Bila duduk saje,aku mesti teringat tentang kehidupan aku di dungun.. Aku tau mungkin kawan yang lain akan bertanyakan tentang 'orang tua' yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku dulu. Aku telah tinggalkan dia sebab aku dah tak perlukan dia lagi. Aku kejam sebab aku tukar no telefon dan berdiam diri begitu sahaja. Kadang aku menyesal buat begitu. Tapi apakan daya, aku ada jalan hidup aku sendiri dan dia ada jalan hidup dia sendiri.
Dia memang terlalu baik dan tak pernah menyakiti hati aku. Tapi aku tak pernah sayangkan dia lebih dari kawan. Aku senang kawan dengan dia. Aku susah senang dengan dia. Banyak dia bantu aku. Aku tak akan lupa semua jasa baik dia. Pernah aku keluar dengan dia. Tapi kesian, Orang mengata dia dan aku.
Aku peduli apa orang nak kata. Tapi biasalah mulut orang. Tapi ada sesetengah lihat macam aku dengan pakcik. Mungkin sebab dia tua dari aku dan warna kulit yang agak gelap. Kawan pernah jugak gelakkan aku dengan dia. Tapi tahlah.. Aku biarkan aje. Bila dia bosan, dia pergi laut. Memancing dan menjala ikan. Sebab tu gelap kot. Kalau dia teringat aku masa pergi laut, ade lah dia bagi ikan ke sotong dekat aku. Dia tak pernah berkira dengan aku. Tapi bila aku tak layan dia,mula merajuk kalahkan budak muda. Serabut aku. Dia ni kalau keluar, mesti pakai perfume kuat gila. Kadang tu aku rimas baunya,kuat sangat. Takut minyak pengasih je dia bagi dekat aku. Kalau dia wangi, aku pun mesti kena wangi jugak. Dia bagilah perfume kat aku dan macam tau aku suka bau yang sweet.
Tapi sejak aku balik kl,memang aku harus lupakan dia terus sebab aku taknak hubungan tu berterusan,sebab aku yakin dia bukan untuk aku. Masa dekat sana dulu, susah la. Pusing-pusing jumpa je kawan dia. Ni dah balik kl, senang nak lari. Aku tukar semua no telefon aku supaya dia tak dapat hubungi aku lagi. Tapi dekat fb,aku still berkawan dengan dia. Dia mesej aku tak reply,dia tulis dekat wall aku diamkan. Biarlah dia menyalahkan aku sebab mungkin ini cara terbaik untuk aku keluar dari hidup dia. Kadang tu aku tengok, rasa macam sedih dia menagih kasih dari aku. Apa aku boleh buat.. Aku hanya mampu berdoa semoga dia jumpa wanita yang terbaik untuk dia. Bukan macam aku.
Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku. Aku akan kenang dia sampai bila-bila tanpa ada perasaan benci mahupun dendam..
P/s: maisarah dah jauhkan diri dari semua lelaki,KA bila lagi nak buat benda yang sama ni dekat perempuan2 di luar sana?kalau belum selesaikan hal dengan perempuan2 diluar sana,sampai bila-bila kita tak akan kahwin sebab aku takkan terima orang yang tidak ikhlas
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel