Bila mood malas buat assignment, dan merajuk dengan boipren aku layan lah novel. Lagipun rasa macam lama gila tak beli novel. Maka pinjam je lah. Dalam cerita ni ada watak
»Maisarah
»Hisyam
»Idayu
»Borhan
Yang lain tak penting sangat pun. Maisarah tu penting sebab dalam cerita ini dia jadi kekasih hisyam. Aku memang alergic lau cerita laki ade pompuan lain la, cakap tak cinta bini lah. Tapi tu semua hakikat yang berlaku. Idayu dengan hisyam kawen atas pilihan mak bapak. Borhan tu ex boipren idayu sibuk nak rampas balik cinta dia. Eh masa idayu nak kawen dengan kau,kau sibuk kejar pompuan lain. Hisyam nafikan dia cinta idayu. Tapi hakikatnya dia tak sedar apa yang dia buat semua tu sebab dia cintakan idayu. Tapi biasalah lelaki.. Ada depan mata tak nampak. Sibuk cari yang lain. Bila depan mata dah hilang , baru tersedar lah nak menyesal pun tak guna. Tapi dalam cerita ini aku tak salahkan maisarah. Salahkan hisyam sebab bagi harapan dekat maisarah. Biasalah perempuan.. Bila dah sayang sanggup buat apa je. Yang aku respek dekat idayu,dia tau laki dia tak cinta dia tapi dia berusaha jadi yang terbaik, memenangi hati hisyam balik.
Tak macam sesetengah orang tu. Cakap tak de cinta lah sayang lah dekat laki kau tapi kau tidur gak dengan dia, bersama gak dengan dia. Bodoh je aku rasa perempuan tu. Konon sebab anak lah pe lah. Hati perempuan wei..lama-lama sayang jugak. Yang laki plak cuba lah sama-sama berusaha untuk kebahagiaan bersama. Ni apa tindakan yang di ambil tah. Yang aku tau si bini orang ni sibuk nak cari boipren lama luahkan masalah. Bengong je. Buat semak otak orang nak fikir pasal kau. Time kau sedap ada kau nak ingat? Pergi munasabah diri ke pergi baca novel cinta macam mana nak pikat laki kau ke pergi belajar memasak kek ke coklat ke macam lagi kasi ikat perut suami kau ke. Ni tak. Sibuk dengan jantan lain. Harap aku tak macam tu lah. Tipulah aku cakap kalau sikit pun kau tak sayang laki kau. Yang part exboipren tu, tak yah nak menyemak sangatlah. Benda dah lepas tak payah nak datang menagih kasih ke ape ke. Dah berambus tak yah nak datang balik. Buat semak je!
Nasihat aku untuk kau,
kau dengan dia adalah takdir. Jangan salahkan takdir kalau kau tak bahagia. Kau yang patut disalahkan sebab tak cipta sendiri bahagia kau. Kau yang tak baja cinta kau dekat dia. Kau tak sirami dia dengan kata-kata cinta. Kau tak belai hati dia agar terus mekar bersama cinta kau. Kau jangan sesekali biarkan ia layu kerana setiap yang layu itu tak akan berkembang lagi.
p/s : terjiwang pulak malam jumaat ni. Bila baca balik,geli rasanya. Tu yang aku rasa bila orang tu cakap tak cinta, tak sayang tapi terikat dengan ikatan perkahwinan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.berusahalah demi anak kau dan rumah tangga kau...
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel