30 May 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, May 30, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.4

28 May 2012

Bila jumpa sesuatu di stored procedure

di taip oleh Myee at Monday, May 28, 2012 0 pujaan hati


dia bersyukur dapat siapkan 409 line coding..bagusnya...kagum sebentar

Published with Blogger-droid v2.0.4

27 May 2012

bila dah takde mood nak kerja

di taip oleh Myee at Sunday, May 27, 2012 1 pujaan hati

bila kerja dah melampau serabutkan otak,mula nak ikut jejak langkah een. Tapi takpelah dia dah kawen ade laki. aku sape nak bagi makan minum. tempat nak manja pun takde. alar aku taknak pun duit banyak sangat. kalau duit banyak,aku leh gila dan biol,tak payah lah. tak kemana kejar duit tu jika hati tak tenang jiwa sengsara. buat benda kita tak minat jadi tak ikhlas. tahla. lau setakat lebih dua tiga ratus pastu jiwa aku macam orang gila,tak pe lah. baik aku kerja sapu sampah ke amik upah jaga anak orang ke pergi ajar tuisyen ke. macam cara leh buat dari hadap coding buat tambah power mata aku je. lepas satu satu. dah aku cakap memang aku tak teror. cuma basic je. nak jugak amik. dah tengok kitaorang terkapai kelemasan,take overlah bantu. ni nak arah2. cakap dengan mulut memanglah senang. lagipun yang tak seronoknya masalah communication. kerja dengan orang india from india. susahlah kan. aku cakap tak paham kau cakap pun tak faham. aku nekad nak cari kerja lain. tak tahan rasanya dah ni. kang ada yang dok sarawak nanti


Published with Blogger-droid v2.0.4

21 May 2012

Bila ...

di taip oleh Myee at Monday, May 21, 2012 0 pujaan hati

Tu lah bila perempuan ni,macam-macam sakit sampai sengugut pun nak kena makan ubat. Tahla bulan ni sakit dia lain macam sikit sampai gigil-gigil rahim tu. Jangan sampai.ade sakit bukan-bukan dah la. Rasa nak baring je sekarang ni. Tak tau nak buat macam mana lau tengah sakit tu. Jenuh siang malam tuam perut sapu minyak panas tak kebah jugak. Tu yang amik pain killer sebab tak tahan nak buat kerja. Sian kan jenuh nak tunggu sampai abis period. Orang cakap lau dah kawen nanti ok lah kot. Orang cakap tapi tak tahulah betul tak. Nanti aku da kawen kita tengok macam mana.


Published with Blogger-droid v2.0.4

14 May 2012

Bila exam PTD kali ke2

di taip oleh Myee at Monday, May 14, 2012 0 pujaan hati
Tak tahu nak cerita apa yang pasti soalan pasal portal rasmi kerajaan ni, dua kali aku amik exam, dua kali jugak dia keluar dan dua tiga kali jugak aku nampak orang lain jawab myEG.  Tersenyum je aku bila ternampak orang sebelah jawab myEG!


Tengoklah perbezaan sendiri. Malas nak cerita panjang. :p






09 May 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, May 09, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.4

08 May 2012

Bila dapat buku free

di taip oleh Myee at Tuesday, May 08, 2012 0 pujaan hati

Maka harus lah baca sama-sama!


Published with Blogger-droid v2.0.4

06 May 2012

Bila kawen bawah pedang

di taip oleh Myee at Sunday, May 06, 2012 0 pujaan hati

Teruja sangat tengok kawen lalu bawah pedang. Yelah tak semua orang dapat lalu. Bila ada kawan kawen aku pun tak lepaskan peluang. Dua dua leftnenan. Untunglah kan. Tapi yang tak besnya jadual tak macam orang biasa. Yelah nanti sorang duty,sorang duduk kat umah. Bila nak spend time. Tak seronok sangat la tido takde teman. Eleh beria cerita. Macam esok t aku kawen tak macam tu pulak. Tapi taklah lalu bawah pedang pun. Tapi bila dah pakai uniform tu harus la smart. Nak tunggu lalu bawah pedang tu,sampai ke tua kot aku kawen. Lalunya pun tak sampai seminit. Tapi tah suka tengok. Tak sabar nak tunggu kawan lagi sorang kawen. Kapten udara kan. Mesti best jugak. Ni leftenan laut.


Balik tu jumpa kawan bapak aku. Tanya aku dah ke belum camtulah kan.. Bapak aku cakap dia baru abis belaja. Ceh.. Dekat 2 taun kot aku abis belaja. Taun lepas bulan 5 convo kot. De jodoh rezeki,ade lah tu. Tak perlu terburu-buru mencari cinta sejati even berapa lama couple pun belum tentu bahagia kan. So sabarkan hati,tenangkan minda,sucikan jiwa.


p/s: kalau boleh belah laki lah nak pakai uniform bagai. Belah aku bukan feel sangat..


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 May 2012

bila mengedik

di taip oleh Myee at Saturday, May 05, 2012 0 pujaan hati

Tengah merajuk boleh pulak nak mengedik.. Hmm.. Yelah rindu kot xde orang nak ejek2,kacau2,gelak ketawa.hmmm. Tapi part adik dia boleh pulak cakap "t suh abah datang meminang akklah". Lawak gila. Mana tah idea tu datang tah dia tu. Ngarut memalam..

Tadi boleh pulak zatul tegur cakap gadoh ke?yelah selalu 630 mesti dia call. Ni dua ari takde call tu dia perasan. Just jawab berlayar kot..


Tahla.. Kuatkan semangat ye!


Published with Blogger-droid v2.0.4

04 May 2012

bila masih berdiet lagi 4mei

di taip oleh Myee at Friday, May 04, 2012 0 pujaan hati

Ni je bekalan aku untuk hari ini. Semalam puasa kurang la sikit berat. Haha berangan lebih. Bila nak kurus tah. Roti tu beli yang gardenia ikan bilis tu. Terliur sebab semalam puasa zatul makan sebelah aku. Nak tak nak harus beli kot kang kempunan pulak kan.

Isnin nak puasa lagi lah. Ikat perut sebab da beli kasut mahal. Next nak beli ape ye??


Published with Blogger-droid v2.0.4

03 May 2012

Bila di framekan

di taip oleh Myee at Thursday, May 03, 2012 0 pujaan hati

Pergi ikea aritu carik frame. Sebab nak letak menda alah ni. Suka sangat sebab berangan leh letak dekat umah impian. Terpaksa amik kaler biru sebab nak match dengan tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

bila hati resah gundah

di taip oleh Myee at Thursday, May 03, 2012 0 pujaan hati

Kadang tu rasa nak cari balik je orang kat tganu tu tapi tahla... Mintak pendapat nadia, dia cakap jangan sesekali cari balik. Tapi kalau hati dah sedih macam ni takde sape yang pujuk macam mana? Kalau dulu ade orang teman pergi duduk tepi pantai, bawak pergi makan. Tapi sekarang tah. Macam de some part missing. Bukan aku rindukan dia pun. Cuma nak teman borak. Teman yang tau hargai aku. Teman yang tak pernah kisah apa yang aku telah lakukan dekat dia. Aku lari dari dia sebab nak bina kehidupan baru. Nak capai impian aku. Tapi lain jadinya. Hati ini sering kecewa,sedih pilu bila kawan cerita pasal kawen. Bukan sebab aku nak kawen sangat pun sedih sebab susah sangat nak cari teman yang hargai diri aku. Dari dulu sampai sekarang sama. Tahla sial apa yang aku ade tah sampai selalu macam ni. Kadang tu aku paham nape orang sanggup tak kawen,sanggup hidup sorang daripada ada lelaki yang menyusahkan hidup. Kadang tu tahla biar masa yang tentukan. Kalau orang tu ikhlas dengan aku,dia tau apa yang perlu dia lakukan untuk memenagi hati dan diriku..


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 May 2012

Bila bercerita pasal bakal suami

di taip oleh Myee at Wednesday, May 02, 2012 0 pujaan hati

Bila nampak mamat tu jadi imam je dekat surau,mesti hati ni sejuk sangat. Selalu jugak nampak dia jadi imam. Hati rasa terpikat. Ye lah dapat jadi imam untuk kawan-kawan apetah lagi nanti jadi imam untuk keluarganya nanti. Setiap orang pasti inginkan macam tu. Lagi-lagi aku setiap hari impikan. Yelah kalau boleh nak la yang mampu membimbing aku sekaligus anak-anak ku kelak.

Aku bukannya orang yang sempurna sangat pun cuma nak mencari orang yang dapat bimbing aku dan anak anak aku ke jalan yang diredhai. Kalau boleh ada kelapangan untuk solat jemaah selalu supaya taklah aku malas-malas. Kadang tu aku jeles bila balik kampung tengok sepupu aku dengan bini dia berjemaah. Tak kisah la aku nak tengok anak dia pun time dia solat. Masuk waktu je dia cuit bini ajak solat.. Untungnyalah dapat suami macam tu.. Tahla bila kawan cerita pasal kawen, aku tak kisah sangat pun even aku kawen lambat pun. Lambat cepat tu dan tertulis cuma aku takut dapat suami yang tak mampu untuk membimbing aku je. Tah la.. Mungkin luaran kita nampak orang tu sempurna di mata kita, tapi akhirnya bila tembelang dah pecah tak kecewa ke?. Tahla..kadang tu aku mampu berserah je tentang jodoh ni..


Aku cuma berharap dia akan untuk berubah menjadi yang lebih baik


Published with Blogger-droid v2.0.4

01 May 2012

Bila interview through skype

di taip oleh Myee at Tuesday, May 01, 2012 0 pujaan hati

Sekarang zaman dah moden. Kau tak payah keluar hias cantik-cantik makeup tebal, pening nak pakai baju apa yang sesuai, kasut heels bape inci, semua tu lah. Dengan ada internet kau boleh diinterview untul dapatkan kerja. Tapi aku ni interview untuk dapatkan projek php. Aku memang malas nak interview bagai kena tanya soalan yang mencabar minda ni. So sebab nak tambah duit lebih boss aku suruh je interview.


Aku tak prepare sangat pun. So videocall dengan orang tu. Cakap pumpang pumpang malas aku nak fikir. Dia soal aku jawab. Sebenarnya dia interview sekali dua orang. Senang sikit. Boleh aku nak ngelat sebab aku basic php pun tak ingat sangat. Setakat post get pun tak pasti. Dengan <? php ?> tu je lah yang aku tau. Aku nebes cakap omputih terabur lah. Kadang tu line tak clear. Boleh nak sambung fikir kelentong ape kat orang tu.


Kesudahannya nak bagi projek tu less than 1k dan perlukan komitmen. Bos tak bagi amik. Takut kitaorang tak boleh handle. Pulak dah.. Aritu pun ade orang datang nak bagi projek apa tah. Suh interview.. Senyap aje. Tu yang malas nak interview bagai. Atleast bagilah jawapan. Ni tak macam gantung tak bertali pulak. Hewhew. Over ~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila bermarshmallow pop

di taip oleh Myee at Tuesday, May 01, 2012 0 pujaan hati

Dapat upah kawan nak tunang. Dia nak marshmallow sama macam zatul. So buat la. Susah sikit sebab takde coklat kaler biru. Leceh la nak letak colouring sebab flavor tak bes. Kalau pink tu rasa strawberry gak la kuning rasa lemon.


Dia nak 50biji. Ingat dia nak letak dekat candy buffet tapi dia nak wat goodies. So jenuh aku nak packaging dengan ikat reben bagai. Buat dia memang seronok. Tapi part masuk plastik leceh sebab kaler2 ku cair. Melekat dekat plastik. Jadi comot. So tak seronok nak delivery. Yelah lau kita mesti nak cantik kan. So rasa bersalah sikit sebab comot. Tapi kawan tu ok cakap suka dan comel. Lepas tu dia cakap takpe 1st time kan kau masuk packaging. Sorry ye kawan sebab comot :(


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com