30 November 2011
bila dapat durian runtuh
Durian runtuh apanye. Bau durian pun tak sanggup,ni pulak nak makan durian. Tak tahulah kot nanti mengidam nak makan durian tak tahulah kan. Nasib baik boipren macam tak berapa suka sangat kot. Janji ada pisang.
Sebenarnya bukan durian runtuh sangat pun lah. Duit gaji bulan ini lebih sikit. Tak tahulah kira macam mana. Dah orang bagi lebih kita amik lah. Aku dapat lebih sebab aku tak amik cuti. Means boleh aku nak beli wallet charles&keith pulak. Gaji banyak ni pun macam tak tentu arah nak beli, tah macam mana kalau 5tahun lagi. Akak dekat opis tu dekat 6kot gaji dia setelah 7tahun berkecimpung dalam dotnet. Tah aku berapa pulak. Sebab dia pesan abis projek ni blah tempat lain leh demand. Cuma aku tak berapa nak yakin sangat. Yelah software developer kot. Poyo nama macam hebat. Tapi pergi kerja selekeh jek. Bila fikir balik tengok kawan lain, aku time belajar result tak lah gempak. Tapi rezeki kan. Mana nak tau. De kawan tu macam tak puas hatilah title aku. Dia belajar hebat. Aktif persatuan tapi tah. Risik gaji aku berapa lah tu lah ni lah. Alar nak tau aku cakap je lah. Janji cukup pakai, makan minum yang dah makin bum bum ni. Sape suruh boipren tak balik. Memang tak jaga badan lah kan.
p/s: harap sempat kumpul duit nak kawen lagi 3-4tahun. Harap 28-29 tak tua sangat lah nak kawen. Yang penting boipren kena kasi graduate dulu baru lah syiok amik gambar konvo ada bini letak frame dekat rumah. Berangan tak abis~
bila umur dah meningkat, tulang rapuh
Susu sangat baik untuk tulang. Lagi untuk aku. Duduk seharian mengadap pc,kadang tu sakit tulang. Rasa lenguh lah pe lah. Time drive pun penat belakang. Susu ni beli lama dah. Nak minum je tak tau bila. Memandang budget dah habis sebab beli handbag, terpaksa lah minum susu. Konon untuk kenyang. Dekat pembalut ini tulis untuk pembentukan tulang dalam masa 4minggu. Tulang tang mana nak membentuk tah. Ni dia suggest minum empat sudu. Untuk permulaan aku nak try lah 1setengah sudu dulu. Takut tekak manja ni mengada. Tapi kalau sejuk lagi suka nak minum. Alar kotak yang kecik kecik tu. Comel je. Tak puas minum kot. Tapi mahal rasanya. Baik beli dutch lady kids. Baru rasa comels.
Konon nak ambik feel minum susu, letak dalam bekas cantik. Tapi kalau dah tekak tu kebulur nak nasi gak kadang tu, tak leh nak cakap apalah. Kita tengok dalam masa 4minggu kuat tak tulang aku.
p/s: orang cakap minum susu gemuk. Kalau nanti aku minum,aku gemuk sila salahkan susu. Bukan salah badan aku yang sedang berkembang ni.
29 November 2011
bila datang nafsu shopping yang mengila
Aku shopping beg charles&keith sampai dua dalam 1 hari dan kasut vincci dalam hari yang sama. Rasa macam puas gila. Tapi lepas tu aku yang gila sebab belum gaji. Kisahnya boipren bagi duit untuk beli hadiah besday. AKu pun apa lagi. Konon charles &keith buat sale 50%. Tapi tak sale sangat. Mula pergi dekaylt klcc. Amik yang kaler dark brown tu sebab macam simple je. Sekali bila pergi the curve pulak, terkenan pulak yang putih tu sebab macam comel je. Tapi kalau kerja dekat skali boleh lah nak bergaya. Tapi ni parking je terus sampai opis, wat bazir je. Baik aku simpan dekat rumah. Oh kasut tu pulak vincci ada sale 50%.. Memang lama nak beli kasut sebab asyik pakai crocs pink tu jek. Rasa nyampah je. Bila tengok kasut tu,kaki cantik terus lah amik. Yelah kaki besar,malu lah nak tunjuk. Gambar pulak konon susun macam hantaran je. Pelik. Aku yang tunang ke kawan yang lain nak tunang. Kompius aku
p/s: rasa macam nak beli seluar dan baju pulak..please lah.cepat sikit kurus ye..
28 November 2011
ada juga kek
Siang td mak aku pergi kenduri kawen,balik tu dia suruh amik barang dalam kereta. Tengok de kotak kek. Bukak ada dua nama. Yelah adik aku 26hb aku 21. So jimat lah kan. Tapi ujung tahun memang muak makan kek sebab lepas ni bulan 12, pastu bulan 1 mak aku pulak.. Memang berderetlah dan makin banyak lemak lah aku kan. Tapi takpelah dah orang tu taknak balik,malas nak cantik-cantik sangat.
p/s: Kek butterstoch Tak sebest macadamia. Macademia tetap dihati.
27 November 2011
setelah 5 hari birthday
benci je bila birthday sendiri dekat dengan adik,then kena tunggu untuk celeb sama then nothing.sedih kot.tapi dah besar kan.tabah je lah.ikutkan hati nak beli hadiah untuk diri sendiri ipad sebab stress kan.tapi untuk apa aku bazir duit ke arah tu. tah la..bila de je benda tak kena dengan boipren macam untuk apa aku menyimpan untuk kawen kalau kau macam tak beria pujuk aku. macam kau dah tak sayang aku, macam kau tak pernah kisah pasal aku. macam tu ke nak kawen.hmmm.sebab tu bila kawan sibuk nak kawen,aku macam tak kisah sangat. sebab betul ke dia nak bersama aku andai sekarang dia pun macam ni dengan aku. sedih tu memang lah. tapi aku kuatkan hati, tabahkan hati, sabar..semua orang cakap aku kuat. nak jadi macam aku. tapi sebenarnya aku tak macam tu pun. sama je dengan korang. cuma aku lain sikit je..
kek ni pun boipren fza yang bagi. tapi aku tau fza yang bayar sebab 21hb pergi lunch luar.aku nak pergi wondermilk beli kek untuk diri sendiri. untuk hiburkan hati tapi tak pergi sebab ada masalah tertentu time tu. maka batalkan niat aku.jumaat aritu dorg lunch date.aku turun kacau cakap nak ikut dorang. saja kacau budak-budak bercinta. dorang makan dekat area tu.tu yang beli untuk aku. fza tu macam paham kot. tapi dia cakap aie yang belanja. terima kasih korang berdua.kaka sarah doakan korg bahagia sampai bila-bila.thanx ceriakan birthday suku abad saya :)
p/s:aku takkan mengungkit if boipren tak celeb birthday dengan aku. aku cuma berharap hubungan kami tak seperti sekarang..dingin..aku benci!!
senja di kuala lumpur
saje je shoot time senja sambil layan jammed..biasalah kuala lumpur.masa banyak dihabiskan dekat jammed.pergi dekat 30min,balik dekat 1jam.rasa macam sia-sia hidup aku. kalau dekat dungun,tak sampai 10min dah sampai kelas. tulah perbezaan hidup. nak pergi beli barang pun susah. dekat dungun,1 bandar yang kecik tu boleh pergi macam-macam kedai.semua dekat. ni post office tempat lain,watson tempat lain,karaoke tempat lain. situ semua dekat-dekat..berharap dapat duduk sana,buka company ke. buat sistem kecik untuk sekolah ke,pekebun kecil ke,veterinar ke. janji hidup aku bahagia. sekarang ni,tak berapa sangat lah. lagi-lagi tengah krisis dengan boipren..hmmm..rindu laut.
p/s:nak bawak diri tepi laut,layan perasaan yang lara ini agar semua kesedihan terbang jauh bersama angin
kesedihan..
26 November 2011
bila boipren merajuk
memandangkan boipren merajuk,aku takde mood lah nak buat assignment dia.aku belek katalog guardian dengan watson.sibuk bandingkan harga mana murah. yelah setiap sen tu aku leh sumbangkan duit ke arah lain. beli ipad ke sebab boipren tak layan ke, beli handbag ke sebab charles&keith murah, beli almari untuk kemas bilik aku yang serabut ni, beli kasut yang setiap kali nak keliar asyik pakai kasut sama je.
merajuk dengan aku tapi sibuk cerita pasal kawen, pasal tunang, pasal honeymoon,pasal budget nak kawen,pasal assignment. manja betul. susah gak if boipren muda. asyik nak merajuk jek. serabut otak.
18 November 2011
bulan november musim mengawan
12 November 2011
Double degree
Semuanya ada LAPAN assignment. Subjek amik
BPMN1013-PENGHANTAR PENGURUSAN
GMGA1013-ASAS PENTADBIRAN AWAM
SBLM1053-BAHASA MELAYU PENGURUSAN
VRS011-PEMBANGUNAN MASYARAKAT
SADN1013-TAMADUN ISLAM
p/s : sorry boipren..wa kutuk lu.hahahha Selamat menyambut 143 ye
Bila my SGS upgrade ke gingerbread 2.3.4
05 November 2011
My Wishlist 5 - Almari Baru
04 November 2011
My Wishlist 4 - Mac Book
p/s: mamat india yang serabut tu pakai DELL je sambil buat code dan gigit kuku. patut lah tak hebat sangat. Dari aku ni dapat lenovo jek. lagi lah tak hebat.
03 November 2011
baru lah deepavali
De orang dekat opis bawak muruku..memang syiok dan sakit perut sebab banyak makan muruku. Lagi pun buatan sendiri kot sampai pijar gak lah lidah aku makan. Cili apa tah dia pakai. Tapi makin ok kot dekat sana. De gak manisan dia bawak. Tapi rasa sikit je. Sebab rasa pelik je. Pastu ada kuih kacang pun macam dia letak herba pe tah. Kuih bunga ros pun rasa macam rempah. Tapi india lagi ok dari cina sebab makanan lebih kurang tak pun yang haram. Lagipun binatang pun dorang tak bedal sangat.
De sorang ni cakap setiap 10november sampai 2bulan dia macam bernazar kot. Macam makan vegetarian je, pastu tidur atas lantai, tak cakap dan kacau perempuan, tak kuar malam, macam lagilah. Dalam dua bulan tu kena berkelakuan baik untuk hapuskan dosa. Lepas dua bulan boleh buat la pape. Tah tak berapa jelas pasal ni. Tapi maca risau takde orang nak kacau dan kutuk dekat opis selama beberapa bulan.
Programmer dari india tu dah datang. Kali ni potong rambut. Haha. Macam smart sikit la tak berserabut. Pastu kulit tak hitam pun. Mungkin yang high class kot. Bulu mata dia, perghhhh.. Lentik. Yang best kena cakap english untuk communicate. Dia tak teror aku pun tak teror memang hancur lah. Aku cakap dia paham sket. Dia cakap dengan slanga dia lagi memang susah nak faham lagi cakap macam berbisik je. Memang dok bantai gelak je la dengan member. Sebelum nak pergi tanya siap praktis tu. Takut salah cakap. Semoga system yang kita buat ni dapat selesai dalam masa kurang setahun ye. Nak cari experience lain dan gaji yang lebih tinggi.
p/s: ada dua orang programmers dari india. Yang pasti team lead aku ni tak lah macam lagi sorang tu. Serabut je tengok dengan gigit kuku bila fikir code..yekkkk..
My wishlist 3-fujiflim instant camera
Hari tu dah request dekat boipren. Pastu dah tengok sama sama dengan dia. Pastu tengok harga mahal dekat jaybee terus tak jadi.
- aku suka sebab boleh keluar gambar terus. Takpayah kau nak pergi cuci OR pic gedik kau tak akan hilang sebab hp kau bengong hang.
- aku suka sebab dekat film ke apa tah nama benda tu ada macam design. Comel sangat.
- aku suka sebab boleh tulis description or ayat gedik dekat pic tu
- aku suka sebab nanti bila kawen leh amik gambar orang. Tak payah susah tulis guest book. Pastu leh aku detect sapa kawan aku yang tak datang.
- aku suka sebab kalau orang bagi free.
- Harga dia dalam rm284 ke rm248 tah.tak pasti.
p/s: Penyakit jubli perak semakin menjadi
02 November 2011
my wishlist 2 : ford fiesta
Nak beli yg polo tak mampu,berangan la fiesta. Kot boleh nak join fiesta riang ria ke apa. Tah la, tengok je terus berkenan. Yang lagi best tu pun rasa macan nak tapi konon keje gempak nak la pakai gempak sikit. Bila survey harga dalam 800k ++ so terpaksa lah berangan lagi. Tunggu lah lagi dua tiga tahun gaji aku dah sampai 5-6k..
p/s: lau dapat test drive pun jadi lah.tercapai impian sikit
01 November 2011
my 1st wishlist -harajuku lovers
Mula nak lengkapkan set perfume aku. Yang dah ada lil angel dengan baby.
- Aku suka sebab bau dia sweet. Boleh nak perasan sweet la bila pakai.
- Aku suka sebab patung tu lah. Takde comel mana pun. Tapi budget style bila kau ada perfume comel macam tu.
- Aku suka sebab orang bagi. Sapa yang tak suka kan menda free.
- Aku suka sebab patent dia ikut trend. Ade yang pakai bikini, winter la dan yang terbaru macam superhero. Style weh.
- Yang nama G tu rambut cantik, tapi aku tak berapa suka bau dia. pastu asyik dia je dapat costume lain.
Lil' Angel aka Gothic Lolita is a sparkling floral. Top notes are succulent plum, champagne, pomelo, bergamot. Mid notes are blooming lotuses, fresh queen rose leaf, waterlilies. Base notes are satin wood, rich amber, skin musks. The fragrance is signed by perfumer CĂ©line Barel.
G or Omotesando Girl is a fruity floral. Top notes are granny smith apple, peach, pineapple. Heart notes are watermelon, butterfly blush, peony. Base notes are raspberry, musk, water accord. The perfume is by nose Christelle Laprade.
Music or Visual Kei is a woody floral. Head notes are juicy apple, watery fruit, bergamot. Middle notes are jasmine, gardenia, fuschia, peony. Base notes are swirling cedarwood, iridescent musks, crystallized amber. It was created by perfumer Adriana Medina.
Baby or Kawaii / Decora is a vanilla floral. Top notes open on white peach, red delicious apple, pink freesia. Heart notes are pink plumeria, lush orchid, jasmine petals. Base notes are glowing amber, sensual musk, creamy sandalwood. It is signed by perfumer Honorine Blanc.
Price dia dalam rm166 jek. Tapi kalau duit aku habis dekat makanan je, memang tak dapat lah nak kumpul semua set :)
p/s:ada orang tu sebut harajuku jadi harujuku.huhuu.memang haruuuu la jadinya sebab tak dapat
kurang dari sebulan besday aku yang ke **tahun
Maka dengan itu aku nak buat wishlist birthday sampai tiba birthday aku. Eh suka lak nak feel de orang bagi hadiah dekat aku. Padahal suma berangan dan impian aku je. Lepas tu nak buat sebanyak umur aku. Tapi kalau nak date dengan lelaki sebanyak umur aku leh tak? Kbai..
p/s:susu anlene baik untuk orang yang umur macam aku