Hari tu pergi crocs. Lama gila tak singgah. Lagipun buat apa nak singgah kalau duit tak ada. Setakat nak tengok-tengok je, jeling-jeling dekat cermin tu kot ada latest punya. Yelah, taknak ketinggalan zaman kan. Kot orang cerita pasal tu la ni lah, kita kena amik tau jugak even tak berapa nak ada duit.
Tapi kali ini, tak kira ada duit ke tak nak beli jugak! Dah siap-siap masuk dalam belanjawan gaji untuk bulan april, mesti beli kasut. Yelah, sejak dua menjak ni, selekeh je pergi kerja dengan pakai wedges bata yang tak semegah tu. Nak tunggu pasar thai tah bila tah nak jumpa. Yelah dok buat kreatif beli wedges sepuluh hengget tu, lepas tu dok jahit manik lah, tampal batu-batu bagi nampak mahal sikit.
Sebelum ni dah terpikat dengan ada satu design nama dia Crocs Adrina flat. Harga RM209 . Macam tak berbaloi je. Tapi selesa gila kot bila pakai. Aku berkenan sangat kaler aqua/celery dengan yang oren tu grapfruit/oyster. Tapi rezeki tak menyebelahi. Maka pendamkan sahaja niat di hati. Lagi sakit hati ada nampak staff dekat opis skali dia pakai kaler purple tu. Aku dah bosan kaler tu sebab ramai kot orang suka kaler tu. Maka aku pun beralih arah ke kaler yang lain.
Tapi bila pergi lagi ada kasut sama macam aku suka. Harga lagi mahal. Pelik lah kan. RM229. Rupa-rupanya, dia boleh tukar kaler bila kena matahari!! Tak ker namanya hebat?! Sangat-sangat seronok. Tak sia-sia aku tunggu, rupanya nak keluar lagi best. Tapi aku rasa dah lama kuar kot design ni. Cuma aku je loser baru pergi tengok.
dia ada dua kaler. Tapi kaler celery tu jugak tarik perhatian aku. Bye-bye purple macam merah kepinkan. Aku dah tak suka sangat sebab celery tu nampak macam matang sikit!
Layan dulu macam mana dia tukar kaler.
p/s : Warghhhhh.. tak sabar tunggu gaji dan tunggu boipren balik. Nak dating pakai kasut baru weh!
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel