28 February 2012

Bila jari tercedera

di taip oleh Myee at Tuesday, February 28, 2012 0 pujaan hati

hari tu tolong buat goodies bag untuk kawan tunang. Dalam 1lebih macam tu la. Lagipun dah penat,buat la nak taknak. Tengah gam,sekali bunga yang sudah di gam terbang lekat kat jari.. Nak menjerit,orang dah tidur. Gila hodoh jari aku. Nak basuh berak pun pedih. Dan dan asyik nak berak je. Nak korek hidung pun tak puas..huhu.. Putih putih tu ubat gigi. Nak kasi hilang cepat. Tapi gatal semacam je jari ni. Sebab makan telur kot..

Sedih betul. Malu je kalau mak mertua sarung cincin nanti. Nasib baik lambat lagi harinya...

Published with Blogger-droid v2.0.4

22 February 2012

Wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, February 22, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.4

18 February 2012

Bila berInterview untuk SAP

di taip oleh Myee at Saturday, February 18, 2012 0 pujaan hati

Entry lama, baru ada idea nak sambung merepek


sebenarnya aku da dapat jawapan untuk interview ini. SAP gaji mahal kot. ada budak dekat opis gaji dia 9.5k. kadang tu, menyesal je tak teruskan, tapi takut kalau KA takleh terima aku gaji lebih dari dia je. sekarang ini pun dok menyakitkan hati aku je cakap gaji aku lebih dari dia. tahlah, ikutkan malas nak kerja ini. nak bisnes cupcake ke,coklat ke, design ke, buat apa yang aku suka dari aku pening kepala mengadap coding

tempat dia dekat TPM. tengok-tengok lah dekat jobstreet kalau ada nak amik SAP ini

soalan macam naharam je. aku bantai pastu taktau tiru su


aku nak amik abap. core punya programming lah. tapi tak jadi sebab aku takut untuk menghadapinya untuk hari mendatang. 

Bila duit dah berlebih sikit

di taip oleh Myee at Saturday, February 18, 2012 0 pujaan hati

Hari tu, eh dah lama dah sebenarnya beli kupon ni. Takde kerja katanya. Bulan november beli dan baru pakai minggu lepas. Saja nak perabih duit try waxing. Bila fikir balik tu, macam takde kerja pulak nak buat benda alah ini. Selalu buka sangat groupon lah, mydeal lah, milkadeal lah. Nak beli yang mahal tak mampu. Tapi beli juga yang rm10. Tapi bukan beli satu. Beli 5 pulak tu. Lepas tu beli untuk ada orang tu. Aku beli pun sebab dia. Alik-alik tak leh pergi. Ada hal pulak. Cakap takde duit. Memang spoil betul lah kan. Nak enjoy pun tak boleh. Memang tak seronok sangat lah kan. 

Jenuh jugak nak cari tempat dia ni. Padahal senang je nak cari. Tapi sebab haritu mood tak berapa nak ok, memang tak jumpa lah kedainya. Bila sekali dah try, memang nak buat lagi lepas ini. Yelah kagum kot tengok artis dekat tibi, majalah konfiden jek sleeveless. Aku bukan nak sleeveless sangat pun. Yelah untuk self-confident diri jugak bila nanti dah kahwin. Kang tengah mood nak mengatal dengan laki, sekali angkat keti, hitam, spoil betul lah kan. Eh.. Tak cakap pun ketiak aku hitam ke apa. Tapi biasalah perempuan, sibuk jaga kecantikan diri kononya. Padahal kadang tu malas mandi malam.

Waxing ini seronok jugak lah. Tak sakit pun. Cuma masa dia letak benda alah tu, macam panas sikit. Alah kalau kita guna hot glue tu, macam tu je rasa dia, tapi tak lama pun. Kejap je. Dan lepas tu, bulu keti kau lambat tumbuh. Part tu yang seronoknya. Selalu 3-4 hari tu dah mula gatal-gatal keti kan bila nak tumbuh. Bila dah wax, lambat. Seronok weh. Aku borak lah dengan amoi tu, cakap apa bagus, cabut ke cukur ke wax. Ofcos dia cakap wax sebab pe tah. Tak ingat. Tapi bagus dia cakap. Kalau cabut, nanti pores tu makin besar, kalau cukur, nanti bawah keti tu hitam dan bulu kasar tumbuh. Macam-macam hal.

Masa dia tengah kerjakan keti aku, aku tengok lah sekeliling sambil borak, ternampak banner pasal brazilian wax. Aku senyum sendiri. Nasib baik dia tak promote dekat aku. Tapi dekat eton dia promote. Macam tau je nak kahwin


Gambar ini bukan nak melucah, nak tunjuk apa itu brazilian waxing. Kot ada yang tak tahu kan. Bukan apa, untuk suami kelak. Tak lah berhutan dia tengok. Kot buat macam ni, laki suka pulak kan..




Next: massage pulak. Beli untuk 4orang je. Untuk lagi sorang tak beli sebab merajuk dengan dia! Fine!!






Bila ada bigsale airasia

di taip oleh Myee at Saturday, February 18, 2012 0 pujaan hati



Selalu sangat nak buat sale masa tengah bulan. Benci betul. Yelah duit tak ramai, time tu kau nak buat sale lah pe lah. Nasib baik ada lah balance lagi. Lepas tu benci konon all fare from rm19 konon. Lepas tu tambah tax lah insurance lah, total dah mahal. Tapi kira ok lah jugak tak sampai seratus pun pergi balik. Selalu tu dekat 400 kot kuching kl. Sebab duit lebih aku pun dengan batak sangat nak book lah tiket. Dari aku masuk opis pukul 9lebih sampai balik, tak lepas-lepas nak book. Lepas tu tarikh aku nak tu, abis pulak yang promo tu. Konon dapat 10 dan 13. Campur tax dan macam-macam, total RM76. Lepas dah isi nama bagai, kuar macam-macam error.sabau jelah..murah punya pasal kan









Ada sekali tu, dekat nak balik dah boleh semua lah. Tinggal nak bayar je, tetiba ada problem pulak dekat maybank tu u..memang sakit hati betul lah. Nak balik drive pun hati tak tenang. Balik tu pulak try lagi. Tak putus asa kot sebab nak dating punya pasal. Kena usaha lebih sikit. Dah alang boleh berjimat, kot boleh saving lebih untuk kawen..

Akhirnya dapat jugak tiket kuching-kl,kl-kuching,kl-kuching,kuching-kl.

P/s: agaknya kalau dah kahwin, dan dia dekat sana, kalau agak murah, mau tiap-tiap bulan aku book. Lantak lah duit abis pun. Janji dapat bersama tersayang..cewahhhhh..geli jer

Bila cerita pasal kahwin

di taip oleh Myee at Saturday, February 18, 2012 0 pujaan hati


Asyik-asyik cerita pasal kahwin. Yelah kawan semua kan sibuk nak kahwin. Aku pulak makin dengar ada masalah dan rintangan mereka nak kahwin, aku risau. Sampai tanya dekat ka soalan "untuk apa kahwin?" ka pun jawab dengan ayat yang menyenangkan hati. Mana taknya tengok kawan semua last minit buat preparation.  Risau aku tengok. Tak cukup duit lah, tak cukup itu lah, budget itu lah, budget ini lah. Yelah nak bagi makan orang datang lagi. Aku tengok harga makanan dekat rm12 untuk sekepala dekat kolumpo ini. Mau jemput dekat 2000 orang. Darab dengan 12 dah berapa pulak jumlah dia. Pelamin pulak tak main ratus-ratus. Main ribu-ribu. Lepas tu nak upah orang amik gambar lagi. Mau ribu-ribu gak. Gila lah. Semua main ribu. 

Patutlah masa belajar dulu ada pensyarah tu cakap, kalau nak kahwin, kahwin awal-awal. Kalau lambat macam-macam fikir. Macam apa yang aku hadapi sekarang ni lah. Fikir tu tak kena, fikir ni tak kena. Kadang tu buat tak tahu je. Ye lah memandangkan gaji aku dapat sekarang pun tak cukup. Macam mana nak hidup berdua, bertiga, berempat. Haishhh.. Dengan bayar kereta 500, duit hutang piutang 500, saving demi masa depan lagi, duit tol dan minyak dan parking lagi 300, dan sewaktu dengannya pun aku tak mampu nak hadapi sekiranya berlaku kecemasan. Tahlah.. Lepas tu cerita dekat eton pasal duit. Dia cakap ada rezeki nanti. Tetiba cerita matang pulak. Sebab ikut pengalaman dia nak tunang minggu depan, sebelum ni konon nak menyimpan, alik-alik habis kemana tah. Minggu depan majlis, duit dia ada banyak lagi sedangkan aku tinggal 100 dalam purse. Haish.. Memang rezeki kot. Duit aku habis sebab big sale airasia. 







dang..


beli tiket flight untuk dia..

14 February 2012

bila lah nak 22mac2012

di taip oleh Myee at Tuesday, February 14, 2012 0 pujaan hati

Tak sabar tunggu cerita ni keluar wayang.. Bf tu ensem sangat.. Alar yang cerita dear john tu. Tapi kali ini The Vow pulak.. Lepas the notebook,dear john and yang ni. Semua best gila dan sedih sangat. Over kot menangis tengok semua cerita tu. Hope yang ni lagi best. Dah la boyfie balik time tu. Yeay.. Nak pergi tengok plus celebrate besday lah macam tu.. Nak makan dekat mana yer?


Published with Blogger-droid v2.0.4

07 February 2012

bila ianya tak menjadi

di taip oleh Myee at Tuesday, February 07, 2012 0 pujaan hati

Setiap orang pasti ada impian. Impian aku untuk bahagia. Yelah asyik tengok orang lain je bahagia. Aku pun nak jugak. Tapi tahlah..macam susah je aku nak dapatkan benda tu. Apa yang ada semua tak menjadi. Tak tahu salah mana. Mungkin salah aku kot. Yelah kalau kita dah sayang orang tu mungkin kita tak nak menyusahkan dia. Tapi tak tahulah orang lain. Aku tengok kawan aku tu,walaupun dia ada orang lain,bf dia sibuk cari dia,risau pasal dia,sanggup buat macam2 untuk dia. Tunjuk cara macam tu baru aku yakin. Tapi ni.. Tahlah. Rasa makin menjauh adalah. Dahla sememangnya jauh. Ada sorang tu tahla laki tu tak ensem pun. Tapi sanggup buat apa saja untuk kawan aku tu. Berusaha pikat hati dia walau macam mana pun. Tapi aku? Aku yang berusaha. Tahlah kadang betul orang cakap biarlah muka dia macam mana pun,tak miskin sangat pun tapi dia betul2 sayang dan cinta kita. Kang aku dah malas sangat aku suruh mak aku cari kang baru tau. Yelah kawan aku semua sibuk tunang, kawen dan beranak pinak. Aku macam ni je. Kang aku dah malas nak pk pasal rumahtangga baru tau. Aku sibuk kejar duit kang untuk kepuasan aku kang. Tahlah. Ego sangat. Sama macam lelaki2 dalam novel aku baca. Apa salahnya pujuk lebih sikit. Ni tahla. Macam tu kot kalau lelaki lebih muda. Nak kita pujuk dia lebih. Hmmm.. Tahla lepas tu asyik cakap aku dah ade pengganti lah pe lah. Baru sekali tengok fon aku dan terjumpa mesej tu dah syak bukan2. Yang aku ni, sebelum ni jumpa mesej bukan2 tu tak sakit hati ker? Fikirlah.. Jantan tu yang terhegeh2 kacau aku. Sibuk nak mengatal bila gf dia sibuk. Tahlah. Aku rasa semua lelaki macam tu kot. Susah aku nak percaya lelaki lebih. Takut kecewa sama macam sebelum2 ni. Puncanya ada perempuan lain. Tahlah. Sama je. Kalau perempuan tu lagi cantik ke lagi kurus ke lagi hot ke lagi banyak duit ke takpelah. Ni lagi..tahla.. Lelaki...aku tak tahu apa yang kau inginkan.. Kalau hubungan ni tak menjadi, aku dah nekad untuk jauhkan diri dari semua lelaki agar aku dapat capai semua impian aku.. Tapi belum apa2 aku dah mimpi yang dia adik dia cakap dia mimpi2 cari aku. Hmmm.. Kalau lah nak cari.. Sebab dia ego dan aku pulak taknak kecewa lagi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

06 February 2012

Bila tinggal lagi sikit je lagi

di taip oleh Myee at Monday, February 06, 2012 0 pujaan hati

Bulan depan habis lah kot hutang pendidikan aku. Aku dapat pinjaman mara masa diploma dulu. Lepastu result nak kata bagus tu,taklah sangat. 3pointer lah jugak. Aku pun apply lah untuk pengurangan bayaran. Maka kena bayar 10% jelah.masa apply ni tengah kerja dengan kerajaan. So senang la untuk semua urusan. Saje buat lambat bayar. Sayang pulak nak habis cepat bayar. Haha. Lepas ni komitmen lain pulak menunggu.. Hurmmmmm


Published with Blogger-droid v2.0.4

01 February 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, February 01, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com