aku tak ingat bila aku apply jawatan PTD dekat SPA. balik kerja, tengok peti surat, dapat surat untuk hadir peperiksaan. Yelah bukan senang nak masuk. tapi kadang tu. rezeki orang. kita mana tau. tanya nadia dia pun dapat gak. tapi dekat area kajang, azreena dekat area putrajaya, nadeera dekat jalan peel, fairuz dekat tasik permaisuri dan aku dekat UM. ingat peksa sama-sama. boleh lah nak jeling-jeling sikit.
ini surat untuk hadir peperiksaan PTD tu..dekat seksyen yang aku tanda right tu maksudnya sudah setel la. aku jawab pe tah la. yang paling aku ingat, soalan pertama dia tanya website kerajaan. memandangkan selalu berkecimpung dengan website kerajaan, maka aku tau la. tapi jeling kiri nampak orang tu buat Myeg. hati aku mengatakan MyGOV. maka aku pun ikut kata hati aku lah..suspen je sebab soalan pertama dah ragu-ragu
tengok gambar jelah
habis exam, aku terus siap pergi office sebab hari isnin tu, arkib negara punya website nak review. memang letih sebab ahad pun datang lagi buat kerja.okbai
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel