27 July 2011

Selamat Ulangtahun kamu!

di taip oleh Myee at Wednesday, July 27, 2011 2 pujaan hati
dah setahun aku dengan dia. macam-macam halangan dah hadap. tapi lebih-lebih dari dia lah. ada je orang penyibuk dok mengedik. tak tahu lah sapa mengedik dengan siapa. kot ye pun yang perempuan tu kalau cantik ke slim ke dan lebih dari apa yang aku ada, aku tak heran la. ni setakat ^&*(^%% please lah. yang bini orang pun sama. laki kau mana tah la. tak faham aku dengan orang macam ni. tak cukup kasih sayang agaknya. tahla.. hati masing-masing. tapi aku ni takde pun nak rindu kekasih lama ke apa ke. benda dah lepas untuk apa kenang-kenang. just go on with your life. kau ada life kau. jangan nak ganggu kami.

tapi nak salahkan sebelah pihak pun tak boleh juga. tapi takpelah. benda lama. buat penat fikir. lau ada jodoh, adalah. kadang aku pun malas nak fikir pasal ni. tapi aku sayangkan hubungan ini. sayang apa yang telah hadapi bersama.

setelah setahun, mungkin kita telah mengenal diri masing-masing dan beri peluang memperbaiki mana kurang untuk kebahagiaan bersama. laut china selatan yang memisahkan banyak mengajar erti kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan. kadang-kadang ia salah digunakan membuat kita sedar yang kita masih memerlukan antara satu sama lain dan itu mengukuhkan lagi hubugan ini.

p/s: selamat ulang tahun. semoga hubungan ini berakhir dengan kebahagiaan.

12 June 2011

Cerita konvokesyen dah basi

di taip oleh Myee at Sunday, June 12, 2011 3 pujaan hati


Dah nak dekat sebulan kot convo. tapi baru sempat nak cerita. yela. sibuk kerja siang malam. 9pagi-9 malam. memang seronok sangat lah dekat office tu. lepas ni nak bawa selimut, tuala bagai la. baru semangat nak buat kerja. pasal convo ni, tak menarik sangat pun. ye la buat dekat dungun. leh cakap, biasa-biasa je majlis dia. tak lah se gah di dewan baru dekat shah alam tu.

memang takde mood nak pergi pun. pulak tu sampai sana, stay mayangsari. dekat luar kemain havoc aku tengok. bila masuk dalam, mak ai tempat dia. macam rumah ape tah. dengan biliknya kotor, toilet bersemut. please la. macam tu ke korang buat bisnes? mana lah orang tak ramai datang.

pergi amik jubah, orang tu mula-mula offer saiz S. aku perasan besar, mintak la saiz M. konon nak buat sedar diri lah. bila nadia datang, aku pun mintak saiz S. haaha..baru lah nampak comel kot saiz S. ingat nak posing la dekat pantai tapi takde pun. duduk kedai pink minum-minum terjumpa emieza dengan bakal bapak mertua..opsss..
ajak si azreena, mak dia bebel sebab tunang tak datang. maka aku dengan nadia la lepak bersama. rasa macam air jagung dah naik harga kot. tapi tak sedap mana pun sekarang. dah tawar hebeh.

da janji dengan supervisor masa fyp nak pergi rumah dia,maka aku pun pergi la. yela, baru ni dia jatuh, tulang bahu ke tulang pe tah terkehel. pergi la melawat. kalau pergi memang tak sah kejap. mau berjam dari cerita pasal sakit sampai la ke anak dia, semua cerita. sampai maghrib gak la lepak. tunggu bf nadia sampai. yela, semua bf nak datang. lama gak la tunggu. paham je lah laki ni..yang leh cakap, sabar je la. perangai semua sama.
nak cerita tu je. luahan hati. layan gambar ye!

gambar baling topi mesti ada



pic ramai-ramai

menyempat ikat tocang lagi.

p/s : pic konon studio dan dekat pentas tu, tak cantik..

p/s 1 : tahniah kawan-kawan. cepat kawin ye. umur makin lama makin meningkat. aku? hmmmm

29 May 2011

Dalam dilema

di taip oleh Myee at Sunday, May 29, 2011 2 pujaan hati
pejam celik,pejam celik nak masuk 6 bulan aku kerja dekat company tu. lagi 5-6 bulan lagi aku harus bertahan. dan selama 6 bulan aku tak de la menabung banyak sangat demi masa depan yang lebih terjamin. mana tak nya, hutang pendidikan diploma masih berbaki lagi. cepat-cepat lah habis boleh nak berangan guna Iphone ke BB torch ke. ye la handphone yang ada kejap-kejap mati. ada hantu apa. sebab dekat rumah je ko nak mati. dekat luar, tak de pun. tak paham lah dengan telefon ni. rasa nak campak dekat dinding pun ada jugak. tapi tu yang ada, sabar je lah.

aku masih dilema sebab aku tak berapa nak faham job description aku sebenarnya buat apa. ye lah, kejap programmer, kejap webmaster, kejap translator. yang part programmer tu tak abis dengan liferay, nak buat migration la sampai aku tiba-tiba dapat migrain. yang part webmaster pulak sibuk dengan content tu lah ni lah. yang part translator tu, bosan sikit sebab nak translate BM ke BI maka aku pun guna la jalan pintas guna google translate. pastu adjust la kasi sedap sikit ayat dia. hahaha. yang tak boleh blah, staff dekat situ pandai memilih untuk bagi orang yang siapkan kerja mereka. almaklumlah ada yang lembab aka slow, ada yang tak paham-paham orang cakap. susah kerja dengan orang macam tu,elok leh buat kejap bila involve orang tu, maka berharian lah mende tak settle sampai kena stayback. pastu tak leh claim. memang macam hahahahraaam lah. senang je cakap kitorang ni pangkat executive takleh claim. lain la pangkat clerk. tapi buat keja macam kuli kot..

takpelah..nak buat macam mana. memang kuli...

p/s: rasa macam nak buka company sendiri je buat la freelance pape pun. malas nak bangun pagi hadap jammed pagi-pagi. kerja dari rumah lagi bagus. tapi bukan umah yang sekarang duduk ni ye. kang lagi serabut dengar orang dekat rumah membebel.

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com