02 January 2012

Bila bercerita pasal azam

di taip oleh Myee at Monday, January 02, 2012

Salam 2012,



Seperti biasa kalau tahun baru je, semua mesti cakap pasal azam tahun lepas tercapai ke tak, azam tahun baru lah. Sama je tiap-tiap tahun azam nak kurus. Tapi kurus sekejap je, lepas tu makan tak ingat. Nak buat macam mana, ada kawan yang suka makan. If makan sikit nak peril. Dang! Suka lah nak makan macam mana pun. Lagi beberapa hari boipren nak balik plus nadia nak tunang mesti mahu kelihatan cantik. Tapi tak tahu lah kan sempat ke tak. Lagi 2 minggu kot memang tak sempat kurus pun. Lantaklah kadang tu malas nak fikir. Azam tahun lepas, adalah tercapai contoh nak kerja. Lepas tu nak setel hutang mara! Yeay!! Barang-barang idaman tu, ada jugak lah. Semuanya lancar. Tapi dari segi hubungan tu. Tahlah, aku seorang yang sangat beremosi. Kalau dia tahan, tahan la even sometimes tu aku yang tak tahan dengan dia… pape pun, harung je lah kehidupan seperti biasa. Pergi kerja mengadap  coding, balik kerja mengadap jammed. What a boring life.. Masa tu lah teringat dungun la pe la. Mungkin ia takkan terulang kembali tapi harapan, kalau boleh nak cari kerja dekat tempat yang aman damai tak perlu melalui rintangan lalu lintas yang boleh menyebabkan kestressan melampau.


Azam 2012 nak kumpul duit sebanyak mungkin untuk kehidupan yang lebih terjamin dan nak renovate bilik. Means taklah nak pecah dinding bagai. Cuma nak pandangan yang lain pulak. Bosan kot dari aku umur aku 14 kot warna bilik tak berubah, perabot yang sama, memang sangat membosankan. Dah survey perabot dari ikea. Yelah de orang tu datang rumah aku, nak tengok bilik aku macam dalam katalog ikea ke tak. Haishhh… tu pun sibuk. Bilik aku sepah je dengan tah pape barang. Takdelah ikea sangat pun!

0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com