31 January 2012

Bila nak start jogging

di taip oleh Myee at Tuesday, January 31, 2012 0 pujaan hati

Kasut ni masih tak digunakan lagi dan masih di dalam kotak. Hari-hari kunci jam nak bangun jogging sebelum pergi kerja. Tapi mata ni lah,taknak bukak. Pejam je. Pergi kerja pun dah la lambat. Apa nak jadi dengan diri sendiri pun tak tau. Konon nak kurus,boipren dah belikan kasut pun tak pakai lagi.dah dekat seminggu lebih dah. Tapi bila dah semangat tu,hari hujan lah kan. Memang tak bagi aku kurus lah tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

27 January 2012

bila 22012012

di taip oleh Myee at Friday, January 27, 2012 0 pujaan hati

nadia kawan dari sem 1 sudah ditunangkan dengan pilihan hati. Kenal dah lama kot. Tapi aku takleh lau kenal lama2 ni. Aku cepat bosan. Yelah lau perangai pelik2 mana aku tak marah. Time ni bf balik, boleh la nak gedik2 pergi dengan dia. Tapi biasalah lelaki. Merimaskan. Dahla aku ada tugas penting untuk dilakukan, dia nak buat muka pulak. Tak best okeh. Next time tak mo bawak dah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

25 January 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, January 25, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.4

19 January 2012

bila hati mula menjauh

di taip oleh Myee at Thursday, January 19, 2012 0 pujaan hati

tahla..ade je benda tak kena. ada je benda nak marah..padahal benda kecik je pun...bersabarlah kamu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

15 January 2012

Bila berIRELAND potato

di taip oleh Myee at Sunday, January 15, 2012 0 pujaan hati

aku ni kalau bab kentang, memang feveret lah. mana tak besar peha tu. dulu pergi dating-dating dekat sunway dulu, jumpa stall ni sebelum nak tengok wayang. kalau pergi makan dengan boipren, memang tak puas. dia makan banyak, aku pulak kena control. arghhhh masa dating dengan dia lah nak makan macam-macam. nak tunggu 3bulan sekali balik lepas tu nak makan sedap-sedap, terliur tu tunggu nak balik

ini dia potatonya
best tapi mahal...


sebekas tu je rm11.80

tapi ikut gak amik perisa apa.  

12 January 2012

Bila dapat result muet

di taip oleh Myee at Thursday, January 12, 2012 0 pujaan hati
Tahniah untuk boipren yang dah lulus muet. Boleh la tarik paper sem depan. Cepat sikit habis belajar, lepas tu kawen..Lagipun dah jimat RM450 untuk 2 paper.





 Anyway, 



Good Luck For Your Final! Dean List Okeh! Penat tau tolong buat assignment sampai kita gaduh-gaduh. 

Bila terkenang kehidupan yang lalu

di taip oleh Myee at Thursday, January 12, 2012 0 pujaan hati

Bila duduk saje,aku mesti teringat tentang kehidupan aku di dungun.. Aku tau mungkin kawan yang lain akan bertanyakan tentang 'orang tua' yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku dulu. Aku telah tinggalkan dia sebab aku dah tak perlukan dia lagi. Aku kejam sebab aku tukar no telefon dan berdiam diri begitu sahaja. Kadang aku menyesal buat begitu. Tapi apakan daya, aku ada jalan hidup aku sendiri dan dia ada jalan hidup dia sendiri.


Dia memang terlalu baik dan tak pernah menyakiti hati aku. Tapi aku tak pernah sayangkan dia lebih dari kawan. Aku senang kawan dengan dia. Aku susah senang dengan dia. Banyak dia bantu aku. Aku tak akan lupa semua jasa baik dia. Pernah aku keluar dengan dia. Tapi kesian, Orang mengata dia dan aku.

Aku peduli apa orang nak kata. Tapi biasalah mulut orang. Tapi ada sesetengah lihat macam aku dengan pakcik. Mungkin sebab dia tua dari aku dan warna kulit yang agak gelap. Kawan pernah jugak gelakkan aku dengan dia. Tapi tahlah.. Aku biarkan aje. Bila dia bosan, dia pergi laut. Memancing dan menjala ikan. Sebab tu gelap kot. Kalau dia teringat aku masa pergi laut, ade lah dia bagi ikan ke sotong dekat aku. Dia tak pernah berkira dengan aku. Tapi bila aku tak layan dia,mula merajuk kalahkan budak muda. Serabut aku. Dia ni kalau keluar, mesti pakai perfume kuat gila. Kadang tu aku rimas baunya,kuat sangat. Takut minyak pengasih je dia bagi dekat aku. Kalau dia wangi, aku pun mesti kena wangi jugak. Dia bagilah perfume kat aku dan macam tau aku suka bau yang sweet.


Tapi sejak aku balik kl,memang aku harus lupakan dia terus sebab aku taknak hubungan tu berterusan,sebab aku yakin dia bukan untuk aku. Masa dekat sana dulu, susah la. Pusing-pusing jumpa je kawan dia. Ni dah balik kl, senang nak lari. Aku tukar semua no telefon aku supaya dia tak dapat hubungi aku lagi. Tapi dekat fb,aku still berkawan dengan dia. Dia mesej aku tak reply,dia tulis dekat wall aku diamkan. Biarlah dia menyalahkan aku sebab mungkin ini cara terbaik untuk aku keluar dari hidup dia. Kadang tu aku tengok, rasa macam sedih dia menagih kasih dari aku. Apa aku boleh buat.. Aku hanya mampu berdoa semoga dia jumpa wanita yang terbaik untuk dia. Bukan macam aku.


Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku. Aku akan kenang dia sampai bila-bila tanpa ada perasaan benci mahupun dendam..


P/s: maisarah dah jauhkan diri dari semua lelaki,KA bila lagi nak buat benda yang sama ni dekat perempuan2 di luar sana?kalau belum selesaikan hal dengan perempuan2 diluar sana,sampai bila-bila kita tak akan kahwin sebab aku takkan terima orang yang tidak ikhlas


Published with Blogger-droid v2.0.2

bila aku kena memikirkan orang lain,

di taip oleh Myee at Thursday, January 12, 2012 0 pujaan hati

Aku juga manusia biasa yang mahukan kebebasan tanpa memikirkan orang lain. Tapi kenapa aku susah nak dapat peluang itu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Bila ber CHILI's

di taip oleh Myee at Thursday, January 12, 2012 0 pujaan hati
OLDTIMER

 CHICKEN RANCH

CRISPY HONEY-CHIPOTLE CHICKEN CRISPERS
(fav aku. next time nak try oldtimer lah. tapi aku kurang sikit kalau daging-daging.)


nanti nak pergi dengan boipren pulak lah. air dia bottomless.so boleh refill banyak mana sampai terkencing lah.

11 January 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, January 11, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.2

09 January 2012

bila aku tak pernah kisah

di taip oleh Myee at Monday, January 09, 2012 0 pujaan hati

Tak pelah kalau kau tak ikhlas mencintai aku sebab aku tak pernah pun nak mengata macam-macam dekat kau. Tapi sekarang, akan aku luahkan segalanya..


Aku tak pernah kisah pun tentang kisah lampau kau kerna aku tau setiap manusia perlu diberi peluang..


Aku tak pernah kisah pun tentang diri kau sebab aku terima kau seadanya..


Aku tak pernah kisah pun tentang pekerjaan kau sebab aku tau setiap manusia rezeki dia berlainan..


Aku tak pernah kisah tentang pelajaran kau sebab aku tau jika diberikan peluang kau akan usaha sebaiknya..


Aku tak pernah kisah tentang duit mahu pun harta kau kerna aku tahu kau akan berusaha mencari duit untuk masa depan kau..


Aku tak pernah kisah tentang fizikal kau sebab aku terima kau dengan hati yang ikhlas..


Aku tak pernah kisah untuk membelanjakan duit aku untuk kau sebab aku tau kau juga telah dan akan membelanjakan wang untuk aku..


Tapi aku kisah kalau kau nak cakap benda yang menyakitkan hati aku seperti kau tak ikhlas mencintai aku.. Kalau itu yang kau mahukan,pergilah jauh-jauh agar kau tidak menyakiti hatiku lagi......


Published with Blogger-droid v2.0.2

Bila berhadiah untuk budak 1 tahun

di taip oleh Myee at Monday, January 09, 2012 0 pujaan hati
hadiah aku yang kecik tu je. jenuh gak lah tawaf toysRus nak cari hadiah apa yang sesuai. nak bagi lego, kang tercekik, nak bagi play doh, kang makan pulak. best kot bau dia. last decision beli
....
...
...


...
...
...
...
...
.

sekarang dia sudah suka air dan nak mandi dalam pool aje sampai selsema lah demam lah. kalau iman mandi je, mesti mama dengan aunty dia upload dan tag aku. aku beli dua sebab zahra pun besday dekat-dekat. pengsan lau tiap-taip tahun macam ni. 

nanti besday anak buah boipren nak suruh dia beli beso sikit, muat la 3orang budak kecik tu nak mandi. mandi dekat rumah nenek je. mahal la bil air nanti sebab bukan budak kecik yang main, tah -tah haikal dengan zurin yang main.




bila berINSTAX Mini

di taip oleh Myee at Monday, January 09, 2012 0 pujaan hati
Kisah wordless wednesday hari tu yang aku letak gambar instax mini  tu sebenarnya, aku dah beli. Memang dah dalam wishlist aku kan, maka banyak kali survey, tak tahan dah jiwa dan naluri aku melihatnya. Bila tau dah gaji, jumpa ke kedai kamera aku tanya harga. ada mahal ada murah. Last aku pergi mid, tanya dekat cina tu dia cakap rm240 kamera sahaja. Memandangkan kaler pink tak ada, biru pun jadi la.. Sebelum beli dah nak dengki dekat adik aku. Nak juga kaler pink. tinggal kaler biru je.. belum apa-apa dah dengki..
so dah dekat seminggu lebih aku beli. Tapi tak try pun lagi. Ingat nak rasmi sama-sama dengan boipren nanti. Cepatlah balik dah tak sabar nak guna ni



Bila BerDOME

di taip oleh Myee at Monday, January 09, 2012 0 pujaan hati







05 January 2012

Bila berdelicious

di taip oleh Myee at Thursday, January 05, 2012 2 pujaan hati
adik aku sibuk nak pergi sini sebab jeles aku penah makan dengan boipren. kedai dia cozy sangat. tapi dekat dua residence tu lagi best kot. ni pergi makan dekat bangsar village je. ramai sangat orang sebab masa tu dah gaji kot. besday aku, aku yang kena belanja.. haish..


Four Cheese Macaroni Mozzarella, Gruyere, Parmesan & White Cheddar 
 RM21.90
yang ni faris makan. muak sebab cheese dia banyak, tapi portion dia macam sedikit untuk orang macam faris makan.

Mama's Beef Bolognese Spaghettini 
RM21.90

yang ni aboy makan. biasa-biasa je. masam sebab tomato banyak kot. kalau macam ni, senang je buat dekat rumah!

Carbonara Spaghettini
with Oyster Mushrooms, Beef Bacon, Oregano & Cream

RM24.90

feveret aku. dah dua kali pergi, mesti amik yang ni. yang lain tak tahu lah. tekak ni asyik nak makan yang ni je




Frosty Lychee Lime :D
sangat fresh. lychee dengan lime, memang terbaik lah. sebab makan cabonara tu macam muak, minum ni tak lah muak sangat kan.


Classic Beef Lasagne
RM20.90

lasagne ni ok je kot sebab mak aku yang amik

Chicken & Leek Pie
RM20.90
chicken pie ni, biasa-biasa je

04 January 2012

Bila iman& zahra 1 tahun

di taip oleh Myee at Wednesday, January 04, 2012 0 pujaan hati









wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, January 04, 2012 0 pujaan hati

03 January 2012

Bila pergi ke pejabat PTPTN

di taip oleh Myee at Tuesday, January 03, 2012 0 pujaan hati


aku tak tahu sangat pasal ujrah ni, nak cerita lebih pun tak guna gak pasal ujrah ini sebab aku pinjaman pendidikan dari MARA. Tapi aku rasa tarikh tutup 31 disember 2011. aku pergi pun sebab aku teman kawan hantar last minit. nak suruh drive, memang dorang tak tahu. macam manalah nak survive hidup kalau drive pun tak tahu. lagi satu, biasalah nak tutup baru terhegeh nak hantar, kalau tak buat tak tahu je. lagi pun, dekat je dengan ofis, takde hal lah masuk ikut signboard pintu ke 2 istana negara yang baru tu. dekat depan tu tak ada pulak signboard PTPTN.

kaunter dia

aku tengok orang kerja dekat situ macam orang mengandung even tak mengandung. yelah jalan kehulu hilir pakai selipar jamban dan stokin. kalau sejuk pun, takyah lah beria sampai keluar kau pakai stokin. lagi satu, tau lah nak pergi toilet, kot ye pun, lalu lah pintu belakang ke tepi ke. dah la berurusan dengan orang ramai, so jaga lah sikit. tak seronok pandangan mata ni melihat situasi begitu.



bila nak pmr 2012

di taip oleh Myee at Tuesday, January 03, 2012 0 pujaan hati

adik aku nak pmr taun ni, maka aku bertanggungjawab untuk dia berjaya lah kan. jangan jadi macam aku. hahaa. sipi2 je dari dulu lagi. pergi mid valley cari buku latihan. habis dekat rm70 gak lah.


balik tu mak aku suruh dia pergi tuisyen. dia taknak. aku suh baca buku aku beli taknak gak. memang mengamuk lah aku kan. geram bebenor rasa. lau anak aku, tak tau lah pe aku dah kerjakan. agaknya macam tu lah perasaan mak bila anak malas. baru aku tau


Published with Blogger-droid v2.0.2

02 January 2012

Bila bercerita pasal azam

di taip oleh Myee at Monday, January 02, 2012 0 pujaan hati

Salam 2012,



Seperti biasa kalau tahun baru je, semua mesti cakap pasal azam tahun lepas tercapai ke tak, azam tahun baru lah. Sama je tiap-tiap tahun azam nak kurus. Tapi kurus sekejap je, lepas tu makan tak ingat. Nak buat macam mana, ada kawan yang suka makan. If makan sikit nak peril. Dang! Suka lah nak makan macam mana pun. Lagi beberapa hari boipren nak balik plus nadia nak tunang mesti mahu kelihatan cantik. Tapi tak tahu lah kan sempat ke tak. Lagi 2 minggu kot memang tak sempat kurus pun. Lantaklah kadang tu malas nak fikir. Azam tahun lepas, adalah tercapai contoh nak kerja. Lepas tu nak setel hutang mara! Yeay!! Barang-barang idaman tu, ada jugak lah. Semuanya lancar. Tapi dari segi hubungan tu. Tahlah, aku seorang yang sangat beremosi. Kalau dia tahan, tahan la even sometimes tu aku yang tak tahan dengan dia… pape pun, harung je lah kehidupan seperti biasa. Pergi kerja mengadap  coding, balik kerja mengadap jammed. What a boring life.. Masa tu lah teringat dungun la pe la. Mungkin ia takkan terulang kembali tapi harapan, kalau boleh nak cari kerja dekat tempat yang aman damai tak perlu melalui rintangan lalu lintas yang boleh menyebabkan kestressan melampau.


Azam 2012 nak kumpul duit sebanyak mungkin untuk kehidupan yang lebih terjamin dan nak renovate bilik. Means taklah nak pecah dinding bagai. Cuma nak pandangan yang lain pulak. Bosan kot dari aku umur aku 14 kot warna bilik tak berubah, perabot yang sama, memang sangat membosankan. Dah survey perabot dari ikea. Yelah de orang tu datang rumah aku, nak tengok bilik aku macam dalam katalog ikea ke tak. Haishhh… tu pun sibuk. Bilik aku sepah je dengan tah pape barang. Takdelah ikea sangat pun!

01 January 2012

bila 2012

di taip oleh Myee at Sunday, January 01, 2012 0 pujaan hati

orang dok update pergi dataran lah icity lah g konsert search la.. aku dok umah jer. tengok tv pun tak. dok bilik layan perasaan. what a boring life!

Published with Blogger-droid v2.0.2
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com