minggu ini mungkin minggu yang tak berapa nak bertuah kot sebab hati ini selalu sedih. mengapa hati ini sedih pun sebab apa pun tak tahu. mungkin banyak benda yang berlaku. mungkin banyak benda yang tak di luahkan itu jadi macam ini. bukan apa, untuk apa kita bercerita sekadar untuk menambahkan lagi kekecewaan dan kesedihan. biarlah hanya hati ini yang mengerti.
wahai hati janganlah kau terlalu menyimpan semua kekecewaan dan kesedihan, kelak hati ini makin parah dan semakin tawar, hilanglah semua perasaan. biarlah kita mencipta dunia kita sendiri. mungkin ia akan lebih bahagia akhirnya. janganlah terlalu mengongkong kerana suatu masa nanti ia akan cuba melepaskan diri lalu memberontak. biarlah masa berlalu tapi aku tetap akan berusaha tabahkan hati menjalani kehidupan begini sampai bila-bila andainya tiada sesiapa yang memahami....
p/s: aku sendiri tak faham apa yang aku tulis. aku tulis ikut hati, perasaan dan sewaktu dengannya. jiwa aku kacau dengan coding. tu jadi macam ni.
29 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pujaan hati:
Post a Comment
Layan maisarah membebel