Dulu beria berinstax mini. Sekarang nak beli filem dia pun malas. Dulu berdating, mesti bawak. Ambik gambar banyak-banyak. Sekarang dating bawak beg kecik. Tak muat. Berat. Pergi kenduri pun dah tak bawak. Berhabuk kat rumah je.
External hard disk ni elok lagi. Tapi cable dia problem. Kena kasi adjust baru detact dengan lappy.
Brand adata. Dia banyak design. Ni pilih pun sebab pink. Yela yang brand WD kaler biasa. Hitam, putih, dark blue, merah. Buffalo pun sama jugak. Speed dia ni sama je dengan lain. Cuma tak berapa glamer je lah.
Pergi teman kazen beli external, cari la cable dia. Pastu takde. Sebab tak muat nak masuk dekat celah tepi tu.
Ada abang tu sibuk dok promote membership. Malas la nak layan. Sebab guna kawan punya id dapat lah harga member. Aku bukan selalu beli pun. KA plak bukan kaki gadget or mende alah. So tak penting pun nak member bagai pastu kena renew.
Dok meluat dengan abang promote tu, kena refer dekat dia jugak pasal cover external. Dia tunjuk casing je. Member dapat la 20hengget. Pergi tengok dia bagi pink juga. Dok bebel dekat dia muat ke yang lama ni nak masuk ke baru, dia suruh pergi customer servis.
Orang tu godek casing external lama. Bukak sana sini, masuk dekat casing baru.
Jadilah ini
Cliptec pun cliptec lah. Tengah bulan, amik jelah. Janji sesuai dan senang detect.
Bagi sesiapa nak tukar casing external, bolehlah. Yelah dah boring tengok 2-3 tahun casing sama, pe salahnya tukarkan baru. Dia pun nak pakai baju baru gak.
Rindu kehidupan di dungun. Petang-petang stress dok tepi pantai.
Rindu kawan-kawan dekat dungun. Gelak tawa bersama. Pergi karaoke. Pusing bandar, wat assignment tido gilir2, masak merepek, tido, pergi pantai tengok ombak..
Rindu kawan-kawan dekat skali. Macam ramai sekepala. Enjoy je. Tak stress. Shopping sama-sama. Makan mahal sama-sama.
Alhamdulillah sepanjang berkawan, tak pernah berkira. Gift and take. Arini aku tolong kau, esok kau tolong aku. Amik hati pun tak lama. malas nak fikir panjang-panjang. benda dah lepas, lepas. life must go on.
Yang dah kawen pun perangai still sama macam dulu. Takde lah sibuk-sibuk hubby tu hubby ni. Takde pun hubby tak kasi la, hubby tak suka la. Karaoke tetap karaoke. Senyap-senyap. Lantak p lah. Janji enjoy.
Malam-malam gini rinduu weh! Rasa nak balik dungun!!
Hope dapat masuk dalam mimpi! Tahun depan nak abis bayar viva. Bapak aku dah goda-goda dengan kereta fav ni! Entahla.. Fikir masa panjang macam ok. Fikir masa pendek sibuk menyimpan nak kawen. Tapi sedap kot nak travel kl-kulai nanti. Harga pulak monthly dalam 700lebih. Takleh nak menyimpan sangat la. Tapi memang niat pas kawen nak beli kereta lain ataupun pakai je viva tu. entahlahhhhh.. Serabut fikir
Sedang berusaha mengumpul sebanyak yang boleh. Aritu semak penyata asb, kena kumpul lagi duit nak kawen. Tak cukup wei. Camne lah orang yang kawen tu saving? 10k pun mau amik masa setahun setengah kot. Tu pun banyak kuar daripada masuk. Tengok dewan je dalam 4k. Bila fikir balik, dari bayar bodo kat dewan tu, baik beli dinar. Kurang-kurang dapat 4 keping 1 dinar. Entahlah penat fikir dan berangan tiap hari
Cerita pasal dinar, dah lama tengok. Dari tahun lepas kot. Time zatul nak kawen. Dia nak wat mas kawen. Sudahnya tak dapat pun dia. Aku pun da stop la tengok. Pastu ecah dok tengok- tengok pulak dan dia beli. Aku pun pe lagi. Paksa la nak buat mas kawen. Kawen tak tahu lagi bila.
Sekarang tengah murah. Boleh lah nak beli. Takut lambat, dah mahal memang tak beli.
Masa pergi kedai dia macam nebes sket la. Security dia kemain lagi. Macam nak pinjam dekat along aku rasa. Yela kedai dia dok tingkat atas. Nak lepas tu ada 3 pagar cam pagar besi. Ada cctv banyak kau. Aku pergi dekat kajang.
Masuk guard tanya kita ni dealer ke customer ke pe tah lagi. Tulis kat buku dia tu. orang yang layan tu ok je. Dia cakap pun faham lah juga. Dekat 30min jugak la nak setel. Isi form, dia cerita nilai spread bagai, login kat page dia, beli on9, Layankan aje..
Sain itu ini, dapatlah dinarnya. Tapi rasa macam nak beli dirham. Untuk simpanan. Cantik. 1 dirham RM90. Lau beli 10 baru RM900. Semua demi masa depan yang lebih cerah.
Dengan ini berangan mas kawen dinar. KA sila praktis akad nikah dengan mas kahwinnya 2 dinar tunai tau. Kang susah nak menyebutnya
Lama gila tak shooping kat ikea. Tak tahu nak beli apa. Baru ni download apps pe tah pasal ikea shopping. Saje tengok barang. Cuci mata. Berkenan masuk kt cart. Barang takde pun penting sangat. Saje nak menyemakkan lagi bilik yang sememangnya semak.
Barang yang dipilih sebab teringat nak diy. Sume salah pinterest. Aku asyik berangan je. Total RM136. Kalau tebus kupon banyak kot boleh jimat.
takde nak cerita menda pun. cerita apa yang aku berangan boleh?
1) candy buffet.
saja nak buat sebab aku ada chocolate fountain tu, ada mesin popcorn, mesin cotton candy( tapi tak kuarkan kot sebab leceh je melainkan aku dah train sepupu aku macam mana nak guna), letak jagung kukus tu. aku suka sebab bau dia semerbak. tapi aku tengok takde pun orang letak dekat candy buffet.
macam jenis perisa ada!
cotton candy glow in dark kot!
aku kalau boleh nak dorang seronok buat sendiri apa yang dorang nak.
2) khemah transparent (nak buat malam)
sebabnya nak buat malam. gila kau tengah hari pakai khemah macam ni! mau terbakar kulit orang datang. kot tepi pantai best la angin sepoi sepoi menampar pipi. lagi 1 boleh nampak bintang-bintang, bulan, menikmati pemandangan malam katanya. aku suka lampu gedik-gedik tu.
3) bunga api kucing
feeling boleh main bunga api macam ni. shoot pun macam best je. takde lah nak bunga api macam tahun baru. tunang je pun. bagi budak-budak main. lama kot tak main bunga api kucing ni!
4) warna baju pengapit
aritu lepak dengan emieza, dia tanya bila nak tunang. nak beli baju. over kau! Emi ni ada kaler cantik-cantik tatau nak pilih mana! rambang biji mata weh tengok
5) photoshoot
nak macam ni sebab depan umah taman permainan je. so takyah jejauh. tapi nak buat malam, nampak ke? celah mana pulak nak amik gamba malam-malam.
oh ada jugak orang baca belog aku yang meroyan mengarut tah pape. dia nak tau pasal mesin cotton candy aku. beli dekat online je. groupon kot ke mana tah. lama jugaklah tunggu. ingat orang tu da tipu, memang aku tak halal kan lah. dekat sebulan lebih gak tunggu. emel lambat je dia reply. nasib dia reply.
ari bila tah ada makan-makan rumah opah, so aku pun beria lah bawak mesin ini. malam tu sibuk dok cari gula dia. macam nak berniaga pasar malam. dok google dia pakai gula apa. dia tulis omputih kita mana nak tau sangat jenis gula dalam bahasa omputih. tau gula pasir kasar, halus, gula castor, gula icing.
dah tu aku guna gula pasir halus, dok letak pewarna. yelah nak cantik macam dekat pasar malam tu. colorful kot.
tu dia dah boleh berniaga pasar malam kot!
tak dan nak besar, sepupu kecik dok beratur tunggu aku punya cotton candy.
masa dapat barang, instruction dia tulis bahasa cina ke apa tah. tapi bukan english la. dah susah pulak tak tau. google gak cara nak buat, tengok utube bagai lah
takde la susah pun, masukkan gula, pintal je lidi tu sampai dapat besar mana nak!
macam ni lah cara dia. masa mula pas letak gula tu, gula tu terbang, so kena hati hati sebab panas dan agak bersepah jugaklah kan! aku punya mesin sama macam video atas ni. so sama je cara pembuatan dia.
ni orang dah expert. seronok betul. macam - macam design ada! nanti cerita pasal mesin popcorn pulak ye!
Kadang kadang jeles dengan kengkawan beli kereta baru. Banyak function ada. Leather seat, ada gps, ada usb, ade kamera belakang, leh tengok tv, bonet besar, seat sedap, dan macam macam lagi lah. Tapi aku bersyukur dengan kereta sekarang aku pakai ni. Dari 2007 till now. Nak masuk 6 tahun bersama. Kete tu jauh dia pergi. Ke terengganu, pahang, johor, melaka, negeri sembilan, selangor, perak, penang, dan kuala lumpur. Oh kelantan, kedah dengan perlis belum sampai lagi. Nanti kita pergi.
Tahun depan tahun akhir nak bayar. Lepas tu leh simpan duit untuk deposit second car. Kot nanti kawen anak ramai pulak kan. Tapi macam suka je hybrid. Tapi bila cukup 5 tahun nak tukar bateri ke ape ke takut time tu takde duit je. Kot anak nak sekolah ke ape ke. Sekarang no plat delat melaka dah MCH. Rasa nak MCK tapi tak kot. Nak tunggu MHM2111 pulak. Tahun bila tah.
Bila cerita pasal kereta kan, aku tak berapa setuju dengan planning orang bujang yang perempuan ni la yang tak perlu beli kereta. Bukan apa, takkan la kita taknak nampak hasil penat lelah kita kerja. Beli kereta, kita bawak dia hari hari, sangat berharga perasaan itu. Yelah siang malam berusaha, nampak hasil. Lagipun if suami pakai kereta, kita nak naik apa? Memanglah suami boleh hantar, tapi sampai bila? Silalah berdikari. Bila suami outstation bawak kereta, kita nak naik apa? Kot anak sakit, kereta tak ada, macam mana? Entahlah memang aku takleh terima konon sharing is caring. Tak semua hal. Bukan suruh beli bmw ke bently ke. Kereta kancil pun ok. Janji ada kereta dan tak menyusahkan orang lain!
Akan berusaha gigih simpan duit untuk beli tupperware kaler pink dan purple.. Berangan nak barang dapur kaler ni. Bestnya. Tak sabar. Yelah, menjelang nak kahwin, takut tak dapat pulak nak beli. Sementara bujang trang tang tang ni kan, kumpul selagi mampu. InsyaALLAH
Hari tu tengok dekat mudah kot, ada orang nak jual rumah dekat AFAMOSA Resort. Kawasan dia ok kot, cuma hari cuti tak ramai orang. Kalau hari tak cuti sunyi sepi lah. Harga dia tak sampai pun 300K. Part paling best ada swimming pool. Rumah idaman mesti ada POOL. Baru boleh kurus kot. Lagipun belakang dia luas. Boleh aku buat gondola ke apa ke kan. Nak buat BBQ pun boleh jugak. Dah berangan ada bunga banyak-banyak dekat tepi pool, lepas tu ada tempat shower sebelum kau masuk dalam pool.
Tapi macam jauh pulak nak pusing masuk rumah dan susah nak tengok anak kau mandi dekat kolam tu nanti. Bilik dia ni betul, belakang kolam tu. Kalau renovate, tukar tempat sliding door tu, mesti syok. Bilik tidur mengadap pool. Seronok habis. Kot malam-malam nak berendam dengan laki.
Bilik air dia macam oldskool sket. Aku tak berkenan even ada bathtub. Rasa macam sempit pulak.
Hall dia pun macam tak cantik sangat. Ada ape tah tu.
Bilik ini 3 bilik je. Dapur tak besar. Aku suka dapur besar. Boleh aku nak feeling buat macam CAKEBOSS ke DC Cupcake kalau tempat nak letak oven besar tak muat. Nak buat coklat tah tah dekat hall kot.
p/s : Rumah tak berapa nak idaman sangatlah macam ni. Sebab part pool je yang best. Survey rumah lagi.