30 April 2012

bila berpesta buku

di taip oleh Myee at Monday, April 30, 2012 0 pujaan hati

Balik kerja tadi saja pergi singgah pwtc. Tulis tutup kol 7. Main redah jelah kot bukak lagi sebab esok cuti. Kot lambat sikit tutup. Pergi karangkraf dapat free buku. Haha. Buy 2 free 1. Padahal dekat karangkraf beli novel pe tah. Meen zulaikha. Bedal jelah rm10 je pun. Pejam mata. Dapat novel pe tah dengan buku yoga. Beryogalah nanti memalam.


Nak pergi PTS da tutup pulak. Dah lama sangat nak beli men from mars women from venus tu. Lupa pulak ada sarung bantal tu gedik-gedik kaler pink. Bagi dekat bf yang women kot. Tah mana aku letak tah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

28 April 2012

Bila dah gaji

di taip oleh Myee at Saturday, April 28, 2012 2 pujaan hati

Ok puas dapat apa yang nak. Pastu nasib menyebelahi sebab ada less. So harga RM189. Tak sabar nak pakai. Hope raya tema kaler tu la. Tak yah pening cari kasut. Rasa macam membazir tapi takpelah. Nanti kawen tak dapat nak beli. So sementara bujang,beli je apa nak. Baru seronok kerja sebab dapat beli apa yang nak..


Ok.. Next!


Published with Blogger-droid v2.0.4

27 April 2012

Bila berdiet 27april

di taip oleh Myee at Friday, April 27, 2012 0 pujaan hati

Diet arini makan biskut oat crunch dengan yogurt. Tak tau nak makan ape dah sejak diet ni. Kalau tak diet macam-macam leh makan. Lepas tu senang nak gemuk lepas tu menyesal sebab suar tak muat,muka membulat..


Harap ini berterusan. Mesti kuatkan semangat ye!! Berusaha!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila teringin nak makan pizza

di taip oleh Myee at Friday, April 27, 2012 0 pujaan hati

Dah lama tak makan pizza, maka jari ini pun mendail nombor pizza. Aku call pizza hut, lepas tu dia cakap tak hantar dekat area rumah aku. Macam ape je. Lepas tu dia suruh call PHD, tah aku pun call la. Order macam biasalah kan super supreme, haiwaiian chicken. Lepas tu dia cakap free 1. So cakap lah island supreme. Tunggu punya tunggu, sekali pizza dia tak sama. Kecewa betul aku. Rupanya Pizza hut malaysia dengan PHD ni tak sama. Pulak dah. Dah nama pizza. Aku ingat sama lah. Dia bagi aku the supremo untuk gantikan yang super supreme aku order tu, wakiki chicken untuk hawaiian chicken dan tropical chicken untuk island supreme.  Kecewa betul. Masa aku order tu, cakap lah tak sama ke sebab jelas dan nyata tak sama kot aku sebut menu tu. Lepas ini nak makan pizza, kena pergi terus dekat restaurant. No more delivery. Dahla McD taknak hantar dekat area ni sebab ade orang report cakap lambat hantar, terus dorang blacklist kawasan ni. MELUAT!!

26 April 2012

di taip oleh Myee at Thursday, April 26, 2012 0 pujaan hati

Bongok. Dp aku sama kot. Lagi kau nak mengatal! Fine. Aku mengatal kat twitter&instagram!!!!! Ada aku kisah. Kau boleh, aku pn harus boleh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Bercharles&Keith di JPO

di taip oleh Myee at Thursday, April 26, 2012 0 pujaan hati


Memang tak sia-sia lah pergi JPO kalau sale dekat charles&keith 50%. Tapi tak semua barang lah kan nak sale. Tapi memang seronok sangat pergi sana. Kalau dekat KL, sale macam ape je. Ikutkan nak rembat je dua tiga purses. Tapi sebabkan bulan tu birthday boipren, maka terpaksa lupakan niat. Yelah, wallet dia dah jahanam. Kesian pulak tengok. Nak belikan wallet fossil, tak mampu lagi, maka beli lah wallet esprit. Tunggu kawen lah lau nak wallet kulit bagai.

Next time nak pergi JPO, sanggup aku ikat perut weh nak shopping punya pasal. Nasib baiklah tak kawen lagi. Kalau kawen, memang selalulah aku turun JPO. Padahal shopping complex melambak dekat KL tak pergi pun

Bila sibuk mengukur kad kawen

di taip oleh Myee at Thursday, April 26, 2012 0 pujaan hati

Ada kawan tu. Nak kawen. Sibuk la dok survey tu lah ni lah sampai kadang tu aku tido mimpi lah. Ni sibuk tengok kad kawen. Siap nak imagine besar mana kad tu. Peralatan semua diambil di ikea. Yelah senang kot nak ukur pinggang ke nak tau da kurus lom. Hahaha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

25 April 2012

Bila diet 25april

di taip oleh Myee at Wednesday, April 25, 2012 0 pujaan hati

Hari ni nak kata rajin tak sangat pun. Bangun awal sebab ada orang tu kacau dia baru nak balik opis sebab jadi jaga bot malam tadi. Lagipun dah set dalam otak nak makan apa esok. So pagi tu turun bawak kuar sausage.


Menu dia roti sausage,yogurt,mash potato.


Yogurt makan time sampai ofis. Siap gedik letak love tu baru semangat nak makan sebab comel.


Roti tu kol 10 dah abis sekeping. Tunggu lunch pulak. Bawak bekal pun sebab bosan makan kat tempat biasa.. RM4 nasi goreng biasa je. Isi tak banyak. Tak seronok lah macam tu. Lagipun diet kan. So leh la jaga makan plus leh elakkan nasi :)


Beli barang untuk bawak bekal dekat rm15 untuk seminggu. kalau beli dekat kedai sehari rm4x5=20 tu tak termasuk minum lagi.. Tu pun kalau makan nasi goreng biasa. Kalau berlauk.. Takpelah sementara nak kurus kan.


Azam mesti kuat sebab kawan nak kaweb taun ni ramai. Harus lah kurus. Baru cantik dalam gambar :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

24 April 2012

Bila berdiet 24 April 2012

di taip oleh Myee at Tuesday, April 24, 2012 0 pujaan hati

Minggu kedua diet. Tapi perubahan takde pun. Macam tu jugak selera makan tu. Sabtu ahad cuti diet sebab makan best yang memerlukan nasi untuk menikmati tiap hidangan.


Aku bawak milo cereal sebab asyik tengok ohmedia punya instagram dok upload je makan tu. Nak cuba lah sedap tak. Tapi macam loser sakai pulak tak pernah try. Yang dalam cup love tu yogurt perisa pic! Suka. Saje letak dalam tu nampak gedik sikit. Lepas tu letak love pulak. Konon made with love. Sekali masuk beg,senget pulak. Memang kecewa lah sebab dah comot tak sempat amik gambar. Takpelah sok lusa cuba lagi!


Published with Blogger-droid v2.0.4

23 April 2012

Bila nafsu nak beli kasut CROCS CHAMELEONS ADRINA FLAT membuak-buak

di taip oleh Myee at Monday, April 23, 2012 0 pujaan hati

Hari tu pergi crocs. Lama gila tak singgah. Lagipun buat apa nak singgah kalau duit tak ada. Setakat nak tengok-tengok je, jeling-jeling dekat cermin tu kot ada latest punya. Yelah, taknak ketinggalan zaman kan. Kot orang cerita pasal tu la ni lah, kita kena amik tau jugak even tak berapa nak ada duit. 

Tapi kali ini, tak kira ada duit ke tak nak beli jugak! Dah siap-siap masuk dalam belanjawan gaji untuk bulan april, mesti beli kasut. Yelah, sejak dua menjak ni, selekeh je pergi kerja dengan pakai wedges bata yang tak semegah tu. Nak tunggu pasar thai tah bila tah nak jumpa. Yelah dok buat kreatif beli wedges sepuluh hengget tu, lepas tu dok jahit manik lah, tampal batu-batu bagi nampak mahal sikit. 

Sebelum ni dah terpikat dengan ada satu design nama dia Crocs Adrina flat. Harga RM209 . Macam tak berbaloi je. Tapi selesa gila kot bila pakai. Aku berkenan sangat kaler aqua/celery dengan yang oren tu grapfruit/oyster. Tapi rezeki tak menyebelahi. Maka pendamkan sahaja niat di hati. Lagi sakit hati ada nampak staff dekat opis skali dia pakai kaler purple tu. Aku dah bosan kaler tu sebab ramai kot orang suka kaler tu. Maka aku pun beralih arah ke kaler yang lain.




Tapi bila pergi lagi ada kasut sama macam aku suka. Harga lagi mahal. Pelik lah kan. RM229. Rupa-rupanya, dia boleh tukar kaler bila kena matahari!! Tak ker namanya hebat?! Sangat-sangat seronok. Tak sia-sia aku tunggu, rupanya nak keluar lagi best. Tapi aku rasa dah lama kuar kot design ni. Cuma aku je loser baru pergi tengok.


dia ada dua kaler. Tapi kaler celery tu jugak tarik perhatian aku. Bye-bye purple macam merah kepinkan. Aku dah tak suka sangat sebab celery tu nampak macam matang sikit!




Layan dulu macam mana dia tukar kaler. 









p/s : Warghhhhh.. tak sabar tunggu gaji dan tunggu boipren balik. Nak dating pakai kasut baru weh!

Bila ada orang menyemak

di taip oleh Myee at Monday, April 23, 2012 0 pujaan hati

Serabut weh kalau de pompuan tah datang dari mana aku tak tahu tiba2 nak add fb. Lagi-lagi bila tengok mutual friend dengan boipren. Mula lagi meluat. Sibuk ape tah nak tau pasal aku. Kadang tu mesti ada cerita disebalik tu menyebabkan dorang add. Hmmm. Ikut suka koranglah. Tak kawen aku enjoy duit tu. Ape susah!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila ke IKEA

di taip oleh Myee at Monday, April 23, 2012 0 pujaan hati

Menu wajib bila ke ikea


  1. 20 biji meatball (harus tamak!)
  2. Chicken Chop

Ni pun RM 20++ jugak lah. Tapi kan bila beli makanan lebih RM20, akan dapat kupon RM5 untuk beli barang dekat ikea. So kira jimatlah kalau nak amik sudu comels dekat ikea tu cuma tambah 90sen aje



Tips belian bijak 







22 April 2012

Bila berangan nak kek

di taip oleh Myee at Sunday, April 22, 2012 0 pujaan hati

Nadia, nanti kek aku untuk hantaran nak macam ni boley? sweet sangat!

Thanks in advance 

Bila berdiet April

di taip oleh Myee at Sunday, April 22, 2012 0 pujaan hati

Bila konon berdiet, inilah menu harian..
  1. Hari selasa baru nak start diet sebab hari isnin dah 'termakan nasi'. coco crunch duo jadi favorite sebabkan ada kaler putih tu je
  2. Hari rabu ada menu tambahan bahulu
  3. Hari khamis terRAJIN rebus pasta. Gaulkan dengan mayonis sikit dengan secukup rasa.
  4. Hari jumaat lunch tinggal kaler putih aje sebab breakfast da makan kaler coklat. Sedap!
makan malam tak yah cerita lah. Ni semua menu ketika brunch. Jimat duit!


21 April 2012

Bila berITALIANNIES bersama teman sepejabat

di taip oleh Myee at Saturday, April 21, 2012 0 pujaan hati

Hari tu boss tiba-tiba hantar emel untuk aku suruh decide nak pergi makan dekat mana. Yelah, tiba-tiba je kan nak pergi makan. Mula-mula nak pergi souled out. Tapi macam tak sure je halal tempat tu. Nak pergi garden restaurant pun best juga. Tapi tahla. Tiba budak ni cakap nak makan spegatti la pulak. So aku pun call untuk reservation. Tapi bila call, orang tu tak jawab pulak. 

Sebabkan meluat dengan sorang staff tu, time lunch aku pergi curve untuk reserve. Yelah dah membebel meluat pulak aku tengok. Pergi semata untuk book aje. Aku mula nak makan lasagna. Tapi portion dia besar dan maybe aku tak larat nak habiskan. So pilih la cabornara. Tu pun amik regular sebab boleh share. Sangat muak dan sedap. Yelah tempat tu memang Italian food je yang ada. Air amik ice lemon tea sebab ada refill.

Tempat ni ok lah kot nak makan jimat dengan boipren. Yelah, amik 1 dishes boleh share sebab besar. Harga tak sampai RM30 untuk 1 pinggan tu. Dah boleh jimat. Lepas tu duit balance untuk makan tu boleh pergi daiso beli barang RM5. yeay





18 April 2012

bila dah melampau

di taip oleh Myee at Wednesday, April 18, 2012 0 pujaan hati

Bila dah bagi peha nak betis. Tu lah peribahasa. Tapi kalau dah melampau sangat nak cakap ape?? Mula lah aku nak jadi kakak suruh kau respect sikit. Kau fikir kau je banyak keje lepas tu nak moody. Orang lain pun banyak keje jugak. Mengelabah betul. Nak moody period pun agak-agak lah. Aku pun pms gak bila period. Penat. Drive kete jammed kot. Kau setakat dok belakang penat hotak kau lah. Kau bukan kerja sorang2. kerja team kot. Perangai tu elok-elok sikit. Kang aku blah baru ko nak terhegeh. Muka tu lau cantik takpe lah gak. Ikut suka kau je bila nak terhegeh2 cakap dengan aku, cakapppp je. Bila mood kau cam taik,kau jadi taik. Orang lain pun gaduh dengan bf jugak,tak cukup duit juga bila ujung bulan. Tapi perangai kau tu buat aku meluat weh. Perangai macam tu semua pun tak suka. Lepas tu nak jeles dengan aku bila orang suka aku. Serabutlah kau ni!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

12 April 2012

Bila takde mood nak tido

di taip oleh Myee at Thursday, April 12, 2012 0 pujaan hati

Bila tak boleh tido,pasang la lilin ke lagu yang mendamaikan jiwa ke kira kambing ke. Kalau aku,aku pasang lilin. Sebabnya tadi ada amaran tsunami. KA kena kuar pulak. Risau lebih lah kan. Padahal masa nyalakan lilin dia da selamat sampai sarikei pun. Biasalah perempuan. Over pikir lebih. Eh lilin ni beli kat ikea. 1 papan tu ade 50biji kot. Bau dia vanilla. Sedap. Kot boleh mimpi makan aiskrim vanilla ke minum shake vanilla ke..pastu bila dah pasang lilin,terang pulak takleh tido. Macam-macam hal

Published with Blogger-droid v2.0.4

09 April 2012

Aplikasi Android Best : Camera 360 Ultimate

di taip oleh Myee at Monday, April 09, 2012 0 pujaan hati



Apps camera ni yang paling best kot untuk Android je lah. Sebab dia ada macam-macam effect. Nak buat effect Lomo ke, Retro ke HDR yang ala-ala DSLR pun boleh, nak buat effect muka kau hilang jerawat pun boleh. Memang bestlah apps ni. Bila kawan ada tepon android je, mesti aku suggest apps ini. Yelah kau tak payah nak fotoshop bagai untuk hilang jerawat dah.

Amik gambar, masuk effet dan terus boleh upload dekat Facebook. Kembang-kembang bontot orang cakap muka kau bersih takde jerawat. Dulu kena bayar nak ultimate bagai. Sekarang sudah Free.


macam-macam effect boleh pilih. Yang ghost tu aku dulu pernah main dengan adik aku. Lepas tu ko akan nampak lah macam ada bayang hantu. Tunjuk dekat mak aku,mak aku takut. Next day panggil ustaz datang. Dang! Memang kena lah aku kan. 


effect sexy kot. sexy apa tah. aku pun taktau


Bila hari Isnin tiba

di taip oleh Myee at Monday, April 09, 2012 0 pujaan hati

Malam tadi tiba-tiba rajin pulak gosok baju bagai. Sebelum ni main amik je baju apa nak pergi kerja. Bangun lambat pastu selekeh. Tah bila nak pergi kerja cantik2 tah. Dulu dok kat skali melawa gak lah. Pakai bedak sikit,lipgloss sikit,eyeliner sikit,heels sikit. Sekarang selekeh je. Tshirt dengan kardigan lah, baju kurung pun nak taknak gosok. Sebab takde sape pun heran. Lagipun takde laki ensem pun. Takat pavan dengan sri yang tengok,tak kisah pun. Sebab tau kat india tu lagi comot nak bandingkan aku. Tiba pulak rajin nak gosok kemeja. Teringat pulak kalau pakai kemeja kat skali mesti dorang cakap aku cam nak pergi berjalan. Tak faham lah! ke sebab cantik. :p

Mimpi indah ye!

Published with Blogger-droid v2.0.4

07 April 2012

Bila berCHilis bersama KA

di taip oleh Myee at Saturday, April 07, 2012 0 pujaan hati
Dating bulan 1 punya cerita


nama dia  BOTTOMLESS TOSTADA CHIPS. Maknanya korang boleh nak refill bape kali korang nak sampai muak. Tapi aku refill dua kali je lah tu pun tak abis. Rasa macam keropok nachos tu je. Cuma ni rasa tawar gitu. Kalau nachos tu kan ada perisa cheese lah pelah.. 
Air dia pulak Bottomless jugak. Boleh nak refill banyak kali sampai kencing. Aku suka mango. Tiga kali kot aku tambah. Yelah kan, 1 gelas tu RM8.00. So berbaloilah aku minum sampai kencing kan!
Selalu aku makan yang chicken ape tah tu. Kali ini nak cuba burger pulak. CHICKEN RANCH. Tak best sangatlah. Sebab sos dia masam kot
KA amik oldtimer. Boleh pulak dia cakap medium. Aku pulak lupa nak pesan. Memang burgernya daging masak tak berapa nak masak lah kan. Dah cakap medium. Ada merah-merah sikit. Tapi kadang ada orang suka sebab macam juicy sikit lah daging tu.Tah.


Dah siap makan, boleh pulak dia cakap, "Baik makan McD!"  
Sakit pulak hati. Yelah lepas ini taknak bawak dah pergi kedai best. Makan mamak je baru tau.


06 April 2012

Bila survey rumah di Afamosa

di taip oleh Myee at Friday, April 06, 2012 0 pujaan hati
Hari tu tengok dekat mudah kot, ada orang nak jual rumah dekat AFAMOSA Resort. Kawasan dia ok kot, cuma hari cuti tak ramai orang. Kalau hari tak cuti sunyi sepi lah. Harga dia tak sampai pun 300K. Part paling best ada swimming pool. Rumah idaman mesti ada POOL. Baru boleh kurus kot. Lagipun belakang dia luas. Boleh aku buat gondola ke apa ke kan. Nak buat BBQ pun boleh jugak.  Dah berangan ada bunga banyak-banyak dekat tepi pool, lepas tu ada tempat shower sebelum kau masuk dalam pool. 

_blank



Tapi macam jauh pulak nak pusing masuk rumah dan susah nak tengok anak kau mandi dekat kolam tu nanti. Bilik dia ni betul, belakang kolam tu. Kalau renovate, tukar tempat sliding door tu, mesti syok. Bilik tidur mengadap pool. Seronok habis. Kot malam-malam nak berendam dengan laki. 



Bilik air dia macam oldskool sket. Aku tak berkenan even ada bathtub. Rasa macam sempit pulak.

Hall dia pun macam tak cantik sangat. Ada ape tah tu.


Bilik ini 3 bilik je. Dapur tak besar. Aku suka dapur besar. Boleh aku nak feeling buat macam CAKEBOSS ke DC Cupcake kalau tempat nak letak oven besar tak muat. Nak buat coklat tah tah dekat hall kot.

p/s : Rumah tak berapa nak idaman sangatlah macam ni. Sebab part pool je yang best. Survey rumah lagi.

04 April 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, April 04, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.4

03 April 2012

Bila Bergarnier pulak

di taip oleh Myee at Tuesday, April 03, 2012 0 pujaan hati


Feeling nak jadi LISA SURIHANI pulak! 

02 April 2012

Bila berbowling

di taip oleh Myee at Monday, April 02, 2012 0 pujaan hati

Hari tu setelah sekian lama tak berdating dan tak tahu nak buat apa, pergi OU. Nak tengok wayang, cerita macam tak best. Saja lepak dekat bowling arcade tu, tengok murah pulak. Mungkin early bird kot. 3 games rm10. (ke aku yang tak tahu berapa price dia). Mula tu ada orang tu taknak main. Tah pape je kan. 

First game aku menang. Aku pun lama tak main. Main baling je pun

Second games aku kalah sebab orang ofis call mintak report. Time aku cuti sibuk nak tu lah ni lah. Macam-macam hal. So sila salahkan mereka menyebabkan konsentrasi aku terganggu.




Third games pun aku kalah sebab penangan konsentrasi aku terganggu dan kuku ibu jari aku sakit. Maybe salah baling kot. Sampai terkopek kuku tu. Pedih siot.



P/s: nanti dating akan penuhi aktiviti yang selalu aku impikan. Barulah boleh berangan jadi giuliana rancic sebab dia selalu dating dengan laki dia buat aktiviti yang best. Ini semua kesan daripada 





01 April 2012

Bila berTGIF

di taip oleh Myee at Sunday, April 01, 2012 0 pujaan hati
Cerita pergi TGIF dah basi. Bulan berapa tah pergi makan. Tu pun ada orang belanjalah kan. Kalau tak, memang tak masuk pun. 



Appertizer  dia boleh la kan sebab ada buffalo wing dengan fried mozzarella tu je. Yang kentang tu ape tah nama dia, biasa-biasa je kot. Lepas tu ada daun celery tu. Kot nak jadi wonderpets bolehlah nak makan gitu je

Friday's® Three For All





Aku amik  Southwest Mac & Cheese.  Cheese dia punyalah banyak dekat atas tu. Muak kot makan. Tapi orang belanja punya pasal, sambil makan, sambil borak, habis jugaklah kan. sebelah dia tu ada isi ayam. Aku part ayam ni tak suka sangat pun.

Ni steak ape tah. Si eton ni, selera besau. Suka sangat makan ayam lah steak lah. 

Fish and chip dia pun macam best jugak tapi tengok macam sikit je. Macam tak berbaloi pulak.


p/s : ingat nak pergi makan dengan boipren. Tapi tau je lah boipren tu. Setahun berapakali nak dating pun banyak songeh. please lah! Next time nak try Chicken and Shrimp Diablo pulak! Banyak udang kot. Baru lah syiok





Bila Eton dah gatal nak kawen :p

di taip oleh Myee at Sunday, April 01, 2012 0 pujaan hati


Bunga tisu yang di lipat oleh eton, dan di setelkan oleh aku

Nini coklat celup-celup! 
Dapat buat seperti yang aku impikan. Padahal majlis orang

Pelamin dia, dekat penang boleh lah nak dapat murah. Kalau kt KL, kena survey habis-habisan baru dapat harga yang memuaskan hati dan cantik

siap ada goodiesbag kau. Tido kol 2 pagi dah telah menghodohkan jari aku yang tak berapa nak runcing

Baju eton. Baju ini aku pernah nampak dekat Mines. Jumpa masa cari baju dengan yuyu. Aku sajelah suggest dekat dia, dia pun berkenan. Sebab taklah over sangat. Lagipun boleh pakai bila-bila kan. Harga pun dalam RM200 je. Ok je bagi aku even ada orang tu cakap "BELI DEKAT SINI JE?" Eh suka dia lah beli dekat mana pun. Kau sibuk pesal. 

Marshmallow idea aku jugak. Over lagi macam majlis aku 



Hand bouquet dia. Ok jelah. Bunga dari cameron kot 





Cincin tu pun, aku yang berkenan dulu, dok feeling test dekat tomei masa sibuk cari cincin risik eton. Konon cakap kat orang tu, nanti aku datang balik. Pastu si eton balik kampung, cari cincin dengan bakal tunang, cincin yang aku berkenan. Dang! Sibuk nak apa yang aku suka even kaler kuning pun aku dok berangan nanti masa tunang nak kaler tu. ( Tah bila nak tunang tah!) 


p/s : Sibuk nak amik kaler tema aku kuning. Lepas tu saja gedik nak kaler peach pink, emieza pun tiba-tiba buat luah cakap nak kaler tu. Dang. Taulah aku punya lambaaattt lagi. Semua dok nak amik kaler faveret! Pink dengan purple takleh sebab nadia dah buat masa tunang dan een dengan kakak KA masa kawen..
arghhhhhh...
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com