07 December 2012

Bila coursemate kawen

di taip oleh Myee at Friday, December 07, 2012 0 pujaan hati
JUN KAWEN 

hujan lebat gila menjelang nak sampai rumah jun. dengan tak tahu jalan, kad pulak peta tak betul, memang main redah je lah kan. kesian dekat emi tunggu kitorang sampai. dahla hujan, banjir pulak tu. memang geli2 jugak la kena air tu. dalam pic ni kema takde. ye lah lambat kitaorang sampai. nak buat macam mana. nadia tu lah, kitorang sampai, tengah mandi. so salahkan dia ye!

NADIA KAWEN
nadia kawen, kawan yang gedik lebih. baju nak sama lah tu lah ni lah. sampai orang tanya ada apa2 ke? yelah kot ada nak menari ke joget lambak ke pakai sesama! memang best lah dapat jumpa kawan-kawan even tak ramai pun yang ada.  kema tak datang sebab minggu tu dia dah kawen, een pulak ada wedding pastu. ni jelah yang ada untuk maklumat lanjut (kemain lagi sebab malas nak taip tengok dekat emieza je lah)

KEMA KAWEN
kema kawen dekat dungun lah kan. kawan beria nak tido tanjung jara. dulu dok lalu-lalu, dapat jugak lah tido kan! next time nak pergi lagi. time ni, emi takde sebab kazen farrid kawen, een pulak tunggu masa. takleh jalan jauh.

tak best betul! makin lama, tak cukup korum. nanti menjelang aku nak kawen, tah macam mana lah kan! kang ada yang tunggu hari lah, dalam pantang lah, tu lah ni lah. SAD betul!!



22 November 2012

Bila birthday 21/11/2012 - kek

di taip oleh Myee at Thursday, November 22, 2012 0 pujaan hati

kek dari zatul 



kek dari nadia,emieza, yuyu dan abang botak!


kek dari budak opis 

kek dari KA ( warm choc with ice cream)

thanx untuk kawan-kawan yang buat surprise datang rumah memalam, celebrate birthday aku yang tak seberapa ni.. terima kasih bebanyak tau!






14 November 2012

bila cerita pasal beli tudung

di taip oleh Myee at Wednesday, November 14, 2012 0 pujaan hati
Ade kawan upload tudung best. Tah kain pe tah. Tapi yang jual kawan atas kawan. Aku beria nak beli, dia outstation dekat kelantan. Ok lah tunggu dia balik, jumaat tu malam cakap sabtu dia pergi kenduri kawen dekat melaka. Ahad tu dia keluar plak. Aku nak pakai selasa. Isnin aku kerja dia kerja, dia senyap. Aku pun senyaplah.
Alik tadi dia mesej tanya nak lagi tak. Memang taklah. Sebab aku da beli lain. Tahla. Nak bisnes, sungguh2 lah. Tak syok lah macam ni. Bila suh pos memang la kata nak jimat. Tapi lau macam ni, ko jugak tak untung,duit aku lah jimat. Huhu
Published with Blogger-droid v2.0.9

07 November 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, November 07, 2012 0 pujaan hati
Ya Allah, jika dia benar untuk, dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Jika dia bukan milikku, damaikanlah aku dengan ketentuanMu dan tetapkanlah aku dalam agamaMu.

05 November 2012

sambungan entri lepas

di taip oleh Myee at Monday, November 05, 2012 0 pujaan hati
Saja buat gimik post entri gitu, emieza macam joyah kau bergosip! yela excited kawan-kawan aku nak tengok aku tunang dan macam-macam lagi. sabar ye. tu boipren terover excited discus gatal-gatal sampai tersasul awal pulak. lagi berapa hari je kan. konon wat surprise dekat kawan-kawan lain. Tapi hujung tahun macam hujan je sepanjang hari dan boleh buat spoil mood aku majlis tak best sebab susahkan orang, basah lenjun lagi, kot nak outdoor photoshoot pulak kan. banyaknya kena fikir!

sempat lagi ni nak kuruskan badan!  setahun dari sekarang!!

02 November 2012

di taip oleh Myee at Friday, November 02, 2012 1 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila coding tak menjadi

di taip oleh Myee at Friday, November 02, 2012 0 pujaan hati
Dah tinggal lagi sikit nak siap,lepas tu susah,mula takde mood nak kerja,nak cari kerja lain la tu la ni la. Tahla..jadi cikgi tadika lah, bukak kedai la, buat ini lah.. Tak kuat betul semangat aku ni!
Published with Blogger-droid v2.0.9

01 November 2012

Bila dengar kawan nak kawen tapi takde duit

di taip oleh Myee at Thursday, November 01, 2012 1 pujaan hati
Nak kata kesian tu ade lah. Tapi taktau nak ekperasi kan macam mana. Nak tolong tapi aku bukan banyak sangat duit pun. Taktahu lah nak cakap macam mana. Tu yang aku risau nak kawen tu. Nak tunggu dividen asb lambat sangat. Tu yang aku kawen lambat sikit. Yelah. Setiap bulan paksa diri saving untuk kawen or whatsoever. Yelah.. Takut nak hadapi kehidupan selepas kawen. Sebelum kawen tak pandai manage duit,nanti kawen tah macam mana lah. Anak lagi. Takut weh!  takpela kawen lambat, janji tak serabut diri dengan duit ni. Oh... Duniawi...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila tunang tak jadi part2

di taip oleh Myee at Thursday, November 01, 2012 1 pujaan hati
Cupcake yang dah tak cantik tu aku simpan balik dekat rumah sebab kawan ni takut mak dia marah pergi merayu. Kalau aku pun macam tu jugaklah. Takut kantoi dengan mak,suruh kawan simpankan. Tak pun sorok lah mana-mana.
Siang tu aku mesej boipren kawan tu,cakap nak hantar dalam pukul 7lebih ke 8 macam tu. Kawan aku tu balik kerja jem, sampai umah aku kol 8. taknak kantoi, bawak kete akulah. Dah la penat otak bercoding, nak drive ke senawang pulak. Sebelum pergi boipren cakap "jangan turun kereta!tunggu je dalam kereta.biar dorang setel hal dorang!". Tapi....plan kitorg lain.. Otw tu A(boipren kawan) mesej "lau nak sampai tunggu tau. Saya nak mandi kejap!" Reaksi aku WTH?! Perlu ke nak gtau aku.. Ayat cam geli. Aku kan pemandu berhemah. Sejak nampak flash aes,nebes nak bawak laju. Dekat nilai, A mesej tanya dekat mana. Ish beria kau! 
Sampai depan tesco, call A cakap nak sampai dah. Konon taktau rumah dia. Masuk simpang,depan tu sekolah. Kawan ni turun dekat situ. Elok je dia turun, de motor lalu. Ingat boipren dia. Nebes da ni takut plan tak jadi. Aku teruskan la cari rumah dia. Nasib baik motor tu bukan A. Sampai dia memang tunggu aku. Suara kelakar gila tanya dah bayar ke. Bagi sekali dengan kad pe tah kawan tu kirim. Nasib dia tak perasan kot aku. Yelah. Boipren kawan ke tunang kawan ke laki kawan ke, mesti kenal aku. Bagi terus pusing amik kawan. Lemah lutut rasa. keras betul A ni. lau aku memang dah babiai(ayat baru plus mencarut!). tak kuasa aku laki macam tu. lom kawen perangai macam taik, da kawen tah macam mana. mintak2 la boipren tak macam tu. tapi da pesan awal-awal, buat je perangai memang babiai. lantaklah tak kawen lau perangai laki macam tu.
sampai hari ini 1nov, si A ni masih berdiam diri.. bodoh betul. pengecut! atleast berkata la kata putus. ni suh bapak dia cal bapak pompuan cakap tak jadi tunang. memang babiai. de kawan lain cakap laki ni tak sunat lagi kot! duniawi..duniawi...
itu sahaja ye kisahnya emi dan een yang mahukan sambungannya.. saya gigih mencari rezeki sesuap nasi setelah beberapa hari MIA di opis.. weeeee
Published with Blogger-droid v2.0.9

31 October 2012

Bila boipren pulang ke Sarawak

di taip oleh Myee at Wednesday, October 31, 2012 0 pujaan hati

Sebelum ni,masa hantar dia,parking dulu, tunggu dia print boarding pass,timbang beg,punggah dan kemas beg,bercinta jap dekat lcct. Dekat nak dia berlepas tu,pergi ke kereta teman aku, then aku hantar dia dekat tepi tu. Tak sedih sangat.
Tah nape tadi,dah lambat,lepas tu dia masuk parking. Memang bye2 dia dekat depan pintu departures tu lah kan. Sedih lain macam plak. Tah. Padahal bulan depan jumpa lagi. Tak bes betul. Teringat nadia cakap dekat emi, nangis2 tak tiap2 minggu. Yela sebab duduk jauh. Tahla. Dulu nangis la sikit sebab macam susah gila nak jumpa. Now sebak je. Tak sedih sangat pun. sebab da biasa kot. Tak lama dah.
Published with Blogger-droid v2.0.9

21 October 2012

Bila tunang tak jadi

di taip oleh Myee at Sunday, October 21, 2012 1 pujaan hati

Tajuk tak leh blah. Bukan aku yang nak tunang dan tiada plan terdekat nak tunang pun, cuma besfren masa sekolah dulu, sepatutnya 28 oktober dia tunang, tapi takjadi. Sangat sedih okeh. Alkisahnya, dia dan abiang dia je yang tahu. Aku cuma tolong apa yang patut. Dia minta tolong buatkan cupcake untuk pujuk abiang dia tu, macam-macam hal berlaku minggu lepas. Ahad tu pergi jun classmate masa belajar dekat uitm kawen. (cerita lebih dekat belog emieza yer). Sampai rumah pukul 8 lebih, kawan ni ajak teman hantar cupcake dekat abiang dia. Tak sempat rehat, siap-siap gerak senawang malam tu jugak. Sampai senawang, abiang takde dekat rumah, call tak jawab, apetah lagi mesej. Keras betul hati abiang dia. (takde lah abiang sangat pun. Boipren umur 22 kot! Muda bagi aku lah). Friend finder dekat jalan labu mana tah. 

Fine!, tak jawab, aku cuba call, tak jawab then aku mesej cakap aku nadia(terpaksa pinjam nama ye) nak hantar cupcake dekat dia sebab gf dia order, mula dia tak leh nak amik, then deal cakap esok hantar sebab dia dekat ipd s2. Dengan keberanian, kami pergi skodeng dekat ipd, nampak kereta bapak laki tu ada dekat depan ipd. Memang dia tak tipu. Dapat tengok kereta pun jadi lah. Tunggu lambat pulak dia keluar. Masa dah putus asa tunggu, keluar pulak laki tu bersama family dia. Buat report pasal apa, tak tahu lah, siap 2 kereta kau pergi ipd memalam. Maka kawan aku ni, nak tengok abiang dia, telah membuat u-turn. Sempat gaklah dia tengok dari jauh. Bila dah gerak, follow pulak, dah la malam, kereta memang tak banyak. Tetiba berhenti pulak dekat traffic light, terus aku suruh belok kiri. Takkan nak berhenti pulak belakang tu. Nampak sangat. Pusing balik, mereka dah takde, maka kami meneruskan perjalanan pulang ke kuala lumpur dengan hampa.

Sambung episod seterusnya keesokkan hari nanti!



16 October 2012

Bila tengok cerita untuk 3 hari

di taip oleh Myee at Tuesday, October 16, 2012 0 pujaan hati
Haritu masa raya ade cerita tu keluar dekat tv dalam 30min. Semangat lah nak tengok. Lagi2 tengok emieza update dekat fb. Semangat membara2. Dengan komitmen kerja yang membosankan, terlepas nak tengok. Akhirnya download lah jawabnya.
Awal cerita tu memang beslah. Sanggup buat apa je untuk bersama kekasih. Cakap tak cinta suami/isteri dorang lah.Tapi lepas laki ujie bawak pergi rumah KITA tu, nampak betul2 sayangkan ujie, lepas slowtalk tu aku dah agak dia tak akan kembali dengan boipren dia. Sebabnya,biasalah perempuan..tapi tak semua kot. Kalau aku,orang sanggup buat untuk aku,aku terima kot. Tapi lambat sikit lah kan nak terima. Bagi ruang bukak pintu hati. Dari nak tunggu boipren yang tak pasti. Yang tak sanggup pertahankan cinta. Kan boleh menolak awalnya. Nape tak mencuba. Nape nak ikut je cakap parent. Takut kecewakan dorang? Sebelum tu cuba cakap dan bagitau sambil bawa bukti yang lelaki itu mampu menyara dan membahagiakan di kemudian hari. Tak tahu lah.. Parent sekarang macam2. Aku harap dapat hadapi untuk lagi beberapa tahun ini
Published with Blogger-droid v2.0.9

14 October 2012

Bila dah takde hati

di taip oleh Myee at Sunday, October 14, 2012 0 pujaan hati
Takde hati bukan sebab apa pun, sebab kerja asyik tak menjadi. Mula rasa down. Buat asyik tak kena je. Nak mintak tolong orang naik segan. Yelah aku tau sikit, lepas tu nak sambung dah tak tahu. Siang malam hadap. Bukan aku tak buat kerja pun, godek sana sini error. Mula naik menyampah. Mula rasa stress. Aritu dah ok masuk table bagai, tapi PK tak betul lah tu lah. Dah ubah buat coding IF ELSE lah FOR lah, sama jugak. Ada la tu salah aku buat. Jenuh dok tengok coding orang lain. Ejas sikit, tapi sama jek result dia. Tah. Dah mula cakap dekat boipren nak keje lain. Teringat cousin ada bukak math clinic. Rasa nak join. Tak kisah lah gaji 1.9k pun. Janji aku happy. Kadang tu nak je kerja itu lah ini lah. Taktahu lah. Bila down, memang nak cari kerja lain sebab semangat tak kuat kot. Harap ada sinar di kemudian hari!

04 October 2012

Bila nak dekat uat

di taip oleh Myee at Thursday, October 04, 2012 0 pujaan hati

Hari-hari aku balik lambat. Tak pukul 10 pukul 12. letih otak sangat. Pakai java susah sikit. Banyak songeh. Nak tunggu deploy la,kadang mengada tak pasal nak kuar error. Mula lah aku nak bengang. Dah ubah sana sini,rasa dah ok ade error. Restart balik baru ok. Ni pun tengah tunggu dia start balik. Lulz betul. Bosan. Hadap drop down berhari-hari. Buang masa betul. Semalam dah ok. Arini macam harammmmmm. Serius tak seronok!

Published with Blogger-droid v2.0.9

24 September 2012

Bila bercoding

di taip oleh Myee at Monday, September 24, 2012 0 pujaan hati

Level coding aku sangat basic. Kerja baru guna java. Even guna language apa pun memang aku boleh buat sikit-sikit je. Tah sebab aku memang tak hebat sangat dalam hal ini. Sedih rasa bila tak dapat buat. Aku punya part kena gabung dengan budak praktikal ni. Sedihnya aku tak faham coding dia means tak faham langsung apa dia buat. Yelah dia hebat sangat. Aku tunjuk dekat orang lain,orang lain pun tak faham,ni kan pula aku. Entah lah. Orang cakap lain orang,lain cara dia. Ikut suka nak wat macam mana. Lau orang tak reti macam aku ni, nak ikut suka apa? adoii.. Complicated hidup.
Ni bulan 11 nak duduk client tah macam mana pulak cerita. Dengan 4 orang developer je dalam masa 4 bulan. Mati. Aku nak tarik diri. Aku tak yakin langsung aku dapat bantu. Aku seolah tak reti pape. Memang lah claim lebat,tapi kemampuan aku tak macam tu. Sedih sangat lah hidup.
Takpelah boipren,takde rezeki lebih untuk cari duit lebih untuk kawen. I kerja part time tuisyen boleh? Bosan lah coding ni!
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 September 2012

Bila berdating

di taip oleh Myee at Saturday, September 22, 2012 2 pujaan hati

Aku bila dating suka buat aktiviti. Means takdelah just jalan-jalan, makan-makan or window shopping je. Baru ni lalu dekat cheras selatan,nampak.funfair. Apelagi singgahlah.Pergi funfair naik ferris wheel,main kereta langgar, main tembak-tambak(kalah) main golek- golek bola dengan lempang gelang. Sedih dapat keychin je dan teddy mulut senget. Menyampah je tengok main tembak tu. Konon boipren keje ada la guna senjata, tapi tembak burung bodo tu pun tak jatuh. Haishh. Dahlah 1 token rm2.
---->RM26
Next day pergi memanah pulak. Dekat sunway. Main tah pape jek. Hentam ajelah shoot pun janji best
----> RM27
Tak puas memanah, main bowling pulak. Main 1 game je pun. Saje suka-suka. Lama tak main so dah tak teror lah kan.
---> RM28
Next day nak tengok wayang,tapi sampai dah kol 2lebih. Bas dia kol 6,macam tak sempat nak tengok. Bosan pergi karok jamban je lah. Saje seronok lama tak nyanyi. Lagu duet lah kan
---> RM10
total aktiviti dating untuk 3 hari je RM91 belum kira makan lagi.. Adoiii..cepatlah kawen..
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 September 2012

Bila masuk ofis

di taip oleh Myee at Wednesday, September 19, 2012 0 pujaan hati

Hari jumaat aritu aku stayback konon nak siap kan kerja tapi tak siap pun. Kol 6 balik rehat,mandi dan hantar faris pergi tuisyen. Kol 8 siap nak pergi ofis balik lah kan. Bapak aku macam biasa sibuk nak hantar lah tu lah ni lah. Serabut. Antar dia pergi surau then amik faris. Lapar singgah old town. Aku boleh claim lah nak makan apa. Dah siap makan,malas hantar faris paksa dia balik rumah jalan kaki. Lantaklah. Dah belanja makan,sendiri mau ingat lah.
Yang ada budak praktikal,ramai la gak. Bos pun ada. Menjelang kol 10 ramai tewas. Aku masih bertahan. Discus dengan supervisor dia cakap takpayah pulak modul aku tu. Suruh gabung buat modul lain pulak. Aku dah sampai buat 5page kot selama sebulan lebih dengan function search,insert bagai. Now kena buat lain pulak. Jenuh aku nak faham flow lain pulak. Boyfie pulak dok call bebel. Risau lah tu. Bukan si romeo tu ada. Lau ada aku tak borak or cakap sangat dengan dia. Otak aku dah serabut. Melayan gedik dia memang kena marah lah jawabnya. Lagipun remeo buat kerja terhegeh-hegeh. Dah 3kali gaji kot dia tu still page yang sama. Takpaham aku. Sibuk nak cari kerja lain. Yang basic pun kau tak leh,taktaulah nak cakap camne.
Budak2 praktikal lapar,dorang cal mekdi kol 12.konon 45min hantar. 1230 call balik cakap kena tunggu 2jam. Watde! Alasan rider takde. Kol 3lebih gitu dah pening2 tengok code,zura nak tido pulak,budak2 kebulur. Dorang pergi makan,tinggal aku,zura. Dah rasa tak bes,ajak zura balik. Yelah seram pulak kan. Balik terus tido. Tak fikir apa dah.
Masuk opis dapat mainan chicky meal. Dorang belikan aku makanan. Tapi aku takde. Baik betul budak2 ni. Macam tau jek aku suka mainan budak2. Ingat nak belanja dorang sebab ada tolong aku gak, dorang last bulan 12. Aku kena dok putrajaya pulak bulan 11 nanti. Macam mana yer.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 September 2012

Bila bercarpet baru

di taip oleh Myee at Monday, September 17, 2012 0 pujaan hati

Pergi ikea beli karpet pulak. Duit gaji dua tiga bulan ni memang perabis dekat ikea jelah. Beli almari lah,meja kecik lah now karpet pulak. Tapi puas lah kan balik kerja tengok bilik dah ok sikit. Yela kena sesuai dengan peringkat umur. Tak lama nak kawen kan. Prepare la sikit untuk bilik. Nanti next gaji untuk barang lain pulak kan. Insya ALLAH lau ada rezeki lebih. Ingatkan raya haji nak masuk nama untuk korban. Hope dapat saving untuk bulan ni.rm 250 kena reserve siap-siap. Dah boleh start kira budget lah untuk next month!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila pergi PD

di taip oleh Myee at Monday, September 17, 2012 0 pujaan hati

Tido dekat tanjung tuan. Bilik tingkat 6,nampak lah laut kan. So pergi PD ,memang tak jejak pantai langsung apatah lagi main pasir pantai. Tah macam tak feel sangat. Yelah pergi semua besar. Lau ada budak kecik beslah kan mandi swimming pool ke bawak mandi laut. Ni macam ape je. Tak best langsung. Tido dekat bilik,tengok tv. Baik duduk rumah je kan. Membazir jek.
Published with Blogger-droid v2.0.6

15 September 2012

Bila ada duit lebih sikit

di taip oleh Myee at Saturday, September 15, 2012 0 pujaan hati


Akan berusaha gigih simpan duit untuk beli tupperware kaler pink dan purple.. Berangan nak barang dapur kaler ni. Bestnya. Tak sabar. Yelah, menjelang nak kahwin, takut tak dapat pulak nak beli. Sementara bujang trang tang tang ni kan, kumpul selagi mampu. InsyaALLAH

14 September 2012

Bila cerita pasal rumah part 2

di taip oleh Myee at Friday, September 14, 2012 0 pujaan hati
Show house tu dah siap. Boipren ajak pergi tengok. Means pergi kulai lah kan. Bila tah nak pergi tengok tah. Yela susah nak pergi dah. Aku cakap tak kisah lah macam mana pun rumah tu. Janji leh duduk. Paksa suh tengok itu ini. Takut nanti aku bebel tak ok ke ape. Alah aku bukan memilih sangat. Tak kisah. Tapi barang dalam tu aku kisah la nak beli apa kan.
Dok cakap dekat boipren takyah la tengok. Nak suprise. Budget hadiah perkahwinan konon. Tapi monthly bayar sesama. Macam mana tu?hentam je lah...

Published with Blogger-droid v2.0.6

09 September 2012

Bila cerita pasal rumah

di taip oleh Myee at Sunday, September 09, 2012 0 pujaan hati
Riuh pasal nak beli rumah ni. Sakit pulak hati ni kan. Kadang nak je cakap tak payah lah beli sekarang. Lagipun tak pasti nak duduk mana. Tapi aku beralah lau memang aku takde jodoh dengan dia, kurang-kurang ok lah dah dia beli dekat johor tu kan. Papehal senang. Takkan nak suruh beli dekat melaka atau kl. Memang taklah. Lau ada jodoh pun aku beralah kena duduk sana dan cari kerja lain.
Tapi yang bengang orang sekeliling dia. Dok psycho dia "ada ke kau duit nak bayar 1k tiap-tiap bulan?" "senanglah bini kau cuci kaki jek!" dan macam-macam helah lagi. Lepastu mamat ni serabut lah fikir pasal duit. If jadi dengan aku or sewaktu dengannya, aku as BINI or ISTERI mesti la tolong kan laki aku. Paham gaji masing-masing bukan 10k pun. Alah aku bukan jenis "eh tu tanggungjawab kau suami sediakan itu ini". Please la aku takde lah nak berkira sangat. Lau orang berkira dengan aku, setiap sen pun aku akan berkira balik.
Tahla. Nak bayar tu aku leh je. Tapi untuk sekarang share bayar, no way. Sebab takde ape2 hubungan. So kawen dan sama-sama fikir dan kira duit macam mana nak setel kn hal pasal rumah. Yang lagi bengang dia ada loan lain untuk tolong orang. tu yang aku geram sangat sebab orang tu pun argue lah "kau sanggup ke nak bayar". Lau aku ade dekat situ memang kena sembur lah "sanggup lau kau setelkan hutang kau kat aku!". 
Tahla. Kadang tu susah de orang sekeliling yang tak bagi semangat. Bagi menjatuhkn semangat tu memanglah ramai. Hope dapat bertahan dengan karenah orang ramai.
p/s: geram yang teramat T_T
Published with Blogger-droid v2.0.6

06 September 2012

Bila cerita pasal

di taip oleh Myee at Thursday, September 06, 2012 0 pujaan hati

Ada kawan ofis ni, dia gatal sangat nak kawen. Balik raya haritu dia ada la pergi rumah pompuan tu. Dia tak kenal pun. Yang kenal abang dia kot. Dia cakap pompuan tu ayu, cantik, dan macam-macam lagi lah. Siap berangan nak tunang la, cari cincin, survey harga semua lah. Dok canang dekat orang tu lah ni lah. Pompuan ni mak dia tauke beras. So kaya lah. Kawan ni kerja biasa je. Tak kaya pun. Kerja pn macam apa je. So dok hari-hari cerita. Mesej la tu la. Siap nak add FB lagi.

Lepas add, tiba-tiba yang laki ni berubah hati. Takde dah perempuan ni ayu, cantik,hitam manis la tu la. Sebabnya tengok gambar dekat fb,pompuan tu biasa jek. Tak ayu,cantik dan macam2 lagi. Terus mesej dekat pompuan tu nak kawan je sampai bila-bila. Kalau aku jadi pompuan tu sedih kot. Kau nak yang putih,cantik,kurus,tinggi. Sedangkan kau tu biasa je. Taklah ensem mana pun. Bersyukurlah ada orang nak dekat kau. Daripada takde. Yang aku takleh terima sebab pompuan tu biasa je.. Mana tau kau boleh ubah dia jadi luar biasa ke... Tahlah manusia nak yang lebih,tapi lupa kekurangan diri sendiri

Published with Blogger-droid v2.0.6

04 September 2012

Selamat pengantin baru emieza

di taip oleh Myee at Tuesday, September 04, 2012 1 pujaan hati
Lagi sorang kawan dah selamat menjadi isteri. Semoga jodoh berpanjangan sampai jannah tau. Jangan gaduh over sangat. Kalau tak tahan diam je. Buat bodoh. Biasa lah macam-macam dugaan. Sabar je lah. Tapi biasa la lelaki. Bila kita marah ke apa ke dorang diam je. Sakit hati jugak lau macam tu. Dah nak wat macam mana. Dah kawen kan. Lau dulu leh la hilang ke nak merajuk lama-lama. Sekarang tak boleh dah la. Tiba teringat konon kau merajuk pesal pe tah. Cakap kat abg farrid pergi lepak pantai sensorang. Padahal kuar dengan kitorg lepak kedai makan. Abg farrid mesej kat orang risau2. Lelaki kan macam tu. Lau tak, tak risau pun.
Ingat lagi masa nak nikah tu. Lom pape lagi kau dah sedih. Orang lagi la sedih. Nyampah. Tak boleh tengok orang nangis. Nak bergenang je. Tiba aircond buat hal. Hilang mood sedih. Kelakar. Lau de pape mesej je lah orang.. Orang ade kan. Yela sebelum orang kawen kan.. Sedih pulak berjiwang buat entry untuk kau. Jumpa di presint 2 nanti
Published with Blogger-droid v2.0.6

20 August 2012

Bila raya ke 2

di taip oleh Myee at Monday, August 20, 2012 0 pujaan hati
Duduk rumah je tak g mana2. Bosan betul. Mak ayah puasa. Kawan semua dekat kampung so duduk rumah bangun makan ketupat,tengok tv,tido, tengok tv, tido.
Semalam dah abis raya dekat somban. Rasa macam nak pergi raya dekat ikea lah esok!
Published with Blogger-droid v2.0.6

14 August 2012

Bila boipren jauh dimata

di taip oleh Myee at Tuesday, August 14, 2012 0 pujaan hati
Camni la perangai bila nak beli baju. Beria nak videocall nak suruh tolong pilih baju dia. Banyak kali call. Pening aku. Tapi layankan aje. Yela tak balik raya kan. Tapi aku ok je. Belum laki bini laki so okey lah. Dah kawen sok tak balik aku yang pergi sana kot. Motif nak berjalan. Begini la dugaan PJJ (percintaan jarak jauh) dah la turun senai naik pun dekat senai. Tak menyabor beli tiket lagi. Selamat shopping raya!
Published with Blogger-droid v2.0.6

10 August 2012

Bila bergurau tak bertempat

di taip oleh Myee at Friday, August 10, 2012 1 pujaan hati
Haritu download apps camera ape tah saja test. Sekali kuar HANTU. Cuba tengok pic tu. Bapak aku siap panggil ustaz bagai ok.
Aku dok main2. Lepas tu kena marah. Okbai
Published with Blogger-droid v2.0.6

08 August 2012

Bila bercakap tu kena fikir dulu

di taip oleh Myee at Wednesday, August 08, 2012 0 pujaan hati

Ok aku serabut dengan hal duniawi sekarang. Macam-macam hal. tu lah  ni lah, takleh itu lah takleh ini lah. Stress aku di buatnya. Bosan dengan masalah2 manusia. Tu kadang-kadang suka buat hal sorang2. tak yah fikir pasal orang lain

Published with Blogger-droid v2.0.6

07 August 2012

Bila berline

di taip oleh Myee at Tuesday, August 07, 2012 0 pujaan hati

Hmm aku dok gatal update apps line aku. Update contact pastu kuar nama pompuan tu. Hmmm. Mesti boipren chat or msg ke call pompuan tu kt situ. Hmm yela lau mesej kt celcom kuar bil kantoi aku tengok.. Hmm takpelah.. Redha.. Pasrah.. Tahla..xpe de rezeki jodoh tak kemana. Takde xpelah.. Malas nak fikir dah

Published with Blogger-droid v2.0.6

06 August 2012

Bila tengok bersamamu umrah

di taip oleh Myee at Monday, August 06, 2012 0 pujaan hati

Balik kerja tadi awal. Biasalah coding tiba-tiba problem. Malas nak fikir balik. Tengok tv ada bersamamu pergi umrah. Dah pasang niat nak pergi sana dengan bakal suami. Yelah mulakan hidup bersama nak la keberkatan hidup rumah tangga,keharmonian semualah. Tengok dorang pakai ihram, sayu je rasa. Tengok dorang baca doa selamat tinggal untuk Rasulullah meleleh airmata sebak. Taktau lah aku kat sana nanti macam mana. Sendiri rasa. Dorang tinggalkan madinah pun nangis,aku pun nangis. Taktahulah.. Hati meronta-ronta nak pergi. Selalu doa cepat kawen sebab utama nak pergi umrah. Duit hantaran guna separuh nak pergi umrah lah nanti. Tak sabar rasanya nak alami perasaan walaupun berdebar

Published with Blogger-droid v2.0.6

04 August 2012

Bila bertarawih malam ke 15

di taip oleh Myee at Saturday, August 04, 2012 0 pujaan hati

Tadi pergi terawih berjemaah dekat surau rumah ni. Nasib baik tak jumpe kekasih lama. Yela ade sehari tu dia datang pulak. Nebes i. Lagi dok dekat dengan pembahagi ruang. Kebetulan aku saf depan. Mak aku cakap eh tu */+-/ kan.. Aku wat bodoh je. Malas nak layan. Tadi imam tarawih budak THAFIZ anak jiran tetangga lah kan. Terlupa ade baris ayat tu. Mula hilang khusyuk aku. Tadi penceramah tu maybe lambat or sewaktu dengannya. Buat witir terus la. Aku nak balik ada seorang hamba ALLAH tegur tanyakan surau tu. Muda. Dia yang akan bagi ceramah tu. Aku mula lah berangan kot ALLAH tuliskan tu jodoh aku. Yelah malam ke 15 aku jumpa bakal imamku kan (baca kat boipren mau merajuk) kot malaikat ke kan. Sian dia naik teksi. Aku pergi teman mak amik ubat then sanggup pergi surau tu balik dengar ceramah ustaz tu tadi. Boleh tahan ustaz ni. Masih belajar dekat Al-azhar.. Tiba tiba teringat cerita ketika cinta bertasih tu.. Tahla asyik berangan je aku sekarang

Published with Blogger-droid v2.0.6

03 August 2012

Bila cerita pasal curang

di taip oleh Myee at Friday, August 03, 2012 0 pujaan hati

Bukan nak kata curang ke apa kadang-kadang tu kita perlu berkawan dengan lain jantina jugak. Tapi aku ni jenis yang rimas sikit kalau berkawan, kawan je lah. Tak payah nak mesej tiap-tiap hari nak caring sangat. Tak perlu nak jadi baik hati ke ape ke. Kadang tu kalau melayan sangat, macam-macam jadi. So had kan masa untuk benda berfaedah. Kalau nak mesej, sehari cukup la satu dua. Tak perlu nak panjang berjela cakap kau makan apa, baju apa, berak ke belum tu semua. Tak perlu. Kalau setakat mesej mengedik taip hikhik, tak kuasa aku nak reply. Lagi kau melayan, lagi senorok yang di sana ingat kau syok dekat dia. Please lah. Tetapkan dalam hati jiwa, semua orang tak suka di permainkan. Hidup ini senang. Cuma kita letakkan diri kita dalam situasi ini, contoh kalau kau dapat tau GF/BINI kau dok mengatal dengan orang lain, apa perasaan kau. Sama macam GF/BINI kau rasa bila kau dok mengatal dengan orang lain juga. 

Hidup ini karma!

Bila tiba hari jumaat

di taip oleh Myee at Friday, August 03, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

01 August 2012

Wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, August 01, 2012 0 pujaan hati

Yeay.. Menang!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

31 July 2012

Bila bercoding

di taip oleh Myee at Tuesday, July 31, 2012 0 pujaan hati

Penat dah tengok code ni semua. Buat projek mpm. Yela tahun ni stat guna macam u. Semester gitu. Tapi ni penggal. Penggal kepala budak-budak ni buat. Aku buat part ujian lisan. Tah betul tak tah. Janji kuar output. Belum masuk development lagi. Bagi sql. Entah. Dah seminggu aku kerja. So far ok lah. Yang penting lunch balik rumah golek-golek

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila harus bertahan

di taip oleh Myee at Tuesday, July 31, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

30 July 2012

di taip oleh Myee at Monday, July 30, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila dah jatuh hati sesangat sama pandora

di taip oleh Myee at Monday, July 30, 2012 0 pujaan hati

"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti,tunjukkan dimana ruang hati ...."

Bukan apa pun cuma berkenan sangat dengan pandora sampai buat tabung nak beli. Gelang tu yang berharga 1.4k tu nak mintak kat boipren masa tunang lah. Aku cuma nak tambah biji @ charms dia tu je. So kenalah menabung dari sekarang. Charms tu start price dekat rm100 gak if aku tak silap. Mana de duit lebih aku masuk jelah dalam tabung katak tu kan. Lau tak cukup takde rezeki lah kot. Risau tengok status emieza cakap lama tak soping,pastu kawan dia balas nanti da kawen banyak nak bayar,ade anak lagi sampai untuk diri sendiri pun takde. Lebih kurang la ayat dia. Walau pape pun kena ade simpanan untuk emergency kang.. Risau nak kawen pun ada jugak. Takut tak mampu jadi mak yang dapat berikan yang terbaik untuk anak.

P/s: rezeki bulan ramadhan,kerja 5ari pun dapat gaji lebih tapi banyak nak setel

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila external dah tak selamat

di taip oleh Myee at Monday, July 30, 2012 0 pujaan hati

Haritu bawak external pergi ofis. Yelah senang nak transfer pape lagi pun aku jenis yang suka download movie so bawak lah. One day ni external aku di pas untuk amik file dalam tu. Tah cucuk mana ada virus maka virus itupun dok bertenggek dalam tu lagi ada la gamba boipren gamba dating dalam tu. Takut tersebar pulak gambar lucah payah hidup aku.

Maka tadi balik kelas singgah digital mall. Cari usb la. Tengok banyak murah. Bila dah murah mula tak reti buat pilihan. Ada kingston tapi design dan kaler tak menarik perhatian. Turun naik level terjumpa tersuka dan terbeli pink. Sama dengan external aku. So external ada lah anak..

4GB = RM13
8GB = RM16-18
16GB = RM27-29
32GB = RM65-68

Tu harga anggaran dia. Ada kedai jual murah ada mahal so pandai-pandailah survey kalau nak cari yang macam-macam design atau kaler

Published with Blogger-droid v2.0.6

29 July 2012

peringatan untuk diri sendiri

di taip oleh Myee at Sunday, July 29, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

28 July 2012

wordless

di taip oleh Myee at Saturday, July 28, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

26 July 2012

Bila opis belakang rumah

di taip oleh Myee at Thursday, July 26, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thing inside my bag

di taip oleh Myee at Thursday, July 26, 2012 0 pujaan hati

Dua tiga hari ni, tu je aku bawak pergi kerja. Ic,lesen,duit tak bawah. Lintas jalan je da sampai ofis. Tapi terfikir gak lau pape berlaku takde ic susah jugak kan. Takut cicir je nanti. Access card tu pakai touch n go je. Camne dorang setting tah. So jimat la duit dorang tak yah kuar untuk buat access card. Laptop buruk dorang bagi aku tak bawak balik. Tinggalkan aje kat opis. Malas nak bawak. Nantilah sebab tak bes.

Published with Blogger-droid v2.0.6

25 July 2012

Bila jatuh cinta lagi

di taip oleh Myee at Wednesday, July 25, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, July 25, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

22 July 2012

Kelebihan Solat terawih Malam kedua

di taip oleh Myee at Sunday, July 22, 2012 0 pujaan hati

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa-dosa kedua ibubapanya

Amin..INSYAALLAH

Published with Blogger-droid v2.0.6

21 July 2012

Bila kelas SAp

di taip oleh Myee at Saturday, July 21, 2012 0 pujaan hati

Ari weekends je rajin datang. Pulun sampai nak pecah otak.. Nak cepat abis. Nanti leh buat revision. Orang datang pun tak ramai. Bosan kot

Published with Blogger-droid v2.0.6

20 July 2012

Bila terawih 1

di taip oleh Myee at Friday, July 20, 2012 0 pujaan hati
Tadi pergi tarawih.. Ganjaran malam 1 ialah keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari ALLAH..
INSYAALLAH...
Published with Blogger-droid v2.0.6

salam ramadhan

di taip oleh Myee at Friday, July 20, 2012 0 pujaan hati
Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila tengok mael lambong

di taip oleh Myee at Friday, July 20, 2012 0 pujaan hati

Masa kete tu berhenti dekat 1 tempat area batu-batu terus teringat kehidupan disana. Tengok lagi macam dekat telok bidara. Kawasan situ memang cantik. Tunggu yang last tu kuar tempat dekat dungun. Tengok kampung jambu bongkok. Teringat kat seseorang.. Tahla mungkin sampai bila-bila takkan jumpa dah kot orang tu. Takpelah.. Terima kasih sangat2 bagi kebahagiaan ketika aku dekat sana.
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 July 2012

Bila terjumpa mesin cotton candy

di taip oleh Myee at Thursday, July 19, 2012 2 pujaan hati

dah berhari-hari tengok mesin ni, tak leh jadi, bukak groupon, terus klik buy now. sekarang tengah tunggu mesin itu sampai dirumah. Yahoo.. tak sabarnya. 

Bila hari keempat cuti

di taip oleh Myee at Thursday, July 19, 2012 0 pujaan hati




duduk rumah aje arini, masak, kemas peti ais. yelah dok sepah-sepah tah pape dalam tu. Rimas pulak aku tengok. Buang barang-barang yang dah tak elok, basuh-basuh. Nak period kot tiba-tiba rajin sangat. Selalu macam tu terover excited rajin.




cubaan pertama

cubaan kedua :)





Siap kemas masak carbonara. buat yang biasa dengan baked. letak cheese. main hentam je main campak-campak bahan-bahan dia, letak cheese. Buat sekali macam tak puas pulak, dah petang tu buat lagi sebab yang biasa tu tak abis pulak makan.

Petang goreng cekodok bilis dengan kentang siap buat air limau asamboi tu. Beria rajin pesal tah
Published with Blogger-droid v2.0.6
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com