26 October 2013

Bersedekah mengunakan bank islam

di taip oleh Myee at Saturday, October 26, 2013
Zaman teknologi macam-macam ada. Baru aku perasan dengan mengunakan online banking juga kita boleh bersedekah terus ke badan-badan kebajikan, masjid dan lain lagi. So tak perlu ragu-ragu dan pening kat mana nak bersedekah kat mana. Dengan menggunakan bank islam online banking kita dah boleh salurkan sumbangan.

Dekat tab payment tu ada e-sadaqah. Mula tu aku pun tak perasan apa fungi dia. Bila klik keluar dia punya maklumat.


Boleh sedekah dekat masjid, non gov dan rumah anak yatim. Boleh jugak pilih ikut negeri mana kita nak bantu. Dekat situ dah siap nombor akaun bagai. Semua maklumat tu adalah benar. Takkan la dorang nak register tipu pulakkan.
Mana tau RM10 yang kita bantu tu dorang boleh beli barang keperluan ke. Tu baru seorang. Kalau ramai dah berapa kan. 

Bila lagi kita nak bersedekah. Mula mula tu memang terpaksa. Lama-lama dah terbiasa akan menjadi ikhlas. Macam juga solat. Mula mula terpaksa nak solat. Lama-lama dah terbiasa. Bila tak buat rasa macam tak lengkap. So biasa-biasakanlah.

0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com