21 January 2015

Budget Trip Ke Phuket Krabi 2014 - Part 4

di taip oleh Myee at Wednesday, January 21, 2015
Pagi dekat Glur Hostel agak sejuk jugak. Sebab dia dekat dengan gua batu kapur dan keadaan hutan masih terjaga lagi. Ain bangun awal sebab dia nak minum kopi. Dia bangun dulu dari aku. Tah macam mana aku selesa pulak tidur malam tu berbanding deela yang bantal bau masam. Nak katil bawah punya pasal! Haha. Tips akulah, pastikan bawak tuala kecik untuk lapik bantal. Tido hostel ke hotel memang aku akan lapik bantal tu. Banyak kot peta-peta dunia yang telah dijajah oleh orang sebelum aku.





Van sampai agak lambat jugak. Siap call orang tu van tak sampai lagi atau kami ditinggalkan. Kitaorang berpecah tiga-tiga. Aku, Deela, dan Ain tidur dekat Hostel. Yang lagi tiga tidur dekat Hotel. Nampak tak beza. Standard kami berbeza. Kami naik van penuh 12orang, dan mereka cuma berlima sahaja. Harga sama je. Takpelah kami sempat berkenalan dengan macam ragam manusia dalam van ini. Kami seat belakang sekali.

Ada couple honeymoon dari Malaysia, stay dekat 3bees ikut pakej sama. Dahlah van agak penuh, tinggal satu seat kat belakang dengan kitaorang. Maka dia terpisah dengan husband dia. Husband dia ngamuk van lambat. Pastu laki dia macam dah takde mood. Muka pun tak happy je. Memang sepanjang tour tu dok perhatikan orang je kerja aku dengan ain. Memang boleh geng. Tapi malas nak layan sangat dak ain ni. Menjadi-jadi bergosip. Dari aonang ke tiger caves agak jauh, aku sempatlah la borak dengan budak tu tanya dari mana, berapa pakej ni yang dia kena bayar. Memandangkan dia berdua, so orang tu ketuk dia mahal jugak. Kitaorang konon bangga dapat murah. Penat borak, aku pun pejam mata. Entah kenapa senang bebenor mata ni nak pejam. Lagipun duduk belakang, agak pening jugak.

Sedar-sedar dah sampai tiger caves. Taty and the geng naik gajah dulu. Deela dengan ain gigih naik tiger caves 1236 anak tangga. Aku mampu tunggu dekat bawah bersama taty and geng.




 Lepas tu pergi naik gajah. Konon seronoklah. Padahal menakutkan. Gajah besar dan geli. Ada pakcik gajah tu menakutkan. Mata sebelah dia kena katarak kot. Kelabu je anak mata dia dengan gajah dok main belalai. Kitaorang nak naik bertiga, dapat la mak gajah. Kesian sebab dia kena cucuk-cucuk. Geng mat saleh memang tak naik gajah sebab bagi dorang, penyiksaan terhadap gajah. So lepas ni memang taknak  naik gajah dah.



Dari gajah singgah tempat lunch berhampiran emerald pool. Makan lauk ikan. Katanya halal. Sebab tempat yang tak halal diasingkan, dorang makan ape, tak tengok pulak. Selesai makan perlu menapak ke emerald pool dan blue pool. Dahlah lepas hujan, tanah lembik nak ke blue pool.





Blue pool ni tak boleh mandi. Banyak sulfur. Kalau mandi, tak tahulah ape jadi. Kalau sampai sini, cuba tepuk tangan. Ada keluar buih. Sebab keluar buih entah. Dah puas selfie, kami turun ke emerald pool. Nak masuk ke dalam tu kena hati-hati. Macam berlumut tepi-tepi tebing tu. Kedalaman paras dada. Boleh la nk kuak lentang bagai.


Dah puas mandi kena menapak pulak balik ke van. Bape minit je pun berendam. Lencun jalan ke van. Rupanya kami dah terlambat . Nasib baik ada yang lagi lambat. Lepas tu ke kolam air panas pulak. Kecik je tempat dia. Kena menapak jugaklah. Memang turun bape gram aku asyik berjalan je. Adalah orang siam tu dok berkemban dalam kolam. Geng budak ampang cakap taknak amik gambar berlatarbelakangkan mak enab! Rupanya nak cakap nang nak jadi mak enab. Mak enab celah mana tah dia sebut.

Dah setel trip, masa untuk pulang. Dah janji dengan taty and geng jumpa dekat tepi pantai. Pesan dekat driver taknak balik lagi. Lama jugak tunggu dorang sambil menyaksikan matahari terbenam. Rupanya dorang balik mandi. Aku dengan yang lain kebasahan dah nak kering baju dan dalam-dalam. ** tips : pakai bra and panties yang tak tebal atau nipis. Cepat kering dan senang jemur.


Konon nak dinner sesamalah last  night in krabi katanya. Jalan cari makan, kedai indian je banyak dekat area depan pantai. Dahlah sejuk, masuk jelah. Sebabkan esoknya nak balik, cari menu yang sedap.


Puas lepak, tetiba dorang nak try massage. Sepanjang jalan tu memang ada orang dok buat massage. Cari nak murah konon, tapi 250baht jugak untuk sejam. Urut guna coconut oil katanya. Dengan baju basahnya nak lembab nak pergi urut pulak. Mula-mula dok siap-siap berkemban sorang-sorang, sekali orang urut tu tarik langsir, dah macam wad bersalin masing-masing. Dahlah berenam, berkain batik pulak. Riuh rumah urut tu.

Bagi aku urut biasa tak puas. Urut manja-manja je. Jenuh nak suruh kuat. Lainkali nak try thai massage. Lagi kuat katanya. Part paling sedap letupkan badan!


Sesudah urut, nak balik ke hostel jalan kaki. Konon nak habiskan malam-malam terakhir. Jauh jugaklah. Tapi tak penat pun. Yelah lalu kedai, cuci mata, tengok mat saleh menjerit-jerit dekat fish spa, lalu kedai makan, kedai cenderahati, kubur, kedai makan lagi, masjid. Sepanjang perjalanan pulang, aku asyik sendawa je keluarkan angin. Pukul 10 lebih jugaklah sampai. Macam biasa simpang hostel tu ada pasar, cuci mata lagi. Memang tak rasa penat.


Mandi, kemas beg siap nak balik esok!




0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com