21 January 2015

Budget Trip Ke Phuket Krabi 2014 - Part 1

di taip oleh Myee at Wednesday, January 21, 2015
Asalnya, plan ke Phuket & Krabi ni adalah pergi berempat. Geng perhentian aritu. Tetapi ada pulak nak ikut. Mula-mula kitorang berlapan. Termasuk seorang lelaki. Lelaki ni pulak dapat kerja baru. So payah nak cuti. Dan ada adegan yang macam-macam, seorang lagi terpaksa tarik diri. Biasalah mulut jamban boleh nak tutup. Mulut orang lagi dasat dari jamban. Sudahnya berenam kami pergi kesana. Ain housemate deela naik flight awal pagi sebab murah katanya. Yelah. Last minit nak join. Tiket yang sama dengan kitorang dah mahal. So dia sampai Phuket dulu ceritanya dan jumpa sana. 

Itinerary kita dah buat roughly supaya takde la kalut. Buat research bagai sebelum pergi. List tempat nak pergi. Tapi tempat makan, memang lupa cari! Ingat makan senang kot. Ke sebab dekat blog yang aku baca, orang tu tak tulis pasal makan. Sebelum nak cuti tu ada macam-macam adegan, so malas aku fikir, nekad jugak nak pergi. Yelah, task pun dah takde.

Hari yang ditunggu telah tiba. Flight pukul 915 macam tu. Tapi pukul 630 dah gerak. Konon nak international katanya. Naik ERL(Bandar Tasik Selatan) ke KLIA2 RM26.50. Mahal jugaklah bagi aku. Yelah kata percutian budget. Selamat sampai sana dalam pukul 11 waktu malaysia. 1jam 25min je. Sempat jugaklah tido dalam flight. Bangun awalkan! Pergi kerja pun bangun lambat. 



Kaunter imigresen dekat phuket tersangatlah ramai. Ada aku baca tips, beratur paling hujung sekali, means kalau ada 4 line, ko cari line yang paling last. Sebabnya, orang akan pergi yang dekat dan yang mula-mula dorang nampak. Takde nak pergi jauh. Sudahnya, line yang jauh tu yang paling cepat setel. Ada dua orang kawan ni beratur line first. Dok buat hal memasing. Sudahnya jenuh nak tunggu dorang. Dekat airport Phuket, sila bukak mata besar-besar dan perhati apa yang ada. Sebabnya dekat situ orang akan bagi simcard free. Cuma perlu topup 150Baht dekat 7eleven, boleh guna internet unlimited untuk 7hari! 



Kuar je dari airport, ain dah tunggu. Nasib baik masa tu pagi. takdelah orang dok panggil jual package ke apa. Terus pegi cari van. Ain dengan berani pergi kat kaunter cakap kat orang tu untuk 5 orang. Sebabnya taty tak menyabar, dah bayar dulu. Padahal ada sorang tu taknak naik van nak naik teksi. Sudahnya naik la dia bersama-sama kami. 180baht untuk seorang. Ni memang mana-mana kau tanya pun 180baht. Dalam van muat 12 orang je. Bila penuh baru jalan. 


Dalam bape minit perjalanan ke hostel, die stop by dekat ada satu kedai tour pulak sebab nak bagitahu hostel mana yang kami dah booked. Kononnya kalau kita tak book apa-apa, dia nak suruh book dekat situ. Orang tu suruh turun, kami pun turun. Orang tu tanya dok mana, kitaorang cakap la Capsule Hostel and sauna dekat bangla road. Orang tu brainwash cakap uolls muslim, nape nak duduk tempat macam tu. Campur laki pompuan semua. Ain tetiba cakap we like! Orang tu malas nak layan, so cepat je la kitaorang dok dalam van balik tunggu yang lain. Kami berempat duduk capsule. Lagi dua dok Salathai. Yelah boipren dia orang kaya. Its okay la. Lama jugak duduk dekat kedai tour tu. Yang sorang tu dah bising cakap lama la, lapar la. Aku buat tak dengar jelah. Macam ko sorang je lapar.

Dah setel semua, baru ain tersedar spek mata dia tertinggal dekat kedai tour tu. Jenuh dia cakap dengan driver tu. Driver tu mintak upah 300baht untuk pergi je. balik berapa tah harga. Driver tu hantar dekat simpang masuk bangla road je. Jenuhlah cari hostel. Aku tengok gambar hostel tu sebelah 7eleven. Nampak je 7eleven ingat hostel. Padahal bersepah 7eleven dekat situ. Dah la tengahari, lecak jugak ketiak jalan dekat bangla road cari hostel.



Hostel ni dekat bawah Bangla Mall. Masuk setelkan bayaran kena bagi deposit sorang 500baht. Hostel ni untuk 1 malam 400Baht. Memandangkan kitaorang duduk dua malam maka 800Baht sorang. Letak bag dekat locker, orang tu tunjuk dorm kitaorang. Memang mintak untuk female je! Yelah kang terkejut pulak tengok mat saleh badan ketak-ketak. 


                            Women only
        Tempat tidur untuk 2 malam di phuket
           Locker

Shower


Letak beg terus cari topup. Hoi kenalah isi topup nak buat live update katanya! Isi 150baht je. Dia takdelah bagi kertas or resit macam dekat malaysia. Kat sana macam mesra alam. Masukkan sendiri no fon, terus masuk ke fon. Kalau iphone, masuk sim je dah terus boleh guna. Untuk android, kena setting apa tah. 

Jalan-jalan sekitar bangla road, banyak pub, club yang tutup. Siang kan, sape lah nak masuk. Sudahnya jumpa kedai kebab yang halal. 100Baht. Bagi aku mahal. Yelah kebab je pun RM10! dan air mineral 20Baht. 








Dah makan tu jalan la dekat patong beach. Bagi aku, biasa je. Tak cantik sangat. Ramai sangat orang dok golek tanned dan macam-macam aktiviti pantai dekat situ. Dah tu balik dorm rehat kejap sebab panas sangat cuaca dekat sana. 


Petang sikit dalam pukul 5, pergi cari package ke PhiPhi Island dan sewaktu dengannya. Jalan punya jalan dapat 1500Baht seorang termasuk package lunch, transfer dan peralatan untuk berenang. Malas nak fikir, amik je lah. Itu pun dah nego-nego dengan orang tu. 





Budak hilang spek. Gigih tau cari spek baru sebab tengok orang lain berspek mata hitam



Tengok jam dah pukul 6. Cari tuk-tuk sebab teringat dalam itinerary tulis Phromthep Cape. Katanya tempat tu tempat terbaik untuk tengok matahari terbenam. 1200/return. Maknanya sorang 300baht. Tempat ini ada dalam cerita sejoli yang maya karin dengan bront berlakon. Jauh jugak tau nak ke Phromthep Cape. Lalu karon, kata semua. Tuktuk ni pasang lagu bingit. Pening aku naik. Nasib baik kitaorang sempat sampai sebelum matahari terbenam. Dapatlah tengok suasana dia macam mana. Perasaan tak tahu nak gambarkan macam mana sebab masa tu tengah pening! 

















Habis je tengok sunset, kiteorang pon turun ke bawah dan cari tuk-tuk driver yang setia menunggu. Cakap dekat driver nak makan dekat tempat makanan halal. Sudahnya dia hantar dekat area masjid. Memang dekat situ banyak je makanan halal. Kira murah jugak makan tomyam, lauk kailan ikan masin. Kedai tu nama Islander Restaurant. Betul-betul depan masjid. 










Dah siap makan, tanya orang kedai tu jauh tak ke bangla road, dia cakap dalam 2km. Jauh jugak. Kitorang pun jalan kaki. Konon nak menikmati pemandangan Patong Beach katanya. Masa jalan tu, jumpa lori sampah. Nak elak busuk, yela lori sampah kat malaysia ni bau dia, mak ai. Sekali sampah tu tak mengeluarkan bau. Takde bau menyenangkan. Yelah baru lepas makan, kot muntah bau sampah. Kagum ok. 



Sampai dorm dok relax terus mandi. Malam tu mulanya malas nak keluar. Tapi ain ajak jumpa pakcik driver yang tolong amikkan spek dia. Jumpa dekat Jungceylon mall. 2 minit je jalan kaki. Ala-ala shopping mall dekat malaysia je. Pusing-pusing takde apa pun. Kedai dah tutup. Balik tu singgah KFC. Halal. Dok minum air chocolate ain belanja sebab teman dia. Yela dekat bangla tu haruk orang joget tiang. Kitaorang yang budget suci dok tengok je dalam kfc. 




Dah habis minum, masuk dorm prepare mental nak pergi phiphi esok!




0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com