Asyik-asyik cerita pasal kahwin. Yelah kawan semua kan sibuk nak
kahwin. Aku pulak makin dengar ada masalah dan rintangan mereka nak kahwin, aku
risau. Sampai tanya dekat ka soalan "untuk apa kahwin?" ka pun jawab
dengan ayat yang menyenangkan hati. Mana taknya tengok kawan semua last minit
buat preparation. Risau aku tengok. Tak cukup duit lah, tak cukup itu
lah, budget itu lah, budget ini lah. Yelah nak bagi makan orang datang lagi.
Aku tengok harga makanan dekat rm12 untuk sekepala dekat kolumpo ini. Mau
jemput dekat 2000 orang. Darab dengan 12 dah berapa pulak jumlah dia. Pelamin
pulak tak main ratus-ratus. Main ribu-ribu. Lepas tu nak upah orang amik gambar
lagi. Mau ribu-ribu gak. Gila lah. Semua main ribu.
Patutlah masa
belajar dulu ada pensyarah tu cakap, kalau nak kahwin, kahwin awal-awal. Kalau
lambat macam-macam fikir. Macam apa yang aku hadapi sekarang ni lah. Fikir tu
tak kena, fikir ni tak kena. Kadang tu buat tak tahu je. Ye lah memandangkan
gaji aku dapat sekarang pun tak cukup. Macam mana nak hidup berdua, bertiga,
berempat. Haishhh.. Dengan bayar kereta 500, duit hutang piutang 500, saving
demi masa depan lagi, duit tol dan minyak dan parking lagi 300, dan sewaktu
dengannya pun aku tak mampu nak hadapi sekiranya berlaku kecemasan. Tahlah.. Lepas
tu cerita dekat eton pasal duit. Dia cakap ada rezeki nanti. Tetiba cerita
matang pulak. Sebab ikut pengalaman dia nak tunang minggu depan, sebelum ni
konon nak menyimpan, alik-alik habis kemana tah. Minggu depan majlis, duit dia
ada banyak lagi sedangkan aku tinggal 100 dalam purse. Haish.. Memang rezeki
kot. Duit aku habis sebab big sale airasia.
dang..
beli tiket flight untuk dia..
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel