29 May 2011

Dalam dilema

di taip oleh Myee at Sunday, May 29, 2011
pejam celik,pejam celik nak masuk 6 bulan aku kerja dekat company tu. lagi 5-6 bulan lagi aku harus bertahan. dan selama 6 bulan aku tak de la menabung banyak sangat demi masa depan yang lebih terjamin. mana tak nya, hutang pendidikan diploma masih berbaki lagi. cepat-cepat lah habis boleh nak berangan guna Iphone ke BB torch ke. ye la handphone yang ada kejap-kejap mati. ada hantu apa. sebab dekat rumah je ko nak mati. dekat luar, tak de pun. tak paham lah dengan telefon ni. rasa nak campak dekat dinding pun ada jugak. tapi tu yang ada, sabar je lah.

aku masih dilema sebab aku tak berapa nak faham job description aku sebenarnya buat apa. ye lah, kejap programmer, kejap webmaster, kejap translator. yang part programmer tu tak abis dengan liferay, nak buat migration la sampai aku tiba-tiba dapat migrain. yang part webmaster pulak sibuk dengan content tu lah ni lah. yang part translator tu, bosan sikit sebab nak translate BM ke BI maka aku pun guna la jalan pintas guna google translate. pastu adjust la kasi sedap sikit ayat dia. hahaha. yang tak boleh blah, staff dekat situ pandai memilih untuk bagi orang yang siapkan kerja mereka. almaklumlah ada yang lembab aka slow, ada yang tak paham-paham orang cakap. susah kerja dengan orang macam tu,elok leh buat kejap bila involve orang tu, maka berharian lah mende tak settle sampai kena stayback. pastu tak leh claim. memang macam hahahahraaam lah. senang je cakap kitorang ni pangkat executive takleh claim. lain la pangkat clerk. tapi buat keja macam kuli kot..

takpelah..nak buat macam mana. memang kuli...

p/s: rasa macam nak buka company sendiri je buat la freelance pape pun. malas nak bangun pagi hadap jammed pagi-pagi. kerja dari rumah lagi bagus. tapi bukan umah yang sekarang duduk ni ye. kang lagi serabut dengar orang dekat rumah membebel.

2 pujaan hati:

نورازريناابوحيري on June 3, 2011 at 12:03 AM said...

delima aku masih belum bekerja. hahaha

MieZa on June 9, 2011 at 4:10 PM said...

sama lah kita =(

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com