29 January 2011

happy birthday mama!

di taip oleh Myee at Saturday, January 29, 2011 0 pujaan hati
sebelum pukul 12, lagi berapa minit je ni, sempat nak wish "HAPPY BIRTHDAY MAMA"
tadi masa mak aku keluar pergi kenduri, aku ingat nak beli kek. tapi malas sangat nak kuar rumah plus hati tak berapa nak best, maka keputusan duduk rumah sahaja aku ambil. duduk online bosan, aku pergi tengok tivi. bosan aku naik atas. itulah rutin aku.
tahlah. macam-macam hal berlaku hari ini. hati rasa berat je. mesti ada something happen. puas aku mengaji tadi. tapi sama juga perasaan ini. dan ia benar-benar berlaku dan sangat mengecewakan. memang sedih!


ps: handphone aku pun ada button switch off gak. aku pun boleh off lah.!

ps2: nak pergi jauh-jauh bawa diri boleh tak? tumpang helicopter airforce.huhuhu

28 January 2011

hari gaji

di taip oleh Myee at Friday, January 28, 2011 0 pujaan hati
hari rabu dorang dah sibuk cakap gaji masuk la apa lah. kejap-kejap aku buka cimbclicks. takde penambahan duit pun aku tengok. macam tu gak. tadi pagi-pagi budak ni sibuk cakap duit dah masuk. ape lagi tengok lah. tapi susah sikit nak tau masuk berapa sebab balance dalam tu ada gak la. susah lah nak congak nye.

last-last tengok kat cimbclicks gak berapa jumlah nye. sikit bebenor. yelah. tau lah aku masuk lambat. hari rabu. tapi takpelah. nak buat macam mana. janji ada, dari takde. lagi pun bukan buat keje sangat. training baru berapa hari je. hari lain sibuk tengok cerita, jalan-jalan survey harga, borak-borak. yelah. tak dapat pc lagi.padan muka. sapa suruh lambat bagi. kan asyik merayau je. lau ada elok duduk tempat senyap-senyap

tadi balik ikut budak-budak ni singgah sogo. tengok-tengok je la. cuci mata sebab frust kot dapat tak seperti yang diharapkan. takpelah.. pasrah dengan adik adik aku nak makan kat restoran berputar bagai. ingat kakak dia ni gaji 10K? adoi..lau macam itu, aku kerja tak yah balik-balik la nak cari duit..



ps: thanx along belanja aiskrim mcde sundae cornetto...

26 January 2011

last day bersama nadia

di taip oleh Myee at Wednesday, January 26, 2011 0 pujaan hati
hari ini nadia last day kerja. dapat offer lain pula. tak sampai sebulan pun kerja sama.
sedey la sebab lepas ini dah tak boleh jumpa lagi. sebab dia kat cyberjaya nanti.
hmmm.demi masa depan, dia buat keputusan yang lebih baik.
lepak permaisuri then story-mory dalam kete.
pastu ada pulak lagu doa perpisahan
alar yang lirik dia "pertemuan kita di suatu hari. meniti kan ukhwah yang sejati...."
ah. tak ingat lah lirik dia. macam sedih pulak dengar.
tak pelah.. nak buat macam mana. dah nama kehidupan.
datang dan pergi..

Nadia, good luck di tempat baru..

ps: mesti dia da tak baca belog aku yang tah pape ni

24 January 2011

hujung minggu layan Hama beads

di taip oleh Myee at Monday, January 24, 2011 0 pujaan hati

aku rasa lau hari-hari yang bosan, aku boleh jadi gila if tak buat apa. dengan tak bersosial dengan orang. pergi kerja, balik kerja. hujung minggu dok terperap dekat bilik. mau tak gila. 

nasib baik beli beads ini. satu bekas tutup merah tu. melambak. tah bila nak habis tak. sampai tak tau nak wat menatang apa. buat ini pun saja nak letak semak-semak kat opis tu. ye lah. saja nak meriah tempat aku.

green piano requested from nadia.

itik gembo-gembo

ni macam leh jadi coaster je.

pelangi petang

bubblegum machine. 
wish i have 1!

p/s: budak ofis pun nak buat gak mende alah ini. masalahnya, jenuh aku nak bawak iron pulak pergi ofis, plus kertas gosok tu dah koyak. nak tunggu beli kasut baru, lambat lagi. yelah, kertas kat kasut tu pun leh pakai untuk gosok-gosok ni!

23 January 2011

cuti hari thaipusam

di taip oleh Myee at Sunday, January 23, 2011 0 pujaan hati


 hari cuti memang bosan. lagi-lagi orang macam aku ini. mr KA jauh. nak dating pun takleh. nak bersosial pun payah. yelah sebab nanti kuar ada orang memekak dekat rumah. dari aku sakit hati. baik duduk rumah macam beruk. 
malam sebelum tu borak-borak dengan akak mr KA. dia cerita dia nak order marshmallow pop untuk wedding dia. aku pun pergi la tengok mende tu. aku pun tak pernah buat sebelum ini. cerita dengan wati budget hebat. cakap senang je buat tu. panjang lebar gak la story.



esoknya pergi selongkar almari jumpa mashmallow. so dapat lah idea nak try buat. tak susah sebab semua ada. aku bab coklat ini memang la suka dari dok memasak kek. leceh sikit sebab nak buat adunan bagi. wat coklat kejap je. tak lama pun.

so jadi lah marshmallow pop!


dapat gak buat dalam 30 batang.

  save for the last. yang banyak coklat ini mestilah untuk aku. memang sedap. aku buat ini pun saja suka-suka.
takde kerja pun.

kasi upload dekat  fb, ramai pulak nak. adoi..


10 January 2011

hari ke 3 kerjaya

di taip oleh Myee at Monday, January 10, 2011 0 pujaan hati


hari isnin memang monday blues lah. nak pergi kerja memang tak de mood. tapi redah jugak.
aritu MR.F cakap dak bagi tempat. so sampai pergi level 12, tak buat pape pun lagi. then suruh naik level 16. ada assembly. macam sekolah pulak sedangkan dekat UiTM tak de pun nak nyanyi lagu negaraku bagai lah. lagu UiTM pun first time aku nyanyi time MAPRA. haha..
lepas de briefing suruh buat pasal business plan pulak. memang bosan betul lah. asyik-asyik buat tu aje. then di suruh pergi level 12. 
tengok workspace. jenuh jugak cari dekat sebelah java programmer. tak jumpa pulak. pergi ke sebelah lain. penat gak lah pusing-pusing. last jumpa jugak. tapi tersenyum dulu sebab jumpa tempat adik Ashraf Sinclair. haha.. muka ada gak lah sama. tapi tak berapa minat pun sebab putih. workspace aku betul-betul sebelah meeting room. tapi tak dapat nak semak dekat situ sebab geng poyo da masuk dulu. menci lah!


 my new colleague 

yang baju cream,tudung coklat tu tak berapa nak new lah. sebab dah been together since degree over 3years kot. 



p/s: dah bosan pergi kerja. tapi fikir geng and sekarang tak banyak kerja, layankan saje. sapa nak bagi gaji sebanyak itu lau dok sembang je?

07 January 2011

hari ke 2 kerjaya

di taip oleh Myee at Friday, January 07, 2011 0 pujaan hati
hari jumaat kena bawak, tshirt dan tracksuit. nak poco-poco katanya. tah. pakai je lah.then ada budak baru yang interview sama dengan aku pun dapat gak. dia masuk jumaat. so aku pesan kat dia pakai suar siap-siap. kang terkontang-kanting pakai baju kurung sorang-sorang malu pulak.

tak pernah pulak aku wt poco-poco.hentam je lah joget macam mana pun. tapi memang lawak lah. semua joget tah pape. memang fail lah. ada budak baru yang sama interview dengan aku, aku ajak join group. so ada dua orang lah perempuan. tak lah aku segan sangat.
masa dok tengok orang lain perform, ada mamat sorang ni dok dekat-dekat dengan aku. aku jauh,dia datang dekat. eh rimas pulak.

geng late comers
masa time solat jumaat tu, tak tau nak buat apa, budak-budak ni ajak pergi makan kfc. pekerja kfc dia orang bisu. sunyi je tak de jerit-jerit pun. tapi nak kata susah communicate tu, tak lah. sebab just tunjuk nak apa then dorang paham gerak bibir tu. so takde hal lah untuk kita pinggirkan orang macam tu. semua sama.

petang ceo datang bagi talk kejap je. then briefing tah pape, dapat makan kuih dengan mihun. hahaha..rezeki jangan di tolak even tak sedap pun.


lupa nak cakap yang poco-poco group sure juara menang.eh tak faham aku macam mana dorang leh menang.dah lah tak bes langsung apatah lagi tak fun langsung! hentam ajelah..

06 January 2011

sudah berkerjaya day 1

di taip oleh Myee at Thursday, January 06, 2011 0 pujaan hati
macam tak percaya je. tadi first day start dengan hari yang hujan lebat gila. bangun pun awal. kalau kat dungun, kelas kol 8, kol 7suku baru terhegeh-hegeh kejut nadia bangun masuk toilet while aku masih berselubung.

tunggu nadia dekat LRT BTS,gerak sama-sama. turun LRT, bau nasi lemak semerbak. tah sedap tah tak la. bau je lebih kadang-kadang tu. selalu teksi melambak-lambak. pagi tadi susah pulak. masa tunggu teksi tu, boleh pulak jumpa azura. what a small world. then tadi ada 5 orang. terpaksa pecah dua sebab xmuat teksi. then ajak ada mamat tu keje sama gak.

tempat tu tak de lah jauh sangat. tapi naik teksi, mau RM6. kongsi bertiga boleh la jimat sikit. tapi cara drebar tu, memang menguji kesabaran aje. pegang stereng macam berjoget pulak. kejap ke kiri, kejap ke kanan.sabar ajelah.

mula-mula ada 5orang budak baru termasuk aku. kena introduce nama la pekejadah kat depan. sabar je lah sebab aku sorang je perempuan.
then group pulak,aku sorang perempuan..ceh..nama group late comers.mengong jek

05 January 2011

second interview

di taip oleh Myee at Wednesday, January 05, 2011 2 pujaan hati
hari bila tah aku dapat call suruh datang interview untuk position officer. aku main hentam aje apply kat jobstreet tu. ye la, gatal tangan kan. klik aje lah pe yang penuhi qualification aku tu. so prepare lah pape yang patut. 

total application 2313. aku tergolong yang under consideration tu cuma 153 orang. macam mana lah dorang ni pilih. ramai tu. maka tadi aku pergi lah interview tu pukul 2

ini main entrance dia dekat level 3. tempat HR la. sampai sana, pelik sebab tak de pun receptionist dia.
borak-borak dengan budak yang datang interview. malu gila sebab dia tanya umur. then dia cakap 24. 
aku pun jawab lah sebaya. then dia cakap tahun 87. damm! aku dah 25 tahun ni. macam tak percaya je



aku dengan KA sama je. suka buat kerja last minute. pagi tadi baru terhegeh nak fotostat sijil. dah la bangun pun lambat.
 ini pas pelawat dia. macam tak percaya je aku pergi interview under cimb.hahaha!


ini test paper for officer position. 
ada mathematic, logic, essay, personality test 
yang best leh pulak tiru-tiru. kelakar je dengan budak-budak kat situ.
masa 30 min. tapi kejap je kitorang jawab sebab hentam aje lah..






lepas habis interview ni, yang tempat first aku pergi interview call.. offer aku untuk dotnet programming. hentam aje lah. janji dapat. and atleast sama dengan nadia. so esok start job!



04 January 2011

Sakit batu karang

di taip oleh Myee at Tuesday, January 04, 2011 0 pujaan hati
dekat seminggu ulang alik pergi hospital sebab dadi tak sihat..
sakit batu karang. mula-mula seluruh badan jadi kuning, then da setel, buang hempedu pulak.

eh tak tau nak story apa. tengok gambar je la



masa tunggu operation. 
kat tempat menunggu dia besar dan selesa



dok tengok drama baru kat tv3 430 bienda berlakon. 


 ini dalam icu dia, tak lah seram sangat macam dekat &*&^.


get well soon dad!

02 January 2011

Azam 2011

di taip oleh Myee at Sunday, January 02, 2011 1 pujaan hati
semua orang pasang azam tahun baru. aku pun nak gak. azam tahun lepas dah berjaya, harap tahun ni pun berjaya juga la.

tahun lepas nak kurus, dah kurus even tak la capai berat ideal, janji kurus la jugak



tahun ini nak cari kerja, nak kumpul duit banyak-banyak, nak macam-macam lah 
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com