21 January 2015

Budget Trip Ke Phuket Krabi 2014 - Part 3

di taip oleh Myee at Wednesday, January 21, 2015
Seperti yang di janjikan minivan datang pukul 745am untuk amik kitaorang. Masa tengah siap packing, orang tu dah ready breakfast. Sempat la makan roti bakar dengan jem strawberi. Dorang ada sediakan telur goreng, tapi aku tengok warna kuning dia lain macam. Sementara tunggu, aku sesiap pulangkan tuala dengan selimut dan kunci locker.

Duk seronok makan roti bakar, van pun sampai. Nasib baik orang tu datang tanya dekat kaunter. Kalau tak, memang kena tinggal. Dengan sorang dok beria sedap sangat kopi thailand katanya. Tengok van dah penuh dengan orang dan beg. Tinggal seat depan sebelah driver dengan adalah belakang tu.


Co pilot yang cun

Yelah Phuket ke Krabi jauh jugak. Jalan dia tak macam dekat Malaysia. Macam ikut jalan lama. Dalam 4jam lebih. Tambang 500Baht. Van ni bawak laju jugaklah. Mula-mula tu dok berpeluk dengan deela kot kang dia terkona baring dekat driver. Lama tu naik kebas jugak tangan aku. Terus tak pegang dah.Boleh sampai dungun jarak dia. Aku sempat nampak simpang Inara Phuket. Ala yang Neelofa dengan Kim K pernah duduk. Lepas tu tak ingat apa dah.



R&R katanya

Terjaga sebab minivan berhenti dekat R&R versi thailand selama 40minit. Kedai takdelah best sangat. Duduk makan buah je yang mampu. Masa dekat R&R ada orang turun, aku pun naklah pindah duduk belakang memandangkan ada seat kosong. Tapi driver tu cakap, belakang tu tak best. Pening. Baik duduk depan. Macam tu lah ayat dia. Tapi memang aku tak pening sepanjang perjalanan tu. Minivan start gerak, aku sambung tido lagi. Sedar-sedar dah sampai krabi. Macam biasa minivan ni akan hantar dekat tempat persinggahan dorang. Promote pakej island dan aktiviti yang ada.. Kitaorang cakap kitaorang sudah booking hostel dan tunggu minivan yang akan bawak kitaorang ke hostel. 

Menunggu van yang lambat tiba

Ikat beg atas bumbung sebab nak jimatkan ruang dalam van. Kalau letak bawah, memang tak muat. Beg saleh ni semua gabak-gabak stok bape minggu punya travel


Yang peliknya semua mat saleh dan minah saleh ramai. Kami berempat saje gadis melayu Asia. Dengan ada adegan lelaki mabuk lagi. Sangat menakutkan. Masa sampai tu hari jumaat pulak, jenuh la tunggu driver balik solat jumaat. Agak buang masa jugaklah dekat sini. Tapi experience berhadapan dengan orang mabuk. Aku ingat kitaorang je yang meluat tengok, geng mat saleh lain pun meluat tengok orang mabuk tu.

Van yang hantar ke aonang penuh, so terpaksa tunggu van lain. Kalau tak, awal dah sampai. Dekat phuket dah try capsule, kali ini duduk dorm pulak. Takde beza pun. Lebih kurang je. Katil dua tingkat, dan ramai orang dalam tu. Masa book hostel ini, ada sorang tu cakap mahal. 60Baht/ Nite.  Aku dah nebes lah. Yela kot dia tak suka hostel aku book ni. Jauh jugak dari pantai. Nama dia Glur Hostel. Sebut dalam bahasa thai Gle~ 


**Hostel yang sangat wajib bagi yang budget ciput


Mula-mula book untuk empat orang lepas tu aqilah tak jadi ikut, so aku cancel la. Tak sangka pulak taty nak tidur hostel ni. Pegi tanya, dah penuh pulak untuk malam ini. Nak try sumbat pun tak boleh. Owner ni mat saleh dan agak tegas jugaklah. Kitaorang setelkan checkin dan dapatkan kunci bilik. Owner hostel akan tunjukkan bilik and toilet. Masuk je bilik, deela dah cop katil bawah. Kasi can la sebab penat bontot dia duduk tengah dalam van. So aku pun dapat katil atas. Ain pulak dapat katil atas view yang menarik! Mengadap swimming pool uolls. 60baht dan dapat view swimming pool. Mana nak dapat! Masa sekolah dulu dok hostel katil atas, kali ini pun katil atas. Dapatlah mengimbau zaman muda remaja. 


Nombor bilik kami. 8orang makhluk boleh menghuni didalam dorm ini



Tempat beradu di malam hari
Agak privasi jugak la ada bidai-bidai. Kot malas nak layan borak, tarik je langsir. So takde la orang nak kacau
View dari tingkap bilik


Toilet dia. Memang asrama sangat 



Kesah taty tak abis lagi. Dok discus apa nak buat dengan dia. Cari hostel berdekatan penuh jugak. Nak tak nak taty kena follow yang lagi dua orang yang duduk hotel mahal. Banyak kesah jugaklah yang terjadi. Setel semua, dah lapar. Jalan keluar dari simpang hostel, banyak kedai masakan halal dan muslim. Kedai sarepah yang famos amos tu pun dekat sangat dengan hostel ini. Jangan risau. Banyak makanan halal. Memandangkan sarepah uolls tu bukak malam, ada kedai adek-adek ni, ada orang malaysia baru siap makan. Dia siap buat good katanya sedap makanan dekat sini. Kami pun cuba. Memang sedap dan berbaloi. Nama kedai tak ingat. Yang pasti waiter dia adek-adek la. Makan dekat krabi agak mahal jugaklah. Dalam 700Baht untuk 4orang makan.


Tomyam udang, telur bungkus dan kerabu mangga

Tengah hari rambang tu konon nak jalan kaki ke aonang, jalan separuh, ketiak becak. Tahan tuktuk untuk ke aonang. 20Baht untuk seorang. 



Kalau sempat, memang dah naik longtail dah

Dalam 5 minit, kami pun sampai di AoNang yang penuh dengan deretan kedai yang jual cenderahati. Tengok jam dah pukul 4 lebih. Longtail pun dah taknak bawak pegi laut. Ye lah nak jugak naik longtail. Sebab kisah taty tu, dah rugi masa. Jalan-jalan dekat aonang survey pakej untuk keesokan hari.



 Pusing-pusing jumpalah murah kononnya. Pegi tiger caves, naik gajah, emerald pool, hotspring 900baht untuk seorang. Kitaorang berenam. Sebab tu dapat harga ni dan dah start high season katanya. Masa cari pakej dengar tuktuk cakap ada night market.  Konon nak jual mahal la tak heran dengan tuktuk tepi pantai tu yang kononnya mahal. Sudahnya tuktuk yang kitaorang naik tu hazab sungguh. 



Sebelum hujan


Dalam perjalanan ke pasar malam tu, hujan. So kitaorang memandai turunkan tingkap dia yang ala-ala plastik tutup makanan bila hujan. Sekali, tingkap dia macam nak roboh. Koyak rabak. Orang tu siap berhenti betulkan tingkap dia. Pintu dia pun dah uzur. Habuk tak payah ceritalah. Memasing pakai shade taknak masuk habuk kaedahnya. Yang deela tu posing menganga mulut kot. Habuk masuk dalam mulut terus tak sihat. 

Kalau nampak orang batu tu, maknanya memang dah sampai krabi town.

Jauh jugak jarak ke pasar malam ni. Bila aku ternampak sign yang selalu dok gembar gembur dalam google, tandanya dah sampai dekat pasar malam tu. Tapi budak ni berhenti jauh jugaklah nak menapak ke pasar malam tu. Kitaorang pesan suruh dia tunggu sampai kitaorang selesai shopping. Korang pastikan budak tuktuk tu tunggu ye. Kalau tak, memang jenuh nak balik ke aonang.  Pasar malam dia tak sama dengan malaysia. Sebelah jual makanan halal, sebelah lagi tak halal. Jual pork. Aku agak ragu-ragu nak beli makanan. 

Kedai cenderahati dimana aku pos poskad. Sekarang gian mengumpul poskad pulak.



Tak berapa wajib try sebab dekat malaysia pun sudah ada. Padahal selalu je nampak dekat pasar malam putrajaya. 30baht

Air kelapa yang sangat manis. Kalau boleh, cuba makan buah-buahan dekat thailand. Manis dia lain dari malaysia. Teringat pulak nenas dia.



Nasi goreng daging kot


Dah habis pusing, singgah kedai makan tepi tu sebelum balik. Konon masing-masing baru makan nasi petang tadi, maka malam buat alas perut. Share makanan. Nasi goreng ape tah 60baht. Mintak air suam, dia bagi air apa tah kaler kuning. Katanya air untuk cantik. Aku sebelum nak gerak tu, memang refill air sesiap dalam botol air. Nak jimat! 


Selesai makan, cari balik tuktuk. Tak ingat pun driver tu mana satu. Driver tu yang ingat kitaorang. Sebelum balik hostel tu, singgah dekat 7eleven. Cari jajan. Kot kebulur lagi. Cari megi pun riuh. Konon megi Pama kan femes jugak kat malaysia, sekali tengok ada gambar oink-oink. Tak banyak choice pulak 7eleven kali ini. Megi ruski je yang halal. Dah setel, tuktuk hantar dekat depan simpang hostel. 




Rupanya ada mini pasar malam jugak dekat lorong tu. Cuci mata lagi lepas turun tu. Tapi pendek je pasar malam tu. Dok jalan sunyi sepi, terserempak dengan minah saleh ni. Dok hai-hai la konon jalan sesama. Masuk bilik rupanya dia pun bilik yang sama. 

Siap mandi, tak leh tidur, lepak katil deela. Yela sape suruh katil bawah. Memang port lepak la. Sebabkan kitaorang keluar masuk dan bising jugak, minah saleh sebelah deela sound suruh tutup lampu. Padahal memang lampu dah tutup kot! Dia takde point suruh tutup pintu. Nyamuk katanya. Sajelah tu nak cari point. Padahal baru pukul 9 malam! 


Dah sakit hati tu, pegi lepak duduk kat living hall. Ada meja pingpong main pingpong. Kita dulu selalu kot praktis dekat skali main pingpong lawan budak laki. Main kejap je sebabnya penat gelak dari pukul bola. Deela main pingpong macam main tennis! Duduk dekat hammock layan perasan sambil di gigit nyamuk. Memang banyak nyamuk jugaklah. Mana minah tu tak bebel.

Dah penat lepak masuk bilik, kemas barang nak pergi trip keesokan harinya!















2 pujaan hati:

Unknown on June 17, 2016 at 10:28 PM said...

Hi awak..nk tnya van2 tu sume dh deal dkt msia lg ke

Myee on August 17, 2016 at 9:20 AM said...

@yunarlis nasrul
sorry baru baca. tak deal kat sana. hehehe dont worry. sume ok je kat sana

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com