Masa tu lah kelam kabut nak suruh aku buat. Memang suka buat kerja last minit. Esok nak discussion lah pe lah suruh aku tengokkan. Memang tak lah kalau aku tengah sengugut ke apa ke. Esok pagi baru aku baca mesej.

Semuanya ada LAPAN assignment. Subjek amik


BPMN1013-PENGHANTAR PENGURUSAN

GMGA1013-ASAS PENTADBIRAN AWAM

SBLM1053-BAHASA MELAYU PENGURUSAN

VRS011-PEMBANGUNAN MASYARAKAT

SADN1013-TAMADUN ISLAM


brosur untuk kempen pe lah nak kena buat. tak cantik pun. konon untuk lelaki lah yang buat


p/s : sorry boipren..wa kutuk lu.hahahha Selamat menyambut 143 ye

Bila my SGS upgrade ke gingerbread 2.3.4

di taip oleh Myee at Saturday, November 12, 2011 0 pujaan hati
bila semalam tengok CAA update status cakap dah upgrade ke gingerbread, aku pun mesti lah nak jugak. cari software samsung kies dekat internet, mula lah try buat. Mula-mula kena lah backup gambar ke pape yang penting. Bagi aku gambar je yang penting dalam tepon ni. lain tak pun. 



Gambar masa tengah upgrade. Mula macam nebes gak la. Sebab penah tepon hang tak kuar pape. Tak sempat backup. Pastu de lah mamat dekat opis ni teror godek-godek tak sampai 30min da boleh hidup. Aku pun belanja la mcd dekat dia. Berapa lah sangat kalau hantar dekat kedai mau rm50 kena cas. Ni bukan tepon aku. Tepon zatul. Sama je dengan dia cuma screen protector aku lagi cantik lah. Diamond gitu dengan dekat butang tengah tu ada sticker gedik-gedik. Bila dah siap tengok aku punya 2.3.4. Zatul punya 2.3.3. Apa beza tah. So sekarang aku punya telefon sudah menjadi samsung galaxy plus la. Sebab bateri sudah berdiri. Bila try data plan, tak boleh. Tengok setting dah lari. Nasib baik aku ada tulis dulu. 

Celcom 3G internet setting :
Name : Celcom 3G Internet
APN : celcom3g
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default,mms + internet

P/s: kalau ada duit lebih macam nak beli galaxy note. Tapi aku tak pun arkitek ke apa. Sebab tu untuk lukis-lukis, tulis-tulis. Aku tulisan pun tak cantik apatah nak lukis. Dulu berangan nak jadi arkitek. Tapi bila subjek lukisan kejuruteraan je suruh skandal dulu-dulu lukis, memang tak jadi lah kan. 



05 November 2011

My Wishlist 5 - Almari Baru

di taip oleh Myee at Saturday, November 05, 2011 0 pujaan hati

Memandangkan almari aku dah lama roboh , aku berangan lah nak beli almari. Kalau boleh dekat bilik kosong, aku nak letak almari ke rak baju lah. baru lah nampak kemas dan tersusun even aku bukan rajin sangat nak kemas hari-hari. Kalau ada kerusi pun senang aku nak fikir dan berangan dulu sambil pilih baju, kasut dan handbag. Tapi kalau nak almari macam tu, mesti la barang yang ada kena best-best. Baru syok nak bersiap pergi kerja ke dinner ke dating ke. Ni tak, pergi kerja baju biasa je. Selekeh betul. Mentang- mentang takde lelaki melayu, aku buat perangai malas gila. Tak makeup pun. Yelah, keluar kereta ,naik lif terus sampai ofis. Kalau time mengedik, mau park depan opis engineering. Kot dapat cuci mata. 

Tapi apa pun almari dekat ikea pun ok je. Takyah la yang mahal, janji putih dah paling penting, tak roboh!


p/s: Masa tak ada duit kemain aku dah senaraikan barang nak beli. Sampai sekarang, tak nampak pun lagi almari aku. Dok tengok almari roboh yang takde mood aku nak kemas


04 November 2011

My Wishlist 4 - Mac Book

di taip oleh Myee at Friday, November 04, 2011 0 pujaan hati
Semenjak berkecimpung secara serius dalam bidang programming, aku mula perasan yang orang hebat dekat opis tu semua pakai mac book. Maka untuk kelihatan hebat dan bersemangat ketika buat code, maka aku perlukan mac book. Baru setanding dengan programmers dari Maldives dan India. Baru sesuai untuk bergabung memerah idea memikirkan code. Hari tu tengok, mahal lagi. Tunggulah bila gaji aku dekat 5-6k lagi dua tiga tahun, baru dapat merasa.

p/s: mamat india yang serabut tu pakai DELL je sambil buat code dan gigit kuku. patut lah tak hebat sangat. Dari aku ni dapat lenovo jek. lagi lah tak hebat.

03 November 2011

baru lah deepavali

di taip oleh Myee at Thursday, November 03, 2011 0 pujaan hati

De orang dekat opis bawak muruku..memang syiok dan sakit perut sebab banyak makan muruku. Lagi pun buatan sendiri kot sampai pijar gak lah lidah aku makan. Cili apa tah dia pakai. Tapi makin ok kot dekat sana. De gak manisan dia bawak. Tapi rasa sikit je. Sebab rasa pelik je. Pastu ada kuih kacang pun macam dia letak herba pe tah. Kuih bunga ros pun rasa macam rempah. Tapi india lagi ok dari cina sebab makanan lebih kurang tak pun yang haram. Lagipun binatang pun dorang tak bedal sangat.

De sorang ni cakap setiap 10november sampai 2bulan dia macam bernazar kot. Macam makan vegetarian je, pastu tidur atas lantai, tak cakap dan kacau perempuan, tak kuar malam, macam lagilah. Dalam dua bulan tu kena berkelakuan baik untuk hapuskan dosa. Lepas dua bulan boleh buat la pape. Tah tak berapa jelas pasal ni. Tapi maca risau takde orang nak kacau dan kutuk dekat opis selama beberapa bulan.

Programmer dari india tu dah datang. Kali ni potong rambut. Haha. Macam smart sikit la tak berserabut. Pastu kulit tak hitam pun. Mungkin yang high class kot. Bulu mata dia, perghhhh.. Lentik. Yang best kena cakap english untuk communicate. Dia tak teror aku pun tak teror memang hancur lah. Aku cakap dia paham sket. Dia cakap dengan slanga dia lagi memang susah nak faham lagi cakap macam berbisik je. Memang dok bantai gelak je la dengan member. Sebelum nak pergi tanya siap praktis tu. Takut salah cakap. Semoga system yang kita buat ni dapat selesai dalam masa kurang setahun ye. Nak cari experience lain dan gaji yang lebih tinggi.

p/s: ada dua orang programmers dari india. Yang pasti team lead aku ni tak lah macam lagi sorang tu. Serabut je tengok dengan gigit kuku bila fikir code..yekkkk..

Published with Blogger-droid v2.0

My wishlist 3-fujiflim instant camera

di taip oleh Myee at Thursday, November 03, 2011 0 pujaan hati

Hari tu dah request dekat boipren. Pastu dah tengok sama sama dengan dia. Pastu tengok harga mahal dekat jaybee terus tak jadi.
  •   aku suka sebab boleh keluar gambar terus. Takpayah kau nak pergi cuci OR pic gedik kau tak akan hilang sebab hp kau bengong hang.
  •   aku suka sebab dekat film ke apa tah nama benda tu ada macam design. Comel sangat.
  •   aku suka sebab boleh tulis description or ayat gedik dekat pic tu
  •   aku suka sebab nanti bila kawen leh amik gambar orang. Tak payah susah tulis guest book. Pastu leh aku detect sapa kawan aku yang tak datang.
  •   aku suka sebab kalau orang bagi free.
  • Harga dia dalam rm284 ke rm248 tah.tak pasti.


p/s: Penyakit jubli perak semakin menjadi
Published with Blogger-droid v2.0

02 November 2011

my wishlist 2 : ford fiesta

di taip oleh Myee at Wednesday, November 02, 2011 0 pujaan hati



Nak beli yg polo tak mampu,berangan la fiesta. Kot boleh nak join fiesta riang ria ke apa. Tah la, tengok je terus berkenan. Yang lagi best tu pun rasa macan nak tapi konon keje gempak nak la pakai gempak sikit. Bila survey harga dalam 800k ++ so terpaksa lah berangan lagi. Tunggu lah lagi dua tiga tahun gaji aku dah sampai 5-6k..
p/s: lau dapat test drive pun jadi lah.tercapai impian sikit

Published with Blogger-droid v2.0

01 November 2011

my 1st wishlist -harajuku lovers

di taip oleh Myee at Tuesday, November 01, 2011 0 pujaan hati









Mula nak lengkapkan set perfume aku. Yang dah ada lil angel dengan baby.

  • Aku suka sebab bau dia sweet. Boleh nak perasan sweet la bila pakai.
  • Aku suka sebab patung tu lah. Takde comel mana pun. Tapi budget style bila kau ada perfume comel macam tu.
  • Aku suka sebab orang bagi. Sapa yang tak suka kan menda free.
  • Aku suka sebab patent dia ikut trend. Ade yang pakai bikini, winter la dan yang terbaru macam superhero. Style weh.
  • Yang nama G tu rambut cantik, tapi aku tak berapa suka bau dia. pastu asyik dia je dapat costume lain. 


Love aka Sweet Lolita is a fruity floral. It has top notes of nectarine, mangosteen, juicy pear. Heart notes of orange flower, lotus flower, violet, osmanthus. Base notes are blonde woods, musk, sandalwood, hint of patchouli, dash of praline. The scent was created by perfumer Maurice Roucel.

Lil' Angel aka Gothic Lolita is a sparkling floral. Top notes are succulent plum, champagne, pomelo, bergamot. Mid notes are blooming lotuses, fresh queen rose leaf, waterlilies. Base notes are satin wood, rich amber, skin musks. The fragrance is signed by perfumer CĂ©line Barel.

or Omotesando Girl is a fruity floral. Top notes are granny smith apple, peach, pineapple. Heart notes are watermelon, butterfly blush, peony. Base notes are raspberry, musk, water accord. The perfume is by nose Christelle Laprade.

Music or Visual Kei is a woody floral. Head notes are juicy apple, watery fruit, bergamot. Middle notes are jasmine, gardenia, fuschia, peony. Base notes are swirling cedarwood, iridescent musks, crystallized amber. It was created by perfumer Adriana Medina.

Baby or Kawaii / Decora is a vanilla floral. Top notes open on white peach, red delicious apple, pink freesia. Heart notes are pink plumeria, lush orchid, jasmine petals. Base notes are glowing amber, sensual musk, creamy sandalwood. It is signed by perfumer Honorine Blanc.


Price dia dalam rm166 jek. Tapi kalau duit aku habis dekat makanan je, memang tak dapat lah nak kumpul semua set :)

p/s:ada orang tu sebut harajuku jadi harujuku.huhuu.memang haruuuu la jadinya sebab tak dapat
Published with Blogger-droid v2.0

kurang dari sebulan besday aku yang ke **tahun

di taip oleh Myee at Tuesday, November 01, 2011 0 pujaan hati
Arini 1November 2011 atau 011111. Ada 21 hari je lagi aku nak sambut jubli perak. Oh tiba rasa dah tua dan tiba sakit tulang sebab tak minum susu anlene.
Maka dengan itu aku nak buat wishlist birthday sampai tiba birthday aku. Eh suka lak nak feel de orang bagi hadiah dekat aku. Padahal suma berangan dan impian aku je. Lepas tu nak buat sebanyak umur aku. Tapi kalau nak date dengan lelaki sebanyak umur aku leh tak? Kbai..

p/s:susu anlene baik untuk orang yang umur macam aku
Published with Blogger-droid v1.7.4

30 October 2011

mula berjinak dengan twitter

di taip oleh Myee at Sunday, October 30, 2011 0 pujaan hati
Sebenarnya dah lama aku ada twitter cuma sejak kebelakangan ni je bergiat aktif. Sebabnya takde orang nak menyibuk hal kau dan ramai strangers. Lagipun bukan aku approve pun dorang jadi follower. Kat sana aku luahkan apa aku rasa.

Sebab dekat fb ada perempuan annoying yang akan menyemak dok sibuk nak komen then tuduh macam2. Alahai ingat bagus sangat la tu. Meluat ok. De je tak kena dengan dia. Dengki apa tah la. Aku tak kacau dia pun. Dan dekat fb de orang yang aku tak suka friend dengan bf. Pompuan yang telah burukkan dia. Aku benci pompuan yang dok sibuk bagitau aku kesalahan dia. Biar dia sendiri yang cerita dekat aku. Tapi tahla.. Rimas dengan fb tu ada je tak kena..

P/s: aku selalu doa andai dia curang or tak setia or sewaktu dengannya , aku doa tutupkan pintu hati aku untuk dia...untuk apa bersama kalau kau tak boleh nk setia dan jujur dengan aku....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mr ka as degree student

di taip oleh Myee at Sunday, October 30, 2011 0 pujaan hati
Impian 2011 nak sambung degree sudah tercapai dan kena ada usaha lebih baru la boleh dapat dean list. Jangan asyik nak berangan tapi takde prepare pape ye. Suka sangat dia pergi kelas even aku macam orang gila dok tunggu dia balas mesej. Yela atleast takde la dia nak buat benda merepek.
Bangga sangat dia ada semangat macam ni. Demi masa depan bersama. Lepas ni boleh cakap kat mak aku dia dah sambung degree.
Ni baru impian 2011 dia. Belum 2012,2013 pulak. Yela memandangkan dia baru start belajar maka tahun nak kahwin di lambatkan. Tak kisah la umur berapa pun, andai ada jodoh kita bersama pasti kita akan disatukan.


p/s : rasa macam kelakar pulak bercinta dengan student. I heart u nerdy!
Published with Blogger-droid v1.7.4

kunci rumah berselipar

di taip oleh Myee at Sunday, October 30, 2011 0 pujaan hati

sebelum ni 3 tahun aku duduk dungun,aku memang la tak de kunci rumah kan.lagipun untuk apa menyemak kunci banyak-banyak sedangkan bila aku balik ada je orang dekat rumah.
Dekat setahun baru nak bagi aku kunci. Bukan apa aritu adik aku ponteng sekolah sebab takde kunci nak keluar. Tuduh aku amik. Padahal aku da baling kot dalam. Ada je alasan dia nak ponteng. Yang lain pulak sebab kadang aku balik awal kadang balik lambat takde sapa nak bukak pintu. Memang aku mengamuk lah kan. Balik penat taknak bukak pintu. De bila tah aku balik rumah takde orang. Aku blah tido rumah member lepas tu. Nak bising pulak. Agaknya dah rimas baru terhegeh nak bagi. Takut aku tak balik lagi la tu. Okbai

P/s: mak bapak aku nak beli rumah baru dekat mana tah. Rasa macam nak beli je rumah sekarang ni. Tapi....
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com