Showing posts with label Maisarah Student Life. Show all posts
Showing posts with label Maisarah Student Life. Show all posts

25 November 2013

Kisah adik angkat lagi

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati
Dulu masa sekolah teknik gatal nak beradik angkat, kakak angkat, abang angkat. Yelah duduk asrama kot. Orang adik angkat ramai pompuan, aku adik angkat laki. Nampak betul hot dulu. Ehh..

Budak team bola tampar gak. Kisahnya macam mana tak ingat. Sekarang still contact lagi jugak dengan dia. Dah kawen kerja tnb. 

Member lain yang ada adik angkat pompuan tu aku tengok sekarang macam best pulak. 

Ada sorang tu buat wedding planner sama-sama. Pergi kelas makeup, pergi beli barang untuk pelamin, pergi teman design baju sama-sama. Memang bestlah aku tengok.

Ada tu adik angkat kuat travel. Alahai. Napelah tak jadi adik angkat aku dulu. Mau jungkit bontot aku join pergi sana-sini backpackers. Seronok. Itu pun setelah aku google tempat nak travel, terjumpa blog budak ni. Tengok muka macam kenal, tengok nama ehhh. Sekali nampak dekat komen bawah tu, nama familiar, tengok gambar kenal. Dah dapat agak dah. Lepas tu jumpa ayat duduk asrama dekat bentong 2003-2004! Mana lagi kalau bukan teknik. Masa tu mrsm bentong belum bukak lagi. So memang tepat lah tekaan. 

Terus add fb nak kawan. Napelah aku tak jumpa kau sebelum- sebelum ni. Kenapa sekarang ketika aku sedang budget untuk kawen! Takpela, simpan untuk pergi dengan suami! Cewahhh


18 October 2013

Zaman gonjeng

di taip oleh Myee at Friday, October 18, 2013 0 pujaan hati
Masa ni tingkatan 2 kot. Tower camp. Tido dekat kl tower. Rasanya event tu first and last kot.

Leceh part nak mandi. Toilet tak banyak, orang ramai, jenuh nak tunggu turn, lepas tu ada aktiviti turun dari atas ke bawah guna tangga. Umur 14 tahun aku dah cipta rekod kot. Kalau suruh sekarang, memang takkkk lah kan. Semput aku.

Zaman ni pakai rantai hitam mende tah, yang aku ingat 1 tu ada nama.
 1 lagi tak tau. Oh time ni takde boipren. Lom mengedik lagi. Time ni ada adik angkat kot. Gatai nak beradik angkat. Mana tah budak tu hilang. 

Dua orang dah kawen, 2 orang belum lagi.

14 October 2013

Casing external hard disk

di taip oleh Myee at Monday, October 14, 2013 0 pujaan hati
External hard disk ni elok lagi. Tapi cable dia problem. Kena kasi adjust baru detact dengan lappy.
Brand adata. Dia banyak design. Ni pilih pun sebab pink. Yela yang brand WD kaler biasa. Hitam, putih, dark blue, merah. Buffalo pun sama jugak. Speed dia ni sama je dengan lain. Cuma tak berapa glamer je lah. 

Pergi teman kazen beli external, cari la cable dia. Pastu takde. Sebab tak muat nak masuk dekat celah tepi tu.

Ada abang tu sibuk dok promote membership. Malas la nak layan.  Sebab guna kawan punya id dapat lah harga member. Aku bukan selalu beli pun. KA plak bukan kaki gadget or mende alah. So tak penting pun nak member bagai pastu kena renew.

Dok meluat dengan abang promote tu, kena refer dekat dia jugak pasal cover external. Dia tunjuk casing je. Member dapat la 20hengget. Pergi tengok dia bagi pink juga. Dok bebel dekat dia muat ke yang lama ni nak masuk ke baru, dia suruh pergi customer servis.

Orang tu godek casing external lama. Bukak sana sini, masuk dekat casing baru. 

Jadilah ini 

Cliptec pun cliptec lah. Tengah bulan, amik jelah. Janji sesuai dan senang detect.

Bagi sesiapa nak tukar casing external, bolehlah. Yelah dah boring tengok 2-3 tahun casing sama, pe salahnya tukarkan baru. Dia pun nak pakai baju baru gak.


07 December 2012

Bila coursemate kawen

di taip oleh Myee at Friday, December 07, 2012 0 pujaan hati
JUN KAWEN 

hujan lebat gila menjelang nak sampai rumah jun. dengan tak tahu jalan, kad pulak peta tak betul, memang main redah je lah kan. kesian dekat emi tunggu kitorang sampai. dahla hujan, banjir pulak tu. memang geli2 jugak la kena air tu. dalam pic ni kema takde. ye lah lambat kitaorang sampai. nak buat macam mana. nadia tu lah, kitorang sampai, tengah mandi. so salahkan dia ye!

NADIA KAWEN
nadia kawen, kawan yang gedik lebih. baju nak sama lah tu lah ni lah. sampai orang tanya ada apa2 ke? yelah kot ada nak menari ke joget lambak ke pakai sesama! memang best lah dapat jumpa kawan-kawan even tak ramai pun yang ada.  kema tak datang sebab minggu tu dia dah kawen, een pulak ada wedding pastu. ni jelah yang ada untuk maklumat lanjut (kemain lagi sebab malas nak taip tengok dekat emieza je lah)

KEMA KAWEN
kema kawen dekat dungun lah kan. kawan beria nak tido tanjung jara. dulu dok lalu-lalu, dapat jugak lah tido kan! next time nak pergi lagi. time ni, emi takde sebab kazen farrid kawen, een pulak tunggu masa. takleh jalan jauh.

tak best betul! makin lama, tak cukup korum. nanti menjelang aku nak kawen, tah macam mana lah kan! kang ada yang tunggu hari lah, dalam pantang lah, tu lah ni lah. SAD betul!!



01 November 2012

Bila dengar kawan nak kawen tapi takde duit

di taip oleh Myee at Thursday, November 01, 2012 1 pujaan hati
Nak kata kesian tu ade lah. Tapi taktau nak ekperasi kan macam mana. Nak tolong tapi aku bukan banyak sangat duit pun. Taktahu lah nak cakap macam mana. Tu yang aku risau nak kawen tu. Nak tunggu dividen asb lambat sangat. Tu yang aku kawen lambat sikit. Yelah. Setiap bulan paksa diri saving untuk kawen or whatsoever. Yelah.. Takut nak hadapi kehidupan selepas kawen. Sebelum kawen tak pandai manage duit,nanti kawen tah macam mana lah. Anak lagi. Takut weh!  takpela kawen lambat, janji tak serabut diri dengan duit ni. Oh... Duniawi...
Published with Blogger-droid v2.0.9

12 December 2011

bila terRindu dungun

di taip oleh Myee at Monday, December 12, 2011 0 pujaan hati

Dua tiga hari ni asyik teringat dungun je. Tak tahu la. Rindu kehidupan dekat sana. Rindu sebab tak jammed. Tak sampai setahun tinggal dekat kl,aku leh rasa macam tak lama hidup sebab stress jammed. Rasa macam boleh mati je. Kesabaran aku di uji. Tah la. Rindu jalan dekat mesramall sebab dekat sana tak ramai orang. Dekat kl, walaupun melambak shopping complex, semua ramai orang. Sesak gila. Rindu nak makan burger king sebab kfc selalu makan lagipun dekat sana tu je ada dalam mesramall. Aritu zatul datang tido rumah..main masak-masak. Aku masak nasi ayam. Rindu sebab nak gado dengan nadia dengan azreena paksa dia masak. Tak lama lagi dorang nak kawen.. Bilalah boleh macam tu lagi..hmmmm

p/s: kawan,jom pergi perhentian sebelum korang kawen boleh? Dekat BK tunggu nadia abis kerja...hmmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.1

05 December 2011

bila seorang lagi kawan bertunang- nurul emieza

di taip oleh Myee at Monday, December 05, 2011 0 pujaan hati


Dapat mesej dari bakal tunangan orang cakap homestay di sponser, maka gembira lah sangat hati ini dapat berjumpa kawan-kawan yang di rindui.. Rindu ke? Over je. Padahal macam baru je jumpa. Trip kali ini ke melaka. Awal tahun pergi azreena tunang dengan naik bus sahaja, kali ini naik kereta pulak sebab fikir takde sapa nak layan amik dekat station bus. So discus naik lah kereta paling best antara kawan yang ada adalah mazda. Hebat siot. Yelah takkan naik bibah mbm i tu. Semput pulak nak pergi melaka.

Mula plan tu azreena ajak dekat mesej fb. Seperti biasalah, lau tak sakat dia memang tak seronok hidup aku. Cakap emi tak ajak lah, nak merajuk lah tu la ni lah. Saje nak kacau dia.

Hari yang ditunggu nak tiba. Aku cakap dekat bapak aku yang nak pergi melaka dengan kawan. Mak aku tak caya. Aku benganglah. Kawan aku dah nak tunang ,kawen,ada anak,aku pulaka macam budak kecik kena kongkong. Stress oi. The next day antar aku rumah nadia dan makesure betul aku g dengan nadia! Oh..sangat 5tahun umur aku.

Gerak lambat jugak sebab singgah mcd,pastu yummies pastu jumpa abang botak pulak. Beli mcd untuk bekalan sebab masing kebulur tak breakfast. Yummies beli barang coklat. Yelah aku takde mood. Pagi tu buat coklat tak nak cair. Memang spoil lah kan. Pergi jumpa abang botak buat ape tah. Lupa dah.

Sampai melaka sesat lah kan. Tak tau jalan. Konon ada papago tapi macam apa je sebab masih dekat kl. Menyusahkan je. Sampai pergi rumah emieza. Tolong ape patut then siap semua gerak pergi homestay. Sebelum nak maghrib tu aku buat coklat. Sebab malam nanti balik merayau penat pulak. Siap mandi pergi jonker street. Best macam ada. Tak puas jalan. Rasa macam zaman dekat dungun je. Lapar pergi umbai. Dalam hujan lebat tu cari jugak. Sotong celup tepung punya pasal. Tapi part paling best paw azreena. Yelah dulu masa dia dapat jpa mesti dia belanja. Ni tau lah nak kawen. Kedekut pulak ye. Malam tu azreena seperti biasalah tido menyempit tengah-tengah. Aku yang beralah ke dinding. Bangun pagi tu memekak alarm dia. Aku amik tepon campak dekat dia,terus tido  bilik lain. Hahaha

p/s: tak larat nak cerita. Sambung nanti ye

Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November 2011

bulan november musim mengawan

di taip oleh Myee at Friday, November 18, 2011 0 pujaan hati
bulan ni tiap-tiap minggu ada kenduri kawen. Kawan sekolah tu lah, kawan sekolah ni lah, kawan kolej tu lah, kawan universiti lah. Aku punya tah bila. Ikut perancangan, lambat lagi. Bulan je yang nampak tahun tah bila. Kawen ni bukan senang. Yelah nak cari teman sebantal, teman sejiwa, bukan sejawa je even boipren kau orang jawa pun. teman susah senang. Yelah lau boleh nak selamanya bersama dengan orang yang tercintalah. Lau tak cinta tak guna kau habis duit ribu-ribu lepas tu ending dia nothing. macam mana nak buat  novel kalau ending dia menyedihkan. Biarlah kata orang mula-mula tu sedih, ending dia best gila. Macam kisah aku je nak sedih-sedih. Harap ending dia bahagia lah kan. 

Aku suka sangat tema dia. Macam fairy tales sebab pelamin dia macam kereta kuda cinderella tu. Memang terpegun lah. Kawan aku ni baru je grad, keje 2 bulan tak silap aku, laki dia keje apa tah. Mampu buat weds yang membuatkan aku kagum. Cerita belakang tu taknak lah aku nak amik tahu kan. Macam ada orang tu, kawen dah la tak berajak, ni pula nak pinjam duit. Memang aku angin je lah. Yang boipren pulak baik hati nak bagi pinjam. Memang lah orang tu tolong kau. Tapi fikir lah kan, aku dengan kau pun berkira duit tak makan tak shopping sangat, ni kan senang nak bagi orang. Orang tu sebelum kawen tak fikir pulak nak buat macam kau pun. Yang pompuan tu boleh je nak senang macam buat tak tahu. Alasan student. Hello, takde duit, buat macam takde duit. Takyah nak beria bagai. Nikah je lah. Ni pulak nak duduk kerusi best lagi cantik kan. Kau pun bukan cantik sangat. Tapi takpelah janji aku dah tolong kau. Bukan aku nak berkira ke apa, fikirlah aku susah payah kot simpan duit semua, kau senang je nak pinjam. Tau kau akan bayar, tapi aku tak berapa nak yakin sangat. Kot time aku terdesak kau tak hulur. Harap nanti aku kawen tak menyusahkan orang.

Pape pun tahniah lah korang dah halal. So lepas dah kawen, pandai-pandai lah survive sama-sama cari duit. Jangan harapkan seorang je..

pelamin cantik, kek cantik, makanan sedap memang awesome lah qila

doorgift dia pun best. kek swiss roll dengan apa tah dapat time sain guest book. aku kawen nanti nak photo booth. tapi kawan-kawan aku je lah kan.

tepi pelamin pun cantik. macam garden pulak. simple tapi tah..suka sangat

apam polkadot dia. teringin nak try buat tapi tak tahu. bagi idea boleh lah

gambar masa tunang aka pre wed pun cantik even muka laki dia tu takde perasaan


p/s: dear boyfriend , jangan sia-siakan harapan, kepercayaan dan impian kita. kalau hati ini terluka, aku akan bawa hati ni pergi jauh-jauh agar hati ini terubat dan menemui cinta yang lebih baik....

28 November 2010

bila raya di dungun

di taip oleh Myee at Sunday, November 28, 2010 2 pujaan hati
raya haji baru ni memang tak sempat nak balik KL..lagipun lau balik mama n dadi bukan ada pun. takde sape nak masak rendang.so aku dan budak lain decide raya je lah kat dungun tu. nak buat macam mana. dah nasib badan.
malam tu bukan main lagi nak pergi semayang raya kat masjid UITM lah, masjid biru lah.last-last tak bangun pun. sangat teruk..bukan ape, lagipun 2-3 hari sebelum tu memang tak tido lah siapkan final year project tu..

memang sangat letih. mana tak nye kena buat COURSEWARE@SYSTEM, THESIS lagi, sebelum tu QUESTIONNAIRE.. kalau budak faculty business buat thesis dan questionnaire.walhal masa praktikal. aku pulak, nak menghadap 4 paper final.memang haru la..date dia pun terbaik 3papers straight. memang masuk air lah aku.

sambung cerita raya balik

kambing masih berkeliaran di sura perdana. ke kambing ni lari takut kena sembelih?
sekawan lembu pun sama juga..mau pergi mana la...

  1. raya rumah kema..makan laksa penang. hah!orang terengganu masak laksa penang..bedal je lah.lagipun dah kebulur.
  2. raya rumah puan rozma. dulu KP kitorang. dulu mula-mula garang..sekarang ni aku dengan nadia paling kamceng. asyik lepak rumah dia je. dia masak nasi dagang kelantan dengan nasi minyak. 
  3. rumah miss dayah makan sup tulang..suka sangat.dapat makan dengan roti ko. macam kedai mamak. rindu nak makan kedai sup dekat titiwangsa tu..




gambar kenangan bersama puan.

beraya dalam bot nelayan!

ayu gila korang ni melompat dengan baju kurung! "memang ayu gila!!"


dah penat korang melompat, duduk sopan santun pulak....

last kitorang akhiri HARI RAYA QURBAN dengan menaiki
.
.
.
..
.
...
....

.......
eye on dungun!hahaha,,

sangat seram dan rasa tak selamat sebab bunyi kriuk-kriuk menda alah tu. dah la pusing berapa kali tah. nak muntah aku. sumpah tak nak naik dah!




peeass:akan ku kenang dan ingati raya qurban bersama korang semua. memang kita qurban lah raya didungun tanpa rendang ketupat..

04 September 2010

Kau Laksana Bulan

di taip oleh Myee at Saturday, September 04, 2010 1 pujaan hati
korang pernah tengok drama kau laksana bulan?alar kat tv2.dah habis pun cerita ini. cerita ini aku tak pernah tengok pun dan tak tau pun wujud. sudah episod berapa baru aku terhegeh-hegeh nak tengok. ni emieza la yang bukak tv masa lepak rumah dia. novel dia memang aku pernah baca dan ada. masa mula-mula tengok, macam tau jalan cerita tapi tak berapa ingat la kat mana aku tengok. cari-cari novel lama memang tau pun. nasib tak jual lagi novel ni. lau tak tak tahu la.


aku beria tengok sebab ada zul huzaimy. part dia mengoda tu, pandangan mata dia, cair aku.hahaha..
kamu jadi macam firas boleh tak? 




pee/ass:kawan-kawan  amik turn ye baca novel ini.. saya baca lama.nak feel dengan firas. suka sangat

29 May 2010

Hadiah Perkahwinan

di taip oleh Myee at Saturday, May 29, 2010 4 pujaan hati
ini hadiah aku untu fida dan khairil. korang tengok dulu dari pengantin sok.sila abaikan huruf F dan R yang tak cantik itu. part paling tak suka buat nama. bekas untuk huruf limited pulak. so pandai-pandai akulah adjust. ok lah tu. janji ada. huruf R tu tiba-tiba dark coklat pulak. hentam sajalah. yang love tu isi dia hazelnut. bunga walnut. crown peanut butter. alah yang jem tu. sedap juga rasa dia tu walau huduh. tunjuk kat KA dia cakap cantik. eleh saja nak amik hati aku la tu. box dia tak berapa nak cantik sebab reben guna apa yang ada. mana tak bangun pagi nak kuar pergi kedai, tengok keta takde. terus malas nak keluar. tapi yang ada ni cantik lah kot. dari tak ada. walau reben lawa, aku takde idea macam mana nak letak. nak google orang lain hias malas so ini rupa dia



siap letak wedding wishes tu. poyo. oklah dah pukul tiga pagi. sok nak gerak pagi pergi Port Dickson. lama gila tak pergi sana. boleh mandi laut. Siap bawak baju spare ko excited sangat nak pergi mandi manda. yelah kat dungun tak boleh mandi.

26 May 2010

Blog Perkahwinan khairil &fida

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 3 pujaan hati

ini kawan kolej aku nak kawen ujung minggu ni. ke Port Dickson lah aku nak pergi kenduri dia. tapi aku pergi sorang-sorang. temanku tak pulang berlayar lagi.dorang siap buat blog ko. tau la budak IT katanya. laki dia aku tak sure pulak. kawan tak lama. bulan Januari ari tu tunang. kejap je nak kawen da .hmmm lagi sorang kawan aku kawen. ini blog  dorang kawen. apapun untuk korang berdua
  selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga akhir hayat

Final Year Project

di taip oleh Myee at Wednesday, May 26, 2010 0 pujaan hati
semester depan aku dah last duduk kat dungun
macam sekejap je percutian aku kat sana. tapi mana pulau dekat terengganu aku tak jejak lagi. ingat jejak kaki pun jadi lah. ada mamat tu ajak pergi. tapi baru kawen. takmo lah. bukan apa. nanti jadi lain kes lak macam yang aku dengan nadia dok sekodeng tengok drama melayu depan kereta.
eh melalut pulak
sebenarnya nak cerita pasal projek yang kena buat. aku plan nak buat courseware. pakai flash la. ada cik senah ni cakap budak hotel nak buat pasal food servie.
aku punya supervisor pulak yang beria.. itu hari dekat ITEX da discuss.. risau aku expect lebih-lebih..
dia kata nak masuk IID.
tadi dok syok main game kat fb, supervisor tu tegur kat chat. ketar jari aku . tanya wat apa. apa lagi kelentong baik punya. dia cakap la dia nak apa, macam mana aku punya courseware
dah siap bagi nama projek tu TET,dia dah kena prepare dari awal sb sem depan aku ada 4final. ari-ari menangis aku buat projek. dah la berangan nak buat itu, buat ini. kita tengok dulu macam mana prestasi aku sem ini..hahhaha


25 May 2010

Cara-cara pam tayar

di taip oleh Myee at Tuesday, May 25, 2010 4 pujaan hati

korang tau macam mana nak pam tayar?
cara-caranya mestilah berbaju kurung ye bagi yang perempuan
baru ayu 

contoh;
student UITM gigih mengepam tayar dengan berbaju kurung

24 May 2010

Taska A

di taip oleh Myee at Monday, May 24, 2010 0 pujaan hati



dulu aku pernah kawan dengan sorang minah ini. dia extend. so banyak la masa dia. dari duduk membuta, baik cari duit. dia kerja kat sebuah taska A(bukan nama sebenar). tugas dia ajar tuisyen untuk budak darjah 1 sampai berapa tak pasti. hari- hari balik, ada je cerita dia. aku dengar jelah. 
"budak ini comel gila la"
"budak ini bapak dia hensem la "
"lar mak dia lecturer uitm "
bila tah aku pergi singgah. saja jalan-jalan nak tengok la macam mana keadaan tempat tu. 
tapi tak seperti ku bayangkan. masa sampai ada sorang 'cikgu' kat luar dok sapu-sapu. aku dengan nadia cakap la nak jumpa dia. so masa nak masuk, nampak la ada dua orang jaga baby. tempat letak baby macam tak proper. ye la. kurang-kurang ada la dua tiga baby court tu. ini tak. toto je. kau tau je lah nipis mana. 

so aku masuk la dekat bilik yang pernah menjadi kawan aku ini. dia kan mengajar tuisyen. aku ingat taska ini provide la buku latihan yang darjah 1 ke apa-apa la yang sesuai untuk belajar. ini tak. amik buku latihan kosong tulis pasal biodata. dalam tiga bahasa. bahasa melayu, english dan jawi. tah la. tak kan ari-ari kau ajar tu. kalau aku jadi budak-budak tu, memang la aku tak mahu belajar. bosan kot. tak pun kau tolong budak itu buat kerja sekolah. lagi bagus dari buang masa tulis biodata. lepas tu kau tah pape suruh aku tanya budak tu parent dia kerja apa. konon gempak sangat la. HELLO.. mak aku pun kerja petronas. tak de pun aku nak bangga sangat. bukan company mak aku pun. kuli je. sama je dengan mak bapak budak tu. aku tak la macam budak kelas ko. even degree pun macam budak sekolah bangga sangat mak bapak kerja bagus. bukan aku tak nak bangga. tapi kalau kau sendiri yang kerja ke boleh ar wa nak salute. 

pukul 4 minum petang. aku ingat ada la bagi kuih ke biskut ke. ini tak. bagi keropok keping je. tau la duduk kat terengganu. bosan kot hari-hari makan itu. mana la de budak tu tak nak makan. dia cakap "tak sedap". kalau aku pun aku tak makan. macam mana lah taska ini manage. bagi la biskut tiger ke kalau coco crunch yang bodoh-bodoh murah tu pun tak pe la. pastu bagi la air milo ke horlicks ke. yang berkhasiat sikit untuk budak-budak tu. ini bagi sirap. ingat kenduri kawen ke?
tahla. aku memang tak puas hati management taska tu. tah macam mana la parents budak-budak tu hantar anak kat situ. bagi budak sekolah tadika provide la buku mewarna ke tulis abc ke..hmmm..
dorang tak fikir ke masa tulah perkembangan minda kanak-kanak baru nak terbentuk.

  
budak ini aku tanya nak tulis tak terus dia pergi amik buku. hahahaa..nak tak nak layankan saja

yang ini pulak nak mewarna. aku pun lukis katak(hahaha..tu je yang aku pandai lukis),rama-rama dan gajah

10 May 2010

Tempat Karaoke Pulak

di taip oleh Myee at Monday, May 10, 2010 0 pujaan hati



kali ini kita jalan di tempat karaoke
memandangkan dungun tu kecik je, leh la aku nak cerita tempat yang aku selalu pergi
karaoke ni ok la dari dekat poli ke atas pizza ke dekat tm..
ini aku rasa bagus kot
sebab? abang yang jaga ok
siap da kenal kitaorang..lau pergi mesti dok bilik no 1
kerana...
lau ada orang sakai tu, dorang sebelah je la.
kalau tengah-tengah, pening aku nak tengok dorang terkinja-kinja kiri kanan..
lagi satu nampak la bila kawan ko masuk tempat ini,ko sempat nyorok..hahaahhaha
walaupun karaoke jamban, dapat gak lah aku luahkan bakat kat sini.. ada bakat ker?

baru-baru ni, dorang wat bilik VIP. agak best la. tapi takde la macam redbox tu.. 
da kata dungun. terima jelah keadaan dia macam mana

itu ari dengar tempat ini kena rush..hahahahaha.. tapi esoknya pergi gak tempat ini. tapi selalu pergi petang la. paling lewat pun kol 8. bukan apa, malam-malam takut lak eh. banyak motor kat luar plus orang lepak.
masa kena rush tu dengar la budak uitm ada kt dalam tu. dorang kena sound je la..
polis tu cakap "datang dungun belajar..bukan nak menyanyi!"

ada bila tah abang karaoke tu belanja 1 lagu..hahah..ok la tu dan uncle punya tempat ini pun ada belanja kami.. tapi 2 lagu..hhahahaha. goda baik punya

09 May 2010

PSI Bookstore

di taip oleh Myee at Sunday, May 09, 2010 2 pujaan hati


di suatu kedai buku yang terkemuka di bandar Dungun,
 terdapat seorang uncle..
uncle ni selalu marah orang bila baca buku kat kedai dia,
biasa la budak-budak..
dah abis baca letak sepah-sepah..
mana la uncle ni tak sound..

ada suatu petang yang panas
ada dua orang pelajar UITM singgah di kedai buku ini
dan ternampak sesuatu..
kawannya memberitahu "uncle tido..cepatlah baca buku..kang dia bangun"
hahhhahah..sempat lagi kami amik pic uncle
even jarak jauh, nampak dia tersenguk..





23 April 2010

selesai paper software engineering

di taip oleh Myee at Friday, April 23, 2010 0 pujaan hati
sudah selesai menjawab paper SE..
tak la hebat sangat. benci je tak kuar software evolution, software testing, validation and verification, user interface design..hmmm.
jawab ke langit la aku.
yelah.dok meja no 44..seat tepi tingkap dan belakang sekali.
dah tak tau nak jawab tengok la langit.. awan cumulonimbus berarak pergi tanpa meninggalkan  titis hujan di daerah dungun..
tengok proses pembinaan library yang tak siap-siap lagi..
tengok orang kuar kol 11..awal gila..aku nak kuar awal takut lak.
yelah..kot last minit ada pulak idea nya..
hmm..tapi tak puas hati la..sedih..
kecewa..
tapi ada la part yang aku tau.
xpelah..harap dapat keputusan yang ok pun dah cukup..
paper techno nak wat yang terbaik..tapi tak start pun study..paper ahad ini..
arrggghhh..
tension..sibuk dengan hal pindah randah ni..
hmmmm..
mungkin semua ada hikmahnya...

16 April 2010

final is around the corner again

di taip oleh Myee at Friday, April 16, 2010 0 pujaan hati



first paper untuk semester ini software engineering. test macam haram saje. even lulus pun, sangat tak puas hati la..dengan diagram dia melambak-lambak nak kena lukis lagi. lebih-lebih nak imagine macam mana flow system tu.. kalau machine boleh la aku tau. ini tak. dah la aku ini malas nak lukis.. so better keep practice now. da.. wish me luck  ;)

Program Usahawan

di taip oleh Myee at Friday, April 16, 2010 1 pujaan hati
program ini da lama berlangsung.. baru nak update sebab nak cerita la aku jumpa atuk kfc.. tak percaya? 
muka dia agak sama tau. talk dia pasal jihad bisnes sangat menarik.membuat kan aku rasa nak buat bisnes je masa tu.

tapi sekarang tak de pun perasaan itu sebab pening kepala nak final. studynya idok lagi..dok melepak je depan lappy men game la, pergi karoke la, bercinta la...apa aku nak jadi pun tak tau la..
aku sekarang dikelilingi oleh orang-orang bisnes. mereka banyak mempengaruhi tau.. suruh buat ROADSHOW la..
kalau ada rezeki, ada la bisnes yang aku akan buat nanti..
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com