13 July 2013

Wang emas dinar

di taip oleh Myee at Saturday, July 13, 2013
Sedang berusaha mengumpul sebanyak yang boleh. Aritu semak penyata asb, kena kumpul lagi duit nak kawen. Tak cukup wei. Camne lah orang yang kawen tu saving? 10k pun mau amik masa setahun setengah kot. Tu pun banyak kuar daripada masuk. Tengok dewan je dalam 4k. Bila fikir balik, dari bayar bodo kat dewan tu, baik beli dinar. Kurang-kurang dapat 4 keping 1 dinar. Entahlah penat fikir dan berangan tiap hari

Cerita pasal dinar, dah lama tengok. Dari tahun lepas kot. Time zatul nak kawen. Dia nak wat mas kawen. Sudahnya tak dapat pun dia. Aku pun da stop la tengok. Pastu ecah dok tengok- tengok pulak dan dia beli. Aku pun pe lagi. Paksa la nak buat mas kawen. Kawen tak tahu lagi bila.

Sekarang tengah murah. Boleh lah nak beli. Takut lambat, dah mahal memang tak beli. 

Masa pergi kedai dia macam nebes sket la. Security dia kemain lagi. Macam nak pinjam dekat along aku rasa. Yela kedai dia dok tingkat atas. Nak lepas tu ada 3 pagar cam pagar besi. Ada cctv banyak kau. Aku pergi dekat kajang. 

Masuk guard tanya kita ni dealer ke customer ke pe tah lagi. Tulis kat buku dia tu. orang yang layan tu ok je. Dia cakap pun faham lah juga. Dekat 30min jugak la nak setel. Isi form, dia cerita nilai spread bagai, login kat page dia, beli on9, Layankan aje.. 

Sain itu ini, dapatlah dinarnya. Tapi rasa macam nak beli dirham. Untuk simpanan. Cantik. 1 dirham RM90. Lau beli 10 baru RM900. Semua demi masa depan yang lebih cerah. 

Dengan ini berangan mas kawen dinar. KA sila praktis akad nikah dengan mas kahwinnya 2 dinar tunai tau. Kang susah nak menyebutnya







0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com