30 November 2010

mama and daddy nak balik haji

di taip oleh Myee at Tuesday, November 30, 2010 3 pujaan hati




pejam celik, kejap je masa berlalu.. 
rasa macam semalam je hantar mama n dadi kat tabung haji. rasa macam semalam je aku gaduh dengan adik aku, rasa macam semalam je aku mengadu kat mak aku, nangis-nangis stress.macam macam lah aku rasa..
sabtu ini dorang dah nak balik..
harap semuanya selamat..





sesi menulis nama dekat beg. 
selalu bapak aku yang tulis nama kat beg faris. beg sendiri, lupa pulak nak tulis.




sesi mengalirkan air mata.
aku menangis sebab fikir tanggungjawab. bukan sebab lain..
lagipun,mak aku start dulu, aku pun follow la..




last pic semua yang pergi menghantar

Ayat-ayat yang menyerabutkan jiwa

di taip oleh Myee at Tuesday, November 30, 2010 1 pujaan hati
aku paling tension bila soalan-soalan mencabar minda ni. macam lah aku jawab,aku dapat kerja. ini menambahkan sakit hati je ada lah. tapi aku wat tak tahu je. kang mental aku layan dorang ni.
antara soalan nya ialah..



  • aku tengok kau macam anak orang kaya je...
nampak macam mana tah. baju aku pun,bukan lah branded sangat. takde pun jeans guess, esprit, ke pe ke. alah setakat beg aku yang sale 30% je kot. ke rupa aku nampak macam orang kaya? dah nama maisarah. maksud kesenangan. tu yang nampak senang tu.haha!!
  • amik diploma ke degree??
ye aku amik degree business computing. kenapa? memang masa sekolah aku malas,kuat main snooker dalam kelas,dok depan ke belakang ke, tido je memanjang. tak percaya? semua orang ada rezeki masing-masing. memang masa sekolah aku macam har je. dok mengedik. tapi sekarang ni, dah kurang sikit la..haha.ye lah.umur dah meningkat..
  • macam mana boleh kenal??
part ini susah nak jawab. nak tergelak rasa bila Mr. A tanya kenal kat FB ke? kemain ye pakcik pandai fb-fb ye. kenal lah macam mana pun. lau telah tertulis dan tersurat, dok celah pelusuk dunia pun, leh jumpa.
  • keje askar?pangkat ape??
soalan ini masa raya baru ni. adoii..celah mana pulak datang askar ni pun aku tak tau. askar laut ke darat ke udara?? memang la aku ada saje wat main-main cakap nak kawen bawah pedang. tapi tak de la sampai cari askar kot ye pun. lagi satu part pangkat ape tu tak boleh blah. dah askar tu tak wujud nak pangkat ape pun, aku tak paham. aku bantai la, kuli je..
  • bila nak habis belajar?
okies..sekarang aku dah habis belajar. so ape ko nak tanya lagi? mesti pasal kahwin kan? soalan yang terlalu common. sangat lah bosan..next..
  • best ke kat dungun tu?
best ke? sangat.hahahhaa.ada laut yang terbentang luas..main pasir..duduk dekat benteng, nyanyi-nyanyi..ada lah mende yang takde kat kl tu.. kenal macam-macam jenis perangai..tapi, semua kehidupan di dungun sudah berakhir..

meh kita tengok best ke tak dungun tu..








 peeass: lantak lah korang nak tanya ape pun,janji aku bahagia dan semakin menambahkan berat badan.......

28 November 2010

bila raya di dungun

di taip oleh Myee at Sunday, November 28, 2010 2 pujaan hati
raya haji baru ni memang tak sempat nak balik KL..lagipun lau balik mama n dadi bukan ada pun. takde sape nak masak rendang.so aku dan budak lain decide raya je lah kat dungun tu. nak buat macam mana. dah nasib badan.
malam tu bukan main lagi nak pergi semayang raya kat masjid UITM lah, masjid biru lah.last-last tak bangun pun. sangat teruk..bukan ape, lagipun 2-3 hari sebelum tu memang tak tido lah siapkan final year project tu..

memang sangat letih. mana tak nye kena buat COURSEWARE@SYSTEM, THESIS lagi, sebelum tu QUESTIONNAIRE.. kalau budak faculty business buat thesis dan questionnaire.walhal masa praktikal. aku pulak, nak menghadap 4 paper final.memang haru la..date dia pun terbaik 3papers straight. memang masuk air lah aku.

sambung cerita raya balik

kambing masih berkeliaran di sura perdana. ke kambing ni lari takut kena sembelih?
sekawan lembu pun sama juga..mau pergi mana la...

  1. raya rumah kema..makan laksa penang. hah!orang terengganu masak laksa penang..bedal je lah.lagipun dah kebulur.
  2. raya rumah puan rozma. dulu KP kitorang. dulu mula-mula garang..sekarang ni aku dengan nadia paling kamceng. asyik lepak rumah dia je. dia masak nasi dagang kelantan dengan nasi minyak. 
  3. rumah miss dayah makan sup tulang..suka sangat.dapat makan dengan roti ko. macam kedai mamak. rindu nak makan kedai sup dekat titiwangsa tu..




gambar kenangan bersama puan.

beraya dalam bot nelayan!

ayu gila korang ni melompat dengan baju kurung! "memang ayu gila!!"


dah penat korang melompat, duduk sopan santun pulak....

last kitorang akhiri HARI RAYA QURBAN dengan menaiki
.
.
.
..
.
...
....

.......
eye on dungun!hahaha,,

sangat seram dan rasa tak selamat sebab bunyi kriuk-kriuk menda alah tu. dah la pusing berapa kali tah. nak muntah aku. sumpah tak nak naik dah!




peeass:akan ku kenang dan ingati raya qurban bersama korang semua. memang kita qurban lah raya didungun tanpa rendang ketupat..

saya sudah habis belajar

di taip oleh Myee at Sunday, November 28, 2010 0 pujaan hati
Dengan ini saya seorang penggangur..
nak kerja, malas lagi.
duduk rumah saje..
main fb je pun bosan.mana tak nye sibuk member dok tunjuk laki bini lah, tunjuk perut lah,tunjuk anak la..
BOSAN ok! meluat pun ada juga. rasa nak remove or hide je korang ni
tau lah.korang semua hidup dah lengkap.aku?
tak fikir lagi.
betul ZJ cakap, "makin banyak umur, makin banyak fikir,makin semua nak perfect"
last-last jadi macam aku ni.
nak rumah macam ni lah, kereta macam tu, nak macam ni la, sok nak kawen nak buat macam ni tak nak macam ko..tak nak susah macam kau la,aku macam ini lagi senang lah. memang banyak songeh bila umur dah bertambah. so sape2 yang masih muda tu, lau rasa nak kawen awal, cepat-cepatkan lah sebab takde fikir merepek macam aku ni..last tah umur berapa baru kawen..




peeass: kamu jom kawen!!
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com