21 January 2015

Budget Trip Ke Phuket Krabi 2014 - Part 2

di taip oleh Myee at Wednesday, January 21, 2015
Pepagi tu dah bangun sebab alarm taty bising. Aku memang kalau bising, senang terjaga. Sudahnya pukul 5 lebih dah bangun. Pegi gosok gigi kejut yang lain pukul 6. Sebabnya van datang amik pukul 0730-0745. Yelah sebab dengar cerita, siapa yang lambat, memang dorang tak tunggu. Lagipun ramai yang ada aktiviti, so pagi tu memang ramai jugaklah dah siap mandi. 

Free breakfast dekat hostel start pukul 8-10 pagi. Memang tak sempat nak makan dekat situ. Refill air mineral dan beli roti dekat 7eleven. Makesure bawak botol air kalau korang nak travel. Sebabnya refill jelah air. Taklah membazir asyik nak beli air je. Pagi tu sebelum van datang cari kedai konon nak beli casing waterproof. Yelah nak amik gambar dalam air. Kedai tak bukak lagi. Van macam biasa tunggu dekat depan simpang. Nampak ada kedai tu baru nak bukak. 100Baht je. Aku pun singgah beli. Dahla bawak duit besar. Jenuh orang tu nak pulangkan balance. Van dah bunyi hon sebab lambat. Kesahhhhhh..

Perjalanan nak ke pier tu jauh jugak. Aku sempat pejam mata. Turun van, dapat sticker untuk tandakan group mana. Dok dengar briefing dulu sebelum mulakan perjalanan. Kalau ibu mengandung ke apa ke memang tak di sarankanlah pegi buat aktiviti ni. Yelah dok di lambung ombak kan. Tak nak lah benda bukan-bukan berlaku. Oh trip ke phiphi sorang 1500baht termasuk transportation,lunch, fruits, dan peralatan snorkling.




Tour guide ni macam garang. Lepas tu dia sebut kapitan cannot go near the .. ke apa tah. Aku memula ingat pedia lah dia cakap ni. Rupanya kapten! 




1st stop dekat maya bay. Beria nak amik gambar dengan longtail. Tapi macam tak yakin. Longtail kebanyakkan datang dari krabi. Phuket jauh jugak nak ke sini dan longtail sangat murah.





Ramai sangat orang kat sini. Tak mandi pun sebab sibuk amik gambar. 



Bertapa ramai sangat orang. Tak best betul. 









Cubaan selfie dalam air


Ni makanan yang disediakan. Lauk dorang halal. Kalau tak yakin, makan je buah. 



Phiphi island ni pernah kena tsunami suatu ketika dulu. Kalau ada tsunami, ikut arah untuk berhimpun.








Cubaan ikut posing tiz zaqyah. Hahaha



Buah-buahan free. Rasa dia sangat manis dan sedap. Tak puas makan rasa. Tembikai dia banyak air, warna pun kemerah-merahan. Menarik sangat


Pencuci mulut ketika tunggu ain. Aku malas nak mandi sebab panas terik sangat. Dok tengok orang mandi jelah.



Yeayyy kami dah berjaya menjelajah phi phi island.


Ni tempat-tempat yang bot ni bawak dan mana yang sempat di checkin oleh taty. 

Petang tu kami pulang ke hostel, dekat pukul 6 jugaklah. Malam tu cari kedai makan. Konon nak cari kedai apa tah, tak jumpa. Salah jalan. Sudahnya pegi la kedai jual nasi briyani dan sewaktu dengannya. Lapar nasi malam tu.

Orang kedai tu kemain cakap kedai dia masuk tripadvisor la pompang pompang. Aku malas nak layan. Mintak nasi goreng biasa dan pedas. Memang pedas lah. Campur cili potong lagi. Berair mata. Nasi goreng 80baht.

Lepas makan, dia amikkan gambar, suruh cerita pasal dia. Masuk kat tripadvisor. Kesah pulak aku.

Malam terakhir di phuket, jalan-jalan sekitar bangla road. Cuci mata, cari barang, cari baju i love phuket. Jenuh la jugak. Standard boleh dapat 150baht. 😭


Beli nutella banana yang jadi buah mulut ketika pergi thailand. Biasa jelah kedai ni buat.


Ni pancake dia!
Banyaknyaaa tiger. Hahaha
Nah cenderahati dari phuket! Packing barang ke krabi pulak!




2 pujaan hati:

Unknown on January 28, 2015 at 1:52 AM said...

Salam...thanks for the info sgt berguna...boleh tw tak kt maner nk dapat pakej trip ke phi phi island tu.. mcm bnyk je pulau dia pegi

Myee on January 31, 2015 at 7:33 PM said...

@al-wadud Mahmud Depan pondok polis mengadap laut dekat bangla road 😁

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com