Orang it memang tak suka berparti kot. Opis aku kalau ada event ke apa ke, semua macam wat taktahu. Dulu masa raya, aku yang beria tanya dekat maria tak buat apa-apa ke. Dia tengok budak lain diam je. Aku push gak. So terjadi jugalah sambutan kecik-kecik. Dari takde.
Ni boss @ project manager aku nak berhenti. Dorang macam tak buat pape. Sa aku siap create group kat skype. Konon nak discuss lah. Nasi arab taknak la tu la ni la. Wang solo la tu la. Dia merapu tah pape, last skali dia left group. Macam bangang disitu.
Hari ini dah kamis. Aku nampak team lain celebrate farewell untuk dia. Kitorang team sama tak buat pape. Petang pukul 3, aku dah taktahan, aku mintak duit dekat budak2 ni nak buat gak. Rm25 sorang. Dah gaji kot. Nasib lah kan. Taknak join sudah.
Kira-kira dapat gak 34 orang nak join. Petang tu jugak call al-diafah order nasi arab. Part paling benci orang nak order lain macam! Leceh. Pening otak aku sampai nak mengira pun salah.
Sudahnya kol 7 aku pergi mid valley nak beli hadiah. Singgah memory lane, ada kad bunga-bunga farewell. Cari kedai lain takde. Nasib kau lah dapat kad bunga-bunga. RM26.80
Masa tengak tengok pen, mak aku call tanya kad mana. Aku mintak la pendapat. Dia kata beli baju. Ok fine. Pergi tengok baju. Usha baju, macam geli plak terbayang style dia. Style dia ala-ala korean gitu. Ada bila tah pakai baju bunga-bunga. Asyik baju tu jek. Geli aku tengok. Jumpa baju macam punjabi tu. Dia ari jumaat macam pakai baju tu. Bila fikir-fikir, macam geli. So tak jadi.
Sudahnya beli pen parker. Siap free craving lagi. Tanya pendapat akak kat situ dia tunjuk 1 set pen. Rm120. Pen basah dengan kering. Aku main amik je lah. Beli dekat jusco midvalley
Ok la tu. Tapi aku rasa macam tak pernah nampak pun bos aku menulis. Sign pun apatah lagi. Lantaklah!
Ada balance beli brownies la dari kek.
Brownies total RM137 macam tu.
Semua nama terlibat.