Showing posts with label Maisarah Nak Kawen. Show all posts
Showing posts with label Maisarah Nak Kawen. Show all posts

02 December 2013

Malas nak buat kerja

di taip oleh Myee at Monday, December 02, 2013 0 pujaan hati

Status sekarang ni mood bercuti. Minggu  depan nak pergi kelantan. Tak sabar nak berjalan. Boring dok ofis. 

Datang kol 9 lebih, ofis lenggang je. Takde orang. Tiba-tiba rasa nak lukis. Lukis pakai excel weh.


Sebab gatal nak kawen, lukis pengantin laki dulu. Tema harus pepel. Masa bila nak pakai pepel tah! 
Jenuh gak la nak buatnya. Dah jadi laki, mesti ada perempuannya.





Pengantin pompuan macam pendek pulak. Takpe. Nanti cuba lagi.

Google lagi dapat tutorial wanita muslimah pulak. Tudung labuh menutup dada. Nak lukis badan, tak tahu dah. Nanti sambung lagi.



Macam comel pulak!



26 November 2013

Hadiah birthday 27

di taip oleh Myee at Tuesday, November 26, 2013 0 pujaan hati


Thanks mama bagi wristlet lagi. Lepas tu jenama fav pulak tu. Eh tak delah suka sangat tapi sebab nama MK je. Tu suka jenama ni. 


Sebabnya Maisarah+Khairul


Dah berangan nak beli beg hantaran jenama ni. Ehhh

24 November 2013

di taip oleh Myee at Sunday, November 24, 2013 0 pujaan hati



Pening nak planning tarikh kawen. Semua dah lari target. Yelah aku cuti sabtu ahad. Family sana cuti jumaat sabtu. Macam mana ni.




Tiket honeymoon dah beli. Ehhhhhh

14 November 2013

Tempah baju kawen

di taip oleh Myee at Thursday, November 14, 2013 0 pujaan hati



Dulu berangan nak tempah baju kawen or tunang dekat sini. Tengok price mahal. So macam tak jadi je nak tempah. Budget lari. Pakai sekali tu je. Memang cari lain la. Macam tak berbaloi. Makin nak jimat, makin tak leh je.


Next!!!!

26 October 2013

Cerita baju kawen kawen

di taip oleh Myee at Saturday, October 26, 2013 2 pujaan hati

Dear friends,

Nanti aku kawen korang takpayah la tempah baju. Pakai la balik baju nikah korang tu. Bila lagi nak pakai. Aku tengok dah macam rainbow. 

Dapat macam ni ke. Boleh dah tu. 
Ni kalau ramai lagi lah meriah.

Tapi aku tengok macam tak boleh je nak rainbow sangat. 

Ni pun oklah kot sebab korang kaler cream, kuning, pink.

Meh tengok gambar korang aku curi dekat fb nak jadi sumber inspirasi



Nadia kaler cream eh? 

Siti sarah kuning. Cantik dah!

Emieza pink. Ok cun! Time ni kurus gilaaaa kot ko emi!

Een gambar nikah kau aku tak jumpa. Tapi aku rasa ko mesti nak pakai baju ni balik kan. Ok. Boleh la pink belacan. Baju nikah ko kaler kelabu tak silap aku.

Ok yang lain aku tak jumpa pic korang. Yang lom kawen pilih la ye nak kaler apa. Pink ke kuning or cream. Pakai masa reception lah. Kang pakai time aku nikah, kompius pulak sape yang kawen nanti. Kalau korang dah kaler macam tu aku kaler apa? 

Putih ke purple?

Yang pasti baju aku kena overlah dari korang. Fishtail + peplum. Hahahaha. Kena buat dekat dewan lah kan. Peluh pulak ketiak uolls nanti.

P/s: Oh untuk emi, nadia, yuyu, een
Kalau nak gedik-gedik kaler sama, pakai la time aku nikah. Tapi aku macam nak buat malam. Agak-agak cantik tak nak shoot gambar?!












13 October 2013

di taip oleh Myee at Sunday, October 13, 2013 0 pujaan hati
Dia cakap bulan 12 nak datang




Bawak mak bapak dia




Ohmyyy



Ok takboleh tido

30 September 2013

Panggilan

di taip oleh Myee at Monday, September 30, 2013 0 pujaan hati
Semalam pergi rumah nadia. Amik sata. Tengah duduk borak, bapak nadia balik. Laki nadia panggil bapak dia abah. Ye lah memang nadia panggil bapak dia abah. Kalau aku macam mana? KA panggil bapak dengan mak dia abah dan mak. So takde lah tergeliat aku nak menyebut nanti. Dia nak panggil bapak aku macam mana? Tergeliat terpeleot lidah dia nak panggil daddy kang! Tak dapat bayang. Aku pun panggil D jek. Nanti dia macam mana. D dengan ma!

Lepas tu dengar laki nadia bahasakan diri hafiz. Aku dengar pun nak tergelak. Yela memang nama dia hafiz. Tapi selalu panggil abang botak. Macam formal panggil nama hafiz. Kalau KA macam mana? Mak bapak aku nak panggil apa? Khairul? Anwar? Khairul anwar? Nuar? Kerol? An? Kelakar. Kalau cerita dekat kawan-kawan takde pun sebut nama. Cakap boipren jek. Lepas tu, dorang pun tak tahu nak sebut apa. Ada aku dengar nadia, een dengan yuyu panggil KA, ayus panggil nuar, siti sarah panggil noah. Aku pun tak tahu nak mention apa. Aku panggil anwar, nuar, khairul macam geli-geli. Selalu kalau pape macam panggil khairul anwar jek. 

Entah dulu-dulu sebelum kenal panggil pe tah. Aku pun dah tak ingat!

15 August 2013

Baju cantik buttonmybutton

di taip oleh Myee at Thursday, August 15, 2013 0 pujaan hati
Macam tersuka pulak kaler dan design dekat tangan tu. macam gedik-gedik kembang-kembang.




Fishtail layer pun cantik jugak. Kaler pun sweet je. Powder blue kot!

Kaler kuning! Sweet jek. Pastu baju dia dah kuning. Comel ade reben kat belakang. Kain pun layer jugak. Suka


Kuning raja kot. Kat tangan tu macam ade kembang, pastu batu-batu. Ala macam seluar aladin tu kembang-kembang.

Kalau kain kembang pun cantik jugak! Lau duduk bersimpuh tu kain kembang semangkuk. Alahai ayu rasa. Pastu kain tu leh tolong sapu lantai umah.

Peplum ni cantik sebab macam jatuh je. Kain chiffon lah ni. Dan sekali lagi dia layer. Nape tah aku macam suka pulak layer ni!  Dengan reben comel kat belakang tu lagi. 

Ni suka tang tangan tu. ade button. So takde la ketat dan susah bila nak buat pape kan. Lace macam mahal je ni. Cantik semacam!

Semua baju-baju ni dari instagram buttonmybutton. Untuk tunang ke nikah pun boleh. Tapi kena kurus lah kan baru lah cantik pakai apa pun. Lau debab tu, aku sendiri tengok pun segan!






02 August 2013

Baju melayu dia

di taip oleh Myee at Friday, August 02, 2013 0 pujaan hati

Kalau orang johor tu, memang johor lah. Nak jugak leher baju macam tu. kakak dia cakap baju macam kawen. Kawen ape tah. Kaler tu kot yang nampak macam over. Ke dah ada seri nak kawen?! Ehhh..

Tema kaler kuning la. Jimat. baju dia takyah fikir dah. 

31 July 2013

Rezeki

di taip oleh Myee at Wednesday, July 31, 2013 0 pujaan hati
Alhamdulillah.. Betul cakap orang, kalau niat nak kawen tu, adelah rezeki tu nanti.

Malam tadi bercerita dekat boipreng tak kisahlah dia duduk dekat sana sampai abis belajar. 2015 tengah tahun dia dah abis degree. So boleh la nak cerita pasal pindah. Memandangkan tiket-tiket flight agak murah, aku pun tak kisah lah berjauhan. Motif utama dapat aku berjalan dekat sarawak tu. macam pasrah dan redha. 


Tapi petang tadi dia call cakap dapat pindah. Ingat main-main. Yelah. Dia ni kadang jenis main-main. Lepas tu suruh teka dapat mana. Penang? Tak. Putrajaya? Tak. Terengganu? Tak. Johor? Tak jugak. Lumut( takut nak sebut sebab exgf dia ada dekat situ. So takut lah kan) ? Tak. 


LANGKAWI??!!  

Dia berdebar, aku pe tah lagi. Nak sedapkan hati, cakap boleh la beli kereta besar. Langkawi murah!! Lol. Tu yang aku fikir..


Alhamdulillah.. Part paling besar dah termakbul. Aku tak kisah lagi walau jauh. Janji dalam semenanjung. Boleh la aku nak pergi kan. Tercapai dek akal fikiran aku nak drive sampai sana. Tanya dia apply ke? Dia jawab tak. Itulah di namakan rezeki. Dari 2007-2013 dia dekat sana. Ni boleh balik semenanjung. Bersyukur sangat. Tinggal setel untuk transfer belajar pulak.

Hope semua berjalan lancar. Amin..



13 July 2013

Wang emas dinar

di taip oleh Myee at Saturday, July 13, 2013 0 pujaan hati
Sedang berusaha mengumpul sebanyak yang boleh. Aritu semak penyata asb, kena kumpul lagi duit nak kawen. Tak cukup wei. Camne lah orang yang kawen tu saving? 10k pun mau amik masa setahun setengah kot. Tu pun banyak kuar daripada masuk. Tengok dewan je dalam 4k. Bila fikir balik, dari bayar bodo kat dewan tu, baik beli dinar. Kurang-kurang dapat 4 keping 1 dinar. Entahlah penat fikir dan berangan tiap hari

Cerita pasal dinar, dah lama tengok. Dari tahun lepas kot. Time zatul nak kawen. Dia nak wat mas kawen. Sudahnya tak dapat pun dia. Aku pun da stop la tengok. Pastu ecah dok tengok- tengok pulak dan dia beli. Aku pun pe lagi. Paksa la nak buat mas kawen. Kawen tak tahu lagi bila.

Sekarang tengah murah. Boleh lah nak beli. Takut lambat, dah mahal memang tak beli. 

Masa pergi kedai dia macam nebes sket la. Security dia kemain lagi. Macam nak pinjam dekat along aku rasa. Yela kedai dia dok tingkat atas. Nak lepas tu ada 3 pagar cam pagar besi. Ada cctv banyak kau. Aku pergi dekat kajang. 

Masuk guard tanya kita ni dealer ke customer ke pe tah lagi. Tulis kat buku dia tu. orang yang layan tu ok je. Dia cakap pun faham lah juga. Dekat 30min jugak la nak setel. Isi form, dia cerita nilai spread bagai, login kat page dia, beli on9, Layankan aje.. 

Sain itu ini, dapatlah dinarnya. Tapi rasa macam nak beli dirham. Untuk simpanan. Cantik. 1 dirham RM90. Lau beli 10 baru RM900. Semua demi masa depan yang lebih cerah. 

Dengan ini berangan mas kawen dinar. KA sila praktis akad nikah dengan mas kahwinnya 2 dinar tunai tau. Kang susah nak menyebutnya







12 July 2013

One step closer

di taip oleh Myee at Friday, July 12, 2013 0 pujaan hati
Alhamdulillah







Mas kahwin Done!



Next fikir cincin pulak ye :)

07 July 2013

My Engagement Checklist and Budget

di taip oleh Myee at Sunday, July 07, 2013 1 pujaan hati


Diri ini dah gatal nak menikah. Eh takde la gatal sangat-sangat. Tapi boleh kawal lagi la. Biarpun lambat lagi sebab kitorang still dalam planning (tapi dah ada tarikh yang dah decide), tetap kena ada checklist. Aku ni jenis yang kena planning itu ini, berangan itu ini so nanti takdelah kelam kabut kan. Dengan ada checklist baru la akan tau sejauh mana kitorang kena buat. Huhu. Parents pun tak tau lagi ni. Dok berangan berdua, planning itu ini. Ada duit cukup, planning lengkap terus cakap nak tunang nak kawen. Tak ada la nyusahkan parents nak fikir itu ini. Kitorang fikirkan sesiap untuk diorang. Setel!

Date : Mac 2014
Time :
Venue : Bandar Tasik Selatan
Theme :

The Ring (RM )
For Her : Pandora (Risik) &Habib (Tunang)

Attire 
For Her (RM )
1. Baju :
2. Tudung : sugarscarf/ radiusite
3. Kasut :
4. Accessories :
5. Hand Bouquet :
6. Make up :

For Him (RM 180)

1. Baju Melayu : Dah beli masa raya (warna kuning! So tema kena kaler kuning lah kan)
2. Kasut : Sendiri

Hantaran Items
For Him (RM ____)
 Theme Color :
1. Sireh
2. Buah-buahan : yuyu maybe! hahahaha
3. Coklat : nak mintak emieza sponsor :p 
4. Cupcake / Cake : mintak Nadia sponsor :P
5. Cookies : nak mintak een sponsor :p
6. Gift : Songket (untuk nikah. Alasan nak pergi Terengganu!)
7.

(kalau sebelum ni dah buat checklist nak mintak sponser dari dorang ni,tau dari tahun lepas aku da tunang!)

For Her (RM ____)
 Theme Color :
1. Cincin & Pandora
2. Cookies : famous amos
3. Cupcake/ Cake : wondermilk (RM50-RM80)
4. Sireh
5. Buah-buahan

Capturing the Moments (RM ____)
1. Photographer :
2. Videographer :

Pelamin Decorations - (RM ____)
1. Deco :

Food and Favours (RM 1000)
1. Catering+ canopy : RM1000 ( Lebih mak bapak bayar :p)

Accommodation (RM____)
1. Homestay

Invitation
1. Guest : Family and Close Friends

05 July 2013

Apabila hati rindu

di taip oleh Myee at Friday, July 05, 2013 0 pujaan hati
Dok belek bookcafe pts, ternampak description dia. Sangat menusuk kalbu.

" mengingatkan yang hidup ini hanya sementara,
Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata."

" apabila saatnya sudah tiba, jangan jadikan alasan bagi menunda"

Ye memang aku sibuk memikirkan harta benda. Takut untuk hadapi kehidupan selepas berkahwin. Sorang di kl, sorang di sarawak. Kalau dalam semenanjung boleh la aku pergi. Ni jauh seberang laut sana. Tiket flight mau bape dah. Entahla.. Aku tak kisah pun dia dekat penang ke terengganu ke johor lagi la bagus kan. Boleh la tiap minggu travel nak jumpa. Ni jauh sangat. Dari beli tiket tiap bulan pergi balik mau 4 ratus, baik aku kumpul duit tu untuk umrah. Entahlah. Hati ini meronta nak pergi. Lau ikutkan tahun aku pergi haji 2042, entah ada lagi ke tak tah. 

Tengok lah akan ku beli buku ni lau ada duit lebih. 



12 June 2013

WW

di taip oleh Myee at Wednesday, June 12, 2013 0 pujaan hati


Nasib la dapat gelpren suka mengacau! Lol

02 June 2013

Tunda

di taip oleh Myee at Sunday, June 02, 2013 0 pujaan hati


Setelah berdiskusi mengambil kira kewangan masing-masing dan hal yang tak dapat dielakkan, "majlis" tersebut akan diadakan pada tahun hadapan bersamaan 2014. 




So sempat banyak masa nak kurus dah menambahkan lagi lemak degil yang ada dalam badan dan mengumpul duit sebanyak mana yang mampu. 



Sekian terima kasih



29 May 2013

Hari hari cerita pasal kawen

di taip oleh Myee at Wednesday, May 29, 2013 1 pujaan hati

21 May 2013

bila cerita pasal tunang part 2

di taip oleh Myee at Tuesday, May 21, 2013 0 pujaan hati
takde nak cerita menda pun. cerita apa yang aku berangan boleh?

1) candy buffet.

saja nak buat sebab aku ada chocolate fountain tu, ada mesin popcorn, mesin cotton candy( tapi tak kuarkan kot sebab leceh je melainkan aku dah train sepupu aku macam mana nak guna), letak jagung kukus tu. aku suka sebab bau dia semerbak. tapi aku tengok takde pun orang letak dekat candy buffet.

macam jenis perisa ada!

cotton candy glow in dark kot!

aku kalau boleh nak dorang seronok buat sendiri apa yang dorang nak.

2) khemah transparent (nak buat malam)



sebabnya nak buat malam. gila kau tengah hari pakai khemah macam ni! mau terbakar kulit orang datang. kot tepi pantai best la angin sepoi sepoi menampar pipi. lagi 1 boleh nampak bintang-bintang, bulan, menikmati pemandangan malam katanya. aku suka lampu gedik-gedik tu.

3) bunga api kucing


feeling boleh main bunga api macam ni. shoot pun macam best je. takde lah nak bunga api macam tahun baru. tunang je pun. bagi budak-budak main. lama kot tak main bunga api kucing ni! 

4) warna baju pengapit


aritu lepak dengan emieza, dia tanya bila nak tunang. nak beli baju. over kau! Emi ni ada kaler cantik-cantik tatau nak pilih mana! rambang biji mata weh tengok

5) photoshoot



nak macam ni sebab depan umah taman permainan je. so takyah jejauh. tapi nak buat malam, nampak ke? celah mana pulak nak amik gamba malam-malam. 












17 May 2013

Bila nak pejam mata

di taip oleh Myee at Friday, May 17, 2013 0 pujaan hati
Mood berangan tiap malam. Kurusnya idokkkk. Macam mana nak pakai baju cantik-cantik!








27 April 2013

Bila boipren sem 4

di taip oleh Myee at Saturday, April 27, 2013 0 pujaan hati
KA dah sem 4. Oh lama lagi nak abis belaja. Maybe anak 2 baru abis kot. Yuran makin mahal pulak. Dekat 2.2k. Yelah makin lama kredit hour banyak, tu yang mahal. Tapi takpelah sebab pointer atas 3, harap dapat kekalkan ye pointer tu. Macam biasalah tiap awal sem nak study betul-betul siapkan assignment. Tapi last minit jugaklah dia siapkan sampai aku mengamuk jugak last minit nak perah idea.

Takde nak cerita ape pun. Haritu buat surat tukar pusat pengajian dekat johor or kl. kot dapat tukar, boleh mintak draf semenanjung. Dah 6 tahun kot duduk sana. Tapi risau gak. Kang dah tukar pusat pengajian, tak dapat draf jenuh pulak nak balik sini tiap bulan. Kalau flight murah boleh lah kan, ni mau 2ratus lebih pergi balik. Baik simpan untuk kawen ehhh..

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com