24 September 2012

Bila bercoding

di taip oleh Myee at Monday, September 24, 2012 0 pujaan hati

Level coding aku sangat basic. Kerja baru guna java. Even guna language apa pun memang aku boleh buat sikit-sikit je. Tah sebab aku memang tak hebat sangat dalam hal ini. Sedih rasa bila tak dapat buat. Aku punya part kena gabung dengan budak praktikal ni. Sedihnya aku tak faham coding dia means tak faham langsung apa dia buat. Yelah dia hebat sangat. Aku tunjuk dekat orang lain,orang lain pun tak faham,ni kan pula aku. Entah lah. Orang cakap lain orang,lain cara dia. Ikut suka nak wat macam mana. Lau orang tak reti macam aku ni, nak ikut suka apa? adoii.. Complicated hidup.
Ni bulan 11 nak duduk client tah macam mana pulak cerita. Dengan 4 orang developer je dalam masa 4 bulan. Mati. Aku nak tarik diri. Aku tak yakin langsung aku dapat bantu. Aku seolah tak reti pape. Memang lah claim lebat,tapi kemampuan aku tak macam tu. Sedih sangat lah hidup.
Takpelah boipren,takde rezeki lebih untuk cari duit lebih untuk kawen. I kerja part time tuisyen boleh? Bosan lah coding ni!
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 September 2012

Bila berdating

di taip oleh Myee at Saturday, September 22, 2012 2 pujaan hati

Aku bila dating suka buat aktiviti. Means takdelah just jalan-jalan, makan-makan or window shopping je. Baru ni lalu dekat cheras selatan,nampak.funfair. Apelagi singgahlah.Pergi funfair naik ferris wheel,main kereta langgar, main tembak-tambak(kalah) main golek- golek bola dengan lempang gelang. Sedih dapat keychin je dan teddy mulut senget. Menyampah je tengok main tembak tu. Konon boipren keje ada la guna senjata, tapi tembak burung bodo tu pun tak jatuh. Haishh. Dahlah 1 token rm2.
---->RM26
Next day pergi memanah pulak. Dekat sunway. Main tah pape jek. Hentam ajelah shoot pun janji best
----> RM27
Tak puas memanah, main bowling pulak. Main 1 game je pun. Saje suka-suka. Lama tak main so dah tak teror lah kan.
---> RM28
Next day nak tengok wayang,tapi sampai dah kol 2lebih. Bas dia kol 6,macam tak sempat nak tengok. Bosan pergi karok jamban je lah. Saje seronok lama tak nyanyi. Lagu duet lah kan
---> RM10
total aktiviti dating untuk 3 hari je RM91 belum kira makan lagi.. Adoiii..cepatlah kawen..
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 September 2012

Bila masuk ofis

di taip oleh Myee at Wednesday, September 19, 2012 0 pujaan hati

Hari jumaat aritu aku stayback konon nak siap kan kerja tapi tak siap pun. Kol 6 balik rehat,mandi dan hantar faris pergi tuisyen. Kol 8 siap nak pergi ofis balik lah kan. Bapak aku macam biasa sibuk nak hantar lah tu lah ni lah. Serabut. Antar dia pergi surau then amik faris. Lapar singgah old town. Aku boleh claim lah nak makan apa. Dah siap makan,malas hantar faris paksa dia balik rumah jalan kaki. Lantaklah. Dah belanja makan,sendiri mau ingat lah.
Yang ada budak praktikal,ramai la gak. Bos pun ada. Menjelang kol 10 ramai tewas. Aku masih bertahan. Discus dengan supervisor dia cakap takpayah pulak modul aku tu. Suruh gabung buat modul lain pulak. Aku dah sampai buat 5page kot selama sebulan lebih dengan function search,insert bagai. Now kena buat lain pulak. Jenuh aku nak faham flow lain pulak. Boyfie pulak dok call bebel. Risau lah tu. Bukan si romeo tu ada. Lau ada aku tak borak or cakap sangat dengan dia. Otak aku dah serabut. Melayan gedik dia memang kena marah lah jawabnya. Lagipun remeo buat kerja terhegeh-hegeh. Dah 3kali gaji kot dia tu still page yang sama. Takpaham aku. Sibuk nak cari kerja lain. Yang basic pun kau tak leh,taktaulah nak cakap camne.
Budak2 praktikal lapar,dorang cal mekdi kol 12.konon 45min hantar. 1230 call balik cakap kena tunggu 2jam. Watde! Alasan rider takde. Kol 3lebih gitu dah pening2 tengok code,zura nak tido pulak,budak2 kebulur. Dorang pergi makan,tinggal aku,zura. Dah rasa tak bes,ajak zura balik. Yelah seram pulak kan. Balik terus tido. Tak fikir apa dah.
Masuk opis dapat mainan chicky meal. Dorang belikan aku makanan. Tapi aku takde. Baik betul budak2 ni. Macam tau jek aku suka mainan budak2. Ingat nak belanja dorang sebab ada tolong aku gak, dorang last bulan 12. Aku kena dok putrajaya pulak bulan 11 nanti. Macam mana yer.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 September 2012

Bila bercarpet baru

di taip oleh Myee at Monday, September 17, 2012 0 pujaan hati

Pergi ikea beli karpet pulak. Duit gaji dua tiga bulan ni memang perabis dekat ikea jelah. Beli almari lah,meja kecik lah now karpet pulak. Tapi puas lah kan balik kerja tengok bilik dah ok sikit. Yela kena sesuai dengan peringkat umur. Tak lama nak kawen kan. Prepare la sikit untuk bilik. Nanti next gaji untuk barang lain pulak kan. Insya ALLAH lau ada rezeki lebih. Ingatkan raya haji nak masuk nama untuk korban. Hope dapat saving untuk bulan ni.rm 250 kena reserve siap-siap. Dah boleh start kira budget lah untuk next month!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila pergi PD

di taip oleh Myee at Monday, September 17, 2012 0 pujaan hati

Tido dekat tanjung tuan. Bilik tingkat 6,nampak lah laut kan. So pergi PD ,memang tak jejak pantai langsung apatah lagi main pasir pantai. Tah macam tak feel sangat. Yelah pergi semua besar. Lau ada budak kecik beslah kan mandi swimming pool ke bawak mandi laut. Ni macam ape je. Tak best langsung. Tido dekat bilik,tengok tv. Baik duduk rumah je kan. Membazir jek.
Published with Blogger-droid v2.0.6

15 September 2012

Bila ada duit lebih sikit

di taip oleh Myee at Saturday, September 15, 2012 0 pujaan hati


Akan berusaha gigih simpan duit untuk beli tupperware kaler pink dan purple.. Berangan nak barang dapur kaler ni. Bestnya. Tak sabar. Yelah, menjelang nak kahwin, takut tak dapat pulak nak beli. Sementara bujang trang tang tang ni kan, kumpul selagi mampu. InsyaALLAH

14 September 2012

Bila cerita pasal rumah part 2

di taip oleh Myee at Friday, September 14, 2012 0 pujaan hati
Show house tu dah siap. Boipren ajak pergi tengok. Means pergi kulai lah kan. Bila tah nak pergi tengok tah. Yela susah nak pergi dah. Aku cakap tak kisah lah macam mana pun rumah tu. Janji leh duduk. Paksa suh tengok itu ini. Takut nanti aku bebel tak ok ke ape. Alah aku bukan memilih sangat. Tak kisah. Tapi barang dalam tu aku kisah la nak beli apa kan.
Dok cakap dekat boipren takyah la tengok. Nak suprise. Budget hadiah perkahwinan konon. Tapi monthly bayar sesama. Macam mana tu?hentam je lah...

Published with Blogger-droid v2.0.6

09 September 2012

Bila cerita pasal rumah

di taip oleh Myee at Sunday, September 09, 2012 0 pujaan hati
Riuh pasal nak beli rumah ni. Sakit pulak hati ni kan. Kadang nak je cakap tak payah lah beli sekarang. Lagipun tak pasti nak duduk mana. Tapi aku beralah lau memang aku takde jodoh dengan dia, kurang-kurang ok lah dah dia beli dekat johor tu kan. Papehal senang. Takkan nak suruh beli dekat melaka atau kl. Memang taklah. Lau ada jodoh pun aku beralah kena duduk sana dan cari kerja lain.
Tapi yang bengang orang sekeliling dia. Dok psycho dia "ada ke kau duit nak bayar 1k tiap-tiap bulan?" "senanglah bini kau cuci kaki jek!" dan macam-macam helah lagi. Lepastu mamat ni serabut lah fikir pasal duit. If jadi dengan aku or sewaktu dengannya, aku as BINI or ISTERI mesti la tolong kan laki aku. Paham gaji masing-masing bukan 10k pun. Alah aku bukan jenis "eh tu tanggungjawab kau suami sediakan itu ini". Please la aku takde lah nak berkira sangat. Lau orang berkira dengan aku, setiap sen pun aku akan berkira balik.
Tahla. Nak bayar tu aku leh je. Tapi untuk sekarang share bayar, no way. Sebab takde ape2 hubungan. So kawen dan sama-sama fikir dan kira duit macam mana nak setel kn hal pasal rumah. Yang lagi bengang dia ada loan lain untuk tolong orang. tu yang aku geram sangat sebab orang tu pun argue lah "kau sanggup ke nak bayar". Lau aku ade dekat situ memang kena sembur lah "sanggup lau kau setelkan hutang kau kat aku!". 
Tahla. Kadang tu susah de orang sekeliling yang tak bagi semangat. Bagi menjatuhkn semangat tu memanglah ramai. Hope dapat bertahan dengan karenah orang ramai.
p/s: geram yang teramat T_T
Published with Blogger-droid v2.0.6

06 September 2012

Bila cerita pasal

di taip oleh Myee at Thursday, September 06, 2012 0 pujaan hati

Ada kawan ofis ni, dia gatal sangat nak kawen. Balik raya haritu dia ada la pergi rumah pompuan tu. Dia tak kenal pun. Yang kenal abang dia kot. Dia cakap pompuan tu ayu, cantik, dan macam-macam lagi lah. Siap berangan nak tunang la, cari cincin, survey harga semua lah. Dok canang dekat orang tu lah ni lah. Pompuan ni mak dia tauke beras. So kaya lah. Kawan ni kerja biasa je. Tak kaya pun. Kerja pn macam apa je. So dok hari-hari cerita. Mesej la tu la. Siap nak add FB lagi.

Lepas add, tiba-tiba yang laki ni berubah hati. Takde dah perempuan ni ayu, cantik,hitam manis la tu la. Sebabnya tengok gambar dekat fb,pompuan tu biasa jek. Tak ayu,cantik dan macam2 lagi. Terus mesej dekat pompuan tu nak kawan je sampai bila-bila. Kalau aku jadi pompuan tu sedih kot. Kau nak yang putih,cantik,kurus,tinggi. Sedangkan kau tu biasa je. Taklah ensem mana pun. Bersyukurlah ada orang nak dekat kau. Daripada takde. Yang aku takleh terima sebab pompuan tu biasa je.. Mana tau kau boleh ubah dia jadi luar biasa ke... Tahlah manusia nak yang lebih,tapi lupa kekurangan diri sendiri

Published with Blogger-droid v2.0.6

04 September 2012

Selamat pengantin baru emieza

di taip oleh Myee at Tuesday, September 04, 2012 1 pujaan hati
Lagi sorang kawan dah selamat menjadi isteri. Semoga jodoh berpanjangan sampai jannah tau. Jangan gaduh over sangat. Kalau tak tahan diam je. Buat bodoh. Biasa lah macam-macam dugaan. Sabar je lah. Tapi biasa la lelaki. Bila kita marah ke apa ke dorang diam je. Sakit hati jugak lau macam tu. Dah nak wat macam mana. Dah kawen kan. Lau dulu leh la hilang ke nak merajuk lama-lama. Sekarang tak boleh dah la. Tiba teringat konon kau merajuk pesal pe tah. Cakap kat abg farrid pergi lepak pantai sensorang. Padahal kuar dengan kitorg lepak kedai makan. Abg farrid mesej kat orang risau2. Lelaki kan macam tu. Lau tak, tak risau pun.
Ingat lagi masa nak nikah tu. Lom pape lagi kau dah sedih. Orang lagi la sedih. Nyampah. Tak boleh tengok orang nangis. Nak bergenang je. Tiba aircond buat hal. Hilang mood sedih. Kelakar. Lau de pape mesej je lah orang.. Orang ade kan. Yela sebelum orang kawen kan.. Sedih pulak berjiwang buat entry untuk kau. Jumpa di presint 2 nanti
Published with Blogger-droid v2.0.6
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com