12 June 2011

Cerita konvokesyen dah basi

di taip oleh Myee at Sunday, June 12, 2011


Dah nak dekat sebulan kot convo. tapi baru sempat nak cerita. yela. sibuk kerja siang malam. 9pagi-9 malam. memang seronok sangat lah dekat office tu. lepas ni nak bawa selimut, tuala bagai la. baru semangat nak buat kerja. pasal convo ni, tak menarik sangat pun. ye la buat dekat dungun. leh cakap, biasa-biasa je majlis dia. tak lah se gah di dewan baru dekat shah alam tu.

memang takde mood nak pergi pun. pulak tu sampai sana, stay mayangsari. dekat luar kemain havoc aku tengok. bila masuk dalam, mak ai tempat dia. macam rumah ape tah. dengan biliknya kotor, toilet bersemut. please la. macam tu ke korang buat bisnes? mana lah orang tak ramai datang.

pergi amik jubah, orang tu mula-mula offer saiz S. aku perasan besar, mintak la saiz M. konon nak buat sedar diri lah. bila nadia datang, aku pun mintak saiz S. haaha..baru lah nampak comel kot saiz S. ingat nak posing la dekat pantai tapi takde pun. duduk kedai pink minum-minum terjumpa emieza dengan bakal bapak mertua..opsss..
ajak si azreena, mak dia bebel sebab tunang tak datang. maka aku dengan nadia la lepak bersama. rasa macam air jagung dah naik harga kot. tapi tak sedap mana pun sekarang. dah tawar hebeh.

da janji dengan supervisor masa fyp nak pergi rumah dia,maka aku pun pergi la. yela, baru ni dia jatuh, tulang bahu ke tulang pe tah terkehel. pergi la melawat. kalau pergi memang tak sah kejap. mau berjam dari cerita pasal sakit sampai la ke anak dia, semua cerita. sampai maghrib gak la lepak. tunggu bf nadia sampai. yela, semua bf nak datang. lama gak la tunggu. paham je lah laki ni..yang leh cakap, sabar je la. perangai semua sama.
nak cerita tu je. luahan hati. layan gambar ye!

gambar baling topi mesti ada



pic ramai-ramai

menyempat ikat tocang lagi.

p/s : pic konon studio dan dekat pentas tu, tak cantik..

p/s 1 : tahniah kawan-kawan. cepat kawin ye. umur makin lama makin meningkat. aku? hmmmm

3 pujaan hati:

MieZa on June 13, 2011 at 1:55 PM said...

tak cantik jugak gmbr atas pentas dgn studio! tension jer....huhu

Myee on June 22, 2011 at 10:34 PM said...

muka org jd kaler oren.pastu tahla..amik pic kt kamera sendiri lg cantikkkkk

نورازريناابوحيري on June 29, 2011 at 2:33 AM said...

betul2. sgt2 xcantik.

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com