18 November 2011

bulan november musim mengawan

di taip oleh Myee at Friday, November 18, 2011
bulan ni tiap-tiap minggu ada kenduri kawen. Kawan sekolah tu lah, kawan sekolah ni lah, kawan kolej tu lah, kawan universiti lah. Aku punya tah bila. Ikut perancangan, lambat lagi. Bulan je yang nampak tahun tah bila. Kawen ni bukan senang. Yelah nak cari teman sebantal, teman sejiwa, bukan sejawa je even boipren kau orang jawa pun. teman susah senang. Yelah lau boleh nak selamanya bersama dengan orang yang tercintalah. Lau tak cinta tak guna kau habis duit ribu-ribu lepas tu ending dia nothing. macam mana nak buat  novel kalau ending dia menyedihkan. Biarlah kata orang mula-mula tu sedih, ending dia best gila. Macam kisah aku je nak sedih-sedih. Harap ending dia bahagia lah kan. 

Aku suka sangat tema dia. Macam fairy tales sebab pelamin dia macam kereta kuda cinderella tu. Memang terpegun lah. Kawan aku ni baru je grad, keje 2 bulan tak silap aku, laki dia keje apa tah. Mampu buat weds yang membuatkan aku kagum. Cerita belakang tu taknak lah aku nak amik tahu kan. Macam ada orang tu, kawen dah la tak berajak, ni pula nak pinjam duit. Memang aku angin je lah. Yang boipren pulak baik hati nak bagi pinjam. Memang lah orang tu tolong kau. Tapi fikir lah kan, aku dengan kau pun berkira duit tak makan tak shopping sangat, ni kan senang nak bagi orang. Orang tu sebelum kawen tak fikir pulak nak buat macam kau pun. Yang pompuan tu boleh je nak senang macam buat tak tahu. Alasan student. Hello, takde duit, buat macam takde duit. Takyah nak beria bagai. Nikah je lah. Ni pulak nak duduk kerusi best lagi cantik kan. Kau pun bukan cantik sangat. Tapi takpelah janji aku dah tolong kau. Bukan aku nak berkira ke apa, fikirlah aku susah payah kot simpan duit semua, kau senang je nak pinjam. Tau kau akan bayar, tapi aku tak berapa nak yakin sangat. Kot time aku terdesak kau tak hulur. Harap nanti aku kawen tak menyusahkan orang.

Pape pun tahniah lah korang dah halal. So lepas dah kawen, pandai-pandai lah survive sama-sama cari duit. Jangan harapkan seorang je..

pelamin cantik, kek cantik, makanan sedap memang awesome lah qila

doorgift dia pun best. kek swiss roll dengan apa tah dapat time sain guest book. aku kawen nanti nak photo booth. tapi kawan-kawan aku je lah kan.

tepi pelamin pun cantik. macam garden pulak. simple tapi tah..suka sangat

apam polkadot dia. teringin nak try buat tapi tak tahu. bagi idea boleh lah

gambar masa tunang aka pre wed pun cantik even muka laki dia tu takde perasaan


p/s: dear boyfriend , jangan sia-siakan harapan, kepercayaan dan impian kita. kalau hati ini terluka, aku akan bawa hati ni pergi jauh-jauh agar hati ini terubat dan menemui cinta yang lebih baik....

0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com