21 October 2012

Bila tunang tak jadi

di taip oleh Myee at Sunday, October 21, 2012

Tajuk tak leh blah. Bukan aku yang nak tunang dan tiada plan terdekat nak tunang pun, cuma besfren masa sekolah dulu, sepatutnya 28 oktober dia tunang, tapi takjadi. Sangat sedih okeh. Alkisahnya, dia dan abiang dia je yang tahu. Aku cuma tolong apa yang patut. Dia minta tolong buatkan cupcake untuk pujuk abiang dia tu, macam-macam hal berlaku minggu lepas. Ahad tu pergi jun classmate masa belajar dekat uitm kawen. (cerita lebih dekat belog emieza yer). Sampai rumah pukul 8 lebih, kawan ni ajak teman hantar cupcake dekat abiang dia. Tak sempat rehat, siap-siap gerak senawang malam tu jugak. Sampai senawang, abiang takde dekat rumah, call tak jawab, apetah lagi mesej. Keras betul hati abiang dia. (takde lah abiang sangat pun. Boipren umur 22 kot! Muda bagi aku lah). Friend finder dekat jalan labu mana tah. 

Fine!, tak jawab, aku cuba call, tak jawab then aku mesej cakap aku nadia(terpaksa pinjam nama ye) nak hantar cupcake dekat dia sebab gf dia order, mula dia tak leh nak amik, then deal cakap esok hantar sebab dia dekat ipd s2. Dengan keberanian, kami pergi skodeng dekat ipd, nampak kereta bapak laki tu ada dekat depan ipd. Memang dia tak tipu. Dapat tengok kereta pun jadi lah. Tunggu lambat pulak dia keluar. Masa dah putus asa tunggu, keluar pulak laki tu bersama family dia. Buat report pasal apa, tak tahu lah, siap 2 kereta kau pergi ipd memalam. Maka kawan aku ni, nak tengok abiang dia, telah membuat u-turn. Sempat gaklah dia tengok dari jauh. Bila dah gerak, follow pulak, dah la malam, kereta memang tak banyak. Tetiba berhenti pulak dekat traffic light, terus aku suruh belok kiri. Takkan nak berhenti pulak belakang tu. Nampak sangat. Pusing balik, mereka dah takde, maka kami meneruskan perjalanan pulang ke kuala lumpur dengan hampa.

Sambung episod seterusnya keesokkan hari nanti!



1 pujaan hati:

نورازريناابوحيري on October 29, 2012 at 5:22 PM said...

sambung jgn tak sambung....

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com