dulu aku pernah kawan dengan sorang minah ini. dia extend. so banyak la masa dia. dari duduk membuta, baik cari duit. dia kerja kat sebuah taska A(bukan nama sebenar). tugas dia ajar tuisyen untuk budak darjah 1 sampai berapa tak pasti. hari- hari balik, ada je cerita dia. aku dengar jelah.
"budak ini comel gila la"
"budak ini bapak dia hensem la "
"lar mak dia lecturer uitm "
bila tah aku pergi singgah. saja jalan-jalan nak tengok la macam mana keadaan tempat tu.
tapi tak seperti ku bayangkan. masa sampai ada sorang 'cikgu' kat luar dok sapu-sapu. aku dengan nadia cakap la nak jumpa dia. so masa nak masuk, nampak la ada dua orang jaga baby. tempat letak baby macam tak proper. ye la. kurang-kurang ada la dua tiga baby court tu. ini tak. toto je. kau tau je lah nipis mana.
so aku masuk la dekat bilik yang pernah menjadi kawan aku ini. dia kan mengajar tuisyen. aku ingat taska ini provide la buku latihan yang darjah 1 ke apa-apa la yang sesuai untuk belajar. ini tak. amik buku latihan kosong tulis pasal biodata. dalam tiga bahasa. bahasa melayu, english dan jawi. tah la. tak kan ari-ari kau ajar tu. kalau aku jadi budak-budak tu, memang la aku tak mahu belajar. bosan kot. tak pun kau tolong budak itu buat kerja sekolah. lagi bagus dari buang masa tulis biodata. lepas tu kau tah pape suruh aku tanya budak tu parent dia kerja apa. konon gempak sangat la. HELLO.. mak aku pun kerja petronas. tak de pun aku nak bangga sangat. bukan company mak aku pun. kuli je. sama je dengan mak bapak budak tu. aku tak la macam budak kelas ko. even degree pun macam budak sekolah bangga sangat mak bapak kerja bagus. bukan aku tak nak bangga. tapi kalau kau sendiri yang kerja ke boleh ar wa nak salute.
pukul 4 minum petang. aku ingat ada la bagi kuih ke biskut ke. ini tak. bagi keropok keping je. tau la duduk kat terengganu. bosan kot hari-hari makan itu. mana la de budak tu tak nak makan. dia cakap "tak sedap". kalau aku pun aku tak makan. macam mana lah taska ini manage. bagi la biskut tiger ke kalau coco crunch yang bodoh-bodoh murah tu pun tak pe la. pastu bagi la air milo ke horlicks ke. yang berkhasiat sikit untuk budak-budak tu. ini bagi sirap. ingat kenduri kawen ke?
tahla. aku memang tak puas hati management taska tu. tah macam mana la parents budak-budak tu hantar anak kat situ. bagi budak sekolah tadika provide la buku mewarna ke tulis abc ke..hmmm..
dorang tak fikir ke masa tulah perkembangan minda kanak-kanak baru nak terbentuk.
budak ini aku tanya nak tulis tak terus dia pergi amik buku. hahahaa..nak tak nak layankan saja
yang ini pulak nak mewarna. aku pun lukis katak(hahaha..tu je yang aku pandai lukis),rama-rama dan gajah
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel