09 January 2012

bila aku tak pernah kisah

di taip oleh Myee at Monday, January 09, 2012

Tak pelah kalau kau tak ikhlas mencintai aku sebab aku tak pernah pun nak mengata macam-macam dekat kau. Tapi sekarang, akan aku luahkan segalanya..


Aku tak pernah kisah pun tentang kisah lampau kau kerna aku tau setiap manusia perlu diberi peluang..


Aku tak pernah kisah pun tentang diri kau sebab aku terima kau seadanya..


Aku tak pernah kisah pun tentang pekerjaan kau sebab aku tau setiap manusia rezeki dia berlainan..


Aku tak pernah kisah tentang pelajaran kau sebab aku tau jika diberikan peluang kau akan usaha sebaiknya..


Aku tak pernah kisah tentang duit mahu pun harta kau kerna aku tahu kau akan berusaha mencari duit untuk masa depan kau..


Aku tak pernah kisah tentang fizikal kau sebab aku terima kau dengan hati yang ikhlas..


Aku tak pernah kisah untuk membelanjakan duit aku untuk kau sebab aku tau kau juga telah dan akan membelanjakan wang untuk aku..


Tapi aku kisah kalau kau nak cakap benda yang menyakitkan hati aku seperti kau tak ikhlas mencintai aku.. Kalau itu yang kau mahukan,pergilah jauh-jauh agar kau tidak menyakiti hatiku lagi......


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com