21 July 2013

Cara jimat naik erl

di taip oleh Myee at Sunday, July 21, 2013
Aku ni kira kedekut jugak kadang-kadang tu. kadang tu dalam kedekut nak berjimat. Ka sibuk nak balik time puasa. Yela tahun lepas tak balik raya. Tahun ni kemain sakan. Sebelum ni dia bengang naik aa sebab hal yang hujan lebat. Flight delay, kena beli tiket baru. Mau mengamuk aku. Dia membebel- bebel. Aku yang over. Godek mas, tiket rm2. Pe lagi beli lah. Dapat makan free bagai. Campur tax dalam rm80. Oklah tu kan



Total rm160 pergi balik okeh. Rasanya aa penah dapat sekali je harga macam ni. Pastu dahla xdapat makan,flight delay lagi. Dah turun naik dekat klia, aku pun malas lah nak drive kan. Petang tadi naik erl. Park dekat tbs lah macam biasa. Jimat. Rm3 untuk 1 hari. Jalan ke erl, dekat je. Tak jauh mana pun.


Dari bandar tasik selatan ke klia rm26.50. Kalau 2 orang mau rm53.. So nak jimat, tengok dekat tambang kira tambah, tolak, darab bahagi, dari bts ke putrajaya rm5.30.. 

Kalau 2 orang baru rm10.60


Dekat putrajaya turun, beli tiket ke klia pulak. Baru rm6.20. 

Kalau 2 orang rm12.40.. (Resit takde. Mana campak tah :( )

Total untuk 2 orang baru rm23! Tengok aku dah jimat rm30! Boleh buat makan untuk seminggu dua. Takpun isi minyak seminggu dua. Tapi masa yang diambil lama lah jugak. Lagipun kitaorang takde benda nak kejar. Flight kol 8 lebih.

Lepas hantar, dah pukul 8 lebih, aku terpaksa naik erl direct ke bts. Sorang, dan sedih ditinggalkan. Nak buat macam mana, lesap rm26.50 aku..


Itu sahaja 






0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com