31 July 2013
Rezeki
Alhamdulillah.. Betul cakap orang, kalau niat nak kawen tu, adelah rezeki tu nanti.
Malam tadi bercerita dekat boipreng tak kisahlah dia duduk dekat sana sampai abis belajar. 2015 tengah tahun dia dah abis degree. So boleh la nak cerita pasal pindah. Memandangkan tiket-tiket flight agak murah, aku pun tak kisah lah berjauhan. Motif utama dapat aku berjalan dekat sarawak tu. macam pasrah dan redha.
Tapi petang tadi dia call cakap dapat pindah. Ingat main-main. Yelah. Dia ni kadang jenis main-main. Lepas tu suruh teka dapat mana. Penang? Tak. Putrajaya? Tak. Terengganu? Tak. Johor? Tak jugak. Lumut( takut nak sebut sebab exgf dia ada dekat situ. So takut lah kan) ? Tak.
LANGKAWI??!!
Dia berdebar, aku pe tah lagi. Nak sedapkan hati, cakap boleh la beli kereta besar. Langkawi murah!! Lol. Tu yang aku fikir..
Alhamdulillah.. Part paling besar dah termakbul. Aku tak kisah lagi walau jauh. Janji dalam semenanjung. Boleh la aku nak pergi kan. Tercapai dek akal fikiran aku nak drive sampai sana. Tanya dia apply ke? Dia jawab tak. Itulah di namakan rezeki. Dari 2007-2013 dia dekat sana. Ni boleh balik semenanjung. Bersyukur sangat. Tinggal setel untuk transfer belajar pulak.
Hope semua berjalan lancar. Amin..
Categories
Maisarah Nak Kawen
30 July 2013
Rindu
Rindu kehidupan di dungun. Petang-petang stress dok tepi pantai.
Rindu kawan-kawan dekat dungun. Gelak tawa bersama. Pergi karaoke. Pusing bandar, wat assignment tido gilir2, masak merepek, tido, pergi pantai tengok ombak..
Rindu kawan-kawan dekat skali. Macam ramai sekepala. Enjoy je. Tak stress. Shopping sama-sama. Makan mahal sama-sama.
Alhamdulillah sepanjang berkawan, tak pernah berkira. Gift and take. Arini aku tolong kau, esok kau tolong aku. Amik hati pun tak lama. malas nak fikir panjang-panjang. benda dah lepas, lepas. life must go on.
Yang dah kawen pun perangai still sama macam dulu. Takde lah sibuk-sibuk hubby tu hubby ni. Takde pun hubby tak kasi la, hubby tak suka la. Karaoke tetap karaoke. Senyap-senyap. Lantak p lah. Janji enjoy.
Malam-malam gini rinduu weh! Rasa nak balik dungun!!
Categories
Maisarah Lifestyle,
Maisarah Wishlist
27 July 2013
Lama tak pergi exam
Tiba-tiba dapat surat pergi exam. Tak prepare pape. Otak blur. Kosong. Tak tahu nak baca apa. Tak tahu nak buat apa. Hentam je la. Nape tah memang takde hati nak pergi exam. Kang tak pergi kena blacklist.
Dulu dapat pergi exam untuk penolong pegawai. Time tu belajar. So tak dapat pergilah kan. Sampai sudah tak panggil. Entah pe lah nak jawab. Tengok cerita social network je lah.
Baca je lahh untuk sedapkan hati
Categories
Maisarah Work Life
26 July 2013
25 July 2013
Barang apa yang best dekat daiso
Aku memang suka pergi daiso dan barang paling best aku jumpa ialah
Aku banyak beli comferter. Dah la besar bagak, sempit. Solution dia menda alah ni.
24 July 2013
22 July 2013
21 July 2013
3 minggu yang sangat sibuk
Hidup aku kucar kacir semenjak review haritu. Dok repair error, tambah itu tambah ini. Aku masih tak teror lagi. Coding bersepah, blur nak buat if else. Lau buat tak tahu nak letak mana. Tak konfiden lagi nak buat macam yang nak. Kalau mende tu tak kuar, aku angkut menda tu semua pergi ext. mau serabut ext tau.
Entahla dengan boipren nak submit assignment lagi. Time tu la dia kalut nak kena hantar. Buat subjek ekonomi. Susah bebenor. Nak relate pulak. Dia punya tajuk susah bebenor pasal etp. Sudahnya aku gatai ubah tajuk perancangan keluarga. Meraban cerita pasal family planning. Nasib ko lah.
Hope semua setel sebelum raya. Nak cuti raya lama sikit. Penat pergi kerja.
Cara jimat naik erl
Aku ni kira kedekut jugak kadang-kadang tu. kadang tu dalam kedekut nak berjimat. Ka sibuk nak balik time puasa. Yela tahun lepas tak balik raya. Tahun ni kemain sakan. Sebelum ni dia bengang naik aa sebab hal yang hujan lebat. Flight delay, kena beli tiket baru. Mau mengamuk aku. Dia membebel- bebel. Aku yang over. Godek mas, tiket rm2. Pe lagi beli lah. Dapat makan free bagai. Campur tax dalam rm80. Oklah tu kan
Total rm160 pergi balik okeh. Rasanya aa penah dapat sekali je harga macam ni. Pastu dahla xdapat makan,flight delay lagi. Dah turun naik dekat klia, aku pun malas lah nak drive kan. Petang tadi naik erl. Park dekat tbs lah macam biasa. Jimat. Rm3 untuk 1 hari. Jalan ke erl, dekat je. Tak jauh mana pun.
Dari bandar tasik selatan ke klia rm26.50. Kalau 2 orang mau rm53.. So nak jimat, tengok dekat tambang kira tambah, tolak, darab bahagi, dari bts ke putrajaya rm5.30..
Kalau 2 orang baru rm10.60
Dekat putrajaya turun, beli tiket ke klia pulak. Baru rm6.20.
Kalau 2 orang rm12.40.. (Resit takde. Mana campak tah :( )
Total untuk 2 orang baru rm23! Tengok aku dah jimat rm30! Boleh buat makan untuk seminggu dua. Takpun isi minyak seminggu dua. Tapi masa yang diambil lama lah jugak. Lagipun kitaorang takde benda nak kejar. Flight kol 8 lebih.
Lepas hantar, dah pukul 8 lebih, aku terpaksa naik erl direct ke bts. Sorang, dan sedih ditinggalkan. Nak buat macam mana, lesap rm26.50 aku..
15 July 2013
Kereta baru
Hope dapat masuk dalam mimpi! Tahun depan nak abis bayar viva. Bapak aku dah goda-goda dengan kereta fav ni! Entahla.. Fikir masa panjang macam ok. Fikir masa pendek sibuk menyimpan nak kawen. Tapi sedap kot nak travel kl-kulai nanti. Harga pulak monthly dalam 700lebih. Takleh nak menyimpan sangat la. Tapi memang niat pas kawen nak beli kereta lain ataupun pakai je viva tu. entahlahhhhh.. Serabut fikir
Categories
Maisarah Lifestyle,
Maisarah Wishlist
13 July 2013
Wang emas dinar
Sedang berusaha mengumpul sebanyak yang boleh. Aritu semak penyata asb, kena kumpul lagi duit nak kawen. Tak cukup wei. Camne lah orang yang kawen tu saving? 10k pun mau amik masa setahun setengah kot. Tu pun banyak kuar daripada masuk. Tengok dewan je dalam 4k. Bila fikir balik, dari bayar bodo kat dewan tu, baik beli dinar. Kurang-kurang dapat 4 keping 1 dinar. Entahlah penat fikir dan berangan tiap hari
Cerita pasal dinar, dah lama tengok. Dari tahun lepas kot. Time zatul nak kawen. Dia nak wat mas kawen. Sudahnya tak dapat pun dia. Aku pun da stop la tengok. Pastu ecah dok tengok- tengok pulak dan dia beli. Aku pun pe lagi. Paksa la nak buat mas kawen. Kawen tak tahu lagi bila.
Sekarang tengah murah. Boleh lah nak beli. Takut lambat, dah mahal memang tak beli.
Masa pergi kedai dia macam nebes sket la. Security dia kemain lagi. Macam nak pinjam dekat along aku rasa. Yela kedai dia dok tingkat atas. Nak lepas tu ada 3 pagar cam pagar besi. Ada cctv banyak kau. Aku pergi dekat kajang.
Masuk guard tanya kita ni dealer ke customer ke pe tah lagi. Tulis kat buku dia tu. orang yang layan tu ok je. Dia cakap pun faham lah juga. Dekat 30min jugak la nak setel. Isi form, dia cerita nilai spread bagai, login kat page dia, beli on9, Layankan aje..
Sain itu ini, dapatlah dinarnya. Tapi rasa macam nak beli dirham. Untuk simpanan. Cantik. 1 dirham RM90. Lau beli 10 baru RM900. Semua demi masa depan yang lebih cerah.
Dengan ini berangan mas kawen dinar. KA sila praktis akad nikah dengan mas kahwinnya 2 dinar tunai tau. Kang susah nak menyebutnya
Categories
Maisarah Nak Kawen,
Maisarah Wishlist
12 July 2013
One step closer
Alhamdulillah
Mas kahwin Done!
Next fikir cincin pulak ye :)
Categories
Maisarah Nak Kawen
07 July 2013
My Engagement Checklist and Budget
Diri ini dah gatal nak menikah. Eh takde la gatal sangat-sangat. Tapi boleh kawal lagi la. Biarpun lambat lagi sebab kitorang still dalam planning (tapi dah ada tarikh yang dah decide), tetap kena ada checklist. Aku ni jenis yang kena planning itu ini, berangan itu ini so nanti takdelah kelam kabut kan. Dengan ada checklist baru la akan tau sejauh mana kitorang kena buat. Huhu. Parents pun tak tau lagi ni. Dok berangan berdua, planning itu ini. Ada duit cukup, planning lengkap terus cakap nak tunang nak kawen. Tak ada la nyusahkan parents nak fikir itu ini. Kitorang fikirkan sesiap untuk diorang. Setel!
Date : Mac 2014
Time :
Venue : Bandar Tasik Selatan
Theme :
For Her : Pandora (Risik) &Habib (Tunang)
Attire
For Her (RM )
1. Baju :
2. Tudung : sugarscarf/ radiusite
3. Kasut :
4. Accessories :
5. Hand Bouquet :
6. Make up :
For Him (RM 180)
For Him (RM 180)
1. Baju Melayu : Dah beli masa raya (warna kuning! So tema kena kaler kuning lah kan)
2. Kasut : Sendiri
Hantaran ItemsFor Him (RM ____)
Theme Color :
1. Sireh
2. Buah-buahan : yuyu maybe! hahahaha
3. Coklat : nak mintak emieza sponsor :p
4. Cupcake / Cake : mintak Nadia sponsor :P
5. Cookies : nak mintak een sponsor :p
6. Gift : Songket (untuk nikah. Alasan nak pergi Terengganu!)
7.
(kalau sebelum ni dah buat checklist nak mintak sponser dari dorang ni,tau dari tahun lepas aku da tunang!)
For Her (RM ____)(kalau sebelum ni dah buat checklist nak mintak sponser dari dorang ni,tau dari tahun lepas aku da tunang!)
Theme Color :
1. Cincin & Pandora
2. Cookies : famous amos
3. Cupcake/ Cake : wondermilk (RM50-RM80)
4. Sireh
5. Buah-buahan
Capturing the Moments (RM ____)
Capturing the Moments (RM ____)
1. Photographer :
2. Videographer :
Pelamin Decorations - (RM ____)
Pelamin Decorations - (RM ____)
1. Deco :
Food and Favours (RM 1000)
Food and Favours (RM 1000)
1. Catering+ canopy : RM1000 ( Lebih mak bapak bayar :p)
Accommodation (RM____)
Invitation
Accommodation (RM____)
1. Homestay
Invitation
1. Guest : Family and Close Friends
Categories
Maisarah Checklist,
Maisarah Nak Kawen
05 July 2013
Apabila hati rindu
Dok belek bookcafe pts, ternampak description dia. Sangat menusuk kalbu.
" mengingatkan yang hidup ini hanya sementara,
Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata."
" apabila saatnya sudah tiba, jangan jadikan alasan bagi menunda"
Ye memang aku sibuk memikirkan harta benda. Takut untuk hadapi kehidupan selepas berkahwin. Sorang di kl, sorang di sarawak. Kalau dalam semenanjung boleh la aku pergi. Ni jauh seberang laut sana. Tiket flight mau bape dah. Entahla.. Aku tak kisah pun dia dekat penang ke terengganu ke johor lagi la bagus kan. Boleh la tiap minggu travel nak jumpa. Ni jauh sangat. Dari beli tiket tiap bulan pergi balik mau 4 ratus, baik aku kumpul duit tu untuk umrah. Entahlah. Hati ini meronta nak pergi. Lau ikutkan tahun aku pergi haji 2042, entah ada lagi ke tak tah.
Categories
Maisarah Nak Kawen
Khuntoria
Sekarang tiap malam hadap cerita ni, berangan yang tak sudah. Bila part romantik, feeling- feeling story dekat boipren. Jawab dia tunggu kawen. Tu je jawapan sejak dua menjak. Boring betul. Sementara nak tunggu dia balik gym, dapat la layan 3 episod. Part best dorang honeymoon maldives. Cantik sangat laut dia! Part feeling dorang pergi thailand jumpa parent nickhun. Eh macam tersama pulak cerita dia.
Lepas abis cerita ni nak layan cerita apa pulak? Dah penat tunggu running man tiap-tiap minggu. Tengok couple lain lah. Yang teacyeon macam tak best. Tak romantik. Nak serius je. Menyampah lelak i serius poyo. Macam de orang tu. lantaklah. Buat spoil mood orang je.
Categories
Maisarah Lifestyle
Subscribe to:
Posts (Atom)