24 September 2012

Bila bercoding

di taip oleh Myee at Monday, September 24, 2012 0 pujaan hati

Level coding aku sangat basic. Kerja baru guna java. Even guna language apa pun memang aku boleh buat sikit-sikit je. Tah sebab aku memang tak hebat sangat dalam hal ini. Sedih rasa bila tak dapat buat. Aku punya part kena gabung dengan budak praktikal ni. Sedihnya aku tak faham coding dia means tak faham langsung apa dia buat. Yelah dia hebat sangat. Aku tunjuk dekat orang lain,orang lain pun tak faham,ni kan pula aku. Entah lah. Orang cakap lain orang,lain cara dia. Ikut suka nak wat macam mana. Lau orang tak reti macam aku ni, nak ikut suka apa? adoii.. Complicated hidup.
Ni bulan 11 nak duduk client tah macam mana pulak cerita. Dengan 4 orang developer je dalam masa 4 bulan. Mati. Aku nak tarik diri. Aku tak yakin langsung aku dapat bantu. Aku seolah tak reti pape. Memang lah claim lebat,tapi kemampuan aku tak macam tu. Sedih sangat lah hidup.
Takpelah boipren,takde rezeki lebih untuk cari duit lebih untuk kawen. I kerja part time tuisyen boleh? Bosan lah coding ni!
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 September 2012

Bila berdating

di taip oleh Myee at Saturday, September 22, 2012 2 pujaan hati

Aku bila dating suka buat aktiviti. Means takdelah just jalan-jalan, makan-makan or window shopping je. Baru ni lalu dekat cheras selatan,nampak.funfair. Apelagi singgahlah.Pergi funfair naik ferris wheel,main kereta langgar, main tembak-tambak(kalah) main golek- golek bola dengan lempang gelang. Sedih dapat keychin je dan teddy mulut senget. Menyampah je tengok main tembak tu. Konon boipren keje ada la guna senjata, tapi tembak burung bodo tu pun tak jatuh. Haishh. Dahlah 1 token rm2.
---->RM26
Next day pergi memanah pulak. Dekat sunway. Main tah pape jek. Hentam ajelah shoot pun janji best
----> RM27
Tak puas memanah, main bowling pulak. Main 1 game je pun. Saje suka-suka. Lama tak main so dah tak teror lah kan.
---> RM28
Next day nak tengok wayang,tapi sampai dah kol 2lebih. Bas dia kol 6,macam tak sempat nak tengok. Bosan pergi karok jamban je lah. Saje seronok lama tak nyanyi. Lagu duet lah kan
---> RM10
total aktiviti dating untuk 3 hari je RM91 belum kira makan lagi.. Adoiii..cepatlah kawen..
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 September 2012

Bila masuk ofis

di taip oleh Myee at Wednesday, September 19, 2012 0 pujaan hati

Hari jumaat aritu aku stayback konon nak siap kan kerja tapi tak siap pun. Kol 6 balik rehat,mandi dan hantar faris pergi tuisyen. Kol 8 siap nak pergi ofis balik lah kan. Bapak aku macam biasa sibuk nak hantar lah tu lah ni lah. Serabut. Antar dia pergi surau then amik faris. Lapar singgah old town. Aku boleh claim lah nak makan apa. Dah siap makan,malas hantar faris paksa dia balik rumah jalan kaki. Lantaklah. Dah belanja makan,sendiri mau ingat lah.
Yang ada budak praktikal,ramai la gak. Bos pun ada. Menjelang kol 10 ramai tewas. Aku masih bertahan. Discus dengan supervisor dia cakap takpayah pulak modul aku tu. Suruh gabung buat modul lain pulak. Aku dah sampai buat 5page kot selama sebulan lebih dengan function search,insert bagai. Now kena buat lain pulak. Jenuh aku nak faham flow lain pulak. Boyfie pulak dok call bebel. Risau lah tu. Bukan si romeo tu ada. Lau ada aku tak borak or cakap sangat dengan dia. Otak aku dah serabut. Melayan gedik dia memang kena marah lah jawabnya. Lagipun remeo buat kerja terhegeh-hegeh. Dah 3kali gaji kot dia tu still page yang sama. Takpaham aku. Sibuk nak cari kerja lain. Yang basic pun kau tak leh,taktaulah nak cakap camne.
Budak2 praktikal lapar,dorang cal mekdi kol 12.konon 45min hantar. 1230 call balik cakap kena tunggu 2jam. Watde! Alasan rider takde. Kol 3lebih gitu dah pening2 tengok code,zura nak tido pulak,budak2 kebulur. Dorang pergi makan,tinggal aku,zura. Dah rasa tak bes,ajak zura balik. Yelah seram pulak kan. Balik terus tido. Tak fikir apa dah.
Masuk opis dapat mainan chicky meal. Dorang belikan aku makanan. Tapi aku takde. Baik betul budak2 ni. Macam tau jek aku suka mainan budak2. Ingat nak belanja dorang sebab ada tolong aku gak, dorang last bulan 12. Aku kena dok putrajaya pulak bulan 11 nanti. Macam mana yer.....

Published with Blogger-droid v2.0.6
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com