hari ini pergi interview kt company ni. sekarang mana-mana kerja mesti nak kena training dulu. training untuk web design. dulu masa belajar buat la courseware yang huduh tu. tah la sebab aku fikir, buat mende tu, celik je mata ini sampai subuh buat design. tapi pasal fyp tu tak payah cerita la. last minit adjust balik semua. last-last kosong je aku punya tu. member dok tanya pasal pe tukar la pe la. aritu punya da cantik la pe la. dah tu.. korang suka. supervisor kurang suka macam mana? dia yang bagi markah.
ingat lagi masa design untuk sukaneka bizzcom. aku bantai buat tajuk beach party.alik-alik kena tukar. cakap tajuk beach party tu macam kat miami jek. lor.. dungun kot. takde lah sampai berbikini ke thong ke. pelik la minda orang yang fikir macam tu. semua aku adjust malay. tu macam lawak girang,ketawa,riang.
ok sambung pasal interview tu, nadia mula-mula nak ikut. then dia lambat bangun. maka pergi lah sorang diri. dah la tak sure sangat tempat tu. member yang kerja situ pulak dah deactive FB. nak cari celah mana tah. sampai tak jumpa plaza tuuutt.. jumpa menara tuuut.. last-last cal member tanya. dekat 2 kali jugak la aku terlepas simpang nak masuk bangunan tu. sampai dekat 940 macam tu.
dok tengah isi borang, di suruh masuk lab. dah la tak prepare apa pun. Adobe Photoshop dah takde dalam lappy since format. memang parah gak la tiba-tiba suh design website. memang blur gila otak aku dengan sejuk, nerves lagi. design macam apa je. malas aku nak fikir. kena buat personality test lagi. nak tau korang punya personality macam mana..hmmm.. tah..aku dapat "social realist".
dah tu baru nak interview sorang-sorang. design tu dia bagi 2jam. mana sempat nak jawab personality test yang ada 41 soalan lagi. dok tunggu interview, dia cakap rehat pulak. nadia da sampai LRT. pergi lah amik. parking tu kena bayar 5hengget. adoi. memang nazak gak la sejak takde duit ni. jumpa borak-borak ada ke dia cakap budak-budak design handsome. tapi ada gak lah 2-3 orang aku nengok. leh tahan gak. (menyempat nak mengedik). nadia cakap lagi mesti budak programming nerdy. hahahaa.. lawak betul.
interviewer dia tu,tah la. speaking speakong pulak dia. suara tinggi2. period apa pompuan tu. yang laki relax je. tanya pasal fyp tu. cerita bla..bla..bla.... ada ke dia tanya perbezaan AP and AI..adoi...hentam je lah aku jawab. kawan yang kerja situ cakap, pompuan tu tak tau pape pun pasal design. hampeh betul...
takpelah janji setel. ada rezeki, ada lah. takde nak buat macam mana. cari kerja lain jawab nya..
24 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel