30 August 2013

Kemek secoet

di taip oleh Myee at Friday, August 30, 2013 0 pujaan hati

Kisah semalam!kawan langgar kereta orang bodo yang tak reti park dekat hajris. Orang masuk lah parking. Ni dia park tepi. Kedai mamak tu bukak meja sampai tengah jalan. Macam lah ramai sangat orang datang. Akak tu part tepi tu lah. Kawan reverse, tak perasaan kereta tu ada dekat situ. Yelah dekat blind spot. Pastu lau sensor kan dekat tengah. So tak kena lah tepi kan. Maka terlanggar kereta akak tu.

Pergi perodua cas dalam 700-800. Gila! Akak tu taknak kedai luar. Aku yang start cakap pergi report jelah. Claim insurans. Malas nak layan. So lantak kau lah banyak kerja ke apa ke kena buang kerja ke. Kemek secoet je pun. Kalau nak cas sampai 700-800 meh aku teranjang kasi betul- betul kemek. Melampau sangat. Malas lah pergi kedai luar. Nak tukar 1 pintu pun 500 lebih. Ahhhh leceh. Claim insurans je lahhhh. Abis cerita. Hope kang dekat balai jangan polis gelakkan sudah.

27 August 2013

Bff ( bestfriend forever)

di taip oleh Myee at Tuesday, August 27, 2013 0 pujaan hati

Happy birthday emieza

di taip oleh Myee at Tuesday, August 27, 2013 0 pujaan hati

Nanti bila dah free kita enjoyyyy tau! Karaoke dan makan besar ye!!

Aku dah penat

di taip oleh Myee at Tuesday, August 27, 2013 0 pujaan hati
Penat dengan kehidupan coding, jaga hati orang, fikir pasal masalah orang. Otak aku dah letih dan penuh dengan coding. Pejam mata terbayang coding, tido mimpi coding,muntah pun agaknya keluar coding. Beban kerja makin banyak. Meeting aritu kena tengok part orang yang katanya perfect. Tapi idoklah perfect pun. Banyak jugak aku dah ejas. Masuk lah jugak walau tak seberapa nak ok. Hadap coding sampai pukul 12 malam. Balik tadi pun dah lambat. Tak puas hati kalau tak dapat solve.

Jumpa kawan dungun, tak ramai buat coding. Alangkah bahagianya hidup dorang. Tak perlu select, insert,update, delete, sys out, string, list string, array list, public void, resultset, input text, text area, form, button, jsp, java, css,html, liferay. Ini baru nama dia. Belum dalam isi kandungan dia lagi. 

Orang dok serabut, tah pompuan datang dari mana add aku. Check friendlist datang dari bf. memang ade mende lah tu kan tiba tiba add.  Oh aku memilih sikit nak approve kawan. Yela yang sedia ada pun tak terkawan. Ni nak semak, stok nak stalk aku lah tu. sorry la. Duduk la korang dekat list tu sampai bebila. Aku bukan artis pun. Kang approve dok nak mengutuk aku, buat korang dosa lebih pulak kan, baik takpayah. Tak payah nak berkawan sangatlah dengan aku. Bukan best pun!


Tengah dok serabut, bf pulak dok tergedik nak suruh buat kerja macam-macam! Nak je aku jawab "Pergi cari pompuan lain lah. Serabut tau tak?!!" Time aku busy kau nak macam-macam. Tak kuasa aku. Aku ni kalau dengar masalah rumah tangga, emosi lebih. Pantang dengar hal yang serabut otak yang memang sedia serabut. So jangan cerita pasal rumah tangga korang dekat aku. Kang ade yang tak kawen nanti!






Emo dua tiga menjak ni. Nasib kau lah



25 August 2013

Cerita pasal nama anak

di taip oleh Myee at Sunday, August 25, 2013 0 pujaan hati

Motif? Perlu ke letak nama orang tua tu dekat nama anak aku nanti??? 







Maksud galau

di taip oleh Myee at Sunday, August 25, 2013 0 pujaan hati
Semenjak dua menjak asyik dengar lagu  galau je. Galau tu apa tah. Lagu dato siti lah, kumpulan 5min lah. Nyanyi je. Maksud tak tau. Tengok kamus dewan, ada maksud dia.


Maknanya kebisingan, kekacauan, kacau bilau

Sebelum tengok lirik main hentam je.
Sepi hatiku, dalam jiwaku. LOL betul. Kalau masuk teka lirik, memang fail!

Sepi hatiku..

Dua tiga hari rasa sepi. Sebab PMS kot



24 August 2013

Quote

di taip oleh Myee at Saturday, August 24, 2013 0 pujaan hati


LDR = Long Distance Relationship!

Note to myself

di taip oleh Myee at Saturday, August 24, 2013 0 pujaan hati

22 August 2013

Sehari dua ditempat kerja!

di taip oleh Myee at Thursday, August 22, 2013 0 pujaan hati
Semalam


Hari ini


Zaman beradik angkat terangkat

di taip oleh Myee at Thursday, August 22, 2013 0 pujaan hati
Memang terkejut, tak sangka menda ni! Memang kecik je dunia ni! Pusing-pusing balik, kawan aku kawan dengan kau. Kawan kau kawan dengan kawan aku. Entahla semenjak dua menjak ni, stalk instagram sorang ni. Anak dia comel. Dah dia cantik! Pastu dia tag laki dia la. Nak tengokla laki dia rupa macam mana. Baca nama, macam familiar. Nama bapak pun sama! Pastu nampak adik beradik dia. Tertengok abang dia. Muka pun familiar. Tapi nama macam lain sket. Pergi check instagram dia, private!

Ok check lagi nampak family biras semua. Ok jumpa bini dia. Terkejut sebab bini dia famous! Tengok muka abang dia macam lain sikit! Dulu rasa takde taik lalat. Ke sekarang dah gemuk, lalat nak berak pulak kat muka dia.

Stalk lagi, terjumpa nama timangan or member panggil dia! Memang dia kot! Masih tak yakin. 

Stalk lagi. Cuba mengingat beza umur kami. Rasa time sekolah dulu dia tua. Lahir tahun 84. Sebab sekejap je dia sekolah sama dengan aku. Pastu pindah teknik.

Stalk lagi, kawan dia cakap masa dekat teknik dot dot dot.. Eh! Sama dengan fakta aku! Sekolah teknik!

Stalk lagi dan lagi, anak polis! Memang dulu dia dok perumahan polis.

Stalk lagi lagi dan lagi, ternampak kad nikah dia. Tahun lahir memang 84, nama penuh, muka masa kurus, senyum dia! Memang dia!

Alhamdulillah dia sudah bahagia dengan isteri dan anak. Semoga berbahagia sampai jannah. Doakan aku pulak nanti!

Cerita ni pasal zaman muda remaja gatai nak berabang angkat dan adik angkat. Gedik betul aku dulu-dulu. Dah tua-tua ni dah insaf. Lama dah! Serabut nak mengatal. Banyak mende yang perlu aku fikir.

21 August 2013

Tunang tak s???

di taip oleh Myee at Wednesday, August 21, 2013 0 pujaan hati
Tengok nuffnang, ada orang google dekat belog aku pasal tunang dia tak (sila rujuk gambar)

Apakah?????

Wordless quote

di taip oleh Myee at Wednesday, August 21, 2013 0 pujaan hati

20 August 2013

Hari hantu lapar

di taip oleh Myee at Tuesday, August 20, 2013 0 pujaan hati
Pagi pergi kerja macam biasa park dekat area taska rumah ni. Melintas jalan, jalan sikit sampai opis. Bape minit je pun. Tiba-tiba romeo cakap ada orang tebang pokok area situ. So nak tak nak aku kena alih kereta. Nak park area opis lah kan. Sambil tu baca rabbi yassir wala tu assir. Untuk mudahkan urusan aku harini lahkan. Sekarang ni dok amalkan tu tiap hari. 

Pusing tiba nampak parking kosong. Tengok kereta baru masuk. Takde rezeki aku. Takpelah cari lagi. Tiba nampak kotak kuning, kosong! Alhamdulillah..

Petang tu balik kol 6lebih jugak. Tengah jalan-jalan nampak asap. Pastu macam ada benda terbang. Ala macam abu tu! Tengok ade cina bakar-bakar dekat dengan kereta aku! Sudahhh. Teringat bulan 8. Hari hantu lapar. Dulu dekat dungun, dorang akan buat majlis pe tah. Bising jugaklah. Terjumpa bangla kot dia cakap chinese tengah pray. Siap buat tangan macam gong xi fa cai! Aku jenuh pusing nak pergi ke kereta. Takut kot abu ke pebenda melekat! Dapat masuk kereta, macam nak muntah! Bau pe benda tahlah.

Tiba teringat bos cakap, kalau balik maghrib ke lau kita g mana-mana tempat yang spooky macam tu, singgah lah mana-mana untuk tinggalkan benda yang ikut kita. So aku dengan nebes dekat nak maghrib tu, terus start kereta pergi The Mines! 

So aku da tinggalkan benda tu dekat mines! Nasib lah.. Google tengok esok means arini (20aug2013) memang hari itu. Patut takde cina dekat mines tadi! Lol





18 August 2013

Bila rindu

di taip oleh Myee at Sunday, August 18, 2013 0 pujaan hati


Part when i finally see u, ka mesti cakap kena marah jek! Lol. Bila jumpa tu, perangai tah pape. Kadang tu comot je muka. Memang kena marah lah kan. Sampai pernah dia cakap "tak sampai 5saat jumpa dah kena marah. Tah macam mana nak sehidup semati kalau asyik kena marah!" Ha seumur hidup kau dengan aku memang kena marah la kalau buat perangai tah pape kan. Kadang tu bila tak marah macam pelik. Sebabnya tak kuasa nak marah. Lantaklah nak buat apa kadang tu



17 August 2013

Exam quote

di taip oleh Myee at Saturday, August 17, 2013 0 pujaan hati


Dia tengah final exam untuk sem 4. Tahun depan sem 5, 6, 7, 8.. Lagi 4 sem lagi! 

Tak sabar nak tunggu dia abis study!

15 August 2013

Baju cantik buttonmybutton

di taip oleh Myee at Thursday, August 15, 2013 0 pujaan hati
Macam tersuka pulak kaler dan design dekat tangan tu. macam gedik-gedik kembang-kembang.




Fishtail layer pun cantik jugak. Kaler pun sweet je. Powder blue kot!

Kaler kuning! Sweet jek. Pastu baju dia dah kuning. Comel ade reben kat belakang. Kain pun layer jugak. Suka


Kuning raja kot. Kat tangan tu macam ade kembang, pastu batu-batu. Ala macam seluar aladin tu kembang-kembang.

Kalau kain kembang pun cantik jugak! Lau duduk bersimpuh tu kain kembang semangkuk. Alahai ayu rasa. Pastu kain tu leh tolong sapu lantai umah.

Peplum ni cantik sebab macam jatuh je. Kain chiffon lah ni. Dan sekali lagi dia layer. Nape tah aku macam suka pulak layer ni!  Dengan reben comel kat belakang tu lagi. 

Ni suka tang tangan tu. ade button. So takde la ketat dan susah bila nak buat pape kan. Lace macam mahal je ni. Cantik semacam!

Semua baju-baju ni dari instagram buttonmybutton. Untuk tunang ke nikah pun boleh. Tapi kena kurus lah kan baru lah cantik pakai apa pun. Lau debab tu, aku sendiri tengok pun segan!






14 August 2013

Makan-makan di wondermama

di taip oleh Myee at Wednesday, August 14, 2013 0 pujaan hati
Lama tak jalan- jalan makan best- best. Mula-mula teringin nak makan tony romas. Terbayang steak dia. Masuk mid valley, parking takde, mengamuk dekat pakgruad tu, terus keluar pergi ke bangsar. Sampai bangsar teringin dipndip. Tapi lainkali je lah. 

Masuk terus ternampak ben! Macam best jugak. Tapi takde feel. Tengok yang map information, ternampak nama wondermama. Teringat hanis zalikha makan pe tah nampak macam sedap. So jenuh pusing dalam tu, rupanya kedai dia dekat luar. Area plan B. 

Tengok menu ternampak salted egg fried rice. Harga dalam rm14.90 kot. Baca- baca menu dia punya ingredient, ternampak benda yang memang teringin sangat. Soft shell crab! 



Order air mango smoothie. Tu pun terpengaruh dengan gambar dekat menu tu. orang tu order mesti air tah pape. 😣 Takbagi orang rasa la tu order air orang tak suka.

Aku order nasi! 5 kali tanya aku nak makan nasi ke? Nape tak makan pasta? Ishhh. Haritu memang teringin nak makan nasi. Dia makan spaghetti mende tah. Tengok macam tak best! Tapi lauk tu banyak lah




Black spider fried rice! Yang nampak macam udang tonggek tu la soft shell crab! Sedap gila. Tambah dengan cili potong! Pergh sendawa sampai malam kot. Ni dok teringat-ingat lagi.



Total lost dalam 60lebih gak lah. Lainkali order plain water je lah. Jimat! Tapi memang berbaloi. Aku lepak situ kejap je sebab tiba-tiba ada bau durian. Datang dari durian crepe meja mana tah. 😣

13 August 2013

Kisah baju raya

di taip oleh Myee at Tuesday, August 13, 2013 0 pujaan hati
Konon nak ikut trend buat baju raya peplum. Sudahnya menyeksakan diri. Mana taknya tang perut masa duduk takpayah nak cerita lah kan. Sangkut spare tyre aku. Masa berdiri elok lah dia. Lagi satu ketat tang lengan. Macam bermuscle plak kan. Nak lawan muscle KA katanya. Jenuh nak pakai tudung. Nak zip belakang takyah cerita lah. Aku suruh faris atau mama yang bukak dan pasang balik. Nak solat, pun payah.

Hari tu memang aku tak makan. Kebulur jawabnya. Yela kang makin ketat. Makan pun buat alas perut. Malam tu pulak ade budak kecik umur 1tahun lebih dok ngendeng. Dok suap dia makan, sudahnya aku tak makan. Alahai leceh betul baju fesyen-fesyen ni. Pakai baju kurung kan senang!

05 August 2013

Bila takde kampung

di taip oleh Myee at Monday, August 05, 2013 0 pujaan hati
Aku orang KL, mak aku pun KL, bapak aku seremban. Rumah belakang ofis. So macam ak perlu lah nak balik kampung ke ape ke. Tapi jangan ingat orang yang tak balik kampung ni tak perlu cuti! Aku pun perlu kemas rumah, basuh dan gantung langsir, buat kuih raya, jahit manik baju. So tak semestinya alasan rumah aku dekat aku tak perlu cuti.

Aku pun banyak jugak tanggungjawab lain yang kena buat. Aku balik jugak kampung even tak berapa kampung pun. Pergi balik hari kot. Malam tu dah balik kl. Tidur dekat rumah lagi selesa kot. Lepas solat raya, pergi rumah opah dekat BTR tu, dalam tengahari balik seremban. Singgah kubur, pusing rumah sedara mara, malam tu balik KL dah.

So untuk bakal suami, jangan nak banyak songeh raya rumah kau dulu ye. Setel belah aku, malam pertama raya tu, nak balik kampung, balik lah. Nak duduk berapa lama duduk lah. Yang penting malam raya tu aku nak dekat rumah mak aku. Jangan nak macam-macam dengan adik beradik kau ye. Aku sorang je anak perempuan. Hope faham.

03 August 2013

Nak wordless saturday boleh?!

di taip oleh Myee at Saturday, August 03, 2013 0 pujaan hati

02 August 2013

Baju melayu dia

di taip oleh Myee at Friday, August 02, 2013 0 pujaan hati

Kalau orang johor tu, memang johor lah. Nak jugak leher baju macam tu. kakak dia cakap baju macam kawen. Kawen ape tah. Kaler tu kot yang nampak macam over. Ke dah ada seri nak kawen?! Ehhh..

Tema kaler kuning la. Jimat. baju dia takyah fikir dah. 

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com