Showing posts with label Maisarah Work Life. Show all posts
Showing posts with label Maisarah Work Life. Show all posts

29 November 2013

Hadiah farewell bos lelaki

di taip oleh Myee at Friday, November 29, 2013 0 pujaan hati
Orang it memang tak suka berparti kot. Opis aku kalau ada event ke apa ke, semua macam wat taktahu. Dulu masa raya, aku yang beria tanya dekat maria tak buat apa-apa ke. Dia tengok budak lain diam je. Aku push gak. So terjadi jugalah sambutan kecik-kecik. Dari takde.

Ni boss @ project manager aku nak berhenti. Dorang macam tak buat pape. Sa aku siap create group kat skype. Konon nak discuss lah. Nasi arab taknak la tu la ni la. Wang solo la tu la. Dia merapu tah pape, last skali dia left group. Macam bangang disitu. 

Hari ini dah kamis. Aku nampak team lain celebrate farewell untuk dia. Kitorang team sama tak buat pape. Petang pukul 3, aku dah taktahan, aku mintak duit dekat budak2 ni nak buat gak. Rm25 sorang. Dah gaji kot. Nasib lah kan. Taknak join sudah. 

Kira-kira dapat gak 34 orang nak join. Petang tu jugak call al-diafah order nasi arab. Part paling benci orang nak order lain macam! Leceh. Pening otak aku sampai nak mengira pun salah.

Sudahnya kol 7 aku pergi mid valley nak beli hadiah. Singgah memory lane, ada kad bunga-bunga farewell. Cari kedai lain takde. Nasib kau lah dapat kad bunga-bunga. RM26.80




Masa tengak tengok pen, mak aku call tanya kad mana. Aku mintak la pendapat. Dia kata beli baju. Ok fine. Pergi tengok baju. Usha baju, macam geli plak terbayang style dia. Style dia ala-ala korean gitu. Ada bila tah pakai baju bunga-bunga. Asyik baju tu jek. Geli aku tengok. Jumpa baju macam punjabi tu. Dia ari jumaat macam pakai baju tu. Bila fikir-fikir, macam geli. So tak jadi.

Sudahnya beli pen parker. Siap free craving lagi. Tanya pendapat akak kat situ dia tunjuk 1 set pen. Rm120. Pen basah dengan kering. Aku main amik je lah. Beli dekat jusco midvalley



Ok la tu. Tapi aku rasa macam tak pernah nampak pun bos aku menulis. Sign pun apatah lagi. Lantaklah!




Ada balance beli brownies la dari kek. 
Brownies total RM137 macam tu. 



Makan nasi arab. Aku call lah nak order bagai. Datang sana, orang tu buat table untuk aku. Jenuh nak menunggu. Beli untuk 40pax total RM660. Okje sebab chicken mandi RM15, bbq RM20, kambing mandi RM25







Semua nama terlibat.





Bye see u soon. Jangan lupa datang kenduri kawen!




27 November 2013

Bila projek sudah berakhir

di taip oleh Myee at Wednesday, November 27, 2013 0 pujaan hati
Projek ni dah tutup akaun. So tengah repair apa yang patut. Datang opis pun ikut suka. Buat kerja pun malas. Sebabnya otak tak boleh nak fikir kalau tak pressure. Eh.. Yela.. Kalau dah last minit, semua jalan, yang tak jalan semua ok.

Sejak dah akhir macam ni, semua main tarik tali. Kena support projek sebelum atau masuk team lain. Aku taknak support sebab taknak baca coding orang. Lagi-lagi orang hebat, coding hebat gila sampai tak tahu nak godek dekat mana. Aku benci tengok, aku buat baru je. Dah confirm aku tak join support,  kompem la masuk projek baru. Tiba-tiba masa lunch, aku gatal pergi tanya team report. Yela tengok dorang balik on time, pastu macam senang. Dorang offer join team tu.

Sudah serba salah, sebab team tu ramai ibu mengandung dan dorang tak ramai. Tapi leceh gak sebab semua projek dorang handle. Semua table nak kena fikir, semua report nak kena keluarkan, semua site kena pergi kalau macam tu.

Entahlah. Macam tak pulak. Team developer masuk projek lain, framework lain. Kitaorang ramai. So boleh la nak berusaha sama-sama. Team report kena hebat sql. Database aku repeat kot. Sebab lecturer tuntak bes. Left join, la outter join la. Assignment dok copy orang punya, tak pernah buat, tetiba kerja tu aku nak buat, memang tak la. Sekarang ni pun, sql aku asal boleh. Janji kuar apa yang aku nak, dah boleh jalan. 

Entahlah. Stay je sebagai developer je la sampai kawen. Nanti dah kawen, fikir lain pulak.

25 November 2013

Cerita pasal software engineer

di taip oleh Myee at Monday, November 25, 2013 0 pujaan hati
Software engineer/ developer/ programmer bagi aku ialah

1) pereka fesyen, pelukis, 
Untuk projek yang aku handle, kena design interface system tu. Siapkan interface guna html lah. Buat form, susun atur textbox, button, image dan yang berkaitan dengan design sistem lah. Nak letak kat mana button, ayat-ayat lagi dan pape yang berkaitan dengan design.

2) writer
Ini kerja utama yang perlu dilakukan. Taip skrip untuk sistem. Macam jugak penulis drama ke penulis apa lah janji menulis. Aku pun tulis coding untuk buatkan jalan cerita sistem. Macam mana flow dia, lepas itu apa. Lepas ini apa.

3) investigator
Ok ini pun penting jugak! Yelah dah taip skrip semua tu, jumpa error pulak. Nak kena mencari dekat mana salah dia. Ala macam polis ke csi macam tulah. Kena kaji satu-satu punca error tu. lepas tu kena tau sebab apa berlaku error tu. macam mana nak solvekan.

4) mechanic
Yang ini pun sama. Ye la mekanik kereta repair kereta. Nak tau la kat mana rosak enjin ke apa ke. Sama jugak dengan kerja aku nak tau rosak apa. Salah letak coding ke apa ke. Kalau salah, memang tak jalan. Sama macam kereta. Rosak lain, repair lain. Tak jalan kereta tu. sama macam sistem jugak.

5)

10 November 2013

Cerita pasal kerja part berapa tah

di taip oleh Myee at Sunday, November 10, 2013 2 pujaan hati
Dah seminggu lebih tido tak cukup dan tak puas. Yelah tido dekat opis beralaskan comforter nipis, selimut nipis. Masa tak bawa comforter tido atas lantai. Ada bila tido dekat sofa, tak muat sebab kaki panjang. Merengkot, dan terjulur kaki. Bangun kaki, lenguh sebab tergantung. Entah.

Hidup tak terurus. Sabtu ahad kerja. Kerja macam nak gila. Tido kol 3-4 pagi. Bangun subuh, siap-siap balik rumah jap. Kol 8 lebih pergi sambung buat kerja. 

Dok terbayang budak spm yang meninggal tu sebab saluran darah pecah.  Maybe sebab stress. yelah harapan sekolah, harapan keluarga. Aku takut pulak jadi gitu. Semalam balik dari mpm, malam. Mata dah la silau, main drive je. Dahla bawak dokumen penting. Dok terbayang, lau aku accident, jenuh dorang nak cari dokumen tu. Jenuh nak mintak sign balik. 

Ni kes laki bini developer. Kesian anak dia. Membesar dekat opis. 

Dok layan upin ipin. Nasib baik dia tak mengamuk. Elok je. Tak banyak karenah.
Tiba- tiba mak aku cakap, budak tu tak mengamuk, so takde hantu lah kat opis kau. Aku pun tak pernah terfikir plak pasal tu. Tapi memang pun, masa tido takdelah rasa takut ke apa. Maybe sebab dekat situ selalu berkumandang azan. So takdelah menda-menda tu kot.

Tak sabar nak abiskan project ni. Tak tenang hidup weh. Makan tak tentu, pe tah lagi nak berak. Sembelit dibuatnya.
Tu belum part mencarut bengang dengan orang. 

Entahlah.. Kalau cepat sangat berakhir pun takut gak. Risau masuk projek lain. Takde geng ke. Tahlahhhh.. Malas nak fikir sekarang.






02 November 2013

Cerita pasal kerja lagi

di taip oleh Myee at Saturday, November 02, 2013 0 pujaan hati
7 dan 8 nov dah PAT.
Laporan exam yan aku buat dah taknak pakai dah. Buang dari sistem. Dorang tanya nak simpan ke nak buang? Aku tak tahu nak jawab. Boss tanya confident tak nak present aku tak tahu. Lama jugak aku hadap buat dari mula lepas amik dekat orang. Aku confident dengan aku dah buat tu. Cuma data yang dia pakai tu problem. Lagi- lagi amik dari table kertas. Yela boleh pulak guna flag kertas untuk paparkan kertas bagi tiap penggal. Aku tak reti nak olah. Entahlah.

Meeting dapat modul baru. Modul lama kena repair bugs. Benda paling malas nak repair error. Cuti semua dibekukan sampai hujung november. Entah tak tahu apa akan jadi minggu depan. Kena speed up buat kerjalah nampaknya.



Nak benti. Nak kawen, duduk langkawi. Nanti kat sana aku fikir apa aku nak kerja. Boleh?

29 October 2013

Dah nak terberak baru nak korek lubang

di taip oleh Myee at Tuesday, October 29, 2013 0 pujaan hati
Sebenarnya yang lebih jelas, taik dah dekat hujung bontot, baru kau nak korek lubang.

Sebabnya, lusa dah nak uat, kau baru nak memekak mintak tolong. Memang taklah. Nak bagi bala kat orang lain. Mampus. Menangis-nangis buat coding. Nak faham flow dah bape hari, nak godek-godek lagi dah bape hari. Memang tak lah!

Lepastu mintak tolong tengokkan budak jantan 2 ekor ni. Eh bukan budak laki selalunya hebat ke? Ni mintak tolong pompuan. Aku ok je nak tolong mana aku tau. Lau yang susah-susah tak reti lah pulak. Yela aku sedar, dulu pun aku tak tau tanya orang gak. Pe salahnya tolong orang mana aku mampu

29 September 2013

Testing

di taip oleh Myee at Sunday, September 29, 2013 0 pujaan hati
Minggu lepas minggu yang panjang. Kerja isnin sampai ahad sampai malam. Ahad tu aku ada hal family. Balik pergi makan celebrate birthday dad, pukul 10 masuk ofis sambung coding.

Tido pukul 3, kol 6 lebih bangun balik rumah, kol 10 datang ofis. Sungguh tak tentu arah hidup. Isnin tido office lagi dengan berbaju kurung pulak. Pakai tudung buat kerja sampai 2-3 pagi. Memang hidup macam apa lah.

Selasa pagi bangun naik lrt checkin hotel.  Malam tu tido pukul 3 pagi.
Entah la. Macam macam perasaan ada masa tu. 
Janji dah uat, repair apa yang patut. 




Cepatlah semua ini berakhir. Lagi sikit je lagi


18 September 2013

Apalah nasib

di taip oleh Myee at Wednesday, September 18, 2013 0 pujaan hati

Pasal Coding lagi

di taip oleh Myee at Wednesday, September 18, 2013 0 pujaan hati


Serabut tak abis lagi. Error modul lama tak terkejar. Yela dulu buat modul latihan lom baligh lagi. Baru nak merangkak. Tapi sekarang pun dah jalan. Tapi terkedek-kedek. Yelah macam budak kecik baru nak jalan. Setahun berapa bulan baru berkecimpung. Ada part kompius. Main hentam nama nak bagi. Yela kalau ramai sangat anak, malas nak fikir, bagi jela nama apa yang ada. Lepas tu kompius nak bawak anak yang mana. Serabut betul anak ramai sangat lau macam tu. 

Moral of story; anak tak payah ramai. Nanti tak tau nak bagi nama apa. Lepas tu kalau anak ramai, leceh nak bawak berjalan. Kang ada yang tercicir, tertinggal itu ini. 

17 September 2013

Hari yang panjang

di taip oleh Myee at Tuesday, September 17, 2013 0 pujaan hati

Hari yang pack 24 september!

Uat modul aku petang dan malam. Tak tahu lah apa nasib. Buat dekat hotel tapi macam takde maknanya hidup aku. Entahlah. Macam sempat semua ni!


Cepatlah berakhir. Nak cuti panjang sementara kontrak tak sambung lagi. Kalau benti bodo gitu je takde effect kot!

16 September 2013

Bosan

di taip oleh Myee at Monday, September 16, 2013 0 pujaan hati


Boring hadap modul latihan ni. Pening dan tak paham satu apa pun dah ni. Tak tahu la.. Cepatlah semua ini berakhir

08 September 2013

Sambungan kisah kemek secoet

di taip oleh Myee at Sunday, September 08, 2013 0 pujaan hati
Yang aku tau kalau report accident kena pergi balai polis trafik jalan bandar. Jenuh jugak lah aku drive kete member ni. Dia punya break tinggi semacam, ke time tu seat aku kedepan sangat tah. Dah la jem. Mau tekan break je lah kan. Sampai lenguh la pergelangan kaki kanan aku. Sampai depan tu akak tu mesej menyakitkan hati. Dan-dan nak setel luar. Kalau dalam 150-200 ada lah duit nak bayar. Kalau 700-800 claim insurans je lah. Tu pun gatal mulut aku bagi idea. Geram, bengang, memang masuk balai je lah buat report sebab last mesej kat akak tu "KITA SETEL BALAI". Wah gitu macam dalam drama.

Dekat luar tu ada lah kereta park banyak- banyak. Main parking je lah. Pastu tanya cinapek dekat luar tu, boleh park sini ke? Dia cakap entah. Dia pun tolong tengokkan kereta orang. Dekat tempat aku park tu ada tulisan dekat jalan tu. yang aku nampak ETA KEMAL? Yelahhh dah kete dok park dekat situ. Jenuh gak la membaca dan menghuraikan teka teki. Rupanya KERETA KEMALANGAN! Lahhhh tulis lah dekat atas jugak. Jenuh aku nak mengeja dekat situ. 

Masuk balai, isi form, terus nombor dipanggil. Yelah sampai dekat nak maghrib. Nasib baik uzur, so takdelah kalut nak macam hal. Dok cerita dengan polis pasal kejadian. Taip surat bagai menyempat tanya aku dok mana? Kerja apa? Gurau mesra pulak kan dekat situ. Dah abis taip report, kena jumpa sarjan menyempat abang polis pesan kalau pergi makan sup meletup, terserempak tu, tegurlah.. Ehh nak pulak aku tegur dia.

Jumpa sarjan cerita pasal kes tu. Dok lukis bagai macam mana kejadian berlaku. Tunjuk gambar kemek secoet, sarjan tergelak je. Pastu mula macam taknak la setel kan sebab boleh buat dekat luar berapa je, tunjuk kat polis lain, ade plak pomen pun dia cakap tak sampai 700-800. Cerita pergi perodua, dia nak tukar satu pintu, cat 1 pintu bagai lagi. Tu yang terus nak claim. Duit tu boleh beli iphone 5, ipad mini weiiii. Sarjan tu dok tengok aku. Cakap muka familiar. Duduk mana? Bts! Ohhh saya dulu duduk desa tasik. Tanya aku umur berapa. Pastu dia cakap umur aku 22 wehhh. Tanya selalu pergi sg besi area cendol sana tak? De kedai buku situ selalu pergi sana ke?? Aku kalau nampak majalah ke suratkhabar, memang de menyinggah pun. Agaknya dekat situ lah dia pernah nampak aku. Tanya sekola mana? Cakap bts. Anak dia pun sekolah situ. Pibg sana. Tanya bapa nama apa? Bangga weh nyebut M! Hahaha. Walau ejaan tak sama, bunyi sama kot. Siap aku tunjuk lagi gambar bapak aku. Femes jugak aku. Ingat nebes jumpa polis. Tapi tak pun. 


Sudahnya, ,member aku kena saman 150 dari nak bayar 700-800 repair secoet tu. sudahnya nasib ko la akak tu. 


MORAL OF THE STORY: park kereta elok-elok. Masuk tempat parking. Takpayah nak park tepi-tepi jalan. Takde parking, cari sampai dapat! Kalau takdapat, takpayah lah pergi!

TNS: listener could not hand off client connection

di taip oleh Myee at Sunday, September 08, 2013 0 pujaan hati
mula- mula taknak cerita pun pasal ni. sebab dah dua kali jadi dekat aku, cerita lah. kot esok lusa jadi lagi, aku tak ingat nak buat apa, ada lah menda alah ni untuk reference. 

menda ini berlaku kala kau nak login database korang kuar error ni! kalau run server pun ada kuar error pasal listener mende tah ni. so takyah pening-pening. senang je nak setel



klik START.

kan ada SEARCHBOX tu, taip je SERVICES. 

lepastu cari ORACLESERVICE mende tah panjang-panjang. kadang tu dia da start, kau RESTART je balik.





tunggu dia loading sampai habis.

klik balik login dekat database korang, kompem boleh jalan..

itu je. 


ok nak sambung serabutkan jiwa raga. bila laaaaaaaaaaaaa nak berakhir projek ni

06 September 2013

Kerjaaaa

di taip oleh Myee at Friday, September 06, 2013 0 pujaan hati
Nampak benar macam aku takde kerja dok update tiap hari. Padahal kerja melambak. Baru je off lappy pukul 240. Amik mood nak tido. Otak belum shut down lagi. Update pun sebab tension, sini jelah tempat nak luahkan.




Penat aku taip panjang tadi, pastu takde pulak. Malas nak taip dah!




Merajuk!!!





05 September 2013

Quote about programming

di taip oleh Myee at Thursday, September 05, 2013 0 pujaan hati

04 September 2013

Emo

di taip oleh Myee at Wednesday, September 04, 2013 0 pujaan hati

Memikirkan hari mendatang. Nak tido otak masih berjalan lagi. Pejam terbayang-bayang coding je. Cepatlah selesai semua ni. Nak plan pasal engagement pulak.

Oh..ada orang ingat kami dah tunang senyap- senyap. Tah pape. Macam lah kami ni femes. Tak perlu la gosip- gosip murahan ni. Baik korang pergi mengaji ke buat la pape yang berfaedah dari cerita pasal kami. 

Tak boleh tido. Otak masih deploy data lagi. Asyik loading je otak ni. Lupa close connection agaknya. Tu mata taknak pejam.






03 September 2013

Minggu tak tentu arah

di taip oleh Myee at Tuesday, September 03, 2013 0 pujaan hati

Hari-hari tido pukul 3 lebih hadap coding. Geram bila takjadi. Bila jadi, ketagih sampai letak sebelah bantal. Sambil nak tido godek-godek. Agaknya macam tu kot kalau kawen ketagih dengan suami! Ehhh..

Penat. Tido pun otak masih fikir. Entahlah. Ni jalan hidup aku pilih kala ini. Tengah serabut ni aku puasa. Puasa sebab taknak serabut sibuk nak makan itu ini. Yelah stress, makan macam-macam mau gemok. So baik puasa. Takde lah aku nak makan je. 

Minggu depan nak uat dah. Entahlah. Hadap jelah kehidupan macam ni. Tapi sampai bila???

02 September 2013

di taip oleh Myee at Monday, September 02, 2013 0 pujaan hati


Mana satu nak tengok ni??? Belah kiri lagi feel habis! Bestnyaaaaa berangan kalau banyak duit!

01 September 2013

Wordless sunday

di taip oleh Myee at Sunday, September 01, 2013 0 pujaan hati




22 August 2013

Sehari dua ditempat kerja!

di taip oleh Myee at Thursday, August 22, 2013 0 pujaan hati
Semalam


Hari ini


 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com