setelah bertungkus lumus selama 10 hari 10 malam, dapat juga aku selesaikan training titik jaring atau dikenali sebagai DOTNET. Banyak benda yang aku kena belajar selama 10hari tu. Puas jugak lah mengadap code-code yang aku tak berapa nak faham. kalau SQL tu setakat create , insert, delete , update, drop , truncate tu je lah aku reti. kalau dah masuk join lah pe lah, memang fail. mana tak masa belajar database dulu pun repeat. asyik tiru orang je. sekarang aku berkecimpung dalam bidang tu.
betul lah cakap orang. makin kita tak suka dekat orang tu, makin orang tu yang datang dekat. macam aku tak suka sangat dengan programming ni. alik-alik itulah rezeki aku. nak buat macam mana. itulah yang aku kena hadap hari-hari.
belajar asp ni, senang je. tak susah sangat lah. drag-drag tulis code sikit, siap. nak keluarkan report pun senang. tak payah kau nak buat coding yang panjang bagai. macam jenis rupa report pun boleh keluar. kalau lah aku tau sesenang itu, kompem final year project aku, aku buat system. tapi biasalah, bukan jodoh aku. kalau dulu aku buat sistem, mesti sekarang aku kerja part design. hahaha..tapi takpelah..aku bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan. terima kasih
p/s : I have .NET certification.. next oracle pulak..tak sabarnya..
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel